Thursday, December 30, 2010

Singapura- Kisah 3


IDEA UNTUK MALAYSIA

Maaf tertangguh tulisan kisah singapura. Alasan klise- sibuk.

Hari kedua aku berjalan di area Merlion dan Fullerton Road. Apa yang menarik perhatian aku ialah sebuah bangunan lama di seberang jalan. Bangunan ini aku kira cukup otai kerana di sekelilingnya ialah menara-menara pencakar langit yang moden. Tetapi inilah satu-satunya bangunan yang senibinanya berkonsepkan bangunan zaman penjajahan British. Dan ini jugalah bangunan yang dizoom kamera ketika perlumbaan F1 berlangsung.

Lalu aku pun berlegar ke dalamnya.

Ketika aku berlegar-legar di dalam bangunan ini, aku begitu kagum dengan cara bagaimana bangunan ini dipelihara dan yang paling penting- bagaimana bangunan ini di'utilise' sebaik mungkin.

Sedikit latar belakang: Fullerton Hotel (nama bangunan lama ini) asalnya adalah sebuah pejabat pos kerajaan British. Selepas Singapura mendapat kemerdekaan, bangunan ini masih lagi dijadikan pejabat pos. Tetapi pada tahun 1997, ianya telah diambil alih oleh sebuah syarikat Hong Kong. Hasilnya pada 2001, bangunan ini telah diubahsuai menjadi sebuah hotel butik 5 bintang yang sangat ekslusif. Begitu berjaya hotel ini hinggakan ianya dijadikan kediaman rasmi bagi who's who dari seluruh dunia.

(ini adalah gambar-gambar yang sempat disnap)


Lawa kan? Siapa sangka- bangunan yang dah setengah abad ini mampu dibaik pulih dan dipelihara bagi tujuan perlancongan, menyediakan peluang pekerjaan dan paling penting- menjaga warisan negara.

Aku berpendapat kita boleh meniru kejayaan Singapura ini di negara kita.

Kembali ke Malaysia, sebenarnya kita juga mempunyai bangunan yang tidak kurang 'sejarahnya' jika dibandingkan dengan Fullerton. Bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan KTM di Kuala Lumpur tu jauh lagi besar dan klasik.

Sekarang ini aku berani katakan kebanyakan bangunan-bangunan sejarah di Malaysia macam hidup segan mati tak mahu. Sudahlah budaya memelihara kita agak hampeh. Jadi terbiar begitu sahaja bangunan sejarah ni. Bila tak diuruskan dengan baik, maunya para pemaju hartanah tak terliur nak roboh untuk tujuan pembangunan.

Jadi aku ingin memberi idea bagaimana nak utilise our historic building.

Kerajaan boleh menjual bangunan-bangunan tinggalan British kepada swasta dengan syarat ianya tak boleh dirobohkan. Dengan cara ini pun kerajaan boleh dapat pendapatan yang banyak. (Kerajaan Singapura telah mendapat hampir SG300 juta dengan menjual bangunan Fullerton).

Jika tak nak jual pun boleh. Kerajaan boleh lease out kepada mana-mana syarikat perhotelan yang berminat nak run the business. Tidak kisah mau jual ke, mau sewa ke- bottom line nya hendaklah bangunan ini digerakkan oleh swasta.

Oh, ini memang bunyinya kapitalisme. So what? Kalau nak harapkan gomen juga yang uruskan- memang tak majulah bangunan tu sebab budaya kerja gomen sangatlah berbeza dengan swasta.

Jadi dengan menjadikan bangunan lama seperti bangunan sultan abu samad dan bangunan KTM sebagai restoran mewah atau hotel butik 5 bintang- ia boleh memberi banyak spill-over effect yang banyak kepada ekonomi.

