Tuesday, April 21, 2009

Noktah Sebentar


SEMUA DIMINTA BANTU PELAJAR CEMERLANG- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak memberi sokongan dan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam menghargai pengorbanan mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengiktirafan itu juga adalah supaya mereka seterusnya dapat menyumbang kepada negara.

“Kita galakkan semua pihak memperbanyakkan lagi sumbangan dan bantuan kepada pelajar cemerlang. Selain itu, ia juga sebagai satu simbol bahawa negara ini mempunyai budaya ilmu yang tinggi,” katanya.

Noktah Sebentar.

Adakah dalam hidup ini kita perlu bersikap prejudis terhadap mereka yang tidak 'pandai'? Adakah mereka yang 'pandai' sahaja yang wajib diberi sokongan, bantuan dan penghargaan? Adakah pandai itu hanya sekadar mendapat berpuluh A? Adakah orang itu dikatakan pandai hanya kerana cemerlang di dalam peperiksaan?

Tidak pandaikah orang itu jika dirinya gagal dalam matematik tetapi pandai bermain alat muzik? Tidak pandaikah orang itu jika tidak dapat menjawab teori fizik tetapi hebat dalam menendang bola? Tidak pandaikan mereka yang dikatakan tidak pandai mengikut kayu ukur peperiksaan?

Di mana nilai kita sebagai manusia? Siapa kita untuk mengatakan orang itu pandai atau tidak? Sejarah telah menunjukkan orang yang dikatakan 'tidak pandai' ini sebenarnya yang menggegar dunia. Albert Einstein, Thomas Edison, Bill Gates, Alexander Grham Bell adalah cebisan nama yang telah membuktikannya.

Sistem ekonomi sekarang juga telah melihatkan kepada kita yang 'tidak pandai' ini sebenarnya yang akan menjadi ketua, boss, manager dan pemimpin kepada yang 'pandai'.

Mengapa perlu kita diskriminasikan antara pandai dan yang tidak pandai? Tidak bolehkah kita menghargai, memberi pengiktirafan, dan memberi sokongan kepada mereka yang tidak pandai? Jika tidak, mengapa perlu kita memaksa yang 'tidak pandai' ini menjadi pandai mengikut acuan kita- acuan yang tidak sesuai untuk mereka?

Sebenarnya di dalam hidup ini tidak ada yang pandai, dan juga tidak wujud yang tidak pandai. Pandai atau tidak hanyalah ilusi dan berubah-ubah mengikut kayu ukur kita. Mana mungkin kita mengatakan seseorang fobia nombor sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah ujian Matematik tambahan. Begitu jugalah mana mungkin kita mengatakan si kaki bangku sebagai pandai jika kayu ukur kita ialah perlawanan bola sepak.

Diri kita juga boleh menjadi pandai hari ini dan tidak pandai keesokan harinya. Semuanya bergantung kepada kayu ukur.
Pandai atau tidak pandai adalah satu sikap yang prejudis terhadap mana-mana insan. Tidak perlu kita mengutuk sesorang itu tidak pandai sedangkan mungkin dirinya lebih pandai daripada kita dalam sesuatu perkara. Janganlah kita berlagak pandai takut-takut kita lebih bodoh daripada orang lain dalam perkara yang lain.

Yang ada dalam hidup ini hanyalah yang berani dalam meneruskan kehidupan. Yang berani inilah yang wajib kita iktiraf dan beri sokongan.

15 comments:

Unknown said...

hmm...btul3...

fahmi said...

pandai dlm akademik x bermakna pandai dlm hidup.. setiap org ade keistimewaan & kehebatan masing2 cume cepat atau lambat dikenalpasti.. itu saja.. antolah post ni kat majalah2 @ akhbar2.. kasi sedor sikit org2 yg agungkan KBSM & KBSR ni.. sikit2 tnye brape A.. sikit2 tnye blaja smbung mana..

madaniahismail said...

nak wat camne.budak2 kena jadi pandai ikut arus zaman..sape yang malas2,die yang rugi.tapi semua ni bergantung pada rezeki masing2..

HBM Consultant said...

Ada juga budak pandai tetapi langsung tidak dapat walau 1A sekalipun. Mengapa? Kerana waktu belajarnya terhad hanya di sekolah. Pulang ke rumah, dia dikerah membantu ayah di ladang, mengambil dan mengutip kelapa sawit. Saban hari, pulang dari ladang, dia berjaga sehingga larut malam, bukan untuk belajar tetapi membantu ibu menyediakan bahan jualan untuk diniagakan.

Bodohkah pelajar ini? Malaskah dia? Apakah dia tidak layak diberi bantuan? Sedang pelajar yang mendapat berderet2 A bukan semuanya susah, kebanyakannya mendapat berderet A atas sebab seharusnya mereka dapat atas kemewahan hidup dan kemudahan belajar yang mereka miliki.

Siapa kata dunia adil?

piNky LuCiA said...
This comment has been removed by the author.
piNky LuCiA said...

tuhan tidak mengukur seseorg itu bdasrkan ilmu yg ade.. tetapi berdasarkan iman n amal yg dia buat..

pndai, tak pndai bukanlah jd faktor.. yg jd isu ialah.. kenapa hny di layan pelajar yg pndai.. klu kerajaan wt bantuan kpd peljr yg tak pndai.. msti dia pun akan pndai..

pndai ny seseorg pljr krn dia bljr n ade ms utk bljr..

