Thursday, January 28, 2010

Pilihanraya Kampus

(Ini adalah intipati tulisan saya berkaitan pilihanraya kampus tempoh hari. Cara penyampaian berbeza namun isinya tetap sama.)

PILIHANRAYA KAMPUS


1) Basuh Baju,

Kalau dilihat sekarang hampir kebanyakan universiti telah dikuasai oleh Pro-Mahasiswa. Geng Pro-Aspirasi sudah ditendang ketepi. Ada yang kata ini adalah perubahan anak muda di Malaysia. Benarkah? (Mahasiswa bebas)

Saudara mahasiswa bebas,

Sebenarnya baik pro-aspirasi atau pro-mahasiswa, kedua-duanya geng syok sendiri. Satu geng berangan menjadi jurucakap BN/UMNO, satu lagi geng perasan merekalah pejuang Pakatan Rakyat. Kita boleh perhatikan isu-isu yang mereka bawa. Yang aspirasi akan cakap Anwar itu ini yahudi, pengkhianat bla bla bla...yang pro-mahasiswa akan balas balik Najib mongolia, rosmah bla bla bla...

Bila pro-aspirasi menang, Utusan dan seangkatan dengannya bukan main keluar tajuk berita 'pelajar menyokong kerajaan'. Dan bila pro-mahasiswa sapu bersih kerusi, Suara Keadilan dan konco-konconya pulak bising 'Mahasiswa menolak kerajaan.' Tak ke jelas di sini, kedua geng ini hanya menjadi the next UMNO dan Pakatan?

Paling best, ada universiti yang mewajibkan pelajar turun mengundi. Kemudian buat e-vote. Macam manalah pelajar tak turun mengundi. Nak tak nak kena jugak undi. Nak buat undi rosak pun tak boleh sebab e-vote. Hampeh. Tak ke macam syok sendiri ni?

Pilihanraya kampus adalah manifestasi kepada budaya politik Malaysia. Malah ia adalah kesinambungan budaya politik lama. Di kampus kita hanya diberi dua pilihan, pro-aspirasi dan pro-mahasiswa. Saling tak ubah macam Barisan dan Pakatan. Dahlah pilihan pun sama, budaya berpolitik pun takde beza.

Jadi apa yang berubahnya?

13 comments:

Shahrul Tanaka said...

lu mesti undi rosak!

deus X machina said...

buat je undi rosak
dua-dua tak berguna...
erk888

Kaseh NazLieza said...

undi yg terbaik ea..

Frodo Baggins said...

>>__<<

hahahhaha
wa pown x paham
per kaitan luar tu dgn dalam u ni?
agaggagagaggaga ~
pangkah jer dedua ...

HBM Consultant said...

Salam, Basuh Baju.

Saya telah ikut membaca beberapa tulisan berkaitan pilihan raya kampus kali ini. Nampaknya, pilihan raya kampus sudah menjadi cermin pilihan raya sebenar di Malaysia. Sayangnya, kita masih boleh menafsirkan bahawa pilihan raya kampus bukan suara mahasiswa dalam erti kata yang sebenarnya. Serupa dengan kes sudut pidato di IPT. Ada, tetapi sekadar mengaburi mata hati.

Basuh Baju said...

Shahrul: gua tak turun sebab tak payah turun pun. Calon menang tanpa bertanding..haha

Deus: kalau e-vote tak boleh undi rosak. cane? kasi rosak PC?hehe

Kaseh: ok. itupun kalau calonnya baik..:p

Frodo: kaitannya yang luar tu cuba luaskan pengaruh kat dalam. Kalau pengaruh yg bagus takpe, ini pengaruh yang hampeh.

habis dah belasah aduka taruna tu bro? kui3

Marni: Mungkin di satu sisi kita boleh agak mahasiswa sekarang cenderung kepada pakatan. Tapi kita jgn lupa lagi ramai mahasiswa yang tak ambek pot atau dalam kata lain menyampah dengan keadaan politik yang ada sekarang.

pasal sudut pidato tu saya kurang bersetuju sebab ia adalah usaha yang bagus untuk menjadikan suasana kampus lebih demokratik.

Saluran untuk bersuara sudah ada, tinggal pelajar sahaja yang perlu gunakan.

Maksud saya, pelajarlah yang menentukan sama ada sudut pidato itu akan menjadi projek mengaburi mata atau projek membuka mata mereka.

(di UNITEN sudah ada belum?)

deus X machina said...

frodo kaw2 sekarang belasah aduka taruna...erk888

tak payah ngundi leh kan bro
setakat kena duduk luar apa ada hal kan
erk888

Basuh Baju said...

Deus: U gua semua kena duduk dalam. asrama terlebih dari pelajar..haha

joegrimjow said...

bukan masalah politik tu xbest ke ape
tp klu dah sape menang
die ada hak untuk buat kat u
erk, bukan 100% ponat least banyak dieorg boleh buat
dan boleh dikatakan yg menang akan jadi 'raja'

dalam kes nak jadi 'raja' ni
nak tak nak kene jugak masuk politik

xsuke satu
amek satu lagi
xsuke 2 2
tubuh sendiri

same goes to our malaysia
'raja' atau kerajaan ni hanya boleh ditentukan melalui pilihanraya
bukan sebab xde cara lain
sebab cara ni dah turun temurun

lgpon islam tak kata tak ok cara ni
cuma politik malaysia dah terkotor sangat
yg ada tsqafah ni la perlu mengisi politik supaya tak kotor
harap kite jadi sebahagian
bukan jadi sebahagian yg lain

harapkan perubahan
tp xbuat pape

ahaaksss
terpanjang pulak
-nak exam, mood xstabil-

Anonymous said...

head shot.you r damn right.

ceriteranies said...

betul...2-2 sama je....

Anonymous said...

sebelum ni lu macam awang selamat....sekarang ni siap dah ada sesi soal jawab sendiri...dah boleh ganti dr ismail thamby ni.....naik klcc sempat tak melawat ayahanda? mana tahu akan datang dapat keje kat mana2...mungkin boleh dapat gelaran datuk kalau ampu lebih sikit

jibam

Wanturd™ said...

salam. aku setuju cakap kau bro. dua2 sama je. sebab sikap orang sendiri yang suka korup. sape2 amek msia/u pon akan korup jugak.