Pertamanya, kerajaan tak perlu nak pening-pening keluar dana nak maintain bangunan-bangunan tu. Keduanya kerajaan boleh dapat duit kalau jual bangunan ini. Pada masa yang sama swasta dapat gerakkan bangunan-bangunan yang under-utilised ini yang kebanyakannya terletak di prime area. Kemudian peluang pekerjaan dapat diwujudkan. (Mind you, we're talking about peluang kerja yang rate gaji swasta okey). Bila orang ramai sudah memeriahkan bangunan-bangunan lama ini, sudah tentu kawasan-kawasan di sekeliling akan terima tempiasnya juga. Sila bayangkan berapa banyak gerai-gerai makan, kedai-kedai perkhidmatan yang akan dibuka. Malah teksi juga akan ada laluan destinasi baru nak bawa penumpang.

Bila ini berlaku- benda paling best ialah bangunan sejarah kita dapat dikekalkan. (selain daripada kerajaan dapat cukai)

Ini hanyalah idea basic daripada aku. Mungkin para pembaca sekalian boleh add-up untuk sama-sama kita mencari solusi bagaimana nak fully utilise bangunan-bangunan lama di negara kita.

Kepada yang masih ragu-ragu terhadap idea ini, adakah anda sudah berpuas hati bangunan Sultan Abu Samad hanya dijadikan tempat untuk amek gambar buat poskad?
:P

Tuesday, December 14, 2010

Singapura- Kisah 2

Singapura adalah a 'fine' country. Dan semestinya tidak begitu demokratik jika dibandingkan dengan Malaysia. Begitu ketat undang-undang negara ini sehinggakan hendak mengunyah chewing-gum dan meludah juga akan didenda.

Ini menunjukkan betapa 'grip'nya pengaruh kerajaan terhadap rakyatnya.

Kenapa perkara ini penting?

Singapura adalah negara yang kecil. Bagi sesebuah negara yang tidak mempunyai sumber asli seperti minyak, kayu balak, etc, Singapura amat bergantung kepada pelaburan asing masuk untuk menyediakan pekerjaan kepada rakyatnya.

Lee Kuan Yew amat memahami hakikat bahawa hanya kestabian politik yang boleh menjamin kelangsungan pelaburan asing untuk terus masuk. Dalam erti kata lain, Singapura can't afford untuk mempunyai keadaan kacau bilau dan disruptive. Sudah pasti keadaan negara yang subur demokrasinya hanya menyuburkan juga politiking. Dan politiking menyebabkan negara tidak stabil. Negara yang tidak stabil iklim politiknya susah untuk tarik pelabur masuk. Kita boleh melihat Malaysia sendiri selepas 2008 sebagai contoh jika tidak percaya.

Jadi apa kaitannya dengan undnag-undang tak boleh makan chewing-gum dan meludah?

Jawapannya ialah ia memberikan mesej kepada rakyatnya bahawa kerajaan boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu. Kalau makan chewing-gum boleh kena denda, apatah lagi jika hendak berdemonstrasi. Jauh sekali mempunya blog dan laman web insider/kini/today untuk menghentam kerajaan. Hakikat bahawa begitu ramai ahli pembangkang dipenjarakan sudah cukup membuktikan Singapura sedikitpun tidak boleh tolerate terhadap dissent.

Keduanya ia memberikan jaminan kepada para pelabur bahawa kestabilan politik di Singapura adalah perkara yang numeru uno. Kerajaan Singapura mempunyai strong grip terhadap rakyatnya.

Adakah perkara ini salah?

Tidak. Ini adalah cara Singapura. Malah Singapura tidak akan menjadi seperti Singapura hari ini jika mereka begitu mementingkan kebebasan bersuara, penyuburan demokrasi dan doktrin pengasingan kuasa. Tetapi Singapura memilih untuk memfokuskan terhadap pembinaan negara melalui perkembangan ekonomi.

Di Malaysia- di mana negaranya sering dianggap failed state dan even worse dari Zimbabwe- kita sebenarnya did very well. Di sebalik era strong government oleh Tun Dr Mahathir, kita tidak sampai ke tahap parti pemerintah terpaksa melantik ahli pembangkang for the sake of mempunyai pembangkang. Malah selepas 2003, kita menjadi semakin demokratik. Kita tidak lagi mempunyai strong government. Obviously we're better than Singapore when it comes to democracy.

