Saturday, May 22, 2010

Antara Thick-Skulled dan Cold Fact

TOP TEN: MALAYSIA RISES UP COMPETITIVENESS RANKING

KUALA LUMPUR: Malaysia's competitiveness ranking surged into the top 10 in the world as ranking rose to 10th, from 18th a year earlier, said the latest IMD World Competitiveness Yearbook 2010.tel

*

Jangan jadi thick-skulled

Rakyat Malaysia memang sinis dan tak suka percaya berita-berita yang bagus. Bila pertumbuhan ekonomi tahun ni meningkat 10.1%- mereka kata it was a fluke. Tetapi yang hairannya boleh pula mereka percaya apabila Singapura mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.5%.

Begitu juga bila nilai ringgit kita lebih kukuh berbanding dengan pound sterling, US dolar dan euro- mereka menganggap ianya trend dan kebetulan sahaja.

Baru-baru ini IMD- business school di Switzerland telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 paling kompetitif di dunia. Seperti dijangka, ada sahaja alasan untuk perlekehkan pencapaian ini. Ada yang kata IMD ni sekolah bisnes yang cekai la, APCO yang melobi lah, kerajaan bayar untuk naik ranking, Singapura lagi hebat dan segala macam alasan untuk menafikan. (untuk perhatian, IMD adalah Swiss version of US' Harvard, UK's Oxford, and France's INSEAD. Dan kalau benar APCO yang melobi, lepas ni kita suruh APCO lobi ranking FIFA Malaysia naik, okey?)

Cuba bayangkan sekiranya laporan ni menunjukkan kejatuhan Malaysia dalam ranking- komfem ada yang minta suruhanjaya diraja ditubuhkan. Paling tidak pun menteri disuruh letak jawatan.

Bila Malaysia mencatat rekod 'terpanjang', 'terbesar', 'tertinggi' dan segala macam 'ter'- semua tak suka dan mahukan sesuatu yang 'genuine'.

Tetapi bila dah 'genuine' dan membanggakan kenapa nak perlekehkan?

Apa yang saya cuba timbulkan di sini?

Untuk mengkritik memang senang dan setiap orang suka menjadi pengkritik. Tidak salahpun jika ingin mengkritik. Tetapi biarlah kritikan itu ikhlas kerana kepentingan negara bukan kerana kepentingan politik.

Bila sesuatu tidak kena berlaku di dalam negara, kita perlu mengkritik dan memberi cadangan. Bila negara sedang melakukan sesuatu yang tepat dan di landasan yang betul, kita perlu terima hakikatnya. Bukannya berasa tidak gembira atau mencari alasan untuk perlekehkan.

Kalau kita boleh menerima laporan PERC, CPI, Ginicoefficient, dan WEF yang menunjukkan kelemahan Malaysia, kenapa tidak boleh terima laporan IMD yang membanggakan kita?

Jangan jadi "thick-skulled" dengan memilih untuk percaya apa yang kita mahu dengar sahaja.


* Noktah Sebentar (tarik nafas sebelum membaca tulisan berikutnya)*


THE WORLD COMPETITIVENESS SCOREBOARD 2010

  1. Singapore
  2. Hong Kong
  3. USA
  4. Switzerland
  5. Australia
  6. Sweden
  7. Canada
  8. Taiwan
  9. Norway
  10. MALAYSIA
  11. Luxembourg
  12. Netherlands
  13. Denmark
  14. Austria
  15. Qatar
  16. Germany
  17. Israel
  18. China
  19. Finland
  20. New Zealand
  21. Ireland
  22. United Kingdom
  23. Korea
  24. France
  25. Belgium

Jangan hanya laporkan cold fact- analisislah sikit!

Kebanyakan media tempatan masih lagi tidak mampu untuk mengkaji sesuatu data/ranking secara kritikal dan meluas. Mereka hanya 'quote' apa yang diperkatakan oleh teknokrat dan menteri. Apabila laporan ini dikeluarkan, rata-rata media hanya menceritakan ianya sebagai 'keyakinan kepada polisi Najib', 'strong recognition of investors" dan "bold initiatives by government".

