Monday, May 31, 2010

Dari Australia- Catatan Buku Nota

Hari Ketiga- 14 Mei 2010

Tabiat aku ketika berjalan di negara orang adalah membawa buku nota kecik. Buku nota ini aku sisip di dalam beg kamera- sekali dengan kamera EOS450d aku. Selain daripada mengambil gambar-gambar yang menarik- aku juga suka perhatikan budaya masyarakat di situ. Tetapi aku bukanlah pandai sangat nak mendalami budaya mereka dalam masa yang singkat. (bukannya aku duduk berbulan pun, ye tak?).

Dari pemerhatian, aku jadikan ia sebagai catatan di buku nota. Selalunya aku lebih berminat mencatit perkara-perkara yang boleh diapply di Malaysia-. Contohnya cara menjadikan bandar lebih live, sistem pengangkutan lebih sistematik, dan produk perlancongan yang rare. Walaupun aku tahu aku bukannya exco negeri mahupun Perdana Menteri, tetapi inilah tabiat aku ketika berjalan di Singapura, Bangladesh dan Arab Saudi lagi. Sesiapa yang pernah berjalan dengan aku pasti tahu setiap malam sebelum melelapkan mata- aku akan menulis di dalam buku nota itu.
Berbalik kepada hari kedua di Sydney- aku tak perlu nak terangkan apa yang aku buat seperti di hari pertama. Tu dah macam diari je. So aku tulis apa yang aku dah catat di hari yang kedua di sana. Ia lebih kepada idea- bukannya budaya atau pemikiran masyarakat di sana.

1- Aku perhatikan tempat-tempat perlancongan di sana betul-betul kreatif dalam menjana income lain. Ambik contoh Sydney Opera House. Ikutkan free je nak amek gambar dan masuk ke dalam. Aku pun expect income nya dari show yang dibuat tapi rupanya ada pakej untuk pelancong yang teringin nak tengok di belakang pentas- macam mana set pentas ni berfungsi, lighting, etc, etc. Even nak merasai pengalaman berdiri di atas pentas pun ada!

Okeylah- aku tahu ramai akan cakap ini idea kapitalis- memaksimumkan keuntungan. Tapi bagi aku kalau nak jadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi- kenalah pandai nak tambah income. Terutamnya company. Dengan ini baru boleh nak bagi pekerja gaji lebih.

Jadi aku terfikir- apa salahnya kalau Istana Budaya buat pakej begitu. Aku sangat yakin ada sahaja permintaan dari pelancong yang teringin nak berada di belakang pentas dan paling penting nak berada di atas pentas. Nak lagi kreatif- bikinlah pakej perkahwinan ke, pakej fotografi atas pentas ke. Tak rugi pun buat pakej-pakej ni. Malah bukannya nak kena tambah kos banyak sangat.

Cuba bayangkan kalau pakej beridir atas pentas Istana Budaya tu dijual dalam RM30 dan dalam sebulan ada 5000 pelancong- tak ke senang-senang dah dapat RM150 ribu? Setahun dah berapa? Dengan duit ni bolehlah bagi bonus ke, buat trip untuk staf ke.

2. Kemudian tak cukup dengan itu- Opera House betul-betul memaksimakan penggunaan bangunan ini sebagai tarikan perlancongan. Sekarang ni diorang tengah berpesta Light, Music and Idea yang dipanggil Vivid Sydney. Basically masa pesta ini, Opera House akan dikreatifkan dengan projection lampu yang membentuk corak di bumbung bangunan tersebut. Kat tepi-tepi tu adalah pesta kreativiti di mana orang mempertaruhkan idea-odea mereka melalui muzik, teater, buku dan pameran.

Pesta Vivid Sydney ni betul-betul dinantikan setiap tahun oleh pelancong seluruh dunia. Okey-macam mana konsep yang sama diguna pakai di KLCC? Yelah, KLCC kan kita punya ikon perlancongan. Lagipun aku rasa tak mustahil nak buat projection imej melalui lampu-lampu kat bangunan pencakar langit ni. Dengan ada taman lagi- aku rasa boleh je buat pameran kreativiti kat situ.

Kita tak ada masalah dengan bakat. Kita juga ramai orang yang boleh organize event-event macam ni terutama anak muda. (aku dah lihat sendiri ketika di Youth10). Tapi dengan syarat- kerajaan tak payah join. Bagi dana je. Sebab orang kerajaan tak kreatif. Karang elok-elok nak buat Vivid KL tak pasal jadi Stupid KL.

(cengginilah Vivid Sydney tu. Bayangkan KLCC begini)

Kalau side income macam di Istana Budaya tu pun dah berjuta ringgit- kiralah sendiri berapa multiplier effect kepada ekonomi negara kalau Vivid KL ni diadakan. (basically macam penganjuran Formula One la. Spill over effectnya tinggi)

3. Menara KL dan KLCC pun boleh memaksimakan produk perlancongan dengan tawarkan pengalaman berada di puncak menara. (maksud aku yang free air la bukan yang kat deck tu.) Kalau Eureka 88 dan Sydney Tower boleh buat- takkan kita tak boleh? Bukan payah pun- nak tak nak je.