Bagi rakyat Malaysia yang sering mengimpikan keadaan ekonomi seperti di Singapura, sila tanya diri anda adakah anda sanggup melalui apa yang berlaku di Singapura. Kita boleh menjadi seperti Singapura jika kita mahu. Tetapi at what price?

Di sinilah kita terpaksa membuat pilihan di antara kemajuan ekonomi ataupun kebebasan bersuara. Bagi sesebuah negara yang membangun- kita tidak boleh mempunyai kedua-duanya. Jika mahupun, kita terpaksa berkompromi terhadap hasilnya. Dan Malaysia sebenarnya negara yang cuba berkompromi di antara keduanya.

Di akhirnya saya kira sesekali rakyat Malaysia wajib ke Singapura dan belajar memahami hakikat ini. Saya tidak katakan cara Singapura salah- it serves them very well. Tetapi pada masa yang sama belajar juga menerima hakikat Malaysia juga mempunyai cara sendiri dan of course- it works very well.

Terima Kasih.

Thursday, December 9, 2010

Singapura- Kisah 1



















Saya ke Singapura minggu lepas. Bagus juga berjalan-jalan ke negara jiran ni. Dapat membuka mata dan belajar benda baru.

Saya akan menulis mengenai perjalanan ini. Antara perkara yang saya akan tulis adalah projek mega, hot money, nasib orang melayu, kestabilan politik dan beberapa idea yang mungkin boleh dipraktikkan di Malaysia.

Sebelum itu, mungkin para pembaca boleh memberi pandangan mengenai negara jiran ini. Saya amat mengalu-alukan pandangan anda :)

Tuesday, December 7, 2010

Ketuanan Melayu- Bhg 2.

Pada mulanya aku rasa tidak berminat nak sambung menulis topik ini. Apabila aku menulis bhg 1, tujuannya adalah untuk memberi pemahaman tentang apa yang dikatakan ketuanan melayu. Malah jika difahami betul-betul pemahaman aku mengenai ketuanan melayu tidak sama seperti politikus.

Namun aku dapati kebanyakan pengomen blog ini sama ada benar-benar tidak boleh faham apa yang aku tulis atau memilih untuk oppose for the sake of opposing. Ini antara sebab utama aku jarang menulis. Sebab di akhirnya orang akan komen benda-benda mengarut dan kadangkala tak perlu pun untuk aku respon.

Apapun, aku rasa aku perlu habiskan tulisan mengenai isu Ketuanan Melayu. Malah aku nak menyentuh beberapa perkara yang sering dipolitikkan oleh kedua belah pihak.

Pertama sekali- seperti yang aku pointed out- adakah salah untuk kita menghargai jasa seseorang dan menghormati apa yang telah dipersetujui? Adakah perkara ini rasis? Adakah perkara ini tidak betul? Dan adakah perkara ini perlu dipolitikkan sehingga diseru untuk dibakulsampahkan?

The fact that seruan dibakulsampahkan konsep ini terkandung di dalam ucapan dasar presiden sesebuah parti politik adalah bukti jelas isu ketuanan melayu telah dipolitikkan.

Kedua- mengapa perlu isu ini dimainkan kalau sudah tahu ianya akan membawa kepada persengketaan? Mengapa sebuah parti politik yang kononnya berbilang bangsa hanya memilih untuk menyerang orang melayu? Jika benar seruan itu untuk mengajak bangsa melayu menjadi lebih bermaruah, kenapa tidak diseru bangsa cina yang begitu enggan untuk bersetuju sekolah satu sistem? Bukankah ini juga perkara yang bermaruah?

Tidak layak bercakap soal maruah kalau diri sebagai bekas timbalan perdana menteri yang menggunakan kedudukan sebagai melayu elit untuk memberi kontrak kepada kroni dan kaum keluarga. Jauh sekali sebagai pemimpin yang bermaruah yang kononnya menolak kronisme, nepotisme dan dinasti di dalam parti.

