Jika saya diberi peluang menjadi editor akhbar di Malaysia, ada satu perkara yang akan saya lakukan. Perkara itu ialah JANGAN BODEK.
Mengapa saya katakan begini? Kalau kita perhatikan di Malaysia, akhbarnya bukan masyuk lagi mendakwa mereka 'menyebar fikiran manusia'. Malah ada yang bermimpi sebagai 'the people's paper'. Tetapi cuba kita baca muka pertama di akhbar Utusan, Berita Hairan, The Star dan NST- semuanya akan menyiarkan ucapan PM seperti '4 langkah menjadi negara perkasa', 'PM garis 5 panduan mengembalikan kegemilangan umat Islam', dan sebagainya.
Selepas PM, giliran berita ucapan TPM, menteri-menteri dan seterusnya. Kadang-kadang saya hairan, ke mana pergi garis-garis panduan yang telah berdegar-degar diucapkan itu? Mengapa Umat Islam masih tidak gemilang? Mengapa negara tidak perkasa? Sedangkan berita-berita itu telah saya baca bertahun-tahun yang lalu.
Rupa-rupanya berita itu diletakkan kerana si empunya akhbar ini ingin dilihat sebagai mengampu PM dan mereka yang berkuasa. Cuba kalau yang berkata itu ialah sarjan polis atau guru tadika, sampai Altantuya hidup pun tak akan disiarkan di muka depan. Pertama kerana berita itu berita bodoh. Kedua kerana mereka tidak berkuasa.
Tidak cukup dengan perkara bodek ini, ada juga bodek yang datang dalam bentuk iklan. Selalunya yang melakukan bodek ini ialah politikus-politikus dan juga syarikat-syarikat kroni. Contoh terbaik yang dapat dilihat ialah ketika Najib menjadi PM baru-baru ini. Berpuluh-puluh iklan mengucapkan tahniah di akhbar. Bila diteliti di bawahnya, akan tertera nama syarikat dan juga nama ahli politikus yang berselindung di bawah nama kerajaan negeri.
Saya hairan, mengapa tidak diucapkan sahaja tahniah melalui telefon atau email? Adakah kerana mereka mempunyai terlalu banyak duit sehingga tak tahu nak buat apa? Dan salah satu cara untuk membuang duit ialah dengan membeli slot-slot iklan di akhbar yang mencecah berpuluh ribu ringgit? Kalau syarikat-syarikat yang lakukannya bolehlah diterima lagi kerana itu hak mereka. Tetapi yang paling tak boleh diterima ialah kerajaan negeri dan juga agensi-agensi kerajaan.
Mengapa perlu bazirkan wang berpuluh ribu semata-mata ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih? Rakyat dah cukup makankah? Atau semua sudah ada rumah sendiri? Harga untuk ucapan penghargaan tidak pernah semahal itu malah percuma sahaja. Rupa-rupanya barulah saya faham mereka mengucapkan terima kasih di akhbar bukan kerana ikhlas tetapi mengharapkan sesuatu.
Kalau syarikat-syarikat, mereka dahagakan kontrak-kontrak kerajaan. Dengan iklan bodek ini, mereka menjual nama syarikat kepada pemimpin. Rupanya ini taktik perniagaan yang baru, mudah dan untung. Bagi saya, ia wajib dimodulkan di sekolah perniagaan Harvard.
Kalau kerajaan negeri dan agensi kerajaan pula, mereka inginkan hubungan politik. Kononnya mereka ini rapat dan baik dengan pemimpin. Kini barulah saya faham hanya dengan iklan, kita sudah boleh berbaik-baik dengan pemimpin.
Semalam saya tidak jadi membeli akhbar. Saya perhatikan di dalamnya penuh dengan gambar Rosmah di ruangan iklan. Jangan salah sangka, saya tidak beli bukan kerana gambar itu ada tetapi kerana akhbar itu sudah menjadi TERLALU BERAT untuk saya mengangkatnya. Lain kali taruklah gambar Maya Karin. Baru ringan. (BB)

12 comments:
Aku dengar lagu Bad Religion - Los Angeles Is Burning.Lagu itu tentang kehipokritan media dan laporan mereka yang entah apa-apa.
Aku rasa kalaulah berita kedatangan Bik Mama ke Negeri Sembilan perlu diiklankan sampai 10 keping surat khabar,dan beribu-ribu cetakannya,tidakkah ini akan mencemarkan alam sekitar untuk kita menebang pokok untuk kertas untuk mencetak berita yang entah apa-apa ni.
Pasal tu aku tak suka beli suratkhabar.Aku prefer baca berita dari internet.
Hah, paling ketara Utusan la, pendapat aku la kan, Utusan patut haram dijual pada umum. Patut limitkan pada ahli-ahli Umno je.
Apa taknya, bias nak mampos!
