Aku tak pasti sama ada gelaran mat jiwang sesuai atau tidak diberikan pada diriku. Tetapi semasa di tingkatan tiga lagi- aku sudah mula membaca novel cinta. Ya, novel cinta bukan novel komsas atau novel literature. Pada mulanya aku tak faham mengapa ramai orang yang suka baca novel cinta. Tetapi suatu hari- ketika cuti sekolah- aku berasa amat bosan. Lantas aku curi-curi baca novel Lagenda Budak Setan dari adik aku. Inilah novel pertama yang aku baca- karya Ahadiat Akashah.
Dalam masa 3 hari aku sudah berjaya mengkhatamkan novel 900 lebih muka surat ini. Selesai membaca, aku menjadi bingung. Begitu banyak persoalan yang aku fikirkan. Benarkah watak Kasyah ini wujud? Watak yang begitu setia menanti cinta Ayu. Betulkah Ayu sebegitu ayu seperti yang digambarkan? Kenapa Ayu begitu mudah mempercayai Azmi? Logikkah Ayu menjadi Amelia dengan pembedahan plastik? Kenapa Kasyah diuji sebegitu rupa? Ah- banyak lagi yang aku fikirkan.
Dan sejak daripada itu- baru aku faham kenapa novel cinta menjadi kegilaan orang ramai. Ia melarikan diri kita sebentar dari realiti sebenar. Ia semacam candu yang mengkhayalkan kita.
Selepas itu- namakan sahaja novel Ahadiat Akashah- dari Lagenda Budak Setan hinggalah kepada Hikayat Cinderella, dari Kisah Satu Malam kepada Balak Blues, dari Malam Ini Kita Semua Menangis kepada Untuk Semua Gadis-Gadis Yang Pernah Ku Cintai, dari Pilot Cafe kepada Untuk Tiga Hari- semuanya aku baca.
Ahadiat Akashah bagi aku adalah genius di dalam dunia penulisan. Tulisannya sempoi- tidak skema. Bahasanya remaja- tidak terlalu DBP. Metaforanya realistik- tidak terlalu bunga-bunga. Ideanya unik- tidak tipikal. Watak novelnya wujud di kalangan kita- bukan dibuat-buat. Dan kesudahan novelnya tidak dijangka- ada sahaja kejutan.
Novel Lagenda Budak Setan adalah novel paling laris di Malaysia. Lebih 170 ribu salinan dan masih lagi dijual. Itu tidak dikira lagi dengan 85 novelnya yang lain. Kalau tidak beratus ribu- pasti berjuta yang pernah membacanya. Ahadiat Akashah seperti mana Search dan Wings di arena muzik, menjadi lagenda di dunia penulisan Malaysia. Dan seperti Search dan Wings juga, ada sahaja geng 'establishment' yang tak puas hati. Gelaran pelacur bahasa seringkali diberikan kepada beliau oleh sasterawan-sasterawan negara. Novelnya dihalang untuk dijadikan teks rujukan komsas. Tetapi again, penulisan juga seperti muzik- ia ditentukan oleh orang ramai, bukannya kerajaan. Ahadiat Akashah tetap popular- malah sehingga sekarang.
Berbalik kepada Lagenda Budak Setan, aku masih ingat ketika bersekolah di MRSM. Ketika itu novel ni tengah panas. Yang menariknya- novel ini keluar pada awal 90-an, tetapi pada tahun 2005- tahun aku bertingkatan empat, novel ini masih lagi dicari dan dibaca oleh cikgu dan pelajar.
Aku tak akan lupa budak-budak lelaki yang baca novel tu semuanya jenis kaki pukul, kaki rokok, kaki fly dan kaki perempuan. Yang baik-baik jenis duduk surau saf depan- tak berapa layan sangat. Aku amat pasti watak Kasyah sebagai budak setan tu sangat dekat dengan jiwa mereka. Kiranya time tu, semuanya nak jadi budak setan- budak nakal yang jiwang. Zaman sekolah asrama, menjadi nakal adalah cool walaupun ianya kelihatan poyo di mata cikgu.
Aku tidak boleh lupa pengalaman menghantar surat cinta palsu kepada cikgu fizik. Cikgu ni memang gatal orangnya. Sekali tu kitorang kenakan dia dengan tulis surat cinta dari seorang pelajar perempuan (akak senior yang gedik). Memang dia tersengih-sengihla seminggu tu hepi macam orang lepas kahwin. Tapi tup tup kitorang terkantoi. Yang bestnya kitorang tak boleh didenda secara official sebab mana ada undang-undang kata tak boleh hantar surat cinta kat cikgu kan? So kitorang didenda tolong cikgu tu adjust dengan sorang cikgu praktikal. Sempatlah diorang bercinta walaupun tidak ke jinjang pelamin.
