Thursday, April 16, 2009

Letak jawatan lagi!

PULAU PINANG 16 April - Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.

Kali ni wajib kesian. Bukan kat mamat ni. Tapi kesian kepada rakyat.

Tak habis-habis nak berpilihan raya ke? Berapa kali mahu buat? Sebulan sekali?

Cukuplah tu. Kalau asyik berpilihan raya sampai bila hendak urus tadbir ekonomi? Kilang banyak ditutup. Pekerja mula dibuang. Rakyat tak cukup duit nak beli beras.

Masih tak sedar-sedar lagi keadaan ekonomi di Malaysia? Sila baca berita ini:

EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA MENGUNCUP LAGI 2.2%-2009

KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -- The Malaysian Institute of Economic Research (MIER) has predicted the country's gross domestic product (GDP)forecast this year could be to -2.2 percent.

The private think-tank said it was almost certain that Malaysia's growth would slide into a technical recession in the first half of 2009.

"The crisis has not hit the bottom and if exports shrink adversely, the downturn could be more harmful," MIER's executive director, Professor Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem.

MASIH NAK BERPILIHAN RAYA LAGI? INGAT DUA PESANAN:

- THEY PLAY, WE PAY-
- WHOEVER WINS, WE LOST-

9 comments:

Seladang said...

Jangan bimbang! Pilihanraya nanti lori Najib Rosmah bawa duit!

pablo said...

personally, i think, pilihanraya ni salah satu cara yg drastik utk pump duit masuk ke dalam ekonomi tempatan, which is the good side of a PRK lah. as been seen in previous PRK, rakyat dapat gula free, basikal free, duit free, macam2 free lagilah. some might call it rasuah/ beli undi, but i prefer the term "mengembalikan wang rakyat kepada rakyat". but again, the bad side is as u said, they play, we pay.

fahmi said...
This comment has been removed by the author.
fahmi said...

assalamualaikum.. politiking never stops.. even though the economy flops... wahaha pantun 2 kerat versi PPSMI...

Cob Nobbler said...

alamak aii..election lagi ke?

aku rasa kertas undi nak kena tebang pokok lagi.

haiih tak sudah-sudah.

Anonymous said...

60 billion inilah sajer cara nak habiskan pun kalau tak semua masuk poket umno rakyaat tak dapat apa pun...bila da pilihanraya income masuk, projek masuk dan semuanya masuk...hahahahha lepas pilihanraya semua termenung

HBM Consultant said...

Ada baiknya juga pemimpin bergilir-gilir letak jawatan. Takkanlah orang Bukit Selambau, orang Batang Ai dan Bukit Gantang saja yang dapat keluar muka di televisyen dan surat khabar. Orang Penanti pun mahu juga. Err, bila pula giliran orang Sepang ya? hehehee..

Basuh Baju said...

seladang: nak sewa lori tu guna duit sape pulak? haha

pablo: mmg betul pilihan raya cara pump duit. tp hanya pump di kawasan itu. tp lg satu, pump duit dgn cara yg tak betul. sebab projek2 diluluskan tanpa kajian. tp setujula 'mengembalikan wang rakyat kepada rakyat...utk menjadi wakil rakyat agar dapat mengambil duit rakyat lagi" haha

fahmi: sebab tu kita jgn terlalu taksub kpd mana2 barisan atau pakatan. kita tgk dan sokong mana betul dan lawan mana salah.. bagi aku, dlm isu ni PKR tak bijak utk buat PRK.

Basuh Baju said...

nami: politik tak pernah berakhir.. gaduh sampai lebam..haha aku dpt jangkakan PRK kali ni pun isu2 menjatuhkan pihak lawan dimainkan. kabinet bayangan apa citer? haha

tanpa nama: lepas PRK pun, duit masuk la..tp masuk kepada wakil rakyat la pulak. bukan kpd rakyat..haha

marni: tu la pasal.. best btl org penanti..dpt coverage. mcm depa je rakyat Malaysia..hehe