Tuesday, December 7, 2010

Ketuanan Melayu- Bhg 2.

Pada mulanya aku rasa tidak berminat nak sambung menulis topik ini. Apabila aku menulis bhg 1, tujuannya adalah untuk memberi pemahaman tentang apa yang dikatakan ketuanan melayu. Malah jika difahami betul-betul pemahaman aku mengenai ketuanan melayu tidak sama seperti politikus.

Namun aku dapati kebanyakan pengomen blog ini sama ada benar-benar tidak boleh faham apa yang aku tulis atau memilih untuk oppose for the sake of opposing. Ini antara sebab utama aku jarang menulis. Sebab di akhirnya orang akan komen benda-benda mengarut dan kadangkala tak perlu pun untuk aku respon.

Apapun, aku rasa aku perlu habiskan tulisan mengenai isu Ketuanan Melayu. Malah aku nak menyentuh beberapa perkara yang sering dipolitikkan oleh kedua belah pihak.

Pertama sekali- seperti yang aku pointed out- adakah salah untuk kita menghargai jasa seseorang dan menghormati apa yang telah dipersetujui? Adakah perkara ini rasis? Adakah perkara ini tidak betul? Dan adakah perkara ini perlu dipolitikkan sehingga diseru untuk dibakulsampahkan?

The fact that seruan dibakulsampahkan konsep ini terkandung di dalam ucapan dasar presiden sesebuah parti politik adalah bukti jelas isu ketuanan melayu telah dipolitikkan.

Kedua- mengapa perlu isu ini dimainkan kalau sudah tahu ianya akan membawa kepada persengketaan? Mengapa sebuah parti politik yang kononnya berbilang bangsa hanya memilih untuk menyerang orang melayu? Jika benar seruan itu untuk mengajak bangsa melayu menjadi lebih bermaruah, kenapa tidak diseru bangsa cina yang begitu enggan untuk bersetuju sekolah satu sistem? Bukankah ini juga perkara yang bermaruah?

Tidak layak bercakap soal maruah kalau diri sebagai bekas timbalan perdana menteri yang menggunakan kedudukan sebagai melayu elit untuk memberi kontrak kepada kroni dan kaum keluarga. Jauh sekali sebagai pemimpin yang bermaruah yang kononnya menolak kronisme, nepotisme dan dinasti di dalam parti.

Ketiga, aku tidak menafikan memang ada pemimpin melayu yang kononnya pejuang ketuanan melayu tetapi walhal merekalah yang menggadai kepentingan melayu. Tetapi adakah wajar kita katakan ketuanan melayu sebagai konsep yang rasis? Jika ya, maka mereka yang bukan melayu yang menjadi kaya raya kerana kontrak kerajaan dan menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia juga wajar dianggap mengamalkan konsep ketuanan cina, ketuanan india yang rasis.

Keempat, aku akui konsep ketuanan melayu ini perlu dikenang sampai bila-bila kerana ia merujuk kepada kontrak sosial yang membawa kepada pembinaan negara kita. Tetapi aku juga realistik keistimewaan melayu tidak semestinya perlu dikekalkan selama-lamanya. Malah dominasi kuasa politik oleh orang melayu (yang mana inilah satu-satunya ketuanan melayu masih ada) juga perlu dipecah dominasinya. Bukan melayu perlu diberi tempat di dalam kuasa politik. Dan ini pun sebenarnya dibenarkan di dalam Perlembagaan.

Tetapi sebelum bukan melayu yang kini menjadi ahli keluarga untuk diangkat menjadi tuan rumah- mereka perlu bersama-sama membantu melayu- tuan rumah asal untuk hidup di rumah ini dengan selesa. Mereka perlu dibantu. Sesudah tuan rumah dapat makan sama sedap, pakai sama mewah seperti ahli keluarga, barulah tuan rumah boleh memberi kuasa tuan rumah kepada yang lain.

Kelima, kita wajib faham apabila kita membantu melayu tidak sesekali kita mengabaikan orang bukan melayu. Mana mungkin dasar ekonomi baru yang kononnya bias dan favoritism dapat menjadikan kaum lain lebih kaya berbanding kaum yang ingin dibantu?