KLCC pun boleh capitalize skybridge tu. Sekarang ni orang naik free- dengan syarat beratur panjang pagi-pagi lepas subuh. Tapi di Burj Khalifa- orang boleh book tetapi ada bayaran dikenakan. Kenapa tidak caj pelancong asing? Rakyat tempatan tak payahlah.

Sebenarnya banyak je lagi benda-benda yang boleh difikir pasal spill over effect ni. Masalahnya sekarang adakah kita berfikir?

Stail orang Malaysia yang malas nak berfikir dan bila ada orang berfikir bagi idea- diorang rejek dengan alasan 'oh, benda ni susah nak buat,can't work dan tak praktikal.'

Tak buat lagi dah tau tak praktikal ke?

Saturday, May 29, 2010

Noktah Sebentar- Samy Vellu

Sehebat manapun seorang pemimpin, bila terlalu lama memerintah akan dibenci juga. Apatah lagi pemimpin yang tidak hebat dan tidak lama memerintah. Ini hakikat. Hanya pemimpin yang menyedari hakikat ini akan melepaskan kuasa secara sukarela.

Di Malaysia, semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi-tradisi melepaskan kuasa di ambang populariti dan kebencian diamalkan.(kecuali Tun Razak). Tunku letak jawatan apabila tragedi 13 Mei berlaku. Hussein Onn melepaskan tampuk pemerintahan bila dirasakan dirinya tidak lagi 'sihat'. Tun Mahathir- satu-satunya 'diktator' yang melepaskan kuasa berbuat demikian selepas melihat orang melayu mula membencinya. Tun Abdullah juga mengambil sikap tanggungjawab di atas keputusan teruk PRK 12.

Kesemua Perdana Menteri bersara tanpa perlu dikalahkan di dalam pilihanraya. Tetapi Samy kalah pilihanraya. Kena gugur dari kabinet. Jawatan Senator pun tak dapat.

Kini Samy Vellu menjadi pemimpin paling lama memegang kuasa di Malaysia. Mungkin Samy bukan Perdana Menteri, tetapi sila lihat di mana Lim Keng Yaik sekarang? Adakah Rafidah Aziz masih menjadi menteri? Sudahkah Ling Liong Sik bersara?

Atau sebenarnya Samy nak jadi Lee Kuan Yew?

ps: Nelson Mandel pun memerintah kejap.

Youth 10

Inilah sebenarnya Hari Belia Negara!

Bukannya yang disambut di Putrajaya hari tu.

Friday, May 28, 2010

Dari Australia- Pengalaman Menjadi Minoriti


Hari Kedua- 13 Mei 2010

Aku tiba di Melbourne pada jam 2 pagi. Lapangan terbang begitu sunyi. Hanya penumpang dari flight aku sahaja yang beratur di kaunter immigration. Aku yang pertama kali tiba di negara omputih berasa sedikit cuak. Aku risau kalau-kalau pegawai immigration menahan aku seperti di dalam filem My Name Is Khan. haha

Dengan menipu alamat di boarding pass- aku tulis Hilton, Melbourne sedangkan aku pun tak tahu nak tidur di mana- aku pun berjaya mendapat cop di passport. Officially aku bebas berjalan bebas di negara Down Under ini.

Aku pergi mencari kaunter boarding Tiger Airways. Tetapi tak jumpa. Rupanya kaunter untuk no-frills airline ini berada di luar terminal. Maka aku terpaksa berjalan kaki keluar. Cuaca begitu sejuk. Tidak pernah aku berasa sesejuk begini. Tetapi aku suka. Malah tersengih-sengih dapat bercakap keluar asap. (okey, memang bodoh).haha

Terminal 4 itu tutup. Pintu terkunci. Maka aku terpaksa berpatah balik. Sebenarnya aku menunggu flight seterusnya ke Sydney pada jam 6 pagi. Aku tidak tahu nak lepak mana. Tiba-tiba aku ternampak McDonald. Berguna juga restoran kapitalis ini. Aku masuk dan letakkan beg. Kemudian aku ke kaunter untuk order. Lama juga aku perhatikan menunya. Ikutkan nak je aku telan faveret aku- cheeseburger. Tetapi fikir nak selamat dan jimat, aku memesan Fillet O Fish.

Di dalam McD selama 2 jam- aku menjadi bodoh termenung sorang-sorang. Nak membaca- tak ada benda yang boleh dibaca. Nak bersembang- takde teman. Nak gayut- takde line. Nak tidur? Ah, aku dah puas tidur atas flight tadi.

Jam 5 pagi aku ke Terminal 4 lagi. Aku daftar masuk. Ibarat George Clooney di dalam filem Up In The Air- begitulah yang aku rasakan ketika melepasi pintu keselamatan. Semua benda-benda seperti HP, kunci, tali pinggang- diletakkan di dalam bakul tanpa perlu diberitahu. Aku sudah terer bab ni.

