Tuesday, April 21, 2009

TAJA UTUSAN

SEBANYAK 15 buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Jerlun akan menerima naskhah percuma Utusan Malaysia selama setahun.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun menaja akhbar tersebut.

Tajaan itu membolehkan 10 buah sekolah rendah dan lima sekolah menengah di kawasan tersebut menerima akhbar tersebut setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Kata Mukhriz, tajaan akhbar Utusan Malaysia itu untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah-sekolah.

Hahaha habislah murid-murid di Jerlun.. Kesian kena baca Utusan Meloya..hahaha

Bukak muka depan, nampak ucapan-ucapan PM. Selak ke belakang, kena bisik-bisik dengan Awang Selamat. Pergi ruangan tengah, kena takut-takutkan dengan berita ketuanan melayu..hahaha

Paling sakit hati kena main teka teki bila baca berita sebab selalunya Utusan akan tulis 'seorang datuk Y, bekas pemimpin...' Hahaha kesian-kesian..

Baca Utusan rupanya dah cukup nak tingkatkan mutu pembelajaran. Tak payah nak berfikirla camni. Baca Utusan ketawa je dapat. hahaha Memang kualiti pendidikan kita akan berjaya melahirkan Raja Lawak..hahaha

Taja Utusan ni sebab dah tak laku ke? hahaha

5 comments:

fahmi said...

dulu kat skola bace la bnde ni, tu pun pasal free..nk beli jgn arapla, byk merapu, x berbaloi bace.. baca berita biasa pun dh terhibur, klu baca bab hiburan lagila kan.. huhuhu
kat skola baca nmpk kool dipuji cikgu.. tp klu nk baca kat luar, maleh r, baik baca blog basuh baju ni..

Cob Nobbler said...

Tandanya dah tak laku.
Pasal tu boleh bagi2 percuma je.

Basuh Baju said...

fahmi: tq fahmi :)

betul2..ingat lagi, kalau baca paper ni konon2 macam budak pandai.. nak eksyen kat cikgu..haha

nami: jom wat surat khabar! hahaha

Cob Nobbler said...

Aku lebih suka buat 'zine'.Lebih underground dah lebih D-I-Y,serta lebih anti-establishment sifatnya.

Aku tak nak penulisan aku jadi kuda tunggangan orang macam Awang Selamat atau penulis2 di Harakah.

Aku bukan puak berbaris,bukan puak berpakat.

Haha!

bubblylicious said...

hohohohoho...
lwk la weh...

pe kejadahnye la dier nk ksi bce utsn 2...
bkn tmbah bjak...
tmbah bengong de r kang...

huh..
ingt lg mse skola dlu...
everyday each class akn dpt 1 Berita hairan n utusn meloya...bosan tol ak...

huhuhu...
tp don't worry smpi skrg alhamdulillah ak still x bengong dsbbkn paper2 free 2...

bktinye blog ko skrg ni da mnjadi blog fevret ak...

troskn mnulis tw...
hehehehe...