Friday, April 17, 2009

Satu Diskusi

PENGGUNA INTERNET KENA PATUH PERATURAN- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Garis panduan dan undang-undang dibuat kerajaan berkaitan penyebaran maklumat di internet dan blog bukan mahu mencari kesalahan penulis blog dan pengguna internet tetapi memastikan internet tidak disalahgunakan.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata “Kita bukan bermaksud ingin mencari kesalahan penulis blog atau pengguna internet tetapi mahu orang ramai tidak sewenang-wenangnya dieksploitasi kerana matlamat utama kerajaan memastikan konsep Satu Malaysia berjaya.

Satu diskusi sihat: Adakah masyarakat yang maju perlu mempunyai banyak peraturan?

Basuh Baju beranggapan masyarakat yang maju adalah masyarakat yang kurang peraturan. Membuat pelbagai peraturan hanya menyusahkan orang ramai. Sebaliknya mendidik ornag ramai adalah penting tetapi mendidik tidak semestinya datang dalam bentuk undang-undnag dan peraturan.

Basuh Baju mengajak para pembaca memberi pandangan, komen dan pendapat. Selamat berdiskusi!

9 comments:

Hanggokan said...

yup,tujuan peraturan itu dibuat untuk melindungi dan menjaga keselamatan. namun di sini harus difikirkan peraturan ini dibuat untuk melindungi siapa. pengguna internet atau para2 hipokrit? apekah yang dilindungi?

Untuk menjadikan konsep satu malaysia, bukan undang2 yang harus diutamakan tetapi didikan sejak kecil. betulkan mentaliti.

kalau pendidikan dari kecil dah tak betul, masalah akan jelas terkesan apabila besar. bentukkan acuan, lihat kuehnya. nyam2!

mamai said...

Bulan bermaksud untuk mencari kesalahan tapi menyekat kesahihan berita dan perbincangan terbuka tak majukan UMNO hahahahaha one nation lebih baik kot dari satu malaysia

Basuh Baju said...

betul. aku setuju dengan did..

kita tidak boleh menghalang mana2 pandangan daripada sesiapa pun kalau nak maju. lebih2 lagi dlm konteks malaysia, kita asyik dilarang untuk berfikir secara berbeza. kalau berbeza sedikit pandangan, kita akan dituduh 'pengkhianat melayu la,boneka, pembangkang, etc'...

aku lbh melihat kpd sistem pendidikan kita yg terlalu tepu, rigid.. tak menggalakkan pelajar berfikir..

cth plg jelas soalan examla..kalau jwpn dlm buku teks tu A, jwpn exam kena A jugak tak boleh B atau C..

Basuh Baju said...

berbalik kpd undang2 dan peraturan:

buatlah seberapa banyak akta dan undang2 pun, kita kena terima satu hakikat yang manusia tidak boleh dipaksa tetapi boleh dididik.

aku punya pandnagan mendidik manusia tidak semestinya dalam bentuk peraturan. apatah lagi peraturan yang mengarut..

cth macam di sekolah. nak disiplinkan murid, tapi buat peraturan rambut kena pendek, pakai tali leher, tuck in baju.. apa ke bendenyer peraturan tu nak disiplinkan murid..

Cob Nobbler said...

Dalam kalut ada peraturan,
Peraturan mencipta kekalutan.."
Aku rasa M.Nasir adalah seorang yang genius kerana dapat melihat peraturan yang dicipta orang untuk mencipta manusia yang berundang-undang.

Tapi siapa yang decide,undang-undang itu kita kena ikut?Setiap hari pergi sekolah kena pakai necktie,nametag dan lencana,kalau tak kena denda kutip sampah kat sekolah.

Kalau nak tulis blog kena tulis yang baik-baik je.Yang jahat-jahat jangan.Siapa dia yang nak decide pemikiran kita?

Aku suka tagline blog nko,"Pembebasan utama adalah pembebasan minda".Kemerdekaan itu adalah kebebasan.Merdeka celah mana kalau minda rakyat masih tak bebas?

Basuh Baju said...

betul. dalam kekalutanada peraturan..

mmg kita perlukan peraturan. tp bukan peraturan yang hampeh2.

bagi aku pelajar terutamanya perlu dibenarkan utk dissent dan biadap dengan pandangan2 darinya. dari situ barulah mindanya berkembang. biar dia diprovoke, supaya minda berfikir.

ini kalau sikit2 nak kena ikut peraturan payahlah.. tulis blog semuanya kena 'berperaturan' je.. baik aku tulis surat cinta..haha

kerajaan boleh buat seberapa banyak peraturan untuk mengongkong rakyat..tapi peraturan itu tidak mampu mengawal kita. silap2 kerajaan juga kena bayar harga yg sangat mahal..

amek contoh AUKU- peraturan nak hallang pelajar berpolitik.. ko tgk apa kesannya sekarang.. ada pelajar2 kita mampu berfikir ttg penyelesaian terhadap politik skrg? aku tnya nama bini najib pun dowg tak tau..hahaha

fahmi said...

assalamualaikum... betul apa yg sume katakan.. saya sokong 100%.. undang2 penting tp utk sekadar yg perlu, klu dh sume bnde ade undang2, hidup kite ibarat lembu dicucuk hidung.. lebih maju masykt, lebih byk hak asasi & lebih kurang undang2 direstrictkan kpd rakyat2.. teruk2 klu lbey byk undang2.. btul ni.. kalah junta tentera..

Seladang said...

Cari rotan seni buat kelikir dan tindik semua hidung bloggers! Yang tak nak kena tindik kena ampu bodek Najib Rosmah!!!

Basuh Baju said...

fahmi: sbb tu org kata 'educate not legislate'..

bg aku, hasilkan undang2 hanya selesaikan masalah tu sekejap je. pastu akan timbul masalah yg lagi besar. pastu wat lagi undang2 yg lagi ketat.pastu jadi lagi besar masalah..pastu...pastu..pastu..

tak habis2...