Tuesday, June 15, 2010

Dari Australia- Budaya Dokumentasi


Hari Kelima part satu- 16 Mei 2010

Ini hari terakhir aku di sini- di Melbourne.

Semalam aku hanya menapak- kadang-kadang menaiki trem percuma, mengelilingi bandar ini. Aku ke Muzium Melbourne. Ada pameran Titanic- namun hampa- tiket habis. Seterusnya aku ke Victoria Market- pasar yang popular di sini. Sekali lagi hampa- sudah tutup. Kemudian aku bercadang ingin menghabiskan masa di Royal Botanic Garden- konon nak melayan perasaan. Entah apa celaka sangat nasib aku- aku sesat dalam perjalanan.


Akhirnya aku melepak di kedai buku. Inilah satu-satunya tempat yang bahaya untuk aku singgahi. Bahaya kerana aku akan lemas di dalam buku-buku yang menyebabkan aku tidak menggunakan masa yang terhad ini untuk menjelajahi bandar Melbourne. Sudahlah nak datang ke sini mungkin sekali seumur hidup.


Sememangnya bangsa yang maju adalah bangsa yang membaca- ini kita selalu dengar. Tetapi bangsa yang maju juga adalah bangsa yang mengambil berat soal dokumentasi. Segala macam peristiwa, krisis, dan pengalaman direkodkan. Dan buku adalah satu cara untuk merekod dan mendokumentasi.

Ketika aku melalui di deretan kedai di Flinders Street- ada sebuah kedai buku. Yang mengejutkan aku- kedai buku ini hanya menjual buku-buku sukan sahaja! Bayangkan kedai buku sebesar Minerva Bookstore atau Pustaka Mukmin dipenuhi dengan buku-buku sukan sahaja. Ada buku mengenai sukan kriket- tulisan mengenai corak permainan hinggalah kepada biografi pemain. Semestinya ada juga buku-buku pasal ragbi, bola sepak, tenis dan hoki.

Disebabkan buku pasal sukan sahaja dah sebanyak/sebesar kedai buku Pustaka Mukmin, aku mengambil keputusan untuk ke Borders. Aku ingin melihat bagaimana budaya dokumentasi di negara ini. Dan kali ini nasib aku tidak gagal- kedai masih buka dan aku tidak tersesat.

Aku perhatikan budaya yang sama- budaya yang mementingkan dokumentasi. Kalau tadi aku diperlihatkan mengenai buku-buku sukan, kali ini namakan sahaja topik apa- kau pasti akan lihat begitu banyak buku yang ditulis mengenainya. Sesetengah buku itu berkali lebih tebal dari ensiklopedia. Kadang-kadang aku juga musykil celah mana lah ada orang boleh tulis setebal ini. Dan paling memeningkan- ada ke orang nak beli dan baca?

Lalu aku faham, mereka di sini tidak mementingkan sama ada buku itu akan dibeli atau dibaca. Yang penting the book is there. Dalam bahasa lain- the knowledge is there. You'll just have to find it.

Semasa aku melintasi ruangan buku-buku mengenai perang, ada satu buku 'perbualan di radio ketika perang dunia kedua'. (sudah tentu lah bukan dalam bahasa melayu). Nah- kau tengok, sehinggakan ke se'detail' ini tahap dokumentasi mereka. Aku memang kagum. Kemudian aku perasan rakyat mereka memang suka menulis. DJ radio, Chef, Cikgu tadika, Penyiasat persendirian- yang dah jadi ex- memang suka menulis pengalaman hidup/kerja mereka. Kalau yang selebriti atau politikus tu tak payah cakaplah kan.

Dari sini kita dapat lihat budaya dokumentasi yang tinggi lahir apabila kita sendiri yang mula menulis. Ya- kita sendiri. Bukannya mengharap orang lain yang tulis. Misalnya menanti memoir Tun Mahathir yang dah bertahun-tahun. Atau memoir Ungku Aziz. Berapa banyak memoir yang ditulis dari bekas DJ radio? Berapa kerat golongan cikgu yang tulis buku selepas bersara? Golonagn tentera bagaimana pula? Ini semua juga termasuk dalam budaya dokumentasi.

Selain daripada menulis mengenai memoir sendiri, kita juga boleh rajin menulis mengenai sesuatu peristiwa. Krisis ekonomi misalnya. Amalan di negara maju, bila sahaja krisis ekonomi berlaku, berpuluh buku akan ditulis mengenainya. Di Malaysia sudah pasti kita ada krisis atau skandal kita sendiri. Kita boleh menulis mengenai krisis mata wang 97-98, bagaimana Sime Darby menjadi milik negara dalam operasi 'dawn raid' ataupun skandal Sime Darby sekarang. Oh ye, dokumentasi juga tidak terhad kepada perkara-perkara yang serius macam krisis ekonomi. Kita juga boleh menulis pengalaman menonton Piala Dunia dan analisa kita. Ataupun pemerhatian berjalan di negara orang. (eh, sounds familiar je? hahaha)

Apapun, seperti yang aku cakapkan tadi- bangsa yang maju bukan sahaja bangsa yang membaca. Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan dokumentasi. Dalam erti kata lain, bangsa yang mencipta sendiri ilmu pengetahuan- bukannya sekadar menjadi penerima dengan membaca karya orang lain semata-mata.

Rakyat Malaysia perlu menekankan aspek dokumentasi bukan asyik tahu berdemonstrasi.

Pengalaman hari kelima mengajar aku mengenai hakikat ini.




ps: seterusnya kolum dari Australia akan menceritakan mengenai 'kekayaan artificial'.

3 comments:

PenaKiri said...

Betul, menulis bermula dengan diri kita. bukan mengharap kepada orang lain. Betul juga, bila kita tidak mengharap orang membeli atau membaca tulisan kita. Pastikan ilmu itu ada, boleh didapati bila dikehendaki dan yang paling penting dalam bahasa Melayu.

Anonymous said...

Artikel yang menarik.. memang betul all knowledge perlu di dokumentasikan/coded.. benda ni selalu di sebut dalam konsep knowledge management.. dalam negara barat dan jepun benda ni dah lama.. malaysia baru tak baru sedang "cuba" dilaksanakan. masalah dengan budaya kita ialah kita susah nak SHARE.. sebab tu kita jarang nak dokumentasikan knowledge yang ader..Kita lebih suka simpan sendiri..if anything happen to the owner of the knowledge, knowledge tu akan berkubur dengan tuannyer... ade persepsi takut ilmu tu habis...sedangkan dibarat mereka menganggap knowledge is so valuable and need to be shared so than it can help the nation...some company "memaksa" pekerjanya share the knowledge.. contoh macam toyota..(they manage the knowledge).every single knowledge in each department mereka dokumenkan/coded.bila ade pekerja yang berenti, pekerja baru akan mudah mengambil alih..they save money and time.kesimpulannya..menulis is one thing.....willingly to share the knowledge is another thing...

jumapx said...

membuat blog adalah salah satu dari 'budaya dokumentasi' secara tidak rasmi...kan : )