Ini dinamakan kerjaya berkonsepkan CARI MAKAN! Asal perut kembung peduli apa betul tak betul - halal haram? Ampu! Ampu! Ampuism! Satu lagi fahaman besar di Malaysia! Tak ada ampu tergelincir soro!
Tugas utama rakyat ialah menghapuskan golongan ini dengan menghapuskan kerakusan kuasa pemimpin umno dan isteri serta kroni mereka! Lahirlah Malaysia Baru yang sejahtera!
assalamualaikum.. ampu, bodek, kipas, suckup, ape lagi ntah.. bile baca je, geli geleman tekak ni pasal bias melampau2...
ade ke bandingkan ROSMAH ngan MAYA KARIN... ROSMAH ngan ROSNAH mat ARIS le.. baru cool.... :) tanpa UTUSAN siapalah PERKEMBAR, without NST who know UMNO, tanpa SINAR UMNO da gelap, tanpa UMNO tiadalah NAJIBALTANTUNYA
LINGKUPKAN UMNO maka TIADALAH NAJIBALTANTUNYA!
Nami: nampaknya pokok2 itu terpaksa dikambing hitamkan demi iklan rosmah..haha
yang peliknya macam lah rosmah atau menteri2 kisah sgt kalau iklan tahniah dan terima kasih dipampangkan besar2 kat akhbar.. kalau aku la, mesti akan fikir 'ek eleh, nak bodek aku ar tu.' hahaha
tp kalau kita tgk, sebenarnya company yg masuk iklan tu pon adalah company politikus dan menteri gak.. hahaha
Nami, tu ko xtgk lagi iklan billboard kat tepi2 jalan. semua mesti ada gambar PM, TPM dan politikus. macam nak masuk anugerah bintang popular je..hahaha
Ms: Setuju. Utusan yg lebih rasis. Utusan ni tak ada angin tak ada ribut gi siar berita 'bangkitlah melayu'.. apa kejadahnya. nak rakyat bergaduh ke?
aku syorkan kita buat hari bakar utusan. biar dia lingkup.
(sebenarnya dah turun pun jualan. sampai terpaksa disponsor oleh syarikat2 dan politikus. dan aku pun perasan kalau gi kedai, paper utusan yg paling lambat habis dan tak laku)
Seladang: Sebab tu aku syorkan teknik perniagaan ni wajib dimodulkan..haha mesti pasni surat khabar banyak iklan dari berita.haha
Fahmi: W'salam. Jadi, bacalah basuh baju untuk berita yang tidak bias..haha
baginda reformasi: mana boleh. rosnah mat aris sama saiz la dengan rosmah..haha nama pun dekat2 sama.. haha
Basuh Baju,
Tak payah cakap la.Iklan Zoom Malaysia tu letak gambar tiga malaon tu.
Buat takut pelancong je hahaha!
UTUSAN MEMANG PALING POWER. POWER RANGERS PUN TAK SEPOWER UTUSAN.
tertarik dgn petikan ini "Selepas PM, giliran berita ucapan TPM, menteri-menteri dan seterusnya. Kadang-kadang saya hairan, ke mana pergi garis-garis panduan yang telah berdegar-degar diucapkan itu? Mengapa Umat Islam masih tidak gemilang? Mengapa negara tidak perkasa? Sedangkan berita-berita itu telah saya baca bertahun-tahun yang lalu."
Mungkin penulis sendiri kurang mahir dgn perkataan 'garis panduan' atau sengaja tidak memahirkan diri. Ia sejenis garis panduan, tetapi yang melaksanakan adalah manusia sendiri. Bagaimana umat mahu maju sedangkan terus menerus umat sendiri tidak mendokongnya. PM hanya wakil tertinggi kerajaan sahaja. Bukanlah seorang dewa yang mampu mengangkat atau mengubah nasib sesuatu kaum dlm masa yang singkat. Dalam konteks penyiaran media sendiri, kita lihat ia ada aturannya. Jika tiada isu semasa yang gempak, maka ideologi kerajaan yg perlu diutamakan, masakan mahu meletakkan kisah mawi di hadapan? atau MAYA KARIN. Nilai berita mestilah selari dgn kehendak pembaca SETIA. Mengapa UTUSAN diteruskan sebegitu, kerana ia adalah cara yang dimahukan pembeli dan jika pembeli tidak mahu, pembeli ada kuasa dengan hanya membelek di kedai mamak sehinggalah mamak menjeling. Hmm... kuasa membeli ada pada sesiapa sahaja. dan mengenai iklan, ia adalah satu lambang promosi. Ya, ia individu dan kebiasaan KM / MB sesebuah negeri tetapi perlu diketahui pentadbiran negeri juga memerlukan 'promosi' supaya lebih terkenal dan bajet utk negeri tidak dilupakan. hahaha...
Post a Comment