Semua perkara ini tidak salah.

Tetapi media perlu menganalisis lebih daripada itu. Bukan setakat meng'quote' sahaja. Sebagai contoh- media perlu cerita apa kepentingan indeks ini, bagaimana ia memberi manfaat kepada rakyat dan buat analisis tentang hasil laporan. Dari sini barulah nampak media mainstream setaraf dengan media alternatif.

Macam sekarang ni media mainstream bertindak hanya melaporkan. Tidak seperti media alternatif yang rajin melakukan kajian. Selagi perkara ini tidak dapat diubah, memanglah ramai yang susah nak percaya apa yang dilaporkan oleh media mainstream.

Berkenaan dengan Laporan Indeks Kompetitf IMD:

1. Malaysia merupakan salah sebuah negara perdagangan terbesar di dunia. Oleh itu Malaysia perlu meletakkan imej negara sebagai negara rakan dagang yang baik di mata dunia. Ini kerana Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara lain.

2. Pelabur-pelabur dari negara luar akan melihat sama ada Malaysia adalah sebuah negara yang sesuai atau tidak untuk melabur, berdagang, datang bekerja, dan belajar. Dalam bahasa mudah- whether they can trust us with their money.

3. Oleh itu untuk melihat negara mana yang lebih baik dan negara mana yang kurang baik,satu kajian perlu dibuat dan ranking perlu dikeluarkan. Dengan ini pelabur-pelabur negara luar boleh membuat penilaian mereka berdasrkan ranking ini.

4. IMD telah mengeluarkan ranking Indeks Kompetitif. Jadi pada tahun ini, IMD telah merankingkan Malaysia di tempat ke 10 daripada 58 buah negara. Apa yang dapat kita banggakan daripada kedudukan ke 10 ini?

5. Kalau kita perhatikan ranking top 10, kita akan dapati negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, USA, Canada dan Australia adalah nations of immigrants. Keadaan di seluruh dunia telah membuktikan bahawa negara immigran memang memiliki kelebihan dari segi best brain, kepelbagaian budaya, dan mentaliti untuk bekerja keras tanpa terlalu banyak politiking.

6. Ini antara punca utama mengapa negara seperti USA dan Singapura mampu maju dengan cepat.

7. Negara-negara seperti Taiwan, Sweden, Switzerland dan Norway pula adalah negara yang kecil saiznya. Negara-negara ini juga tidak pernah/(atau sekejap) dijajah oleh kuasa asing. Sejarah telah membuktikan pada kita bahawa penjajahan yang terlalu lama sehingga beratus tahun telah berjaya menghancurkan 'self-belief' rakyat di negara yang dijajah.

8. Sebab itu Jepun dan Germany mampu bangkit dengan cepat selepas kalah perang kerana bangsa mereka mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

9. Malaysia adalah satu-satunya nation of indigenous/natives yang ada sejarah penjajahan yang cukup lama tetapi masih mampu menjadi kompetitif berbanding dengan negara-negara lain seperti UK, Jepun, Germany, New Zealand dan Korea Selatan.

10. Negara Islam yang paling hampir kedudukan dengan Malaysia ialah Qatar (15). Yang lain jauh ketinggalan atau tidak masuk dalam senarai. Apa maknanya di sini? Malaysia adalah the most outstanding modern Islamic nation. (Itupun kalau tak ada yang nafikan kita negara Islam lah.)

12. Jadi Malaysia mempunyai kelebihan untuk menarik masuk 'petrol-dollar' pak-pak arab ke negara kita.

13. Seterusnya di antara top 25, hanya China yang mempunyai pendapatan per kapita lebih rendah daripada Malaysia. Negara-negara lain pendapatan per kapita lebih tinggi. Bermakna mereka lebih kaya. Namun Malaysia masih mampu sekompetitif mereka, if not lagi bagus.

