Thursday, April 23, 2009

Bukan politik: Cerita dulu-dulu


Begitu lama dahulu ketika saya tinggal di rumah papan. Waktu itu sangat indah. Kami tidak punyai banyak, tetapi kami bahagia. Bahagia dengan cara kami dalam merayakan cuti sebagai kanak-kanak. Zaman itu- zaman yang telah berlaku- zaman yang telah diambil masa.

Bila cuti sekolah sampai, saya paling teruja. Inilah masa untuk meroka yang baru dan meraikan yang lama. Bukan sebagai kanak-kanak yang baik tetapi budak yang nakal.

Ketika itu tiada istilah menonton wayang di Mid Valley. Malah Mid Valley ketika itu pun hanyalah perkampungan melayu setinggan. Jadi yang menjadi aktiviti kami ialah permainan kampung yang percuma. Ini sahaja yang kami mampu. Tetapi semuanya indah.

Ketika bercuti, ada harinya kami akan bermain polis entry. Ada hari kami bermain nyorok-nyorok. Dan ada hari kami berpusing-pusing ke tempat baru menaiki basikal. Segalanya terisi. Tidak pernah ada hari kami kebosanan duduk di rumah. Malah ibu bapa kami naik risau dan memarahi kami kerana asyik merayap dan bermain panas.

Saya masih ingat ketika itu, di rumah atuk saya ada kolah yang cukup besar. Kolah ini seperti yang ada di surau untuk mengambil wuduk. Apabila sesudah berpanas dan berpeluh, kami akan terjun ke dalamnya. Selalunya kami tidak tertangkap, tetapi ada sekali kami terkantoi dan hukumannya kami dirotan dan direndam. Sungguhpun begitu kami tidak pernah serik.

Jika kami lapar, kami akan ke gerai Tok Bakar. Kami akan memesan air cincau. Sehingga sekarang saya masih ingat kemanisan air cincau 50 sen itu. Selalunya kami akan mendapat pisang goreng percuma dari Tok Bakar. Beliau seperti atuk kami. Dan sebagai balasan, kami akan menolong menolak gerainya ke rumah.

Ini terlalu lama dahulu, di saat kejiranan masih menebal di kalangan penduduk.

Paling seronok ketika waktu berangin kencang. Kami akan bergegas balik ke rumah untuk mengambil surat khabar lama. Penyapu lidi di rumah juga akan diambil lidinya. Semua ini adalah untuk membuat layang-layang. Seperti mana adegan dalam filem mukhsin, begitulah cara kami menaikkan layang-layang tersebut. Jarang sekali layang-layang kami dapat naik ke atas.

Apabila hari hujan, kami tidak menjadi budak baik yang duduk di rumah. Kami akan keluar dan mandi beramai-ramai. Padang bola menjadi kolam kami. Dan hujan pula ialah mandian untuk kami daripada Tuhan. Waktu pulang, seperti biasa telinga kami akan dipulas. Silap-silap pintu dikunci tanda didenda. Ketika ini kami akan menangis tanda merayu simpati.

Waktu malam, kami terus bermain. Memang ibu bapa melarang kami keluar. Tetapi kami bijak berhelah. Kami berpura-pura mahu ke surau. Tetapi saya yakin pastilah Yang Maha Esa mengetahu niat kami untuk merayakan zaman kanak-kanak.

Di bawah lampu neon, kami akan bermain guli dan gasing. Sesekali kami bermain tuju selipar. Bila bermain, pasti ada yang menang, ada yang kalah. Hasilnya akan berlaku pergaduhan. Tetapi pergaduhan itu merapatkan kami. Malah gaduh itu juga menguji sifat kejantanan kami. Tidak pernah kami bergaduh kemudian mengadu kepada ibu bapa.

Inilah budaya kemeriahan cuti sekolah ketika itu.

Kini, zaman dan waktu itu telah dicuri oleh kemodenan. Rumah telah menjadi penjara untuk budak-budak. Bermain di luar rumah cukup berisiko. Layang-layang telah bertukar dengan internet. Gasing dan guli diganti dengan PlayStation. Mandi hujan telah berubah kepada menonton wayang. Semuanya hampir tiada.

Saya hanya mampu tersenyum apabila mendengar adik-adik saya merungut kebosanan ketika cuti sekolah ini. Sungguh, mereka tidak akan dapat menikmati apa yang berlaku di zaman saya.

Ps: Saya baru habis cuti. Sudah mula sibuk.

18 comments:

Cob Nobbler said...

Lepas ni mesti aku rindu dengan blog nko.Huhu!

fahmi said...

huhuh terkenang zaman budak2 dulu.. xyah risau itu ini, main je all the time.. dulu pun ade gak main sume tuh.. skang ni, budak2 duk umah.. nk kuar xleh, risau mcm2 jenayah.. dulu, ade basikal je, dr jinjang ni smpai selayang mall pun xde hal.. ikut shorcut leh smpi frim.. huhuhuh mmg best

HBM Consultant said...

