Tuesday, April 21, 2009

Kisah Aneh

WANG DBP LAMBAT KERING- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 20 April - Biasanya kebanyakan ketua jabatan mahu pun organisasi sering 'sakit kepala' memikirkan masalah dana yang tidak pernah mencukupi.

Namun, berbeza pula dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz yang mungkin mengurut dahi bagi memikirkan cara untuk menghabiskan dana yang terlampau banyak.

"Daripada dana RM10 juta, sebanyak RM8 juta sepatutnya diagih kepada penerbit buku bumiputera bagi membantu mereka menjalankan kerja-kerja penerbitan, manakala RM2 juta lagi diperuntukkan untuk melatih tenaga kerja penerbit tersebut.

"Malangnya, setakat ini, hanya RM3 juta sahaja dana yang digunakan." katanya.

Ini kisah aneh.. Pelik.. Misteri.. Macam mana boleh tak habis ni? Tak kan tak ada kontaktor kelas F nak sapu? Mana dia bumiputera-bumiputera pergi?

Siapa tau? Kesian mamat ni dah berkerut dahi. Duit banyak sangat..

7 comments:

Khazinatul Asrar said...

kotraktor kelas F bila mintak dana..lambat dapt..
alih2 bila nak bagi dana projek dorg da setel..
bukan bnyk birokrasi ke kalo nak minta dana2 ni??

fahmi said...

duit byk sgt pun bkn duit dia.. patut diabeskan kpd sume yg berhak, tp klu dh byk kerenah birokrasi, tu pasal la smpi berkerut dahi.. huhuhu

HBM Consultant said...

Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai bumiputera menemui kesedaran agama bahawasanya rasuah itu haram. Hahaa.

Mengapa saya katakan begitu? Kerana guru saya (yang memiliki syarikat penerbitan sendiri) mengatakan setiap projek dan dana yang melibatkan kerajaan (termasuk DBP) memerlukan 'tangan bawah meja' untuk diluluskan. Justeru, mereka rela berusaha bersusah payah sendiri asalkan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak betul.

Cob Nobbler said...

MALANGNYA,HANYA 3 JUTA DIBELANJAKAN!

HAHA,bila lagi nak bagi fund kat penulis-penulis baru nak established ni?Aku pun nak merasa gak.

Dah ada 2-3 skrip aku dah buat ni sementara lengang2 kosong ni.

Basuh Baju said...

khazinatul: besela birokrasi atau biro tak kasi..haha

Marni: ooo cmtu kah? tq utk maklumat itu..

nami: jom la kita terbit buku. amek tulisan2 kat blog ko dan aku dan blog2 lain yg cool.. pergh.. (ni mmg idea bgs beb)

Cob Nobbler said...

Tulis buku memang aku harapkan partner untuk berkoloborasi,sebab aku lepas grade ni aku tak nak kerja jadi mamat neck tie tulis tentakel agenda mesyuarat semata-mata.Aku nak menulis untuk mencabar minda orang.

Sedangkan aku tulis pasal Manchester United yang aku rasa tak fikir banyak pun dah ramai fan MU dah mengamuk.

HBM Consultant said...

Ahah, kita tersilap pandang rupanya! Dana itu bukan untuk dipinjam oleh sesiapa. Dana yang 'tidak laku' ini membuktikan DBP tidak buat kerja!

Maklumat sebenar ada di sini:
http://universitipts.com/index.php/site/comments/dbp_dan_dana_rm10_untuk_membangunkan_penerbitan/