Jam 6 pagi- aku berlepas ke Sydney. Aku memang tekad tak akan naik Tiger Airways lagi. Aku rasa AirAsia jauh lebih bagus. At least- pramugarinya hot-hot. :p


Jam 8 aku sudah berada di kota Sydney. Aku terus berjalan-jalan mengelilingi kota ini dengan menapak. Aku sangat senang berjalan memandangkan cuacanya yang sejuk. Bandar Sydney pula disusun mengikut grid- memudahkan lagi untuk berjalan. Aku ke Sydney Tower. Entah mengapa aku suka ke tempat tinggi untuk melihat bandar dari atas. Di Kuala Lumpur pun berapa kali aku ke KL Tower jika runsing. Semacam tenang bila berada di tempat atas.

Jalan punya jalan- aku kembali lapar. Aku lupa yang makanan terakhir aku ialah Fillet O Fish di airport tadi. Untuk itu aku pergi mengisi perut. Namun aku terlupa- ini bukan Malaysia. Mana boleh nak makan main order je. Aku jadi buntu seketika. Dalam hati, aku menyesal kerana lupa nak download senarai restoran halal sebelum sampai. Jadi aku hanya berjalan dengan harapan akan ada restoran halal.

Aku ada nampak satu restoran Mamak- tetapi orang cina yang operate. Aku tergelak sakan. Aku tak pasti halal- tetapi harganya juga mahal giler. Puas juga aku bertanya kat mat-mat saleh. Tapi hampa- halal pun diorang tak tau apa. Bila aku tanya restoran muslim- muka diorang sedikit berubah. Macam aku nak cari pot pengganas je. Jadi aku memilih bertanya pada chinese yang berada di Chinatown.

Akhirnya, selepas 45 minit, aku terjumpa sebuah restoran indonesia. Harganya juga berpatutan (macamlah aku tau berapa harga standard- padahal RM20 kalau convert). Aku rasa inilah nasi ayam penyet yang aku makan setiap butir nasi dan setiap isi ayam dengan penuh adab. Aku kunyah berkali-kali baru telan. Tak sedap pun. Tapi aku makan untuk hidup bukan untuk nikmat. Beginilah pengalaman menjadi minoriti. Aku belajar daripada pengalaman ini.

Selesai makan tibalah masa untuk mencari tempat untuk aku bermalam. Dari seorang kenalan, aku menginap di area Darling Harbour. Jam baru 3 petang. Aku kira aku ingin bersiar-siar di Darling Harbour sambil menikmati pemandangan kapal lalu lalang. Awek-awek juga banyak di area situ. Tetapi aku sangat letih- dan akhirnya aku tertidur sehingga jam 1 pagi. Giler- apa aku nak buat pada waktu begini? Aku terperangkap seperti situasi di Melbourne semalam. Aku buntu.

Argh....Aku Jet Leg!- Cilakak.

Thursday, May 27, 2010

Noktah Sebentar- Isu Malaysia-Singapura

1. Mengikut Point of Agreement (PoA) tahun 1990, KTM mesti mengosongkan operasi di Tanjung Pagar.

2. Sekalipun KTM mempunyai tanah seluas 217 hektar dari Woodlands ke Tanjung Pagar, ia tidak boleh dimajukan melainkan hanya untuk operasi kereta api. Ini menyebabkan tanah yang bernilai RM9.5 billion (mengikut kadar 2008) terbiar begitu sahaja.

3. Malaysia tidak ada pilihan lain selain duduk berunding. Oleh itu apa yang perlu diteliti ialah apa yang Malaysia perolehi dengan melepaskan Tanjung Pagar.

4. Setakat apa yang disiarkan di akhbar, Malaysia mendapat 'a good deal'. KTM masih boleh beroperasi tetapi di Woodlands dan tanah-tanah KTM akan dimajukan bersama melalui MS Pte Ltd. Malaysia juga mempunyai opsyen untuk menukar tanah KTM dengan tanah yang sama nilai di Marina South dan Ophir Rocho. Ini yang dihighlightkan oleh media.

5. Tetapi ramai yang tidak melihat bahawa Singapura berjaya menjadi 'equal partner' untuk membangunkan Living City di Iskandar Malaysia. Lupakan hasrat untuk melihat koridor pembangunan Iskandar ini bersaing dengan Singapura. Kawasan ini berada di perairan yang menghadap Singapura.

6. Fast Transit Link akan dibina pada 2018. Lebih 120,000 rakyat Singapura akan lebih mudah memasuki Iskandar Malaysia apabila Malaysia Automated Clearance System (MACS) diperkenalkan. Hanya sticker diperlukan. Ia samalah seperti stciker kereta di universiti.

7. Mini Singapore di Iskandar Malaysia?

8. Kita mungkin mendapat tanah RM9 billion di Marina South tetapi mereka dapat tinggal di Iskandar Malaysia dengam mudah.