Ketiga, aku tidak menafikan memang ada pemimpin melayu yang kononnya pejuang ketuanan melayu tetapi walhal merekalah yang menggadai kepentingan melayu. Tetapi adakah wajar kita katakan ketuanan melayu sebagai konsep yang rasis? Jika ya, maka mereka yang bukan melayu yang menjadi kaya raya kerana kontrak kerajaan dan menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia juga wajar dianggap mengamalkan konsep ketuanan cina, ketuanan india yang rasis.

Keempat, aku akui konsep ketuanan melayu ini perlu dikenang sampai bila-bila kerana ia merujuk kepada kontrak sosial yang membawa kepada pembinaan negara kita. Tetapi aku juga realistik keistimewaan melayu tidak semestinya perlu dikekalkan selama-lamanya. Malah dominasi kuasa politik oleh orang melayu (yang mana inilah satu-satunya ketuanan melayu masih ada) juga perlu dipecah dominasinya. Bukan melayu perlu diberi tempat di dalam kuasa politik. Dan ini pun sebenarnya dibenarkan di dalam Perlembagaan.

Tetapi sebelum bukan melayu yang kini menjadi ahli keluarga untuk diangkat menjadi tuan rumah- mereka perlu bersama-sama membantu melayu- tuan rumah asal untuk hidup di rumah ini dengan selesa. Mereka perlu dibantu. Sesudah tuan rumah dapat makan sama sedap, pakai sama mewah seperti ahli keluarga, barulah tuan rumah boleh memberi kuasa tuan rumah kepada yang lain.

Kelima, kita wajib faham apabila kita membantu melayu tidak sesekali kita mengabaikan orang bukan melayu. Mana mungkin dasar ekonomi baru yang kononnya bias dan favoritism dapat menjadikan kaum lain lebih kaya berbanding kaum yang ingin dibantu?

Keenam, memang benar meritokrasi itu ada meritnya. Anggapan bahawa siapa yang layak dia lah yang patut dapat sememangnya mulia. Tetapi bagaimana jika yang layak itu sedikit bilangannya? Adakah kita mencadangkan golongan yang sedikit ini patut membolot semua hanya kerana mereka layak?

Sudah jelas, di dalam pengagihan kekayaan kita perlu berkongsi bukan berebut untuk dapat yang paling banyak.

Ketujuh, sudah kedengaran suara yang mahukan institusi diraja dijatuhkan. Mereka tidak faham bahawa institusi diraja inilah yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memerintah secara demokratik. Malah ianya diberi tanpa berlaku perang saudara seperti di England, Nepal dan Perancis. Disebabkan kemurahan hati inilah wujud kontrak sosial lain di antara rakyat dan raja. Disebabkan inilah kita menganut sistem demokrasi raja berperlembagaan. Kenapa kita mahu menggulingkan mereka yang asalnya memberi kita kebebasan? Sekali lagi- apa salahnya untuk kita bersikap terhutang budi dan mengenang jasa?

Kelapan, semenangnya sejumlah wang diperlukan untuk menggerakkan institusi diraja ini. Tetapi inilah harga yang perlu dibayar. Apa bezanya kos yang digunakan untuk sidang parlimen dengan kos untuk institusi diraja? Kalau alasan membazir dimainkan, adalah lebih baik kita menghapuskan penjara dan tentera.

Kesembilan, mereka yang tidak mahukan institusi diraja ini seolah-olah merasakan mereka hidup di zaman monarki di mana raja berkuasa mutlak. Mereka lupa bahawa seorang perdana menteri yang begitu dikritik rakyat Malaysia telah mengurangkan kekebalan mereka. Raja sekarang boleh dipertanggungjawabkan di atas segala kesalahan mereka. Malah sudah ada kes saman menyaman Raja. Jadi apa sebenarnya masalah golongan ini? Adakah tanah mereka dirampas? Adakah anak gadis mereka dijadikan gundik? Adakah sedara mara mereka dibunuh semberono? Tidak!

Tetapi hari ini kita sudah dengar desakan agar kekebalan raja dikembalikan. Gila ke apa?