Ini pengalaman yang manis yang tercipta dari kenakalan kami. Setiap kali aku baca kembali novel Lagenda Budak Setan- aku tidak akan lupa kenangan ini kerana idea surat cinta itu datang dari novel itu sendiri. Ah- aku merindui kenakalan di asrama. Kenakalan macam budak setan!
Kalau lelaki dah cenggitu, perempuan jangan cakaplah. Masa aku balik naik bas- kakak senior sebelah aku boleh nangis lepas baca. Tapi bila dia tengok aku perasan, dia pun pura-puralah buat-buat mata masuk habuk. Di kelas, aku siap bagi pinjam lagi kat kengkawan yang nak baca. Lepas tu pass-pass kat kawan lain pulak. Ada yang bawa balik baca time cuti, ada yang sorok-sorok baca time prep. Kelakar betul bila dikenangkan kembali.
Bayangkan- kalau di tahun 2005- 20 tahun selepas Ahadiat Akashah menulis pun fenomena budak setan sudah begitu rupa- apatah lagi ketika di zaman kemuncaknya di zaman 90-an? Bagi aku, kalau lagu Kuch Kuch Hota Hai ibarat 'al-fatihah' kepada lagu-lagu hindustan, kalau 'Isabella' adalah 'al-fatihah' kepada muzik rock kapak, novel Lagenda Budak Setan adalah 'al-fatihah' kepada novel-novel cinta di Malaysia.
*
Aku tersentak dari lamunan. Punyalah jauh aku terkenang zaman sekolah dahulu. Ini semua gara-gara membaca berita filem Lagenda Budak Setan yang sudah pecah rekod panggung. Ya- Lagenda Budak Setan yang dahulunya novel kini sudah diangkat menjadi filem.
Aku tidak pasti adakah filem ini akan selagenda novelnya. Namun aku tetap akan turun menonton. Bagi aku- diangkat menjadi filem pun sudah memadai. Aku akan menonton filem ini dengan bernostalgia. Pedulikan aspek 5 bintang atau 1 bintang. Yang aku ingin rasai adalah jiwa Kasyah- jiwa budak setan yang dekat di jiwa pelajar lelaki dahulu.
Ahadiat Akashah mungkin bukan sasterawan negara tetapi bagi aku beliau adalah sasterawan rakyat- kerana beliau telah berjaya mengusik emosi berjuta rakyat Malaysia. Dan aku yakin mereka-mereka ini akan turun ke wayang menonton Lagenda Budak Setan.
Tamat Prolog.

23 comments:
Satu soalan:
Apa yang setannya Budak Setan ni?
Aku fikir cerita Hellboy sebentar tadi.Rupa-rupanya masih lagi terikat dengan perempuan suka lelaki,lelaki suka perempuan.Kekasih patah hati,kekasih terus mencari.
Anyway - tak salah baca buku romantis.Bahkan Catcher In The Rye pun ada babak-babak romantik si Holden Caulfield dengan Sally Hayes walaupun dihatinya tetap ada Jane Gallagher.
Cuma yelah,orang Melayu ni suka cerita dan lagu yang layu.Dari zaman bersyair sampai zaman Eddie Hamid.
Buku novel aku 150 muka surat je.Tak sampai 900 muka surat.
sejak tahu Lagenda Budak Setan mahu dijadikan filem...
aku sangat bersemangat...
jika kamu menghabiskan novel itu dalam masa 3 hari...
saya pula menghabiskan novel itu dalam masa hanya 2 hari...
sangat menarik...
dan menariknya saya baru membaca novel itu 2 tahun lepas sewaktu Ahadiat datang sendiri ke kampus saya sempena Publishing Talk. Alhamdulillah, kerana menang slogan yang buat saya dapat RM50 dan dengan duit itulah saya beli novel tu.
Bila dah baca sampai habis saya terfikir,"Kenapalah saya tak baca buku nih dari dulu lagi?"
Sangat best. Serius Akashah di dalam novel memang sangat SETAN. Mengimbau kenangan lama waktu sekolah - sekolah dulu. Hahaha.
Walaupun filem Lagenda Budak Setan sangatlah kacau bilau dari segi plot tapi saya bersyukur sebab setiap pelakon utama seperti Farid Kamil, Lisa, Que Haidar dan Fazura berjaya membawa watak di dalam novel dengan baik.
