Tuesday, June 9, 2009

Kisah kenduri kahwin kampung


Pada minggu lepas saya telah menghadiri kenduri kahwin di sebuah kampung. Pada mulanya saya agak keberatan untuk pergi ke sana memandangkan kampung itu terletak agak jauh daripada rumah saya. Namun daripada saya terperangkap kebosanan keseorangan di rumah, lebih baik saya berjalan-jalan makan percuma di kenduri. Untung-untung dapat berkenalan dengan gadis-gadis desa.

Seawalnya saya tiba di sana, hati saya berasa sungguh seronok dengan suasana kenduri itu. Sudah begitu lama saya tidak merasakan kenduri (apa-apa kenduri pun) yang mempunyai 'jiwa' di dalamnya. Kebanyakan kenduri yang saya hadiri kebanyakannya 'kosong'. Nampaknya saya telah membuat satu keputusan yang tepat. Mengapa saya berkata demikian?

Jika sesiapa yang biasa dengan kenduri kahwin yang diadakan di kampung, pasti sedar akan meresapnya budaya gotong royong. Sifat kerjasama ini adalah perkara asas kepada mana-mana kenduri. Gilang gemilangnya sesuatu majlis itu bukan terletak pada wang ringgit yang ditaburkan tetapi kepada semangat kebersamaan yang menebal. Dan perkara inilah yang saya saksikan sendiri dengan mata kepala.

Untuk melihat perkara ini tidaklah susah. Kita hanya perlu rajin-rajinkan diri menjenguk ke belakang rumah atau ke dalam rumah. Sesekali ringankan mulut untuk bersembang. Kalau sekadar duduk di meja kenduri, makan nasi dan balik ke rumah- sampai Hadi Awang jadi PM pun tak akan dapat lihat.

Saya perhatikan di belakang rumah- ada khemah yang didirikan. Di sinilah kaum-kaum ibu/wanita akan menyediakan bahan asas masakan. Bawang dihiris. Ikan disiang. Sayur dipotong. Sambil bekerja sambil memangku anak kecil. Sambil bekerja sambil bersembang. Sambil bekerja sambil bergelak tawa.

Jalan ke tepi - ada pula pot orang lelaki. Pot ini di bawah pohon-pohon yang rimbun. Di pot inilah kayu arang dinyalakan. Di atasnya tersebar sebesar-besar kuali, periuk, dan belanga. Kelihatan anak-anak muda jantan akan mengacau masakan. Mungkin kerana kudrat orang muda yang masih kuat. Pakcik-pakcik veteran pula akan memantau dari tepi jika ada salah silap. Sesekali asap rokok dinyalakan. Sesekali bunyi siulan mengorat gadis-gadis yang lalu lalang. Sesekali ada yang curi tulang.

Jenguk ke depan pula- anak-anak kecil turut membantu. Mereka ini adalah tenaga penting dalam menghidupkan suasana kenduri. Mereka akan menjerit, menangis, bermain, dan berlari ke keliling rumah. Tanpa mereka, kenduri akan gagal. Lesu.

Ini baru sedikit yang saya ceritakan. Itu tidak termasuk orang-orang kampung yang melapah daging, yang membancuh sirap, yang mengemas meja, yang menghias pelamin, yang menyiapkan hantaran, yang membasuh pinggan mangkuk, yang menyedok nasi, yang menyusun kerusi meja, yang menghantar makanan, yang itu yang ini- yang semuanya dilakukan bersama.

Lihat betapa indahnya semangat kerjasama yang wujud. Semangat yang saya kira semakin menghilang pada masa sekarang.

Berapa lama lagi semangat ini mampu bertahan? Entahlah...............

32 comments:

Anonymous said...

wah, gaya penulisan darjah enam!

budaya baik kita jaga. budaya merapu kita perang!

fahmi said...

sikap saling muafakat.. makin hilang disalut arus pemodenan, arus bila-ada-kenduri-mesti-upah-katerer.. di kampung2 masih menebal.. di bandar aku xpasti, tp di pinggir bandar mcm Jinjang ni masih ade, tu pun sikit je.. maklumla, skang ni kan zaman buat kenduri kat hotel, jadi nmpk x class buat begitu... pelik kan budaya ini?? harapnya jangan la bdaya muafakat ni terus dilupakan..