14. Cuba bayangkan di mana kedudukan Malaysia sekiranya negara kita lebih kaya.

15. Apapun, ranking ini masih boleh berubah tahun-tahun akan datang. Saya pun akui masih banyak yang perlu dilakukan. Jadi cabarannya ialah untuk kekal konsisten dan menjadi lebih bagus.

16. Oh ye, kepada yang masih skeptikal- sebenarnya kita pernah berada di kedudukan yang teruk. Sudah tentu ia berkaitan dengan kepimpinan pada masa itu. Sila perhatikan di tahun 2007,2008,2009 di mana kita berada. Daripada kedudukan ke 28, Malaysia semakin naik anak tangga ke 23 ke 19 dan ke 10. Kalau kita boleh percaya ranking FIFA, kenapa tidak ranking IMD? Sebab ia membanggakan negara kita?

17. Masih nak jadi thick-skulled?


Kepada media tempatan- jangan terima sesuatu maklumat itu as a cold fact. Buat kajian dan analisis. Nak bodek pun bodek cerdik. Bukan cerdik bodek.

18 comments:

Cob Nobbler said...

Hahaha..bagi gua macam ni.Kadang-kadang kita jadi skeptikal sebab kita dah selalu sangat kena klepet.Aku tak tau la - tapi aku rasa facts yang nko bagi tu valid.Memang betul apa yang nko cakap.

Macam ni la Basuh Baju - rakyat Malaysia ni lebih ramai yang baca Pancaindera dari New York Times,lagi ramai yang baca URTV dari Time Magazine.Lebih banyak tengok Akademi Fantasia dari Discovery Channel.Camano?

Macam Noam Chomsky cakap,psuedo-intellect akan cakap perkataan-perkataan yang datang dari planet Neptun - dan orang yang main follow je ni pun percaya mamat tu pandai.padahal memandai.

Facts and figure hanyalah nombor.Persepsi - itu terletak kepada pemikiran sendiri.Setengah orang kata 10 tu banyak,setengah cakap 10 tu sikit,terpulanglah!

deus X machina said...

Setuju dengan Nami...sebab dah selalu kena kelepet maka rakyat pun sukar nak percaya kalau berita yang betul2 dan bukannya yang propaganda keluar....

btw BB, lu dah pergi BTN lom??kehkeh

Basuh Baju said...

tu sebab gua pon hemtam media jgk spya jgn asyik quote je..

buat la analisis sendiri. baru lah rakyat tak rasa kena klepet..haha

macam akhbar pembangkang atau laman2 web yg pro-opposition pun diorg main propaganda jugak.

tp tgk betapa bagusnya propaganda diorang.

haha

Holden: masa lu pergi london diorang kat sana banyak baca The Sun ke Guardian ha? aku pun nak tahu jgk pola pembacaan diorang.haha

Deus: dah pergi dah. Macam cilakak. Apsal?

Cob Nobbler said...

Baca The Guardian atau Telegraph.The Sun macam lu baca Metro - sebok cerita pasal skandal seks Katie Price,Ashley Cole bagai.

Anonymous said...

despite macam2 yang jadi tahun lepas, boleh jugak negara kita naik kan.
hebat.

kalau pendapat humble saya la kan, sebenarnya sosialisasi pasal mende ni kurang la...takde langsung penjelasan camna bley naik, dan mcm apa yg bb ckp la, apa efek kepada negara, bla3.

pokoknya, ketelusan...jangan tergesa-gesa amik nama dari kejayaan.

Anonymous said...

bagi manusia yang thick skulled/skeptikal (apa label pun tak kisah) seperti aku

ranking malaysia naik bukan sebab ekonomi malaysia tengah bagus sangat, tapi sebab ekonomi negara kapitalis tengah jatuh teruk....malaysia bernasib baik sebab ada petrodollar

kah kah kah

agree to disagree

jibam

insan kudus said...