Yups, membaca novel membaca kita keluar daripada dunia sebenar namun masih mengajar kita sesuatu tentang kehidupan.
Eh, maaf komen saya terlampau panjang macam entry. Tapi saya suka novel LBS. Filem? Tengoklah review saya buat.
setannya sebab watak dia nakal giler kat sekolah. ala, macam kebanyakan budak sekarang.
novel cinta beb. bukan novel revolusi macam kau.haha
dah kata era 90-an era cintan. ini adalah follow up budaya tersebut yg dimulakan dari muzik.
ps: novel kau kalau 900 muka surat dah boleh jadi encyclopedia...hahaha
Hans: dah baca dah review kau. aku dah komen pun.
aku dah tengok semalam. Sengaja tulis prolog dulu. Nanti baru nak review filem tu. hehe
aktif lagi ye Ahadiat Akasyah? aku ingat dah diam dah.
yaaaa...novel dia mmg sempoi..
suke bc time skolah dulu
kehkehkeh
takpe ar bukan realiti pon novel ni...yg pnting bc novel wat kite happy
>_<
ngahahhahaa
aktif lagi tapi aku terkejut juga weih
macam seminggu lepas dia mai kampus aku
tup tup keluaq dkt newspaper kata dia muflis la..
tuntutan bini la apa la...
macam2...
so maybe ini Allah nak bagi dia rezeki balik...
Alhamdulillah
hahaha..ekau komen tu den faham tapi ekau xfaham sikit...
maksud den dkt sini...den suka karya novelis kita di angkat sebab karya diorang memang best..
cuma den xsuka cara diorang buat filem nih..sebab bagi den alang - alang dah dia nak buat trilogi sebab filem tu baru bahagian 1...apa salah pengarah kupas betul2 kan...
bagi aku tak rugi pun dia buat filem bersiri...sebab pembaca novel nih ku rasa dah berjuta orang...
yang datang tgok movie tu kebanyakkannya pembaca novel dia...
jadi, sebenarnya pengarah kena adil kepada pembaca novel dan dalam masa yang sama adil kepada penonton yg tak membaca...
ramai komen cerita nih kacau bilau..
kita yg baca nih memang la komen macam tu sebab kita tahu plot dalam novel kan..tapi yg tak tgok pun perasan cerita dia terlalu cepat..
apa2 pun harap bahagian ke-2 dia lebih baik...
wah,panjang lagi aku komen...
hahha...
aku minat tajuk entry ko nih..
tu aku komen cam karangan SPM nih..
sorry buat ekau baca lama2...
hehehe...
Siapa cakap novel aku novel revolusi?
hahaha...novel aku kisah anak muda,cuma bukan cerita budak asrama mengorat budak sekolah - tapi cerita budak yang memburuh kat KLCC,kerja dengan orang Burma dan orang yang suka pergi Lorong Haji Taib usha arbok.Atau pergi gig dengan geng black metal.
haha,takde kait mengait dengan bendera merah dan tukul dan sabit.Aku bukan Leon Trotsky - asik2 nak citer benda sama.Aku ada life gak.kah kah kah!
memang saya rasa rugi tak berkesempatan baca novel budak setan lepas baca entry ni . kalau sekarang novel tu masih boleh di cari di kedai buku , saya mesti beli ! :)
seyes balik ni nak cari novel ni
mana nak dapat ek?
try jugak usha2 google
takde plak yg tulis
Ahadiat Akashah suruh bersabar
novel tu akan dicetak kembali untuk cetakan kali keberapa yer sebab ada banyak permintaan
Dalam banyak2 novel dia yg pernah aku baca, aku suka satu shj: Kisah Satu Malam.
Lama betul aku x baca novel. Heh. Lbh prefer pd thriller novel Ramlee Awang Murshid.
novel jibam kartunis ujang yg buat.....
best ke citer LBS ni bro?kalau best boleh gak aku nak review..