9. Still 'a good deal?'

Hutang dan Subsidi (Updated)


Hari ini kita semua tahu di eropah negara-negara PIGS (Portugal, Italy, Greece dan Spain) sedang dibelenggu krisis hutang. Negara-negara lain seperti UK, Germany dan France juga bakal kena tempiasnya.

Bagaimana keadaannya di Malaysia pula?

Hutang kita berjumlah RM362 Billion. Adakah jumlah ini begitu besar bagi saiz ekonomi kita?

Jawapannya ya kerana ia merupakan 54% daripada KDNK (Keluaran Kasar Dalam Negeri) Malaysia. Apa maknanya di sini? 54% duit yang dibelanjakan oleh kerajaan diperolehi dengan cara berhutang.

Kenapa berhutang? Kerajaan tidak cukup duit.

Timbul dua persoalan- ke manakah wang ini dibelanjakan? Bagaimana kita dapat mengurangkan hutang?

Pada tahun 2009 sahaja, RM74 billion telah digunakan untuk subsidi. Jumlah ini jika dipecahkan beerti setiap rakyat Malaysia telah disubsidi sebanyak RM12,900. Kita jangan berasa terkejut. Hari ini pendidikan, kesihatan, barang dapur, pengangkutan, bahan api, dan tenaga letrik semuanya disubsidi kerajaan.

Tidak hairanlah 11% daripada perbelanjaan tahunan kerajaan adalah kepada subsidi.

Memandangkan rakyat kita suka bandingkan Malaysia dengan negara-negara maju- mari kita lihat berapa banyakkah perbelanjaan subsidi mereka. Di UK hanya 0.7% perbelanjaan negara disalurkan untuk subsidi. Di France 1.4%, dan di Switzerland 3.5%. Malah di negara yang kurang maju seperti di Indonesia jumlah perbelanjaannya hanya 2.7%.

Secara puratanya kebanyakan negara berbelanja 1.5% untuk subsidi. Oleh itu Malaysia adalah negara yang paling banyak mengsubsidi ekonominya (baca rakyat) di dunia walaupun ada yang kata kita pernah ditadbir oleh diktator selama 22 tahun.

Dengan mengetahui hutang boleh membawa kepada krisis seperti di eropah, bagaimana Malaysia boleh mengurangkan hutang?

Jawapannya melalui subsidi.

Subsidi memang diperlukan. Ini adalah tanggungjawab kerajaan. Adalah kerja gila untuk tidak memberi subsidi langsung. Kalau begitu lebih baik tak payah bayar cukai. Subsidi juga membantu pertumbuhan ekonomi malah melindungi golongan susah.

Tetapi subsidi ada hadnya. Ada perkara yang tidak memerlukan subsidi. Malah subsidi yang melampau boleh memandulkan ekonomi. Contohnya di negara arab. Semua perkara disubsidi sehinggakan nak kahwin pun disubsidi. Tetapi hasilnya- rakyat mereka malas bekerja dan kurang produktif.

Tetapi Malaysia tidak sekaya negara arab, maka tidak boleh nak subsidi hingga ke tahap itu.

Malah sistem subsidi sekarang terdapat begitu banyak ketirisan (leakage) dan tidak sampai ke golongan yang sepatutnya. Ada juga golongan yang sudah dapat subsidi tetapi menyalahgunakannya. Lebih teruk golongan yang tidak layak diberi subsidi juga mendapat subsidi seperti golongan kaya kapitalis. Perkara-perkara ini menyebabkan over-consumption dan over-production.

Kesemua perkara ini memerlukan Malaysia mengurangkan dan mengstruktur kembali subsidi.

Apa yang penting ialah subsidi yang sustainable. Subsidi yang diberikan perlulah membawa pulangan. Di Amerika, subsidi diberikan kepada petani dalam bentuk baja. Hasilnya produktiviti pertanian meningkat di samping membantu golongan itu. Dan ini menjelaskan mengapa negara-negara maju tidak berbelanja banyak untuk subsidi. Berapa jumlah yang dibelanjakan tidak penting tetapi bagaimana ia dibelanjakan yang perlu diambil kira.

Kita tidak mahu subsidi yang menyebabkan produktiviti berkurang. Subsidi begini hanya menyebabkan duit yang dibelanjakan hangus begitu sahaja.

Untuk mengsusbsidi semua benda- ini memerlukan duit yang banyak. Nak cari duit kena berhutang. Tapi bila berhutang ramai yang marah. Kalau bukan melalui hutang, kerajaan kena cari duit sendiri. Tapi bila GST, mengswastakan GLC, dan keluar lesen judi diperkenalkan- ramai yang marah siap turun berdemo.

Oleh itu kita wjib menerima hakikat kerajaan terpaksa kurangkan dan strukturkan kembali subsidi. (kurangkan bukan hapuskan)

Soalnya sekarang- berapa banyak yang perlu kita kurangkan subsidi? Golongan mana yang tidak patut dapat subsidi? Golongan yang perlu dibantu lebih banyak? Sektor apa yang memerlukan subsidi? Sektor manakah yang tidak perlu? Berapa lama masa yang diperlukan untuk kurangkan subsidi?