Di UK- negara yang maju dan demokratik juga mempunyai raja. Tetapi kenapa golongan yang begitu suka meniru negara barat ini tidak mahu negara kita meniru cara UK yang mempunyai raja? Kenapa double standard? Adakah kerana raja kita melayu?

Kesepuluh, kita perlu mengakui hakikat bahawa orang melayu adalah bangsa yang telah dijajah lebih dari 500 tahun. Mereka yang menjadi hamba selama itu pastilah mempunyai tahap keyakinan diri yang begitu rendah. Begitu rendah self-esteem sehinggakan apabila hendak merdeka mereka sendiri tidak mahu kerana nak buat jarum pun tak pandai. Sudah pasti untuk membina keyakinan diri memakan masa yang lama.

Tetapi untuk meruntuhkannya mengambil masa yang singkat. Apabila orang melayu sendiri yang begitu bermegah dan suka mengutuk orang melayu sendiri sehinggakan nak pertikai segala macam yang berkaitan dengan melayu seperti dasar ekonomi, keistimewaan melayu dan juga raja-raja melayu, ini sebenarnya telah meruntuhkan apa yang cuba dibina selama ini.

Jika orang melayu korup- siapa yang mengkorupkan mereka? Bukankah towkey-towkey dan politikus bangsa lain juga terlibat?

Jika orang melayu mempunyai keistimewaan- so what? Bagaimana jika bangsa cina dan india mempunyai keistimewaan mereka sendiri? Adakah mereka akan dengan suka relanya melepaskan keistimewaan itu atas nama 'equality'? The fact that mereka enggan untuk membubarkan sekolah vernakular membuktikan perkara ini.

Kesimpulannya orang melayu tidak perlu berasa apologetik dan bersalah jika mereka mempunyai keistimewaan. Sebaliknya orang melayu wajib menggunakan keistimewaan itu untuk menebus maruah mereka yang telah tercalar selama 500 tahun. Orang melayu juga- seperti yang saya sebut- wajib untuk menerima dan melayan dengan baik bangsa lain. Ini adalah apa yang dipersetujui secara tidak bertulis dan tertulis di Perlembagaan.

Di akhirnya saya faham tulisan ini tidak akan diterima dengan baik bagi golongan yang kononnya tidak pro mana-mana. Tetapi setidak-tidaknya mereka aktif memberi komen dan menampakkan bahawa kebenaran berada di pihak mereka simply because they are speaking-up. Kepada yang tidak bersetuju dengan mereka, tunjukkkanlah diri anda denga menyertai sekali disukusi. Anda bukan silent majority. To be a majority u have to participate and be counted.

Thursday, December 2, 2010

Ketuanan Melayu- bhg 1

Hari ini kita mendengar orang melayu sendiri telah berani menolak konsep ketuanan melayu dan mahukan ianya dibakul sampahkan.

Sebelum itu, apa yang kita faham mengenai ketuanan melayu? Apakah yang dikatakan sebagai ketuanan melayu? Adakah pemahaman kita terhadap ketuanan melayu merupakan pemahaman yang tepat?

Hal ini penting kerana segala pandangan kita bergantung terhadap pemahaman kita. Pemahaman yang salah membawa kepada pandangan yang salah. Dan pandangan yang salah menyebabkan keputusan yang salah.

Mereka yang menolak konsep ketuanan melayu mendakwa konsep ini berkisar tentang melayu menjadi Tuan dan bukan melayu sebagai hamba. Logik mereka- jika ada tuan pasti ada hamba. Malah mereka cuba menyamakan konsep ketuanan melayu ini dengan ketuanan bangsa Aryan yang dipegang oleh Adolf Hitler dan ketuanan zionis di Israel.

Sekiranya konsep ketuanan melayu begini maknanya- saya bersetuju konsep ini perlu dibakul sampahkan. Malah sesiapa yang mengajukan konsep ini pastilah bersikap rasis.

Tetapi adakah benar ketuanan melayu begini? Benarkah ianya mengenai tuan dan hamba? Adakah konsep ini rasis?

Jawapannya tidak.

Ketuanan melayu tidak pernah bermaksud untuk menjadikan bangsa melayu sebagai satu-satunya bangsa suci yang dipilih Tuhan atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba.