Cob Nobbler said...

Albert Einstein, Thomas Edison, Bill Gates, Alexander Graham Bell.

Apa persamaan antara mereka ini?

Mereka ini adalah "The Dismissed".

Mereka yang dibuang dari universiti atau tak pernah masuk langsung ke situ.

Tambahan lagi.

Bertolt Brecht,Che Guevara,Leo Trotsky,dan Pak Sako.

Mereka tidak pernah dapat mana-mana degree daripada mana-mana universiti.

Sistem universiti adalah sistem kambing yang beratur untuk disembelih,untuk selamat,kena jadi kambing hitam.

Dan definitely not 'kambing hitam' yang menanduk perempuan Mongolia.

Ahmad Belia said...

dulu kecoh ada seorang mamat yang pandai baca masa umur 3 tahun atau 4 tahun. ungku aziz siap ambik jadi anak angkat.

tapi sekarang dengar cerita kerja penebar roti canai. macam mana?

ada macam cerita good will hunting tak?

Basuh Baju said...

Nadia: betul3? mcm upin ipin je..haha kalau budak arkitek mcm kita cmne? xde ujian tp ada pulak pandangan pensyarah yg berat sebelah..adoi ai..

fahmi: tu la mentaliti masyarakat kita. sikit2 tnya anak dapat brpe A..smpai budak2 jadi tensen. dan plg teruk semua org fikir, kalau pandai je jadi doktor.. adoi ai..

Madaniah: mmgla semua manusia kena jadi pandai..tp pandai yg macam mana? yg hanya dapat banyak A je kah?


Marni: dunia ni mmg tak adil. nama pun dunia.. sebab tu dunia ni hanya untuk mereka yg berani.. anak2 pedalaman wlpn tak pandai skor A byk2, tp mereka berani.. hasilnya? jadi org berjya..

Basuh Baju said...

pinky: norma masyarakat kita. hanya yg pandai shj dilayan begitu..seolah2 pelajar yg tidak pandai ni bukan apa2..

spttnya yg tak pandailah diberi sokongam macam2..

kraxpelax: hang ni sapo? gilo apa?

Nami: komen ko tak pernah mengecewakan aku. mesti ada idea n knowledge baru..hehe

sistem pelajaran kita ni dah macam kilang. buat sperti disuruh..nnti dapat gula2. sape melawan kena rotan.haha

ammo: ala, yg kes sufiah tu? ni kita tgk pulak adi putra..

Prof. Era Pasca said...

pandai mesti di susuli dengan berbinkan cabel kerajaan/menteri baru dapat sokongan ramai... lihat sahaja anak bijak bistari anak najib dan bandingkan dengan anak bijak bestari adiputra... satu diluar negara satu di malaysia.. :)
sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

Anonymous said...

haha......yg pndai pun xda org tolong pun. sbab dlm borang, ''bangsa'', bukan tertulis BUMIPUTRA...

Cob Nobbler said...

Kadang-kadang nko pernah wonder tak,dulu Albert Einstein study kat mana?Ludwig van Beethoven study kat universiti mana?Berapa CGPA si Thomas Jefferson?Selalu ke Martin Luther King dapat Anugerah Dekan?

Pernah tak nko terbaca benda2 macam ni?

Basuh Baju said...

baginda: ooo itu pandai bodek pulak..haha lagi tak patut dihargai..

Depo: selamat dtg! :)

Nami: Aku pon tak pernah dgr John Lennon dapat sijil kedatangan penuh..haha

Tarbushit said...

sistem pendidkan di Malaysia telah mewujudkan tanda tanya keatas keputusan peperiksaan kerana sistem ini terlalu menekankan unsur peperiksaan.betul,peperiksaan penting sebagai kayu ukur sejauh mana kita memahami sesuatu perkara tetapi di malaysia,peperiksaan terlalu mendominasi pembelajaran.ini akan mendorong pelar untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran ilmiah sehinggakan mengabaikan perkara lain yang sama penting seperti aktiviti ko-kurikulum.


jadi disini,kita tidak boleh menyalahkan pelajar atau ibu bapa sepenuhnya kerana mereka terpaksa mengikut rentak dan sistem yang diamalkan sejak 1957.

oleh itu,untuk melahirkan pelajar yang lebih kompetitif dan serba boleh(well rounded),kita perlu mengubah sistem pendidikan negara kita dan juga pastikan stuktur pendidikan di negara kita tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak berkepentingan.


menganggap sistem universiti sebagai sistem penyembelihan adalah agak kurang wajar pada pandangan saya.universiti ialah tempat kita mengembangkan sayap kitta dan tempat kita memperoleh ilmu.betul,kita boleh memperoleh ilmu dimana-mana tetapi universiti merupakakan medium terbaik untuk mendapatkannya.

mungkin bukan universiti di malaysia yang sistem universitinya tidak memberi banyak kebebasan kepada pelajar-pelajar untuk mengembangkan sayapnya.


p/s:vladimir lenin pun masuk universiti supaya ilmunya bertambah dan dengan ilmu inilah dia berjaya melancarkan revolusi di russia

cheers