Ini bukan soal perlu atau tidak. Ini soal bila dan berapa.

Persoalan ini akan dijawab oleh Idris Jala dan pasukannya hari ini di KLCC sempena hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi.

Sebelum turun ke jalan raya membantah pengstrukturan subsidi- sila turun ke KLCC dahulu hari ini jika anda mempunyai pandangan. Jika malas hendak turun beri cadangan, sila fikirkan satu perkara sebelum turun ke jalan raya- "siapa yang paling banyak menerima manfaat mekanisme subsidi sekarang?"

Jika subsidi tidak distrukturkan, Malaysia akan menjadi the next Greece dalam masa 9 tahun. Ketika itu, jangan menyesal karana turun ke jalan raya mebantah perkara yang betul.



ps: basuhbaju sedang berada di KLCC. Lantaklah kalau ada yang nak kata poyo. Tetapi lebih baik menyumbang dari sekadar bersembang. Tak gitu?

pss:
.Jangan tersilap turun ke jalan raya menyokong kapitalis sudahlah ye.

psss: sila baca juga ruangan komen. Mari join sekali sesi diskusi. :)

Monday, May 24, 2010

Dari Australia- AirAsiaX dan MAS

Hari Pertama- 12 Mei 2010

Aku sudah terlewat ke LCCT. Aku kena berada 90 minit sebelum departure time- jam 1.50 tengah hari. Namun jam di tangan sudah jam 12 dan aku masih berada di KL di dalam skybus.

Entah macam mana- seperti pertolongan dari Yang Maha Esa, kaunter check-in AirAsia mengalami kesesakan. Begitu ramai manusia yang mahu ke Melbourne seperti aku. Jadi kaunter terpaksa dibuka. Walaupun aku orang terakhir yang mendaftar masuk, tetapi aku tetap sempat menaiki flight D2722- alhamdulillah.


Ini bukanlah kali pertama aku ke LCCT. Sebelum ini berkali-kali juga aku menjadi pelanggan AirAsia untuk terbang ke mana-mana. Maklumlah 'now everyone can fly'. Namun ini adalah pengalaman pertama aku menggunakan AirAsiaX. Sebagai pelajar, 'now I can fly Xtra looong.'

Sejujurnya aku mengagumi Tony Fernandes- insan yang telah merevolusikan industri penerbangan negara kita. Lebih 70 juta penumpang yang mendapat manfaat daripada konsep penerbangan tambang murah beliau. Daripada hutang RM40 juta ketika diambil alih dengan harga RM1 pada tahun 2001, kini AirAsia mempunyai aset bernilai lebih RM2.63 Billion dan lebih 5000 orang pekerja. Daripada ada satu syarikat AirAsia, kini dah ada AirAsiaX. Ya, memang Tony Fernandes seorang kapitalis. Tapi apa masalahnya? Setidak-tidaknya ini kapitalis yang membantu golongan marhaen seperti aku.


Aku masih ingat ketika AirAsiaX memulakan penerbangan jarak jauh ke London. Ketika tu aku bodoh tak ambik peluang untuk ke sana pada harga yang murah. (Seingat aku promosi masa tu RM699 harga tiket pergi balik campur tax. Giler kan?) Dan begitulah gilernya reaksi orang bila AirAsiaX terbang ke London. Tapi dah menjadi kebiasaan orang Malaysia- semua benda nak skeptik. Masa buat lebuhraya PLUS nak skeptik. Masa buat Proton nak skeptik. Masa nak masuk F1- lagilah skeptik. Jadi ramailah yang cakap model tambang murah ni takkan boleh 'pergi' punya untuk destinasi jauh-jauh yang melebihi 3jam penerbangan.


Tapi apa yang terjadi sekarang?

AirAsiaX siap tambah lagi destinasi ke Tianjin (Beijing), New Delhi, Mumbai dan Abu Dhabi (Dubai). Bila AirAsiaX perkenalkan laluan Abu Dhabi, aku terus sambar tak fikir panjang. Memang murah- dalam RM350 pergi balik campur tax. (Deal terbaik dalam hidup aku). Disebabkan AirAsiaX tambah destinasi jarak jauh macam tambah lauk, MAS pun mula panas. Tak cukup nak kena bersaing di peringkat Asia Tenggara, ni nak bersaing di eropah,asia dan australia pula.


Oleh itu Kerajaan melindungi MAS kerana MAS adalah GLC. Kalau MAS rugi, kerajaan yang rugi (baca rakyat). Oleh itu perlindungan diberikan dengan menghalang AirAsiaX dari terbang ke laluan yang dimonopoli MAS contohnya Sydney dan Seoul. Tetapi ironinya, keuntungan MAS paling banyak di laluan domestik dan Asia Tenggara-di mana MAS kena bersaing dengan AirAsia. Malah MAS telah menambah kekerapan penerbangan. Contohnya di Perth dan Melbourne.