Salam..
informasi yang menarik ...

tumpang tanye,
perlembagaan apa ya yang menyatakan Malaysia adalah sebagai sebuah negara Islam...
harap sudi membantu...
terima kasih..

Salam...

Ahmad Mimpi said...

insan kudus

persoalkn negara Islam atau tidak sbnrnya tk mendtgkn apa2.

kalo ya, kenapa?
kalo tk, mcm mne?


BB

typical malaysian mmg mcm tu. tp bukan slh dorg gk. kita salu dpt info propa2 ni. jd bila dtg fakta, kita susah nk trima.

media lak bila yg buruk2 nk highlight bagai. tp bila yg bagus2 mcmni bkn nk bg analisa ke ape, lebih kpd nk ampu seolah2 masyarakat tk berotak.

cuma, aku heran bila ranking naik, semua naik tp di mana kita skrg?

apa tempias yg kita dpt selain dgr peratus positif dn angka2 bilion?

insan kudus said...

Salam...

mimpi basah...
saya sekadar bertanya,
secara ikhlas dan memang saya tiada ilmu itu...
ya atau tidak, bukannya kenape kenape kenape?
bila kita membaca, perlu fahami,
bukan sekadar membaca...

jika tak tahu,
jawab tidak tahu,
jangan berlagak jadi si dungu...

mcm saya,
tidak tahu,
saya bertanye,
sebab penat jadi dungu!


maaf dan salam...

muzikri said...

pada yg bertanya,jgn sekadar bertanya
erm,klu bleh,try cari buku nie
"who needs an islamic state" by abdelwahab al effendi
ak bli kat kinokuniya,try la cari,dlm tu mgkin kte fham lebih lanjut ape yg dimaksudkan dgn negara islam tu sendiri.
yg pasti,ak rsa,there is no modern islamic state lg yg wujud,tp yg ptt cuba ntuk wujudkan bnda2 cmtu,adalah krja kte yg nk la..so truskan semngat inkuiri anda itu..
persoalkn segalanya,jgn berhenti..tu yg terbaik..

Ahmad Mimpi said...

insan kudus

truskan perasaan ingin tahu tu
semoga berjumpa dgn apa yg dicari insyaAllah

apa kata mula dgn google


muzikri

menarik bunyinya buku tu.
nk kne cari ni..hehe

Basuh Baju said...

Insan kudus: asalkan MCA dan UMNO pun berttingkah lidah sama ada negara ni negara islam atau tidak-inikan pula kita.

dari segi perlembagaan menurut artikel 11- Islam adalah agama persekutuan.

Ini hujah yg mengatakan negara ini negara Islam. Even Tun Dr Mahathir masa 1999 pernah isyhtiharkan negara ni negara Islam.

Tapi PAS dan MCA ttp kakta ini negara sekular.

menurut mereka ini apa yg dipersetujui oleh suruhanjaya Reid oleh Tunku dan founding father yg lain.

"“The religion of Malaya shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practising their own religion, and shall not imply that the State is not a secular State.” (Emphasis added)"

Jadi dari segi undang2 pun kita ada dua view yg sama kuat.

Bergantung pada anda nak percaya yang mana..

Cuma personally aku rasa ini negara Islam sebab kalau kita faham2 betul negara sekular adalah negara yg memisahkan agama dari pentadbiran. maknanya peruntukan ke arah jalan agama spt bina masjid, ceramah, gaji imam, mufti dll tak boleh dtg daripada tax payer money.

adakah di malaysia keadaannya begini?

Tidak. Malah bukan sahaja agama Islam, agama lain juga ada peruntukannya.

Plg penting bukan kita nak berdebat dlm skop undang2 ini negara islam atau tidak.

Kita tgk sahaja keadaaan di sekeliling kita. Senang ke tidak nak mencari rumah ibadat, senang ke tidak nak cari restoran makanan halal, ada ke undang2 yang tidak membenarkan hukum2 islam dijalankan spt solat, pakai tudung, etc.

