Friday, April 17, 2009

Agak-agaklah kalau nak tipu pun

BUKAN PUNCA BERPUAK- Utusan Meloya

KUALA TERENGGANU 16 April - Badan Perhubungan UMNO Terengganu menafikan kejadian luar biasa melibatkan ketidakhadiran 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) ke persidangan DUN kelmarin berpunca daripada sikap berpuak-puak dalam parti.

''Semua barisan kepimpinan UMNO dan BN Terengganu kini berdiri dan bersatu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

10 ADUN MAHU MB DIGANTIKAN- Berita Hairan

PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, beliau dan sembilan Adun Barisan Nasional (BN) negeri itu mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan atas alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.

"Kami mahu beliau (Ahmad) digantikan. Terpulang kepada pemimpin tertinggi untuk memutuskan tetapi kami sudah menunjukkan niat kami dengan jelas," katanya ketika dihubungi semalam.

Hahaha mana satu betul ni? Ini bukan pembangkang cakap atau buat cerita. Tapi Utusan dan Berita sendiri..hahaha

Nak tendang Ahmad Said? hahaha ganti dengan siapa? Idris Jusoh? hahaha Lepas ni buat masjid dawai pulak yang tak boleh guna untuk solat jumaat..hahaha Lepas tu bina monumen-monumen dari plastik dan surat khabar untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam..hahaha

Atau nak buat monsoon cup edisi kapal selam pulak? hahaha

Kesian penyu...Nak makan keropok lekor pun tak senang. Asyik bergelora je..hahaha

8 comments:

Did said...

ganu kiteee...
ganu kiteee...
10 ADUN tu tak dapat kontrek cat divider kot. tu hangin tu...tukar angin berhijrah la. penyu nak bertelor pon dah malas port kat ganu. hahaha!

sortkaba pon satu nak melawak. baik aku bace majalah kuntum ke...dik cerdas ke...kahkahkah!

Basuh Baju said...

lawak plg klaka ialah 'tiada tindakan diambil tidak hadir ke sidang dewan'... kerana ia adalah kejadian tidak disengajakan..hahaha

shin chan pun tak bodoh nak cakap camni kalau tak gi sekolah..haha

nami o fish said...

Basuh Baju,

macam mana dengan aku?Pemegang rekod datang lewat pergi sekolah.118 pagi yang lewat,aku tanya cikgu sekolah aku sampai sekarang takde orang pecah rekod aku.

nami o fish said...

kena tindakan tak?hahaha!

Basuh Baju said...

ko sengaja ke x? hahaha

kalau sengaja ko kena sunat lagi sekali..hahaha

tapi kalau ko kena ugut bunuh sebab datang, case closed..hahaha

nami o fish said...

Aku sengaja sebab aku tak suka kepada establishment dan authority.

Memetik kata-kata Billie Joe dalam lagu Warning,

"Question everything or shut up and be a victim of authority".

Sebelum menjadi victim of authority,aku ingin bertanya,

Peraturan dicipta untuk senangkan orang atas kawal orang bawah,jadi kenapa orang bawah kena ikut orang atas?

Bak kata Si Bongkok dalam drama teaternya,"aku bebas dari undang-undang."

Itulah aku.

fahmi said...

assalamualaikum.. ini kes xpuas ati ni.. besela dulu ada power, skang dh xde.. mule la macem2.. dunia2...

Khazinatul Asrar said...

Salam...
ke yg ponteng2 ni kroni pihak yg baru naik??
n mb ganu tu lak kroni pihak yg bru letak jwatn..
menjatuh kan pak cik ahmad tu dpat la kot menghapuskan kroni2 pentadbir lama kat dalam kabinet ni...
agak nye la..
tu la pasal kot KJ xdp naik..