Sebenarnya ini berkaitan dengan efficiency. Bila ada persaingan, baru MAS jadi effisien. Kalau dulu bolehlah caj RM800 pergi balik ke Kota Kinabalu. Tapi bila ada AirAsia, kenalah cari jalan untuk kurangkan kos. Itu yang Idris Jala buat masa turn around MAS daripada rugi kepada untung. Idris Jala perkenalkan "Everyday's Low Fare" sebab beliau ada cara nak turunkan kos tanpa komproni kualiti seperti AirAsia. Tetapi pada masa yang sama MAS tak nak persaingan sebab nak monopoli- nak untung cara senang. Bila MAS untung, kerajaan pun untung . Ini kitaran bisnes yang untung tapi yang sakit ialah pengguna kena bayar mahal.


Namun nak salahkan MAS tak boleh jugak. AirAsia ni asyik nak terbang ke destinasi MAS je. Kalau kita tengok hampir 90% laluan AirAsia overlap dengan MAS. Kenapa overlap? Sebab laluan ni popular. Bagaimana boleh popular? Sebab MAS dah melabur untuk promosikan laluan tersebut. Contohnya MAS dah belanja RM100 juta setahun untuk promosikan Australia, tapi tup tup senang-senang je AirAsia masuk line. Tak ke bikin panas? Well, inilah bisnes kan. So MAS strikes back dengan guna kerajaan tak beri kebenaran kepada AirAsiaX untuk terbang ke Sydney dan Seoul.


Btw, aku adalah mangsa kepada perangai AirAsia yang suka terbang di laluan yang sudah popular sahaja. Macam aku cerita tadi, asalnya aku ke Abu Dhabi. Tetapi memandangkan laluan ini tidak menguntungkan AirAsiaX, laluan ini telah dibatalkan. Aku pula diberi pilihan untuk refund atau terbang ke destinasi lain. Maka aku pun memilih untuk pergi ke Melbourne.

Sebenarnya persaingan antara AirAsia dan MAS ni bukanlah persaingan macam Maybank dan CIMB. Atau Nike dan Adidas. Apa yang berlaku sekarang lebih kepada hotel Seri Malaysia yang 3 bintang dengan hotel Hilton yang 5 bintang. Selagi mana ada permintaan untuk barang murah, selagi itu ada permintaan untuk barang mahal. Ala, macam mercedes dan proton. Ini perkara yang perlu kita faham. Mereka tidak bersaing tetapi saling melengkapi (complement). Kalau di Singapore mereka ada SIA dan Tiger Airways. Kalau di Australia mereka ada Qantas dan JetStar. Di Malaysia kita ada MAS dan AirAsia.

Jika tidak percaya mereka saling melengkapi, AirAsiaX telah berjaya membesarkan pasaran dengan menarik penumpang yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh laluan di Perth telah berkembang 66%, Melbourne (+41%), London (+31%) dan Taipei (+57%)- semenjak 2009. Ini menunjukkan AirAsia membesarkan 'kek' bukannya memakan bahagian 'kek' MAS. Malah di laluan yang AirAsia tidak terbang berlaku penurunan dari segi jumlah penumpang. Contohnya Sydney (-20%), Tokyo (-10%), New Delhi (-20%) dan Paris (-15%). Clearly AirAsiaX berjaya membuka pasaran yang baru di laluan yang sama.

Kalau MAS okey je bersaing dengan SIA, Etihad dan Emirates untuk laluan yang sama dan di segmen pasaran yang sama, mengapa perlu menghalang AirAsiaX-syarikat Malaysia? Keduanya boleh membawa masuk pelancong begitu ramai dari pelbagai kelas pendapatan. In fact pada tahun 2009, jumlah pelancong dari Australia naik 25%, UK (+17%), China (+7%) dan Taiwan (+4%).

Di akhirnya kita mahu keduanya memberi manfaat kepada negara. Kita mahu pelancong makin ramai yang datang. Kita pun mahu KLIA boleh beat airport di Changi dan di Suvarnabhumi. Kita nak MAS boleh head-to-head dengan Singapore Airlines. Kita harap lagi ramai rakyat mampu terbang ke seluruh dunia dengan AirAsia.


Aku terfikir- apa salahnya AirAsia diberi kebenaran untuk terbang ke mana-mana destinasi. MAS pun akan menjadi lebih effisien seperti di laluan domestik dan ASEAN. Kerajaan boleh bagi subsidi untuk promosikan laluan-laluan baru seperti Vienna, Moscow, Nagoya, Manchester, etc,etc. Dengan ini KLIA boleh menjadi hub penerbangan Asia Tenggara.

*
Ketika flight D2722 hendak berlepas dari LCCT menuju ke Melbourne.- aku tersentak dari lamunan. Aku pandang ke luar tingkap- makin lama makin hilang pandangan tanah airku. Dan aku pun memulakan percutian ke nation of immigrant- Australia.