Keenam, memang benar meritokrasi itu ada meritnya. Anggapan bahawa siapa yang layak dia lah yang patut dapat sememangnya mulia. Tetapi bagaimana jika yang layak itu sedikit bilangannya? Adakah kita mencadangkan golongan yang sedikit ini patut membolot semua hanya kerana mereka layak?

Sudah jelas, di dalam pengagihan kekayaan kita perlu berkongsi bukan berebut untuk dapat yang paling banyak.

Ketujuh, sudah kedengaran suara yang mahukan institusi diraja dijatuhkan. Mereka tidak faham bahawa institusi diraja inilah yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memerintah secara demokratik. Malah ianya diberi tanpa berlaku perang saudara seperti di England, Nepal dan Perancis. Disebabkan kemurahan hati inilah wujud kontrak sosial lain di antara rakyat dan raja. Disebabkan inilah kita menganut sistem demokrasi raja berperlembagaan. Kenapa kita mahu menggulingkan mereka yang asalnya memberi kita kebebasan? Sekali lagi- apa salahnya untuk kita bersikap terhutang budi dan mengenang jasa?

Kelapan, semenangnya sejumlah wang diperlukan untuk menggerakkan institusi diraja ini. Tetapi inilah harga yang perlu dibayar. Apa bezanya kos yang digunakan untuk sidang parlimen dengan kos untuk institusi diraja? Kalau alasan membazir dimainkan, adalah lebih baik kita menghapuskan penjara dan tentera.

Kesembilan, mereka yang tidak mahukan institusi diraja ini seolah-olah merasakan mereka hidup di zaman monarki di mana raja berkuasa mutlak. Mereka lupa bahawa seorang perdana menteri yang begitu dikritik rakyat Malaysia telah mengurangkan kekebalan mereka. Raja sekarang boleh dipertanggungjawabkan di atas segala kesalahan mereka. Malah sudah ada kes saman menyaman Raja. Jadi apa sebenarnya masalah golongan ini? Adakah tanah mereka dirampas? Adakah anak gadis mereka dijadikan gundik? Adakah sedara mara mereka dibunuh semberono? Tidak!

Tetapi hari ini kita sudah dengar desakan agar kekebalan raja dikembalikan. Gila ke apa?

Di UK- negara yang maju dan demokratik juga mempunyai raja. Tetapi kenapa golongan yang begitu suka meniru negara barat ini tidak mahu negara kita meniru cara UK yang mempunyai raja? Kenapa double standard? Adakah kerana raja kita melayu?

Kesepuluh, kita perlu mengakui hakikat bahawa orang melayu adalah bangsa yang telah dijajah lebih dari 500 tahun. Mereka yang menjadi hamba selama itu pastilah mempunyai tahap keyakinan diri yang begitu rendah. Begitu rendah self-esteem sehinggakan apabila hendak merdeka mereka sendiri tidak mahu kerana nak buat jarum pun tak pandai. Sudah pasti untuk membina keyakinan diri memakan masa yang lama.

Tetapi untuk meruntuhkannya mengambil masa yang singkat. Apabila orang melayu sendiri yang begitu bermegah dan suka mengutuk orang melayu sendiri sehinggakan nak pertikai segala macam yang berkaitan dengan melayu seperti dasar ekonomi, keistimewaan melayu dan juga raja-raja melayu, ini sebenarnya telah meruntuhkan apa yang cuba dibina selama ini.

Jika orang melayu korup- siapa yang mengkorupkan mereka? Bukankah towkey-towkey dan politikus bangsa lain juga terlibat?

Jika orang melayu mempunyai keistimewaan- so what? Bagaimana jika bangsa cina dan india mempunyai keistimewaan mereka sendiri? Adakah mereka akan dengan suka relanya melepaskan keistimewaan itu atas nama 'equality'? The fact that mereka enggan untuk membubarkan sekolah vernakular membuktikan perkara ini.

