Thursday, April 16, 2009

Enggan beri markah kasihan- Letak jawatan

KUALA LUMPUR - Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa 'dipaksa' meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.

Nor (bukan nama sebenar) memberitahu,

"Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,''

Kesian.. markah kasihan? Hahaha selalunya markah kasihan ni ialah markah kedatangan. Paling tak pun markah 'penglibatan dalam kelas'. hahaha

Kadang-kadang tu markah kasihan boleh jugak dapat kalau kipas dan bodek pensyarah. hahaha Nak lagi best, ajak pensyarah mengumpat kawan sendiri. Konfem dapat markah kasihan..hahaha

Kesian... Kalau tak bagi markah kasihan, pelajar marah... Kalau bagi markah kasihan, kualiti pulak tarak..hahaha

Satu pertanyaan: Kenapa perlu diwujudkan markah kasihan? Tak boleh ke hanya ada markah peperiksaan dan markah projek?

11 comments:

Anonymous said...

hahahaha..inilah education system di malaysia. hahahaha......saya tabik spring dgn prof tu sb bagi saya tindakan beliau sgt wajar. nmpak sgt pelajar dia tu bodoh, nama je pelajar universiti, law pula tu.

kat u saya pun mcm tu, pnah ada seorg prof yg mmg tegas dlm beri mrkah. kdg2 hnya seorg jer yg lulus, last2 dia kena pindah ke school lain. dari dental school kena tendang ke health science school. beliau sgt kecewa dgn pndidkan di msia

Seladang said...

Inilah antara konsep One Malaysia yang dislogankan oleh Najib Rosmah.

fahmi said...

assalamualaikum, lawak btul citer nih

Anonymous said...

jgnlah buat pre-judgment.dgr dari both sides.kalau subjek lain student yg fail tu bole lulus dpt A,dimana subjek berkenaan di ajar oleh bekas hakim dan prof,adakah prof dan hakim ni bodoh kasi markah kasihan?dan di ipta ade sistem penyemakan semula.so kalau student xpuas hati bole complain dan semak semula oleh pemeriksa lain.dalam kes ni,pengurusan minta dia semak balik dahulu skrip exam tu sbb byk sgt yg fail,pengurusan malas hendak proceed dgn guna pemeriksa luar kerna ni akan menjatuhkan imej lecture berkenaan kalau bila pemeriksaan semula dibuat,pelajar berkenaan lulus,imej lecturer berkenaan akan rosak.tapi dia degil.maka timbul la kisah ni.ini bkn kes pertama dilakukan oleh lecturer ni.bole check di ipta lain yg ade scool of law dan satu ipts yg offer llb.kes yg hampir sama.dia ni patut layak mengajar english bknlaw.dia hendak jwpn yg diberikan sama mcm apa yg dituturkan masa dia deliver kuliah.kalau dlm nota kuliahnya,cth Abu has killed 2 birds,dia nk jwpn yg sama dari segi tatabahasa.kalau student jwpn ABU killed 2 birds,jwpn tu salah bgai dia.salah ejaan tertinggal (s)plural dia akan kasi kosong.method dia buat bagus tapi tak sesuai utk peringkat degree.maybe di peringakt matriculation bole la buat.4 org student yg lulus cukup mkn paper dia tu pun,lulus sbb hapal sebijik2 ayat nota dia.kita belaja law mmg betul law pentingkan english,tp kalau jwpn exam ade pointa fkata penting wpun grammar salah sket,masih diterima jawapan tu.

Anonymous said...

kalau anda sebutnama pensyarah ni di uia,mmu..mereka semua kenal maaruf dgn kes dan kontroversi yg telah beliau buat di insitutis terbabit.usim tersilap langkah mengambil orang mcm ni.itu kesilapan terbesar.

Cob Nobbler said...

hmmm..tak bagi salah,nak bagi salah..

apa yang betul?

mamai said...

sebab tu la aku tak pernah score lebih dari B masa kat U dulu sebab aku tak dapat markah kesian dan tak ngan ngan lecture dah tu selalu lawan cakap lecture.....

tapi aku ada kermja yang bagus sekarang dan aku masih tak bodoh walau tak dapat 4.0

Basuh Baju said...

komen tanpa nama sgt bagus. terima kasih.

Hanggokan said...

hahaha...
yup...aku stuju.
system education kita sbnrnya di tahap tak memuaskan.
aku kagum dgn siswazah dahulu zaman 60-an 70-an di mana mereka betul2 struggle untuk lulus. Pelajar terlalu manje?? kahkahkah!!

Basuh Baju said...

did: pelajar terlalu manja atau pelajar yg malas hendak berfikir? kenapa malas berfikir? sebab sistem pendidikan yang tidak menggalakkan pelajar berfikir?

MZ said...

ah sesedap korang je kata pelajar tu bodoh.

lecturer tu mmg mental sickness.

banyak tempat dia pergi mmg bawak masalah,
samapi USIM je xleh nak blah sebab ramai orang lagi hebat dari dia.

dia pernah sue bdk MMU kat court.

cakap banyak pun x guna.
meh la dtg blog gua.