Ah, basuh baju! Saudara membuatkan saya rindu pada masa lalu. Tidak pernah sehari berlalu tanpa didenda oleh emak atau abah. Hahaa..

Basuh Baju said...

Nami: Dont wry bro. aku cuba gak update..tp sehati dua ni rehat jap.. asyik bergelak je kat blog. dunia realiti pun ada gak..haha

Fahmi: Smpai selayang mall? wah, tmpt aku lepak tu! haha time kecik2 kita mengenal dunia. time dah besar ni kita mengenal manusia..

Marni: Mesti nakal ni kan? haha

mamai said...

dulu semuanya indah belaka dan akun pun merindui yang dulu-dulu satu zaman yang penuh cabaran

Prof. Era Pasca said...

salam BB
dulu masa kecik memberontak nak jadik org besar... da besar baru tau masa kecik itu indah... isk.isk.isk...

fahmi said...

slalu ke lepak selayang mall? tp mmg betul apa yg baginda ckp.. masa kecik xrenti2 ckp nk jd org beso.. dh beso bru tw, zaman kanak2 indah belaka.. main hari2.. kawan2 sume jujur.. dh beso ni ade yg plastik.. dunia2...

Seladang said...

Lestik sudah diganti C4.

bubblylicious said...

waa...
bestnye ko weh..
bnyk sweet memories ko de mse zmn kcik ko kn...

mse zmn kcik ak dlu lg ak da kne dok lpak diam2 kt umah da...
huhuhuhuhu...

nk wt cm ne da dtikdirkan ak dlahirkan kt kwsn bndr...
jenayah merata...

Hanani Hanisah said...

i agree wif baginda n fahmi...
alah tak yah cakap dlu2 la..
skrg pun msti mcm 2 gak,
tak sabar2 nak abis blajar n kerje...
rite??

hoho..
btw en. radzi, sume ni still dapat rasa kalu duduk kat kampung n famili susah..

makin tinggi pangkat, makin banyak duit, makin banyak la larangannya...
tapi klu tak der duit pun payah gak...
rite?

Anonymous said...

>>Ps: Saya baru habis cuti. Sudah mula sibuk.
Lu blaja ke bos?..

malay-machista said...

kesiannya bebudak zaman sekarang,
rasanya naluri mereka tu sama saja dengan kita dulu, cuma keadaan sekarang tak memungkinkan pengalaman dulu diulang semula dek generasi sekarang... banyak sangat bahayanya... mungkin reminiscence diorang bila dah tua2 esok melibatkan PSP,cyber cafe, ipod, dan gadget2 saja lah kot.. hehe

azhar said...

dulu lain sekarang lain..dulu budak sekarang dewasa...

terkenang semasa dulu.

Basuh Baju said...

wah lama aku tak komen..haha

mamai: cabaran apa yg ko lalui?

baginda: bila dah besar ni, kena lah hargainya..nti dah tua rindu kat zaman besar pulak..haha

fahmi: selalu la jugak.. main bowling.. apa yg plastik? kawan? agak ar kan..

bubblylicious: Tinggal katne? betul, skrg ni nak kuar rumah macam nak lepaskan anak gi gaza..(macam aku ada anak) haha

Izni: sebab tu manusia bila dah tua2, nak cari tanah kat kg utk tinggal.. kiranya kembali ke lumrah la kan..

Basuh Baju said...

Ikhtilaf: saya belajar..

malay-machista: kalau dah tua hanya ingt PSP je tak syok nyer..sbb cucu2 depa pun boleh main PSP nnti.haha

azhar: itula..zaman dulu jugak yg kita akan kenangkan..

bubblylicious said...

hohohoho...
mak ai gaza...
hyperbola tol ko nih...

kt KLANG lor...
hard 2 admit but it's tru la kn..
ak pown ngaku kg hlaman ku ni mmg pusat jenayah...
indon blambak2..
kdg2 kuar kt bndr 2 rse cm ak ni kt jakarta la plak..
hohohohoho...

kuSut said...

ahhh...
aku bgitu rindu zaman kanak2...
zaman yang aku rasa sgt bahagia...
seolah dunia ini indah belaka...
siang malam diiring tawa hingga saat ini baru aku tau erti menangis...
tq basuh baju

fahmi said...

plastik ku maksudkan itu manusia secara amnya.. tapi bukan semua.. masih ade yg jujur.. tp boleh dibilang dgn jari.. huhuhuu
aku selayang mall jarang pegi.. jauh dr jinjang.. slalu aku lepak kat dlm jinjang je.. huhuh duit tarak nk lepak complex.. hahaha