Anonymous said...

malam kenduri yang best..
buleh carik untung..
open table pakau..

zahirlunatik said...

yeah!!
ni baru betul..
skng ni pon knduri xabes2 pggl katering...
x handal langsung

S.YanaZ said...

Hmmm...

Enche' BasuhBaju,
menengok ke gaya sekrg, susah nk ckp.Mcm tipis je harapan.

Fa-T said...

haa kat taman aku pun macam tu jugak.. aku salah sorang tukang masak pelapes....

Dari Jalan Kopi said...

pemikiran kapitalis telah meresap masok ke dalambudaya kita

budaya asli kampong telah semakin hilang.

budaya 'mewah-mewah' telah kelihatan bagitu penting.

budaya kerjasama 'wonderpet' telah hilang majisnya.

sila jangan salahkan hadi awang mahupun nasa mat isa. sila jangan salahkan ghazali shafie atau shafie apdal.

sampai ke akhir cherita saya menunggu kesah pengantin tetapi gagal untok ditemui.

buatlah apa saja asalkan yang baek.

SwEetForEst said...

huhuhu..susah nak jmpe kan kenduri kawen camnih..

Shemmi said...

sedikit tidak fhm..
adegan memberi duit ketika kenduri..
ari tu aku dengar ustad aku kata..
kenduri mean jemput org "UNTUK" makan...bukan ambil keuntungan pulak disebaliknya...

endiem said...

La ni dikampung pun, semangat gotong royong dan maufakat ni hanya diamalkan oleh orang tua2 aje.. budak2 muda dah kurang semangat. Tenggoklah generasi akan datang..

D'ayo said...

Saya memang rindukan suasana macam tu... jangankan kenduri kahwin, sekarang kenduri tahlil pun pakai katering... tak de lagi adengan angkat-angkat dulang... angkat-angkat dulang nie pun ada 'art' dia sendiri, mana nak dihantar dulu... kalau tak kelam kabut...

DilOt said...

skang ni mmg susah nak jumpe suasane gotong royong mcm ni...

semuanye catering je ......

kuSut said...

aku berasal dari desa...
suasana begitu sudah cukup sinonim bgi kehidupan desa...x plu kawin kat hotel, atas pelamin dewan pn sudah cukup menarik...yg menarik itu bila wujud muafakat...syabas org desa, kmu mungkin kebelakang sdikt soal trend dan internet tapi kamu maju dalam muafakat...

D'Rimba said...

Seronoknya suasana kenduri di kampung saling bekerjasama...............

Unknown said...

sebenarnya masih banyak tempat yang mengekalkan amalan tradisi ini.moga-moga ianya terus berkekalan.

fararusdi said...

dah lama gua mengidam nak makan nasi minyak orang kawen, aduhhh..

btw, gua dah link lu kat blog gua.

langkasuke said...

payah dah nak cari kenduri macam ni lagi.. majlis kenduri dah buat bisness.. akan datang tak tahula camna..

amalhaj said...

kalaulah masih ada gotong royong seperti yang diceritakan, alangkah bagusnya, saya pernah pergi kenduri di taman medan dan melihat ada lagi gotong royong seperti yang anda ceritakan.

Unknown said...

memang best klu datang kenduri kat kampong... semangat gotong-royong dan bantu membantu masih kuat.. sebab tu masa sikin kahwin sikin gunakan konsep 'masak sendiri' @ gotong-royong... klu nak kekal kan tradisi ini... kita lah yang kena pertahankan dulu... betul tak?

mamai said...

kat kg aku dah tak bua nie semua mereka lebih suka dok bawah poko sambil isap rokok...tuan rumah pakai katering ajer sekarang nie...tu kira org kg kalau kat bandar depa dah buat kat hotel ajer...
mana ada semangat gotong royong nie

Rajuna said...

ah.
lu tengok Nona la lagi seronok. Ada segmen majlis perkahwinan.

persoalannya
Macam tu majlis walimah yang patut dicontohi?

hotel lima bintang? acara gemerlapan? sedikit suntikan dari eropah? begitu?

Cob Nobbler said...

Kahwin ala Nona.

Macam Nora Danish,Erra Fazira.

Dua tahun kemudian,cerai.

kah kah kah!

