Saturday, May 29, 2010

Noktah Sebentar- Samy Vellu

Sehebat manapun seorang pemimpin, bila terlalu lama memerintah akan dibenci juga. Apatah lagi pemimpin yang tidak hebat dan tidak lama memerintah. Ini hakikat. Hanya pemimpin yang menyedari hakikat ini akan melepaskan kuasa secara sukarela.

Di Malaysia, semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi-tradisi melepaskan kuasa di ambang populariti dan kebencian diamalkan.(kecuali Tun Razak). Tunku letak jawatan apabila tragedi 13 Mei berlaku. Hussein Onn melepaskan tampuk pemerintahan bila dirasakan dirinya tidak lagi 'sihat'. Tun Mahathir- satu-satunya 'diktator' yang melepaskan kuasa berbuat demikian selepas melihat orang melayu mula membencinya. Tun Abdullah juga mengambil sikap tanggungjawab di atas keputusan teruk PRK 12.

Kesemua Perdana Menteri bersara tanpa perlu dikalahkan di dalam pilihanraya. Tetapi Samy kalah pilihanraya. Kena gugur dari kabinet. Jawatan Senator pun tak dapat.

Kini Samy Vellu menjadi pemimpin paling lama memegang kuasa di Malaysia. Mungkin Samy bukan Perdana Menteri, tetapi sila lihat di mana Lim Keng Yaik sekarang? Adakah Rafidah Aziz masih menjadi menteri? Sudahkah Ling Liong Sik bersara?

Atau sebenarnya Samy nak jadi Lee Kuan Yew?

ps: Nelson Mandel pun memerintah kejap.

8 comments:

Anonymous said...

mahadir yg jadik cam LKY

hans said...

bagi den
den tak kisah kalau jadi macam LKY tapi negara makin maju
tapi macam samy vellu nih
hahaha
tak tahu la nak cakap
nak kata xkaya
dah bertahun2 jadi menteri
pegang amcam2 jawatan
mesti harta banyak

maybe dia nak kotakan apa dia kata
"jadi presiden MIC sampai mati"

Cob Nobbler said...

Kesemua Perdana Menteri bersara tanpa perlu dikalahkan di dalam pilihanraya.

Kini Samy Vellu menjadi pemimpin paling lama memegang kuasa di Malaysia.


Tapi Samy kalah pilihanraya,pun kekal jugak..macam mana tu?kah kah kah!

Pengamat Politik Tua said...

Tak boleh jadik cam LKY.
1. LKY kata 'Singapore my baby' Sbab tu susah dia nak lepaskan 100%.
Kalau nak tahu Hsien Loong tu dia groom dari kecil. Budak tu dia hantak sekolah cina dan sekolah melayu biar campur semua org. Pergi tengok Hsien Loong punya ucapan masa National Day banyak boleh dibuat panduan.
2. Anak2 menteri diorng pergi luar negeri bila peringkat u saja. Akal LKY - anak2 bukan melayu yg mahir Inggeris & bahasa ibunda digalakkan ambil Malay as 3rd language.
3. Dua2 manusia ni ada tujuannya cuma LKY ada nampak transperansi sikit.
4. Banyak bezanya tu.
5. Eh apasal aku cakap pakai point2 ni. Nampak gaya aku yg dah jadik cam Mahathir.

joegrimjow said...

jgn hisap dada
dermala dara

Sy's Den said...

Seorang lagi, KM Sarawak. Dah berapa dekad dah, tak turun2 lagi.

Basuh Baju said...

Tanpa Nama: Mahathir jadi menteri mentor ke? haha atau apa yg kau cuba sampaikan?

Hans: Tapi Mahathir yg tak jadi macam LKY pun negara boleh maju. Kenapa org kesah bila dia taknak turun? haha

Mandela pun turun walaupun dia lagi hebat. :)

Holden: Tu yg aku persoalkan. Dah lah kalah pilihanraya- tapi masih lagi nak jadi presiden MIC. Kalau macam Rafidah Aziz tu ada la gak valid argument sbb still jadi MP..haha

Pengamal Politik Tua:

cakap guna point senang. tak payah nak pjg2..haha

Samy pun nak jaidkan MIC 'my baby'..tu anak dia tu..haha

Joe: kesian dia woo...dia pejuang bahasa melayu..kui3

Syden: Haa, tu sorang lagi. aku setuju dia kena turun..

reverie said...

samy samy samy. susah la mau cerita. anak dia kata, itu worang umno juga kasi malu sama bapa dia. apa cerita? hahaha. samy ni jadi bahan gelak je la bai.