Kesimpulannya orang melayu tidak perlu berasa apologetik dan bersalah jika mereka mempunyai keistimewaan. Sebaliknya orang melayu wajib menggunakan keistimewaan itu untuk menebus maruah mereka yang telah tercalar selama 500 tahun. Orang melayu juga- seperti yang saya sebut- wajib untuk menerima dan melayan dengan baik bangsa lain. Ini adalah apa yang dipersetujui secara tidak bertulis dan tertulis di Perlembagaan.

Di akhirnya saya faham tulisan ini tidak akan diterima dengan baik bagi golongan yang kononnya tidak pro mana-mana. Tetapi setidak-tidaknya mereka aktif memberi komen dan menampakkan bahawa kebenaran berada di pihak mereka simply because they are speaking-up. Kepada yang tidak bersetuju dengan mereka, tunjukkkanlah diri anda denga menyertai sekali disukusi. Anda bukan silent majority. To be a majority u have to participate and be counted.

10 comments:

eszol raar said...

melayu lahir2 je teros dpt automatic PRIVILEGE

indon lahir2 pon teros dpt automatic PRIVILEGE as indonesian

so why question it?

this is the privilege n i have to agree with you it is hard for anyone to let go the specialness tat they have in the name of equality because in this world there's no such thing as equality

the constitution said that bla bla bla so youll get bla bla bla

but remember

rules aren't always right

if u're the son of police commissioner, do u still thin u are so superior

the problem is the MISUSE OF PRIVILEGES

people question that!!!

Anonymous said...

penin pale nk faham isu ketuanan melayu nieyh!

muzikri said...

'Sudah jelas, di dalam pengagihan kekayaan kita perlu berkongsi bukan berebut untuk dapat yang paling banyak.'

aku quote dari ko pnya artikel,which kontradik wif ur own principle,sebelum nie ko mencanangkan kapitalisme,tapi sekarang ak x rsa cmtu bila baca blik dis statement,ko cuba bersikap populis,dats all.

dan aku x rasa ble komen ko pnya blog nie,jus bersikap for the sake of opposing,tapi its more than that.

klu kite try ntuk faham nature of human nie,greed itu satu keperluan,dan tapi limitnya pada ketamakan itu hanya pada kemampuan kita untuk curb,dan aku nampak ketuanan melayu ini hanya satu camouflage yang begitu menarik untuk org melayu itu sendiri bagi meneruskan agenda tamak sesetengah melayu.and i dun gave a damn bout being classified as certain races.

dan bagi kau untuk cakap bahawa hanya kerana melayu yang speak up untuk melawan ketuanan melayu tu sendiri,and why not the others,is bcause we no longer hav dat feudalisitic sets of mind,we no longer needs to depends on pother but for our own feets...

its time for u to join NGO,ak xtau ko dh join ke blum,tapi plis join,n look at the plight of the real persons,beyond ur own comfortable boundaries
(races,religions,ethnicity).

sori klu ko rasa komen nie is a shit or not,but for the sake of being a counted majority,i nid to clamp down ur right wing mentality of trying and claiming to be superior to other race.although u r not saying so.

besi said...

basuh baju..
ini semua politik... datin seri wan azizah utarakan isu ini sbb politik..(aku baca ucapan dia tak de pun nak buang kuasa raja2 pun) komen2 dari parti umno pun sebab politik juga...(bagus,sbb peka dgn nasib bangsa ngan agama)
benda2 dalam perlembagaan hanya boleh dipinda dengan syarat mendapat majoriti 2/3 ahli dewan rakyat dan persetujuan majlis raja2...nampak tak disini... rakyat la yg berkuasa sbenarnya kita jangan bagi mana2 pihak dapat 2/3 dlm dewan.. aku jarang benar dengar kat uk ada parti dpt 2/3 kat parlimen..sbb tu diorang tak leh buat samberono je........

pandangan aku la...

Unknown said...

hidup,membesar dan bersaing disekeliling pelbagai bangsa dan agama...ini mungkin membezakan antara kita..aku dan kau...

Oh Me said...

just keep writing Basuh Baju... Pedulikan apa org nak kata. This is your blog and thats your opinion.

Datoq_Jebat said...