At last- kita negara islam tp bukan negara islam rigid spt Iran, Arab saudi dan Iraq.

Sbb tu kita dipanggil modern islamic nation oleh negara luar. Sebab kita moderate.

Cob Nobbler said...

Gua percaya sekularisme adalah perkara yang terbaik dari "state" menyalahgunakan agama bagi tujuan mengukuhkan kuasa politik.

Kalau lu orang ambil contoh Iran,Arab Saudi atau Sudan,terdapat "abusive of power" dari kelompok pemerintah terhadap kaum minoriti yang bukan beragama Islam.Begitu juga Filipina yang menamakan negara mereka sebagai "Catholic state" - mereka juga menindas orang Islam di Moro.

Sebenarnya orang-orang yang huh hah huh hah nak negara Islam ni nak macam mana lagi?Nak jadi macam Saudi Arabia?Itu Wahabbi namanya!

Secularism is the way!

Cob Nobbler said...

Gua bercakap dalam nafas plurariti.Gua melihat dari segenap sisi - sisi orang Islam,sisi bukan orang Islam,sisi orang atheist dan sisi orang Asli di dalam hutan Belum di Gerik.Kalaulah satu fahaman atau agama diletakkan dalam satu undang-undang nescaya kelompok minoriti akan tertindas seperti mana kaum Kurdis di Iraq dan Iran.Begitu jugak dengan penganut agama Baha'i yang juga ditindas.

Aku berfikir - semua orang berhak untuk percayai apa yang patut dipercaya.Tidak harus ada satu undang-undang yang menidakkan kepercayaan.Dan aku percaya jika undang-undang,let's say ada untuk orang Islam dan bukan Islam,bukankah itu satu double standard?

Wenger J Khairy said...

Kpd Si Basuh Baju,
Saya terkilan membaca catatan dari IMD kerana ianya tidak senada dengan fakta2 terkini - misalnya pelaburaan FDI dan DDI yg telah jatuh secara mendadak selang beberapa tahun yg lalu.

Tetapi saya tak payah nak bertikam lidah. Kalau tuan terfikir Malaysia ni dah menjadi negara terkompetitif di dunia, itu hak tuan.

Tapi setahu saya, negara yg dikatakan sungguh kompetitif ni perlu memberi subsisdi tenaga dan mengenakkan cukai tinggi ke atas barangan impot lain.

Tapi masalah saya adalah kerana saya terdedah kpd fakta dan tak senang diputar beliktan oleh Harvard timur, barat , utara selatan dan ahli politik.

Alangkah senangnya menjadi katak bawah tempurung. Kita ikut je.

Anonymous said...

ok.. tahniah malaysia tersenarai dlm top ten....negara paling competetif? apanya tah...ok la tu..

tahniah juga 10.1% suku ke berapa?
tahniah...hebat...

suruh puji kan........
dah puji....

sekarang minta tolong batalkan
lesen judi yg diberi tue..rm500juta
cukai sasaran dari benda ni...biarla je...maklumla kita top ten dlm negara competitif..dan 10.1% pertumbuhan dlm suku ?...apa la sgt cukai judi rm 500 juta tue...batalkan je la........

Basuh Baju said...

Wenger J kHairy:

ranking IMD ni kita hanya dapat lihat kesannya di masa akan datang.

FDI dan DDI yang menurun tu mmg benar tpp itu perkara yg lepas ketika berada di bawah pemerintahan Tun Abdullah.

Malah sekalipun ranking kita di IMD no 1, tidak ada jaminan yg FDI dan DDI akan meningkat.

ttp setidak2nya, imej negara kita baik dan bagus utk menarik FDI dan DDI.

tq

Tanpa Nama: 10.1% tu baru recovery kita punya ekonomi.

IMD punya ranking ni adalah ranking kompetitif bukan dapat berbillion ringgit lagi.

Tunggu lagi beberapa tahun bila negara kita dah kaya ok?

fadz said...

cayalah!!!

bagus bagus!! suka dengan analisa sebegini