Thursday, April 16, 2009

Jangn keluarkan kenyataan menghasut- mStar

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melampaui batas perundangan dengan cuba menimbulkan kekacauan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Kamaruddin baru-baru ini yang didakwa menghasut orang ramai.


Bagus-bagus. Tangkap sesiapa yang cuba menghasut. Basuh Baju dah jumpa satu pihak yang menghasut. Terang lagi bersuluh. Nak bukti pun boleh. Tak percaya, sila baca berita di bawah.

BANGKITLAH MELAYU- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.

MASIH TAK CUKUP MENGHASUT LAGI????

8 comments:

Cob Nobbler said...

Sebelum kasut menghinggap muka polis ni baik dia tangkap tukang hasut.

Tukang hasut yang katak melompat-lompat.

mamai said...

Katak tua yang nak tunggu pinangan puteri umno dan bercita-cita nak jadi PM ( sanggupkah puteri umnlo cium katak tua nie )

Hanggokan said...

kahkahkah!
tangkap mereka semua, encik polis!
kahkahkah!

HBM Consultant said...

Hanya polis sahaja yang boleh bezakan antara hasutan dan ucapan membina semangat bangsa. Beza paling jelas dapat dilihat melalui lambang bendera orang yang bercakap. Huhu..

Anonymous said...

ko ni pEhaL BaSUh Baju? KO Nie BuKAN melAYU ke?

Ko nAk ke CiNA BaBI Tu kuAsai NeGara Kita?

kO Nak KE ANak2 Ko MerEMPat maCAm mELAyu Kat SiNGapura ha??

OrG MelAYU mcm KO ni LA YG tAK kenaANG BUdi keraJAAN..

Bagi PENDIdikan. bELAJA PandAI2 MaSUK UIA, Jadi PenDEBAT TAPI OtAK macAM sampah.

Nak SANGat jadi CIna ke?

Cob Nobbler said...

haha anonymous ni hitler misai kontot yang bodoh la.

pergi singapore la,melayu yang merempat adalah melayu yang pemalas dan harapkan subsidi.ada gak melayu yang kaya.

haha susah la lebai misai kontot macam ni..hail hitla!hahaha!

Basuh Baju said...

nami: tukang ampu dah bersuara..haha

mamai: katak tua ni nak tunggu shahrizat cium kot? hahaha

did: kalau tangkap semua, sapo pulak nak jadi PM? Katak ni? haha

Marni:polis kan parti komponen ke 14 UMNO/BN.. tak tau ke? haha

Basuh Baju said...

ko ni tanpa nama:

cubalah buka sikit minda tu. ko dok bising2 pasal melayu la, cina naik tocang la. cuba ko tgk diri ko sikit dan tanya:

'kenapa lepas pelbagai dasar dibuat, tapi hanya segelintir melayu shj yang kaya? kenapa masih ramai melayu tak maju? kenapa? salah dasarkan? bila dah salah dasar, tanya siapa yang buat dasar itu"

org melayu mcm aku yg xkenang budi? hahaha aku kenang sebab tu aku tulis blog ni. nak bebaskan pemikiran kolot org2 mcm kamu.

kalau kenang budi hanya dengan angguk2 geleng2 dan sokong BN, tak bolehlah camtu kan..