Sebaliknya konsep ketuanan melayu merujuk kepada kontrak sosial di antara kaum pribumi (melayu) dengan kaum imigran (Cina dan India). Orang melayu sebagai 'tuan rumah' begitu bermurah hati dan berlapang dada untuk menerima 2 juta orang bukan melayu sebagai warganegara di bumi yang bertuah ini. Sebagai balasan, orang bukan melayu mengiktiraf beberapa keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu.

Wajib untuk kita ingat bahawa tidak ada negara bangsa di dunia ini baik bangsa arab, eropah, india, perancis dan Itali yang pernah menunjukkan 'gesture' sebegitu mulia seperti bangsa melayu yang sanggup 'menerima masuk' berjuta-juta bangsa lain ke dalam 'rumah' dan dijadikan 'kaum keluarga' dengan diberikan hak kerakyatan, hak berpolitik, hak mengamalkan budaya, hak mengundi dan menganggotai kerajaan.

Jadi, adakah logik ketuanan melayu diibaratkan seperti hubungan tuan dan hamba? Sudah pasti tidak kerana kita tidak pernah sesekali menganggap mereka yang datang bertandang ke rumah kita sebagai hamba. Apatah lagi tetamu yang sudah menjadi kaum keluarga.

Jadi apa sebenarnya yang perlu dijunjung oleh rakyat Malaysia mengenai konsep ketuanan melayu ini?

i) Pertama, orang bukan melayu mesti selama-lamanya terhutang budi dan mengenang jasa dengan mengiktiraf keistimewaan orang melayu di atas kerakyatan yang diberikan sehingga mereka dapat hidup aman makmur di bumi bertuah ini. (malahan menguasai 80% kekayaan negara).

Adakah salah untuk kita mengenang budi seseorang? Susah sangat ke hendak berterima kasih? Kalaupun tidak berterima kasih, tetapi setidak-tidaknya janganlah mengajak orang lain untuk menjadi kurang ajar dengan tidak mengenang budi.

ii) Kedua, orang melayu mesti selama-lamanya menganggap orang bukan melayu sebagai kaum keluarga di tanah air tercinta ini. Oleh itu orang melayu tidak boleh menindas dan merampas dari sudut apapun bangsa-bangsa lain.

Di sini kita dapat lihat- mereka yang mahukan ketuanan melayu dihapuskan bukan sekadar bercakap mengenai keistimewaan orang melayu tetapi turut menafikan hak orang bukan melayu sebagai ahli keluarga yang mesti dilayan dengan baik.

Bukankah ketuanan melayu sebenarnya berkaitan dengan orang bukan melayu juga? Tidakkah ini membuktikan bahawa ketuanan melayu tidak rasis?

Sewajarnya rakyat Malaysia khususnya orang melayu tidak perlu berasa apologetik atau merasa bersalah untuk mempertahankan ketuanan melayu. Ini adalah kerana konsep ini bukanlah mengajukan tuan dan hamba, tidak rasis dan bukannya bersifat menindas (baca: membunuh) seperti ketuanan Aryan dan ketuanan Zionis.

*
Di dalam tulisan ini saya tunjukkan kepada para pembaca bahawa inilah konsep sebenar ketuanan melayu yang perlu kita fahami. Malah inilah yang berlaku di dalam sejarah pembinaan negara kita. Ini pastilah berbeza dengan pemahaman ahli politik yang sekadar memancing undi.

Saya amat berharap selepas memahami konsep sebenar ketuanan melayu, kita dapat mengajukan pandangan dengan tepat. Dan paling penting- kita dapat menilai wajar ataupun tidak konsep ini dibakul sampahkan.

Hanya mereka yang buta sejarah/pembelit fakta ataupun masih ingin dikhayalkan dengan permainan ahli politik yang gian nak jadi Perdana Menteri akan menghadapi kesukaran untuk membuat penilaian.

Terima Kasih.


(bersambung bahagian 2- ketuanan melayu di dalam konteks perlembagaan dan kaitannya dengan insititusi diraja)