Seterusnya: pengalaman di Sydney.

Saturday, May 22, 2010

Antara Thick-Skulled dan Cold Fact

TOP TEN: MALAYSIA RISES UP COMPETITIVENESS RANKING

KUALA LUMPUR: Malaysia's competitiveness ranking surged into the top 10 in the world as ranking rose to 10th, from 18th a year earlier, said the latest IMD World Competitiveness Yearbook 2010.tel

*

Jangan jadi thick-skulled

Rakyat Malaysia memang sinis dan tak suka percaya berita-berita yang bagus. Bila pertumbuhan ekonomi tahun ni meningkat 10.1%- mereka kata it was a fluke. Tetapi yang hairannya boleh pula mereka percaya apabila Singapura mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.5%.

Begitu juga bila nilai ringgit kita lebih kukuh berbanding dengan pound sterling, US dolar dan euro- mereka menganggap ianya trend dan kebetulan sahaja.

Baru-baru ini IMD- business school di Switzerland telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 paling kompetitif di dunia. Seperti dijangka, ada sahaja alasan untuk perlekehkan pencapaian ini. Ada yang kata IMD ni sekolah bisnes yang cekai la, APCO yang melobi lah, kerajaan bayar untuk naik ranking, Singapura lagi hebat dan segala macam alasan untuk menafikan. (untuk perhatian, IMD adalah Swiss version of US' Harvard, UK's Oxford, and France's INSEAD. Dan kalau benar APCO yang melobi, lepas ni kita suruh APCO lobi ranking FIFA Malaysia naik, okey?)

Cuba bayangkan sekiranya laporan ni menunjukkan kejatuhan Malaysia dalam ranking- komfem ada yang minta suruhanjaya diraja ditubuhkan. Paling tidak pun menteri disuruh letak jawatan.

Bila Malaysia mencatat rekod 'terpanjang', 'terbesar', 'tertinggi' dan segala macam 'ter'- semua tak suka dan mahukan sesuatu yang 'genuine'.

Tetapi bila dah 'genuine' dan membanggakan kenapa nak perlekehkan?

Apa yang saya cuba timbulkan di sini?

Untuk mengkritik memang senang dan setiap orang suka menjadi pengkritik. Tidak salahpun jika ingin mengkritik. Tetapi biarlah kritikan itu ikhlas kerana kepentingan negara bukan kerana kepentingan politik.

Bila sesuatu tidak kena berlaku di dalam negara, kita perlu mengkritik dan memberi cadangan. Bila negara sedang melakukan sesuatu yang tepat dan di landasan yang betul, kita perlu terima hakikatnya. Bukannya berasa tidak gembira atau mencari alasan untuk perlekehkan.

Kalau kita boleh menerima laporan PERC, CPI, Ginicoefficient, dan WEF yang menunjukkan kelemahan Malaysia, kenapa tidak boleh terima laporan IMD yang membanggakan kita?

Jangan jadi "thick-skulled" dengan memilih untuk percaya apa yang kita mahu dengar sahaja.


* Noktah Sebentar (tarik nafas sebelum membaca tulisan berikutnya)*


THE WORLD COMPETITIVENESS SCOREBOARD 2010

  1. Singapore
  2. Hong Kong
  3. USA
  4. Switzerland
  5. Australia
  6. Sweden
  7. Canada
  8. Taiwan
  9. Norway
  10. MALAYSIA
  11. Luxembourg
  12. Netherlands
  13. Denmark
  14. Austria
  15. Qatar
  16. Germany
  17. Israel
  18. China
  19. Finland
  20. New Zealand
  21. Ireland
  22. United Kingdom
  23. Korea
  24. France
  25. Belgium

Jangan hanya laporkan cold fact- analisislah sikit!

Kebanyakan media tempatan masih lagi tidak mampu untuk mengkaji sesuatu data/ranking secara kritikal dan meluas. Mereka hanya 'quote' apa yang diperkatakan oleh teknokrat dan menteri. Apabila laporan ini dikeluarkan, rata-rata media hanya menceritakan ianya sebagai 'keyakinan kepada polisi Najib', 'strong recognition of investors" dan "bold initiatives by government".

Semua perkara ini tidak salah.

Tetapi media perlu menganalisis lebih daripada itu. Bukan setakat meng'quote' sahaja. Sebagai contoh- media perlu cerita apa kepentingan indeks ini, bagaimana ia memberi manfaat kepada rakyat dan buat analisis tentang hasil laporan. Dari sini barulah nampak media mainstream setaraf dengan media alternatif.

Macam sekarang ni media mainstream bertindak hanya melaporkan. Tidak seperti media alternatif yang rajin melakukan kajian. Selagi perkara ini tidak dapat diubah, memanglah ramai yang susah nak percaya apa yang dilaporkan oleh media mainstream.

