Tuesday, May 5, 2009

Antara kereta dan perang


LEBIH 67000 MAUT NAHAS- Utusan Meloya

NUSAJAYA 4 Mei - Seramai 67,100 rakyat negara ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sejak 11 tahun lalu. Jumlah kematian tertinggi ialah pada tahun lalu iaitu melibatkan 6,527 orang.

US MILITARY DEATH IN IRAQ WAR AT 4284- Associated Press

As of Sunday, May 3, 2009, at least 4,284 members of the U.S. military had died in the Iraq war since it began in March 2003, according to an Associated Press count.

Cuba kita bertanya pada diri: mengapa kereta dicipta? Adakah ia sebagai alat untuk bergerak dari A ke B atau alat untuk membunuh?

Di Amerika, senjata tidak diharamkan walaupun begitu ramai sudah ditembak mati. Alasannya ialah- yang membunuh bukan pistol tetapi orang yang memegang pistol. Ini hujah bodoh. Kalau tiada pistol, macam mana orang nak pegang pistol.

Di Finland, senjata api telah diharamkan apabila berlaku pembunuhan 12 orang kerana ditembak mati. Alasannya mudah- alat membunuh wajib diharamkan dari orang ramai.

Berbalik kepada kereta: sudah lebih 70,000 orang mati di jalan. Angka ini macam menghantar askar pergi perang, malah lagi dashyat. Sudah tiba masanya untuk kita mengkaji kembali peranan dan penggunaan kereta di dalam hidup kita. Lagi-lagi di Malaysia yang mencatatkan kematian tertinggi di Malaysia.

Memang kereta diperlukan. Ini tidak dapat disangkal. Ibu yang sarat mengandung yang mahu bersalin perlukan kereta untuk bergegas ke hospital. Pekerja-pekerja sangat memerlukan kereta untuk pergi bekerja apatah lagi dalam keadaan hujan. Orang ramai perlukan kereta untuk cepat tiba di sesuatu destinasi jika berlaku kecemasan. Ini semua benar.

Yang perlu dikaji ialah kuantiti kereta yang bergerak di jalan raya. Adakah berbaloi setiap orang di muka bumi ini memiliki kereta? Adakah kesemua 27 juta rakyat Malaysia wajib mempunyai kereta? Mungkin ada yang berkata ia adalah hak dan kemampuan diri masing-masing. Tetapi adakah 'hak' ini masih dikatakan 'hak' walaupun beribu-ribu orang mati dan berlaku masalah alam sekitar yang serius?

Hanya ada satu teori dan solusi bagi penyelesaian ini: KURANGKAN PENGGUNAAN KERETA. Untuk mengharamkan terus kereta adalah kerja gila seperti mengharapkan seorang mak nyah mengandung. Jadi dengan mengurangkan kereta yang bergerak, ia akan mengurangkan kemalangan. Bila kurangnya kemalangan, kurang juga orang yang mati.

Di satu sisi yang lain, jalan-jalan raya juga tidak sesak. Tiada pencemaran bunyi. Tiada orang stress dan tertekan. Semua gembira. Kemudian, tiada asap yang bebas ke udara lantas meningkatkan kualiti udara. Harus diingat 70% asap yang berlingkar di udara datangnya dari ekzos kereta. 70% asap inilah yang memanaskan bumi. Tidak guna menutup lampu sejam di seluruh dunia jika 70% asap ini tidak dikurangkan.

Pun begitu, akan ada satu pihak yang rugi bila kereta dikurangkan. Dan pihak itu ialah syarikat pengeluar kereta. Toyota, GM, BMW, Proton pastinya akan membantah hebat cadangan ini. Tetapi situasi sekarang di mana syarikat-syarikat ini mula kerugian kerana krisis ekonomi wajib kita gunakan sebaik mungkin.

Strukturkan kembali penggunaan kereta di Malaysia. Susun kembali perkhidmatan awan di ibu kota. Koordinasi semula laluan bas, LRT dan teksi. Tanam pokok-pokok dan bina laluan pejalan kaki di bandar agar orang ramai redup untuk menapak. Kita boleh belajar daripada Singapura dalam hal ini. Jika malu, boleh ke Korea Selatan untuk menuntut ilmu.