Lagenda Budak Setan.... buku yang paling best aku baca.. masih ingat lagi aku baca buku nie masa ting 1..tahun90an... cikgu mengajar di depan aku baca buku di belakang... buku aku letak di riba... sanggup tak tak tidur demi menghatamkan buku nie.... sanggup kena marah dengan Abah kerana makan sambil baca LBS... boleh kata LBS penuh dgn nostalgia... Filem tak sempat nak tgok tapi kawan aku yg hati batu tu kata kali pertama dia menangis tgok cerita melayu.... klu dia dah kata mcm tu kira filem tu pun best mcm buku dia juga lah ye....
sokong anon..novel Jibam tu adalah hasil tulisan kartunis Ujang dan diterbitkan oleh Creative Enterprise. Saya baca novel ni time sekolah menengah dulu. TQ
ar ar
baru perasan
betul lah Basuh Baju
novel Jibam bukan Ahadiat yang buat
besarnya generalisasi kau kepada Ahadiat, sasterawan rakyat!
menarik ni utk dipaparkan kepada penulis2 "sastera"..
sebenarnya, Ahadiat lebih kepada penulis remaja (sastera remaja? sastera romantik?) yang mencipta novel2 bersiri yang amat popular seangkatan Francis Pascal dengan Sweet Valley Kids/HIgh/University, Chistopher Pike dan RL Stine. Buku2 sebegini dipanggil novel popular, dan hal ini tak patut didegradasikan sebagai "picisan", hanya popular kerana "popular to the masses", sepertimana Da VInci Code bukan bahan sastera (sebuah novel fiksyen spekulatif) dan Harry Potter.
PUn begitu, mmg tikaman dan bedilan org sastera terhadapnya tidak patut, kerana Ahadiat tetap mempunyai "falsafah" dan tema sendiri dalam cerita2nya. Cerita2nya sebenarnya bukan sahaja cerita "eskapis" tetapi cerita2 tentang remaja membuat pilihan dlm hidup.. Ini tipikal humanisme, dengan cebisan eksistensial yg tidak matang (sesuai utk remaja), yg mana wujud dalam cerite TE Hinton, JD Salinger (tetapi mereka lebih menulis hal2 yg realitinya wujud dan tidak guna efek2 yg melampau ada dlm novel2 popular) dan penulis sastera remaja yg lain..
Jadi, Ahadiat bukan "sasterawan" tetapi mmg penulis remaja massa, atau mengutip poin saudara, penulis rakyat.
aku baca buku ni time darjah 3 kot. masa taun 90-an time buku ni tgh glamer time tu. tak lame pastu tu kluar buku katrina. sambung lagi. and lagi. kalao kata novel cinta kat msia ni, ahadiat akashah la pelopor nye. pilot cafe, sekuntum bunga sekeping kad tu semua aku baca. novel dia lain.
tapi agak kecewa dgn movie dia. either dah jemu sangat tgk muka farid kamil (patut ada hero baru yang sgt menjiwai watak) atau sebab setiap scene habis cepat sgt. tak ckup setan kalao setakat tunjuk letak cicak and kenakan cikgu. dalam novel lg 'setan' dorg ni.
kalau nak buat bahagian kedua, patutnya tak payah la cramp 1 movie dgn banyak2 plot. tak ckup nak hayati, dah tukar bnda lain. time nak btau ayu dah accident, time tu la bunyik2 gagak cam org gila. aihs.
harap2 bhgn kedua lebih bagus drpd yg ni.
and btw. aku cuba cr novel ni kat mph. orang tu kata dalam bulan depan baru boleh dapat sebab seluruh mph satu mesia tgh order yang baru. berjinggut tunggu. lol
jibam budak yang makan katak pisang tu? tu lagi la terbaek. sedeh gila siut. haha. kecik2 lg gua da jiwang. tak cool lansung :p
Hai. Saja inginkan kepastian. Novel LAGENDA BUDAK SETAN ni complete kan dari percintaan Kashah - Ayu - Katerina? Sebab ada yang kata first novel diorg baca is BUDAK SETAN.
Saya memang dah penah baca novel AA LBS ni (tapi cover dia dah takde tapi still nama Kashah, Ayu, Azmi, Katerina ni wujud) dan halaman muka suratnya 900+ walaupun saya tak baca semua helaian buku sebab buku dah carik2 bulu ayam punya kondisi. Hehehehe. Tak tahu la novel yg saya baca tu betul LBS ke or novel AA yg lain. Huhu...
Saya ni baru je tempah online novel LBS, harga RM21.90 je. Takut gak novel dia tak lengkap or tak memuaskan hati sepertimana novel yang saya baca 8 tahun yang lalu.
yah..novel tu mmg glamer masa aku sekolah dlu, tp xpernah aku terase nak baca sampai habis universt.sbb bosan cuti b4 grad, aku bc adik aku yng pinjm kwn dia..lepas 7 tahun novel tu glam...
ntah le..biasa saja..buang masa aku....mengarut hape..
ni pendapat aku..korang jgn marah..aku okie je korang ckp bes, masing2 punye rasa..
Post a Comment