ISU KALIMAH ALLAH
1) Basuh Baju,
Nampaknya kerajaan gagal mengawal isu ini dengan baik. Berbelas rumah ibadat diserang. Parti politik saling menyalahkan antara satu sama lain. Beratus yang turun demonstrasi. Tiada siapa yang ditangkap. Beribu komen di akhbar dan blog yang kutuk mengutuk. Berjuta rakyat Malaysia yang risau akan keselamatan negara. Adakah kita perlu menukar kerajaan yang lembik ini? (Abang Kit Siang)
Abang Kit Siang,
Inilah kesannya bila kita mempunyai kerajaan yang lemah. Kerajaan tidak berupaya menjaga kestabilan negara. Bagi negara seperti Malaysia, isu-isu berkaitan bangsa dan agama boleh menggugat keselamatan negara. Apatah lagi perbezaan bangsa di Malaysia berkait rapat dengan perbezaan agama. For the slightest reason, the races and religions would be at each other's throats. Isu kalimah Allah telah membuktikannya.
Di sini menunjukkan bahawa negara Malaysia memerlukan kerajaan yang kuat. Kerajaan yang lemah (ditambah lagi tiada kredibiliti) tidak begitu dihormati rakyat. Setiap pihak- besar atau kecik- boleh sahaja mengugut kerajaan. Disebabkan kerajaan yang lemah begitu risau kehilangan kuasa dan juga cuba mendapatkan sokongan sebanyak mungkin, kerajaan akan teragak-agak dalam membuat keputusan. Kerajaan akan cuba memuaskan hati semua pihak tetapi di akhirnya semua tak puas hati.
Nak buat salah, tak buat pun salah. Nak buat rayuan salah, tak buat rayuan pun salah. Nak tangkap peserta demonstrasi pun salah, nak buat dek je pun salah. Inilah dilema bagi sebuah kerajaan yang lemah.
Di akhirnya kerajaan tidak menjalankan tugas pentadbiran. Tiap-tiap hari terpaksa melayan isu bangsa dan agama. Ekonomi semakin hari semakin teruk; sama teruk dengan politik perkauman dan agama. Rakyat jugalah yang terpaksa membayar harganya. Pendapatan masih tak naik-naik tetapi harga barang naik dan naik.
Memang benar kerajaan yang terlalu kuat seperti di zaman Pak Lah juga tak boleh pakai. Tetapi kita tidak melihat rumah ibadat diserang, kita tidak melihat perarakan membawa kepala lembu dan paling penting keselamatan negara kita masih stabil ketika itu walaupun Perdana Menterinya suka tidur.
Mungkin abang Kit Siang menyangka saya mahukan Barisan Nasional menjadi kerajaan yang kuat. Ini separuh benar. Saya juga berharap sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan, biarlah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan yang kuat. Kalau tak, jadilah macam sekarang ni- lembik dan lemah. Nak pecat Zulkifli Nordin pun fikir berkali-kali.
Untuk jawapan kepada soalan abang Kit Siang- Ya, kita perlu tukar kerajaan yang lembik dan lemah. Tidak kisahlah kerajaan BN atau PR.
ZULFIKLI NORDIN
1) Basuh Baju,
Adakah benar Ahli Parlimen Kulim ini seorang yang mempunyai 'strong Islamiv views' dan sesekali tidak akan berkompromi hal berkaitan Islam? Atau mungkinkah beliau seorang agen UMNO? Atau mungkin inilah strategi Anwar untuk memastikan undi melayu tidak terlepas? (Khalid Samad)
Saudara Khalid Samad,
Saya tak berminat tentang persoalan sama ada mamat ni agen UMNO atau taktik Anwar. Apa yang lebih untuk kita ketahui ialah jenis orang macam Zulkifli Nordin ini cukup banyak di kalangan kita. Kita dengan mudah beranggapan mereka yang mempunyai pandangan agama yang keras adalah mereka yang sangat Islamik. Sebenarnya ini salah.
Pertama sekali, apa yang 'strong Islamic viewsnya'? Adakah pandangan Zulkifli Nordin ni boleh dikatakan Islamik? Jawapannya tidak. Mamat ni bukannya ada strong Islamic views pun sebaliknya hanya degil dengan pandangannya sahaja. Dia tidak boleh menerima perbezaan pendapat yang wujud. Tidak mampu menerima perbezaan pendapat orang lain sudah menunjukkan betapa tidak islamiknya anda.
Kedua, sejak bila perkataan 'kompromi' tidak dibenarkan dalam Islam? Kita selalu berkata Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan. Tetapi kita lupa salah satu cara untuk mencapai keamanan adalah dengan berkompromi. Bayangkan dunia ini tanpa sifat kompromi.
CARLOS TEVEZ
1) Basuh Baju,
Adakah benar Carlos Tevez tidak bernilai 25 juta pound sterling seperti yang didakwa oleh Alex Ferguson? (Gary Neville)
Saudara Gary,
Jawapannya kita tunggu game Man U dan Man City malam ni. Tapi yang penting Carlos Tevez boleh berkawan baik dengan Adebayor. Jenis bikin panas je kat bekas kelab.
CINTA DAN POLITIK
1) Basuh Baju,
Ada seorang jejaka ini yang meminati saya. Tetapi saya tolak kerana tidak berkenan dengan perangainya. Namun baru-baru ini saya dapati dirinya sudah semakin berubah. Selalu ke masjid, pakai kopiah, menyayangi kanak-kanak,etc. Wajarkah saya menerima cintanya? (Megan Fox)
Saudari Megan Fox,
Apakah persamaan di antara ahli politik dan jejaka angau? Keduanya sanggup melakukan apa sahja demi mendapatkan undi. Kalau ahli politik ingin mendapatkan undi dari rakyat, jejaka yang sedang dilamun cinta inginkan undi cinta seorang gadis.
Kalau ahli politik boleh menjadi lebih melayu dari UMNO dan lebih Islam dari Zulkifli Nordin demi sekeping kertas undi, tidak mustahil seorang jejaka boleh menjadi lebih alim dari mufti dan lebih bersih dari febreeze demi sebuah cinta.
Biasalah tu, ini dinamakan taktik. Masa inilah lelaki akan jadi melayu muslim sejati dengan pakai kain pelikat, kopiah, pergi masjid solat jemaah, tulis ayat-ayat Al-Quran kat status FB dan layan nasyid. Tak ada salah pun. Kalau sudah tidak ada pilihan, terima sahajalah.hahaha