Kemudian, yang paling penting ialah setiap keluarga wajib hanya diberi hak menggunakan satu kereta. SATU KELUARGA HANYA SATU KERETA. Tidak boleh dua tidak boleh tiga. Hanya dengan cara ini kita masih dapat berkereta dan pada masa yang sama mengurangkan pemilikan dan penggunaan kereta.

Ada berani?

11 comments:

kajian singkat said...

untuk '1 family 1 keta' adalah perkara rumit untuk dilaksanakan..
sbnrnya rasa hormat akan harta kita dan kegunaan harian kita yang penting..
sekiranya setiap org mmpnyai prinsip ini di dalam diri, pasti berkurangnya angka kematian ini..

Hanggokan said...

pemilikan simbol kejayaan.
setiap insan ingin memiliki.
memiliki kereta simbol kejayaan.
ini realiti budaya kapitalisma yg digunapakai sekarang.
hanya mentaliti manusia dpt mengubah ini...kereta sbg keperluan atau sbg simbol kemegahan?

saya setuju jika kereta atau kenderaan diharamkan/dipermitkan apabila memasuki bandar2 utama. menggalakkan rakyat berjalan kaki atau berbasikal...termasuk VVIP.
kahkahkah! betul2 cool!

HBM Consultant said...

Setuju dengan pandangan Did. Kita mulakan di Putrajaya. Ahah, teringin pula tengok menteri-menteri kita naik basikal... errr, polis pengiring boleh rehat goyang kaki di balai...

Basuh Baju said...

kajian singkat:

sy kurg fhm dgn kenyataan 'rasa hormat akan harta'..boleh jelaskan x?

did: itu yg menjadi masalah bila kereta yg pd asalnya keperluan dah ditukar menjadi lambang kpd kejayaan. jd semua berlumba2 nak beli, tukar, tambah kereta..

ttg cdgn kereta diharamkan masuk itu bagus. tp bila dah haram, kena ada alternatif spt pengangkutan awam yg bagus. mslh di MAS, kita punya stesen LRT bersifat car-centric bukan people-centric. mcm Singapore, LRT dibina di kawasn byk penduduk. di Malaysia LRT dibina di jalan2 yg sibuk. jd masalah parking pulak yg muncul..

Marni: putrajaya bandar yg bagus utk car-free city. tp masalahnya pulak, pokok2 aduhai sikit benor. panas la pulak. pokok yg ditanam adalah pokok hiasan. ini kerja gila. tanam pokok utk hias?

Cob Nobbler said...

Respond kepada topic ini:

Aku akui yang aku salah seorang dari dilemma ni.Kita semua ketahui bahawa sistem pengangkutan awam di Malaysia memerlukan seseorang itu menjadi lumut hijau di bus stand sebelum mendapat bas.

Aku pernah ada pengalaman tunggu bas selama 1 jam untuk ke bandaraya Kuala Lumpur,bandaraya yang Harian Metro kata baru dapat pengiktirafan dari badan dunia sebagai kota kebudayaan Islam dunia.

Aku tergelak sebab kerajaan kita lebih suka mencari gelaran-gelaran ni daripada menyelesaikan masalah yang ada.Sebagai rakyat,kita tak perlukan pengiktirafan,benda tu boleh datang kemudian.Benda paling penting ialah penyelesaian masalah.

Apabila kereta semakin banyak,traffic jam melanda,jadi apa penyelesaiannya?Lebuhraya dan tol.Dan kereta bertambah lagi dan lebuhraya jadi sesak.Apa penyelesaiannya?Lebuhraya dan tol.

Aku tak kata kereta patut diharamkan macam pistol.Sebab kereta ni pengangkutan.Tapi biar aku bagitau nko terus terang,kos dari Cheras nak ke Shah Alam kalau naik bas,dan patah balik kita perlukan RM16 pergi balik.Naik motor scooter aku RM10 boleh pergi Shah Alam turun Seremban patah balik Shah Alam balik.Yang mana yang lebih efisien dari sudut ekonomi?

