Thursday, December 2, 2010

Ketuanan Melayu- bhg 1

Hari ini kita mendengar orang melayu sendiri telah berani menolak konsep ketuanan melayu dan mahukan ianya dibakul sampahkan.

Sebelum itu, apa yang kita faham mengenai ketuanan melayu? Apakah yang dikatakan sebagai ketuanan melayu? Adakah pemahaman kita terhadap ketuanan melayu merupakan pemahaman yang tepat?

Hal ini penting kerana segala pandangan kita bergantung terhadap pemahaman kita. Pemahaman yang salah membawa kepada pandangan yang salah. Dan pandangan yang salah menyebabkan keputusan yang salah.

Mereka yang menolak konsep ketuanan melayu mendakwa konsep ini berkisar tentang melayu menjadi Tuan dan bukan melayu sebagai hamba. Logik mereka- jika ada tuan pasti ada hamba. Malah mereka cuba menyamakan konsep ketuanan melayu ini dengan ketuanan bangsa Aryan yang dipegang oleh Adolf Hitler dan ketuanan zionis di Israel.

Sekiranya konsep ketuanan melayu begini maknanya- saya bersetuju konsep ini perlu dibakul sampahkan. Malah sesiapa yang mengajukan konsep ini pastilah bersikap rasis.

Tetapi adakah benar ketuanan melayu begini? Benarkah ianya mengenai tuan dan hamba? Adakah konsep ini rasis?

Jawapannya tidak.

Ketuanan melayu tidak pernah bermaksud untuk menjadikan bangsa melayu sebagai satu-satunya bangsa suci yang dipilih Tuhan atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba.

Sebaliknya konsep ketuanan melayu merujuk kepada kontrak sosial di antara kaum pribumi (melayu) dengan kaum imigran (Cina dan India). Orang melayu sebagai 'tuan rumah' begitu bermurah hati dan berlapang dada untuk menerima 2 juta orang bukan melayu sebagai warganegara di bumi yang bertuah ini. Sebagai balasan, orang bukan melayu mengiktiraf beberapa keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu.

Wajib untuk kita ingat bahawa tidak ada negara bangsa di dunia ini baik bangsa arab, eropah, india, perancis dan Itali yang pernah menunjukkan 'gesture' sebegitu mulia seperti bangsa melayu yang sanggup 'menerima masuk' berjuta-juta bangsa lain ke dalam 'rumah' dan dijadikan 'kaum keluarga' dengan diberikan hak kerakyatan, hak berpolitik, hak mengamalkan budaya, hak mengundi dan menganggotai kerajaan.

Jadi, adakah logik ketuanan melayu diibaratkan seperti hubungan tuan dan hamba? Sudah pasti tidak kerana kita tidak pernah sesekali menganggap mereka yang datang bertandang ke rumah kita sebagai hamba. Apatah lagi tetamu yang sudah menjadi kaum keluarga.

Jadi apa sebenarnya yang perlu dijunjung oleh rakyat Malaysia mengenai konsep ketuanan melayu ini?

i) Pertama, orang bukan melayu mesti selama-lamanya terhutang budi dan mengenang jasa dengan mengiktiraf keistimewaan orang melayu di atas kerakyatan yang diberikan sehingga mereka dapat hidup aman makmur di bumi bertuah ini. (malahan menguasai 80% kekayaan negara).

Adakah salah untuk kita mengenang budi seseorang? Susah sangat ke hendak berterima kasih? Kalaupun tidak berterima kasih, tetapi setidak-tidaknya janganlah mengajak orang lain untuk menjadi kurang ajar dengan tidak mengenang budi.

ii) Kedua, orang melayu mesti selama-lamanya menganggap orang bukan melayu sebagai kaum keluarga di tanah air tercinta ini. Oleh itu orang melayu tidak boleh menindas dan merampas dari sudut apapun bangsa-bangsa lain.

