Sesiapa yang rajin membaca berita di surat-surat khabar di Malaysia- tidak kira arus perdana atau arus proton- pasti akan dapat mempelajari bagaimana sesuatu berita itu tersebar. Untuk memahaminya tidak susah.
Cuba kita perhatikan- mula-mula, akhbar akan sensasikan sesuatu berita itu. Sebagai permulaan, berita ini akan tersiar di muka-muka tengah akhbar. (untuk test market atau panas badan dulu). Selepas itu, keesokan harinya berita ini akan terpampang di muka depan. Untuk mengolah kebencian orang ramai, berita ini akan disertakan sekali statistik dan juga laporan kes-kes polis. Ini peringkat pertama.
Bagi peringkat kedua, akhbar akan mendapatkan pandangan daripada profesor-profesor bertali leher di IPT Malaysia. Selalunya profesor ini akan berhujah dan kelentong macam-macam kerana di akhirnya jawapan yang akan didengari ialah 'pengaruh budaya barat dan salah anak muda itu sendiri.' Tak habis-habis dengan budaya barat. Seolah-olah hanya barat yang bersalah-dan kita sahaja yang betul.
Seterusnya untuk peringkat ketiga, akhbar akan mendapatkan pandangan dari golongan beragama. Pakcik-pakcik yang berketayap akan memberikan pandangan mereka dari sudut agama pula. Di sini pelbagai dalil akan dikeluarkan- semuanya berkisar bagaimana berita atau gejala ini akan membawa kepada neraka. Di akhirnya kita juga tidak akan dapat mendengar sebarang penyelesaian.
Untuk peringkat terakhir iaitu peringkat paling kelakar- akhbar ini akan menemui ahli-ahli politik ataupun menteri-menteri. Dan macam biasa, menteri dan ahli politik ini akan meloncat-loncat bercakap bagaimana 'tiga langkah untu menangani masalah...' dan 'kita perlu bersatu dalam menghadapai masalah ini....' Kononnya menteri ini akan dilihat sebagai pembela dan penyelesaian dalam gejala ini. Hairan, selepas itu berita tentang gejala ini akan terus senyap. Diam. Sepi sekelip mata. Betul-betul macam magik.
Noktah sebentar. Apa maknanya semua ini? Sebelum kita memahami mengapa berita tentang gejala ini disiarkan, sila baca berita-berita di bawah untuk kita fahami bagaimana sesuatu berita tersebar.
BENDUNG GEJALA MAT REMPIT- Utusan Meloya (dijumpai di ms 12 pada 3/5/09)
500 MAT REMPIT DIPERIKSA- Utusan Meloya (tersepak di muka depan pada 4/5/09)
KUALA LUMPUR 3 Mei – Bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara, polis trafik telah melancarkan operasi besar-besaran dengan lebih 500 mat rempit diperiksa di Dataran Merdeka, di sini malam tadi.
MAT REMPIT BERLELUASA- Utusan Meloya (dikutip pada 5/5/2009 di muka depan)
KUALA LUMPUR 4 Mei – Memeranjatkan! Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof memberitahu dalam tempoh dua hari, sebanyak 3,011 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya telah dikeluarkan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 peratus kesalahan kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan.
MATI DIPUKUL MAT REMPIT- Utusan Meloya (terserempak pada 5/5/09 di muka tengah)
KUANTAN 4 Mei - Hasrat seorang lelaki untuk menjadi seorang mekanik tidak kesampaian apabila dia dipukul hingga mati oleh sekumpulan mat rempit ketika berehat di sebuah taman rekreasi di sini awal pagi Khamis lalu.
GEJALA MAT REMPIT KIAN BERLELUASA- Utusan Meloya (terlanggar di muka tengah)
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kegiatan tersebut bukan baru dan kegagalan menanganinya disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang terpengaruh dengan budaya barat yang gemarkan kebebasan ekstrim.
Sudah nampak bagaimana berita tersebar? Sudah faham? Esok, pasti berita tentang pandangan golongan beragama dan ahli politik akan keluar. Hanya tunggu dan lihat......

