Wednesday, May 13, 2009

Mengapa ia dimainkan?


(Untuk permulaan dan pemahaman yang lebih bagus, sila baca entry Basuh Baju yang ini.)

Satu pertanyaan:
Mengapa isu Rempit dimainkan?

Jawapannya mudah: Untuk mengalih perhatian orang ramai.

Cara terbaik untuk mengalih perhatian orang ramai adalah dengan mengsensasikan sesuatu isu yang lain. Adalah lumrah manusia untuk tertarik terhadap sesuatu perkara yang sensasi.

Kalau kita rajin mencari fakta-fakta kes berkaitan Rempit, kita akan dapati sebenarnya situasi rempit di negara kita tidak banyak berbeza. Nak kata makin teruk pun tidak, nak kata makin baik pun bukan. Jadi mengapa isu rempit yang 'tidak banyak berubah' ini tiba-tiba dimainkan dengan begitu hebat sekali? Seolah-olah situasi rempit di negara kita sangat tidak terkawal.

Apabila isu rempit dimainkan dengan begitu hebat di media-media arus perdana, kita perlu faham yang isu ini dimainkan bukan untuk mencari penyelesaiannya. Tetapi untuk membuatkan kita terlupa terhadap sesuatu perkara. Lupa ini sengaja dirancang agar warga kita tidak bersatu dan menyibukkan diri dengan isu rempit. Warga yang sedang khayal berbincang dan berdiskusi tentang isu rempit pastilah akan terlupa akan sesautu hal yang cukup penting yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Bila orang ramai bercakap pasal rempit- di warong kopi cakap rempit, di lobi hotel sembang rempit- jadi perhatian mereka sudah tidak tertumpu kepada isu Perak. Inilah yang dinamakan taktik mengalih perhatian atau dalam bahasa PPSMInya 'smokescreen'. Macam asap yang tutup cermin. Jadi apa yang kita lihat? Tiada. Eeeleek. None.

Taktik ini tidak ada bezanya dengan istilah kambing hitam. Sesuatu perlulah dikorbankan. Malang sekali untuk mat rempit kerana mereka perlu dikorbankan, dihina, dan dicaci demi menutupi kesalahan-kesalahan ahli politik kita. Sayang simpati kepada mat rempit juga kerana mereka dijadikan punch bag oleh politikus-politikus untuk melepas geram. Kesian untuk mat rempit kerana turut dijadikan kambing hitam dalam taktik ini.

Tidak percaya tentang taktik ini? Sila perhatikan dalam sehari dua lagi, isu rempit ini akan terdiam begitu sahaja. Isu rempit ini akan hilang daripada laporan-laporan akhbar. Dan isu ini juga pasti tidak akan diselesaikan. Ini kerana benda yang tidak selesai akan dapat terus dimainkan semula. Saya amat yakin untuk beberapa ketika yang akan datang, bila sesuatu perkara ingin ditutupi, isu rempit ini akan bergema kembali di akhbar-akhbar.

Ini tak tumpah macam penjual VCD cetak rompak di pasar malam. Kejap ada kejap tak ada.


Satu pertanyaan lagi: Apakah isu penting yang ingin ditutup?

Jawapan: PERAK.

7 comments:

Cob Nobbler said...

Isu Perak bagi aku adalah kecil.Ini adalah isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat untuk terus menjadi popular.

OK,aku tak kata Barisan Nasional baik kat sini,tapi ini dinamakan sebagai "potrayation" untuk mencipta "simpati".Simpati boleh ditukar menjadi undi.Undi boleh ditukar jadi kuasa.Kuasa boleh ditukar jadi wang.Wang boleh menukarkan orang jadi kaya.

Benda ini sama seperti Fasha Sandha berlakon cerita sedih Natasha menangis-nangis dibuli keluarga tiri untuk menang award.Orang yang menonton akan sedih dan terharu dengan lakonannya,lalu mengundi Fasha Sandha dalam Anugerah Bintang Popular Berita Hairan.Jadi apabila menang,dia dapat populariti,maka ramailah yang akan menabur wang.

Samalah dengan drama setiap jam 8 malam ni.

Nko kata isu rempit ini adalah smokescreen kepada isu Perak.Bagi aku isu rempit ini adalah smokescreen kepada isu Perak yang turut menjadi smokescreen kepada satu lagi isu yang orang,sama ada yang berbaris dan berpakat tak pernah sedar.

Kemiskinan.Tak kira di bandar atau di luar bandar.

Aku tinggal di Puchong,DUN Kinrara.Ahli Parlimen dan DUN aku dua-dua mulutnya kencang.Gobinh Singh Deo wakil Parlimen,Teresa Kok Suh Sim wakil DUN.Tapi aku tinggal di rumah pangsapuri kos rendah yang tak bercat,yang taman permainannya rosak,crimerate tinggi,kes pukul dan curi barang adalah tinggi.Sampah tak berkutip berbulan-bulan.