Berkenaan dengan Laporan Indeks Kompetitf IMD:

1. Malaysia merupakan salah sebuah negara perdagangan terbesar di dunia. Oleh itu Malaysia perlu meletakkan imej negara sebagai negara rakan dagang yang baik di mata dunia. Ini kerana Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara lain.

2. Pelabur-pelabur dari negara luar akan melihat sama ada Malaysia adalah sebuah negara yang sesuai atau tidak untuk melabur, berdagang, datang bekerja, dan belajar. Dalam bahasa mudah- whether they can trust us with their money.

3. Oleh itu untuk melihat negara mana yang lebih baik dan negara mana yang kurang baik,satu kajian perlu dibuat dan ranking perlu dikeluarkan. Dengan ini pelabur-pelabur negara luar boleh membuat penilaian mereka berdasrkan ranking ini.

4. IMD telah mengeluarkan ranking Indeks Kompetitif. Jadi pada tahun ini, IMD telah merankingkan Malaysia di tempat ke 10 daripada 58 buah negara. Apa yang dapat kita banggakan daripada kedudukan ke 10 ini?

5. Kalau kita perhatikan ranking top 10, kita akan dapati negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, USA, Canada dan Australia adalah nations of immigrants. Keadaan di seluruh dunia telah membuktikan bahawa negara immigran memang memiliki kelebihan dari segi best brain, kepelbagaian budaya, dan mentaliti untuk bekerja keras tanpa terlalu banyak politiking.

6. Ini antara punca utama mengapa negara seperti USA dan Singapura mampu maju dengan cepat.

7. Negara-negara seperti Taiwan, Sweden, Switzerland dan Norway pula adalah negara yang kecil saiznya. Negara-negara ini juga tidak pernah/(atau sekejap) dijajah oleh kuasa asing. Sejarah telah membuktikan pada kita bahawa penjajahan yang terlalu lama sehingga beratus tahun telah berjaya menghancurkan 'self-belief' rakyat di negara yang dijajah.

8. Sebab itu Jepun dan Germany mampu bangkit dengan cepat selepas kalah perang kerana bangsa mereka mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

9. Malaysia adalah satu-satunya nation of indigenous/natives yang ada sejarah penjajahan yang cukup lama tetapi masih mampu menjadi kompetitif berbanding dengan negara-negara lain seperti UK, Jepun, Germany, New Zealand dan Korea Selatan.

10. Negara Islam yang paling hampir kedudukan dengan Malaysia ialah Qatar (15). Yang lain jauh ketinggalan atau tidak masuk dalam senarai. Apa maknanya di sini? Malaysia adalah the most outstanding modern Islamic nation. (Itupun kalau tak ada yang nafikan kita negara Islam lah.)

12. Jadi Malaysia mempunyai kelebihan untuk menarik masuk 'petrol-dollar' pak-pak arab ke negara kita.

13. Seterusnya di antara top 25, hanya China yang mempunyai pendapatan per kapita lebih rendah daripada Malaysia. Negara-negara lain pendapatan per kapita lebih tinggi. Bermakna mereka lebih kaya. Namun Malaysia masih mampu sekompetitif mereka, if not lagi bagus.

14. Cuba bayangkan di mana kedudukan Malaysia sekiranya negara kita lebih kaya.

15. Apapun, ranking ini masih boleh berubah tahun-tahun akan datang. Saya pun akui masih banyak yang perlu dilakukan. Jadi cabarannya ialah untuk kekal konsisten dan menjadi lebih bagus.

16. Oh ye, kepada yang masih skeptikal- sebenarnya kita pernah berada di kedudukan yang teruk. Sudah tentu ia berkaitan dengan kepimpinan pada masa itu. Sila perhatikan di tahun 2007,2008,2009 di mana kita berada. Daripada kedudukan ke 28, Malaysia semakin naik anak tangga ke 23 ke 19 dan ke 10. Kalau kita boleh percaya ranking FIFA, kenapa tidak ranking IMD? Sebab ia membanggakan negara kita?

17. Masih nak jadi thick-skulled?


Kepada media tempatan- jangan terima sesuatu maklumat itu as a cold fact. Buat kajian dan analisis. Nak bodek pun bodek cerdik. Bukan cerdik bodek.

Kotak Pertanyaan

Gua lupa gua pernah main benda ni. Masa tu ingatkan takde soalan, jadi gua pun pura-pura anggap benda ni tak pernah wujud.

Tapi bila hari ni gua check balik boleh tahan jugak soalan yang datang.

Yang paling gua suka ialah soalan-soalan ni tak serius sangat. Banyak yang santai-santai. Baguslah- semua benda nak serius giler apa?

Kepada sesiapa yang ada nak tanya gua- sila klik sini atau pergi tengok kotak sebelah tu.

Terima Kasih

Friday, May 21, 2010

KL- Melbourne


Dah penat bersembang hangat pasal judi, apa kata tengok gambar-gambar yang gua amek kat Melbourne tempoh hari. Ok?










































ps: lepas ni gua nak jalan mana pulak? Bagi cadangan.