Di sini kita dapat lihat- mereka yang mahukan ketuanan melayu dihapuskan bukan sekadar bercakap mengenai keistimewaan orang melayu tetapi turut menafikan hak orang bukan melayu sebagai ahli keluarga yang mesti dilayan dengan baik.

Bukankah ketuanan melayu sebenarnya berkaitan dengan orang bukan melayu juga? Tidakkah ini membuktikan bahawa ketuanan melayu tidak rasis?

Sewajarnya rakyat Malaysia khususnya orang melayu tidak perlu berasa apologetik atau merasa bersalah untuk mempertahankan ketuanan melayu. Ini adalah kerana konsep ini bukanlah mengajukan tuan dan hamba, tidak rasis dan bukannya bersifat menindas (baca: membunuh) seperti ketuanan Aryan dan ketuanan Zionis.

*
Di dalam tulisan ini saya tunjukkan kepada para pembaca bahawa inilah konsep sebenar ketuanan melayu yang perlu kita fahami. Malah inilah yang berlaku di dalam sejarah pembinaan negara kita. Ini pastilah berbeza dengan pemahaman ahli politik yang sekadar memancing undi.

Saya amat berharap selepas memahami konsep sebenar ketuanan melayu, kita dapat mengajukan pandangan dengan tepat. Dan paling penting- kita dapat menilai wajar ataupun tidak konsep ini dibakul sampahkan.

Hanya mereka yang buta sejarah/pembelit fakta ataupun masih ingin dikhayalkan dengan permainan ahli politik yang gian nak jadi Perdana Menteri akan menghadapi kesukaran untuk membuat penilaian.

Terima Kasih.


(bersambung bahagian 2- ketuanan melayu di dalam konteks perlembagaan dan kaitannya dengan insititusi diraja)

10 comments:

eszol said...

selagi ade ketuanan melayu lah malaysia takkan maju

"kita x boleh lupa ini tanah air siapa dan perjuangan org terdahulu"

bull! ckp smtu sume sbb kpentingan sndiri

i dont think they ever heard of the term 'let bygone be bygone'

nak bwat camne kan

dari zaman KBSM sampai ke tua kerajaan selalu ckp n priortise
"PERJUANGAN UTK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA"

u must be a racist before a nationalist in malaysia

so dun give a damn about that stupid social contract

muzikri said...

org bukan bumiputera menguasai 80 epratus kekayaan,manakala lagi 20 peratus dikuasai elti ketuanan melayu? nk cmtu?
and poverty di malaysia ini,siapa paling tinggi kadarnya?
tolong la,berhenti la nk argue dat this thing is rite,its never meant to be true to be thinking like dis..
dan adakah perlu to extent of killing than u can justify that its wrong?
hitler ada mein kampf,apertheid ada kekejaman,ketuanan melayu,ada ape?

aku xnak bersikap partisan,ak xnak bersikap chauvinis,aku xnak bersikap racist,aku xnak bersikap judgementalist,dan tolong fikir dengan rasional benda ini.
kita xkan hidup hanya dengan baka,aku x nmpak rasional kau untuk justify dis,u r more than this man,ko lebih diperlukan untuk bawa kebaikan dari terus ingin bersikap bermusuhan,

Duniaku said...

ketuanan Melayu..ini antara penulisan yg paling lembut pernah saya baca...kontrak sosial..adalah sesuatu yg agak subjektif..mungkin tak pernah didokumentasikan...dan ini dimainkan pulak oleh ahli politik..maka zaman berzaman kita hidup dengan syak..saling curiga-mencurigai...

Eman Iman Mohd Arif said...

masih ada lagu bangsa Melayu tidak mengerti maksud ketuanan Malayu..Ketuanan Melayu merujuk kepada kuasa raja-raja Melayu pada asalnya berkuasa atas Tanah Melayu mengikut fakta sejarah. Kesudian raja-raja Melayu memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereke hendaki.

Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu.

Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.

Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.

Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak. Kita tidak mahu tragedi 13 Mei berulang lagi. Ketuanan Melayu tidak sepatutnya menjadi isu. Kita beruntung kerana kita masih mengekalkan identiti bangsa masing-masing.

Jika kita lihat Indonesia, bangsa Cina di Indonesiakan kerana bangsa Indonesia adalah tinggi nilainya pada mereka.

Kita sebagai bangsa Melayu harus berbangga dengan bangsa kita sendiri. Jangan sesekali kita sebagai pengkhianat bangsa.

muzikri said...

sebelum pandai nak tgk artikel 153,tgk artikel 8 dulu,jangan main kaut je semua,klu ko percaya pada perlembagaan,ko tau benda dalam tu xkan kontradik to each other,n klu ko percaya pada quran,ko fahami la rohnya...ak pun x pandai,tapi janganla sampai tahap nie kita being divisive of our country nature and fabric of our society.

aku malas nak jadi keyboard warrior
aku sangat2 berharap supaya if betul2 benda nie nak dijadikan isu,
kita bleh bincang dan perhalusi secara intelek benda nie.

dis thing is beyond superficial cosmetic of our social milieu,its comprises of all the roots that makes the hatred prevail.

aku dah hantar 2 comments,rasa cam budak poyo pun ada,tapi tu la,aku ok untuk agree to disagree..thanks

koolmokcikZ said...

good one. go BJ go!

-:: zeNGoth ::- said...

SYABAS CEO Rozali Ismail salary is RM425,000 a month, 19 times more than the salary of the prime minister, at RM22,826.65 a month.

He was a former UMNO branch treasurer. BB, ni lah KETUANAN MELAYU yg sebenar.

Mereka2 yg kononnya pejuang melayu ni menggunakan KETUANAN MELAYU sebagai alat utk mendapatkan sekongan rakyat ttp sebenarnye merompak hasil kekayaan negara.

Aku bukan pro-pakatan, tp yg x betul tu ttp x betul walau di pihak mana sekalipun.

Amirull Jaafar said...

Aku faham benar kau akan berkata segala sejarah silam,bahawa bumi bertuah yang digelar Bumi Emas ini milik orang Melayu.Asal Tanah Melayu.

Aku faham bahagian itu dan kaitannya dengan Ketuanan Melayu.Memang aku faham.

Cuma,aku rasa sedih.Atas dasar Ketuanan Melayu ini mahu didirikan.Aku melihat semakin banyak penindasan kepada Melayu itu sendiri.

Semua orang sudah tahu.Semua sudah sedia maklum.Rakyat kita membanting tulang 4 kerat semata-mata untuk demi nasi yang sesuap.

Apa Ketuanan Melayu membantu dalam hal ini?Aku tak nampak apa-apa langsung.Lantaran aku sangat percaya ni bumi Allah,saudara Basuh Baju.

Bumi yang Allah jadikan untuk semua umatnya berkongsi bersama-sama.Kita kenal mengenali.Isu ini Tanah Melayu,ini Tanah Besar China,Ini Tanah India,ini Tanah Red Indian,ini Tanah Ireland tak menjadi apa.

Selamanya aku percaya manusia semua sama dan menyatukan kita ialah pa yang kita percaya iaitu iman.

Ok lah.Aku nak pergi basuh baju.Maksud aku nak pergi dobi.

bell[a] said...

*sigh*
its all about ketuann melayu. so,how sarawak n sabah???
bumi borneo bukan asal didiami oleh orang melayu,oke. Tidak masuk akal kalo nak buat konsep ketuanan melayu masuk sabah sarawak. kalo nak buat,buat di tanah malaya saja.
u are talking like only melayu cina tamil yg jd rakyat di malaysia. sedangkan borneo land even bigger than malaya land.

bsng chik said...

to bella yr job to educate yr fellow sarawakian to change taib mahmud carilah pemimpin yg pure bukan yg nak hidup 1000 tahun.

to eszol singapore ok je praktice ketuanan china.malaysia problem corrupted practice je nothing to do with race