Salam,
saya berasa gembira dengan pandangan saudara. masih ada yang sedar dan tidak berselindung atas nama liberalisme yang kononnya 'cool' dan mengikut peredaran zaman. saya tertarik dengan kenyataan yang kita sepatutnya berkongsi bukannya berebut. analoginya seperti sebiji kek yang besar. adakah adil jika hanya yang mempunyai kudrat yang kuat sahaja melahapnya tanpa memikirkan kaum yang lemah? mmg kaum bumiputra masih memerlukan tongkat. kerana apa? salahkan dasar penjajah sewaktu kita belum merdeka. dasar polarisasi dan pemecahan ras menjadikan kaum bumiputra mundur. kita dijajah selama 500 tahun. merdeka hanya baru 53 tahun.... tentang ketuanan melayu, adakah ia rasis? sepanjang 28 tahun hidup di bumi malaysia ini, saya tidak pernah berasakan diri saya ini tuan kepada bangsa lain. tidak pernah terfikir untuk menyombong diri atas nama ketuanan melayu. konsep ketuanan melayu ini hanyalah konsep tuan rumah dan tetamunya sahaja. lapangkan dada, bukakan minda. jangan kita terikut-ikut dengan permainan ahli politik. apa sahaja boleh dijadikan modal. kesamarataan untuk semua kaum? ya, hanya jika semua kaum boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. adalah tidak adil untuk membuka perlumbaan baru untuk kaum yang capek sedangkan kaum yang lain sudah menghampiri garisan penamat.

-Hanya Pemikiran Manusia-

Anonymous said...

rasa terpanggil untuk komen when u say "to be a majority u have to participate and be counted".. ok this is me participating.. yes I totally agreed with what u said about Ketuanan Melayu.. TOTALLY.. Mungkin orang Melayu bandar yang sudah biasa dengan kesenangan merasakan mereka boleh bersaing dengan kaum-kaum lain secara adil lantas menolak konsep ini.. Tapi bagi orang kampung yang miskin macam saya, yang mak bapak tak sekolah tinggi dan hanya makan gaji yang tak seberapa dari tokey2 bangsa lain dan meredahi segala macam kesusahan untuk membesarkan anak2, keistimewaan untuk bangsa Melayu adalah amat besar ertinya.. Tapi kami sekalipun tak pernah minta kaum lain sujud atau tunduk pada kami atau menganggap kami tuan dan mereka hamba.. Cuma janganlah pertikaikan hak kami yang sedikit ini..

Sekian..

Al Mahadaya said...

Di zaman dahulu, bangsa Malayu adalah merupakan bangsa yg memerintah negara2 di Nusantara sehingga ke India dan Kemboja. Di saat itu hanya ada satu agama saja dan bangsa Malayulah yg menjadi penerajunya. Mereka memerintah dgn keadilan bagi semua bangsa dan disebabkan itulah di panggil bangsa tuan.
Di akhir zaman, bangsa inilah juga yg akan menyatukan semula semua bangsa2 di dlm agama yg satu. Kehebatan yg cuba di sembunyikan malah kebanyakan Malayu kini tidak mengerti bhw Malayu adalah bangsa yg amat di geruni oleh musuh2 tuhan. Apabila mereka bangkit akan gentarlah segala bangsa yg ada di dunia ini sebagai pewaris kerajaan tuhan di bumi. mahadaya-asalama@blogspot.com

ken said...

Malaysia adalah satu-satunya negara yang melayunya sinonim dengan Islam...

entah berapa ramai di malaysia ini bangsa lain yang tukar agama boleh join UMNO...jadinya isu ketuanan melayu yang dikatakan rasis itu sebenarnya tak timbul pun...sebaliknya kita lebih kepada ketuanan islam...ya..pengisian islam memang belum cukup tapi kecintaan terhadap islam tak pernah pudar pun..

apa susah sangat ker kalau bangsa lain nak kenang budi orang melayu yang sanggup bagi tanah dan khazanah negara untuk dikongsi..

masa kita tengah perang dengan british,belanda dan jepun seperti dato bahaman, mat kilau tok janggut...cina india tu semua kat mana???

jadi dimana salahnya kalau kenang sikit jasa nenek moyang kita melalui anak cucu mereka..bukan suruh sembah pun..

conclusion... Ta Melayu Hilang Di Dunia...