Nko nak tau kenapa orang semua tak nak naik perkhidmatan awam?Sebab kalaulah aku dari Puchong ni,nak pergi jumpa nko kat Gombak,aku kena naik sekurang-kurangnya 3 bas.1 trip RM2.Nak balik dah RM12.Pastu nak tunggu kaki nko pun naik berlumut.

Baik aku start motor,isi minyak RM4,20 minit aku dah sampai.

Yang patut nko salahkan kat sini adalah orang yang membina lebuhraya.Bukan orang yang membeli kereta.Sebab sepatutnya orang yang membina infrastruktur ni,lebihkan infrastruktur awam(monorel,LRT etc.),tapi pasal tak masyuk,banding dengan lebuhraya yang ada tol,baik bina lebuhraya.

Nko nampak faktor disebalik ni?

Basuh Baju said...

Nami: aku setuju dgn point ko wlpn tidak kesemuanya. apa yg ko ckp adalah masalah kesesakan dan juga sistem pengangkutan awam di Malaysia yg macam hampeh.

Tp apa yang aku cuba timbulkan ialah bagaimana kereta ini telah menyebabkan kematian dan juga masalah alam sekitar yg sangat serius.

ko ckp btl jg, bila kita atasi masalah pengangkutan awam spt tmbh LRT, koordinasi laluan, semak semula tambang bas, etc scr tak langsung org ramai akan beralih menggunakan pengangkutan awam.

bila dh ramai org naik bas, LRT, teksi, bermakna org akan kurang guna kereta. Baik, ini benar. tp bagaimana org2 yang mmg tak suka lgsg naik pengangkutan awam? yg jenis guna kereta berbijik2.

sbb tu bg aku ada dua solusi utama. pertama solusi yg ko ckpkn tu. kedua nak tak nak kita kena adakan peraturan yang hadkan pemilikan kenderaan. bukanlah tak bagi guna lgsg kereta tp ada hadnya.

yg bina lebuhraya dan tol tu mmg nak kena pelangkong sikit. TOPO punya org. Takde Otak Punya Orang.

Dari Jalan Kopi said...

idea ini idea melawan arus. idea anak muda melawan arus.

tapi idea ini pasti akan ditentang olih orang tua yang menganut ajaran kapitalis.

kajian singkat 2 said...

kita harusnya memahami bahawa setiap benda itu memerlukan sesuatu untuk 'hidup'..
saya cuba memetaforakn kereta sebagai satu benda hidup..
jadi harus diingat disini sekiranya kita menggunakan kereta atau apa jua jenis kenderaan, seharusnya kita menggunakan dengan sebaiknya..
kita pasti inin memecut untuk merasa nikmat berkereta, namun waspada dan fikir mengenai orang lain juga penting..
konklusi yang boleh saya katakan hanyalah ianya bukanlah serangan terhadap kereta yang menyebabkan pengharamannya, tp diri insan itu sendiri mesti menyedarinya..

Basuh Baju said...

dari jalan kopi: idea melawan arus tidak kira dtg dari muda atau tua pastinya akan ditentang..

kajian singkat: hmm...ada point. dan sy fhm.. cuma utk memastikan rs 'hormat' kpd harta itu maka saya cadangkan kita gunakan peraturan..krna sy xnmpk cara lain lg.

ya, mmg benar peraturan yg bersifat memaksa ini bukan cara yg ideal dan bagus..ttp ia cara yg terbaik..

kita hadkan pemilikan kereta, masalah berkurangan. org akan membantah pada mulanya ttp di akhirnya bila masalah2 seperti kemalangan turun, kematian kurang, kualiti udara makin bagus, jalan tidak sesak, org ramai akan menyedari kebaikan cara ini lantas mempunyai rasa hormat terhdap kereta..

sekadar pandangan..

Cob Nobbler said...

Bina infrastruktur pengangkutan awam,bukan lebuhraya.

Beli makanan bukan senjata.

Beli bot nelayan bukan kapal selam.

Bila syarikat bankrap,kilang bagi kepada pekerja,bukan berhentikan pekerja.

Bila perkhidmatan pengangkutan awam dah cekap,maka orang tak la naik kereta lagi.

fahmi said...

public transport ok, kuranglah kereta.. selagi pmimpin kie naik kter mewah ke mana2, selagi itu masalah ini xkn selesai