KUALA LUMPUR 3 Mei — Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahukan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gelaja “mat rempit” dan perlumbaan motosikal haram.
500 MAT REMPIT DIPERIKSA- Utusan Meloya (tersepak di muka depan pada 4/5/09)
KUALA LUMPUR 3 Mei – Bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara, polis trafik telah melancarkan operasi besar-besaran dengan lebih 500 mat rempit diperiksa di Dataran Merdeka, di sini malam tadi.
MAT REMPIT BERLELUASA- Utusan Meloya (dikutip pada 5/5/2009 di muka depan)
KUALA LUMPUR 4 Mei – Memeranjatkan! Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof memberitahu dalam tempoh dua hari, sebanyak 3,011 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya telah dikeluarkan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 peratus kesalahan kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan.
MATI DIPUKUL MAT REMPIT- Utusan Meloya (terserempak pada 5/5/09 di muka tengah)
KUANTAN 4 Mei - Hasrat seorang lelaki untuk menjadi seorang mekanik tidak kesampaian apabila dia dipukul hingga mati oleh sekumpulan mat rempit ketika berehat di sebuah taman rekreasi di sini awal pagi Khamis lalu.
GEJALA MAT REMPIT KIAN BERLELUASA- Utusan Meloya (terlanggar di muka tengah)
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kegiatan tersebut bukan baru dan kegagalan menanganinya disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang terpengaruh dengan budaya barat yang gemarkan kebebasan ekstrim.
Sudah nampak bagaimana berita tersebar? Sudah faham? Esok, pasti berita tentang pandangan golongan beragama dan ahli politik akan keluar. Hanya tunggu dan lihat......
7 comments:
agenda camni da lame diorang sarong..
tup-tup pas seminggu dua snyp blik..
nie sume nak kasi laku paper..
nie sume nak pnoh buku saman..
nie sume nak buat duit kapitalis..
huahaahaha!
very2 analitikal la nko punya analisis?
bila nak bukak citer mat copet pulak?
eh,dorang ni semua tak tau ke,segala jenayah ni semua berasal dari masalah kapitalis yang menindas rakyat marhein?dorang x tau ke?
ke dorang nak tutup kesalahan dorang dengan gunakan intelektual,agama dan politik?
lepas ni beli surat khabar buat alas kucing makan je laa..
kahkahkah!
gua tak pernah selidik plak hal nih.
slalu bace paper,gua selak part sukan dulu. esok2 baru bukak yg mukadepan - itu pon sebab rasa nak gelak2. kahkahkah!
analisis surat khabar utusan meloya...
whoa..!best..!
berapa tahun buat kajian???
hehehe..tahniah kerana kajian ini
ikhtilaf: salah tu. agenda ni dibuat bukan sekadar nak penuhkan poket. tp nak takutkan org. org yg takut ni mudah ditipu. so bila dah takut dia akan cari pelindung. pelindung ini ialah kerajaan ar..sape lg..
Nami: tq.. citer mat copet aku pas kat ko..haha betul tu, segala macam masalah kat dunia ni hampir semuanya dtg dari masalah ekonomi. bukan takat kapitalis dan sosialis je. tp kapitalis leabih byk membawa masalah..
did: aku wat kajian ni dengan hidung tertutup agar aku tak tergelak.haha
azhar: tq..dua hari untuk kajian ini. kalau bertahun silap2 boleh buat tesis utk PHD.haha
Dulu hebat sangat Putera Umno nak pulihkan Mat Rempit - Sekarang mana dia ? Mana dia Putera Rampit ? Di jalanrayakah ? Di Lokap poliskah ? Di hospitalkah ? Atau di liang lahatkah ? Yang jelasnya Putera Umno sendiri dah nak berkubur!
mendalam punya kajian bro... yg mahal sekali akhirnya tiada penyelesaian masalah itu.. hahahaha.... mmg lawak
Post a Comment