Aku ingin bertanya kepada nko,dah berapa lama Pakatan Rakyat memerintah Selangor?Setahun,dua bulan dan empat hari.Apa perubahan yang aku boleh nampak dalam tempoh masa tu?Aku tak kata kemiskinan boleh dipadam dalam tempoh tu,tapi sekurang-kurangnya sampah tu dikutip 4 kali sehari(kalau ikut standard piawaian 6 kali sehari),bekalan air tak terputus dan keceriaan kawasan-kawasan rumah kos rendah dan sempit ni dipertingkatkan.At least satu atau dua perkara dipertingkatkan,aku tak kisah.

Ini takde perubahan langsung.Kenapa?Sebab tidak ada untung nak tolong orang miskin kat bandar ni.Sebab takde manfaat serta kontrak yang lumayan untuk tolong rakyat marhein yang memburuh di kilang-kilang dan gedung-gedung Tesco dan Giant ni.

Jadi,situasi Pakatan ni boleh aku gelarkan sebagai "pot calling kettle black" sebab mereka mengutuk dan mengkritik Barisan Nasional seperti mereka dewa langit yang turun untuk menyelamat bumi.Anwar Ibrahim dibina patung dan dipuja-puja.Segala sabda pemimpin-pemimpin PAS semuanya benar belaka.

Tapi masalah tetap timbul dan wakil rakyat ini tak peduli.Tak pernah aku jumpa Teresa Kok atau Gobinh Singh Deo bertemu dengan rakyat marhein di Pangsapuri Kos Rendah Kinrara ni.Tak pernah.

Mereka lebih berminat untuk bertemu dengan investor dari China yang ingin melabur berjuta-juta ringgit untuk ladang babi di Sepang,atau projek pembinaan rumah-rumah orang elit di Mutiara Damansara.

Betul tak aku kata ni?

Jadi,what's a different between Barisan and Pakatan?Dua-dua pun pakai smokescreen jugak.

Cuma smokescreen Barisan lebih canggih sikit.

azhar said...

lalalala

lalalalala

lalaalaaa

Hanggokan said...

kahkahkah...
aku setuju dgn basuh baju.
aku juga setuju dgn nami.
namun harus diingat di sini cara smokescreen ini tersebar.
media maseh dikuasai pemerintah. aku agak sangsi keberkesanan jika pakatan maseh nak guna tektik ini.
namun dukacitanya nami, wakil rakyat anda mmg tak cool. Kahkahkah!

Cerialah!

Basuh Baju said...

Nami: aku tidak setuju bila ko ckp isu perak isu kecik. tp aku setuju dgn ko isu perak diperbesarkan..

mmg betul dan aku sgt sokong bila ko ckp pttnya isu rakyat adalah isu plg utama yg ptt diwar2kan..

sbb tu aku tulis entry ni nk bagi dorg sedar bagaimana akhbar di malaysia cuba nak alih perhatian kita. bila dh sedar tak mudah tertipu.

btw, wakil rakyat ko mmg ckp berdegar..setahun berehat..haha

Azhar: la la la la

Did: nama pon media perdana. sama je mereka ni..yg ptg media alternatif mcm kita ni jgn disekar..itu sahaja..

fahmi said...

salam... sgt setuju dgn bro.. bgitu jua dgn bro nami.. kedua2nya tepat.. smokescreen semakin berleluasa utk rakyat leka akan sesuatu isu yg kurang penting berbanding isu yg sgt penting pada waktu itu... klu xde teknik ni, mesti byk prob2 sama ade problem kecil & besar, domestik & antarabangsa dapat diselesaikan dgn berkesan & kadar segera... tu pasal saya suke Sinar Harian, ade citer kawasan2 kecil yg perlukan perhatian mcm miskin, melarat dsb.. tp klu paper yg menyokong pihak tertentu ni susahla nk buat begitu....

Anonymous said...

skang tgh men isu rempit ke?..
padan ar JPJ bwat rodblck gle babi kat kaw umah gua..
tepakse gua pancong sonsang..
sori ar bos.. gua x bace paper g da..

Basuh Baju said...

Fahmi: itulah kuasa pengaruh media..dpt mengalihkan perhatian kita..

tu tak masuk lagi bgmana hal2 bodoh ttg artis berjya jadi bertia utama akhbar.haha

Ikhtilaf: btol2. skrg tgh road block gila.. apa da..wat bikin jem 2kn je..
pastu yg ada motor, semua kena berhenti..nyusahkan btl..