Abah said...

aku datang membawa sesuatu yag sekiranya membuat rumah yang kudatangi itu merasa senang dengan menyapa sobat sobat

bunga raya said...

blogwalking di malam hari berkunjung ke rumah sobat baik yang sudah kenal ataupun yang baru kenal salam hangat selalu kawan

Anonymous said...

sekarang semua nak guna catering..harap budaya ni tak akan pupus

pye:rudz said...

memang betul seronok buat majlis macam gini. takyah pandang jauhlah, tengok time kenduri kau esok orang tua kau nak pakai catering ke atau nak gotong-royong.
;)

Xpuasati said...

Plz la jgn lebih2 puji org kampung, kenduri muafakat la, tradisi la.. org bandar catering, pupu adat.. halooooooooo.. city people pun still ada yang muafakat jugak okey.. kekadang orng kampung pun ada yang catering jugak..

Abang said...

Aku duduk bandar, kwsan perumahan kerajaan. Tp kwsan perumahan aku tu mmg amalkan konsep gotong royong kalo ada kenduri. Bagus. Dah bertahun2 kekal mcm tu.

Hinggalah kebelakangan ni kwsan perumahan tu mula diduduki oleh org2 baru. Dan org2 baru ni kebanyakan dari jbtn kerajaan yg lain. X kisahlah sbb dulu pun mmg org yg tnggal situ byk yg berlainan agensi.

Cuma ada sorg tu dah memulakan konsep memulau. Kalo time kenduri, dia marked sapa yg x dtg tolong. Katakan si A x dtg. Nanti bila si A buat kenduri, dia hasut org lain jgn pi tolong kenduri A, sbb A kononnya x bercampur dgn masyarakat. Dan banyklah manusia yg termakan hasutan dia.

Dulu2 benda mcm ni x wujud. Kita tolong atas dasar ikhlas. X kisah dia bergaul dgn msyrkat atau tidak, bila dijemput kenduri, kita dtg tolong atas dasar jiran. Ikhlas. Konsepnya mudah, kalo nak tolong dtglah, kalo x nak tolong x pyh la dtg. Tiada paksaan. Cuma jgn nak hasut org lain sama.

Dan malangnya lagi, walau si A aktif menolong kenduri org lain sebelum ni, tp anak si A x pernah tolong, maka semua keluarga A akan dipulaukan. Kalo anak si A nak kawin esok, dia hasut org jgn dtg, sbb anak si A kononnya sombong, walaupun si A itu sendiri mmg aktif bergaul dgn masyarkat.

Si jahat ini anaknya kecik2 lagi, belum sekolah. Jadi senang dia ckp. Esok2 anak dia dah besar pnjg, baru dia tau brp susah nak control budak2 muda skrg supaya bergaul dgn msyrkat tua.

Tapi itulah realiti yg terjadi di tmpt aku. Disebabkan sorg busuk hati, abis semua rosak.

lalink7 said...

Tak dinafikan..walaupun di kampung banyak kenduri kendara, namun katering menjadi pilihan

Nak tau sebab ape..
Yang pastinya bukan tak nak bermaufakat dan bekerjasama..tetapi
sebab kurangnya anak-anak muda yang ingin menolong ketika kenduri berlangsung..

Yang tinggal 'uncle2' yang dah tak larat(sian dorang)..kalau ada pun anak muda tah berapa kerat la nak tolong basuh pinggan etc...

pendapat gue, tak semestinya ada katering, permaufakatan dan kerjasama tak wujud..itu semua terletak pada diri..

Xpuasati : (PEACE)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Aku setuju tapi penat la kalo suruh rewang.Pastu lagi byk mandur dr pekerja.Panas aku...

na-ni said...

nasib bek budaya ni masih ada lagi kat kawasan perumahan aku...cuti sekolah ni tiap minggu pon ada wedding n jiran tetangga suma berkumpul or dlm bhs jawa nya "gejubus" kat surau..masak lauk untuk kenduri..isi bunga telur..macam2 lg la..tahniah kpd org2 taman indah, sg jelok kajang sbb kita masih unite!!...

-aPi- said...

nsib baik kt kg aku ade lg gtong ryong..huhuhu.mlam plak ade joget lambak...hahahahaha...bangun la msyarakat mlayu oi,kte b'satu...