Wednesday, May 13, 2009

Mari belajar undang-undang bersama budak Arkitek (update)

ZAMBRY MB PERAK- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu, status Zambry sebagai Menteri Besar Perak sah sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.

Jangan tertipu. Nizar masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Cuma Nizar masih tidak boleh menjalankan tugasnya. Ini samalah seperti ketua kelas yang dilantik murid-murid tetapi tidak dibenarkan menjalankan tugas oleh cikgu.

Untuk kita fahami apa yang berlaku semalam tidak susah. Basuh Baju memberi satu contoh mudah.

Katakan hari ini Zambry Mendela Bin Gandhi berhutang dengan Basuh Baju sebanyak RM8.30 sen kerana nak makan McD. Tetapi Zambry Mendela Bin Gandhi tidak mengaku yang dia ada hutang dengan Basuh Baju. Jadi Basuh Baju membawa perkara ini ke mahkamah. Hujah punya hujah, akhirnya mahkamah telah menetapkan Zambry Mendela Bin Gandhi bersalah dan perlu membayar Basuh Baju sebanyak RM8.30 sen.

Tetapi Zambry Mendela masih tak puas hati dan membuat rayuan. Dan mahkamah bersetuju untuk menangguhkan perintah mahkamah semalam daripada dilaksanakan. Jadi apa sebenarnya status quo sekarang?

Cukup mudah: Basuh Baju tidak boleh membuat apa-apa untuk menuntut RM8.30 sen itu daripada Zambry Mendela. TETAPI ini tidak bermakna Zambry Mendela tidak bersalah. Zambry Mendela TETAP merupakan pihak yang patut membayar RM8.30 sen itu kepada Basuh Baju. Cuma bezanya, dia tidak perlu membayar duit itu sekarang sehingga Mahkamah bersidang kembali.

Faham? Jadi, sekarang ni apa keadaan di Perak? Jawapannya ialah Perak tidak mempunyai MB yang bertugas untuk membuat kerja-kerja pentadbiran. Tetapi Perak sudah jelas siapa MBnya yang sah iaitu Nizar.

Zambry? Dia bukan MB dan tiada kuasa untuk membuat apa-apa keputusan. Dia sekadar 'caretaker' kerajaan buat sementara sahaja sehingga Mahkamah bersidang Isnin ini.

Maaf jika Basuh Baju tidak menulis dari segi aspek term2 undang-undang. Ini kerana Basuh Baju hanyalah pelajar arkitek tahun pertama. Basuh Baju mungkin betul tetapi mereka mungkin salah. Yang pasti Basuh Baju cuba menjelaskan dalam bahasa mudah.

Ps: Basuh Baju hanya mahukan Pilihan Raya di Perak. Biarkan rakyat kembali memilih kerajaannya. Kenapa susah sangat? Kenapa UMNO takut? Selalunya parti yang takut bertanding ialah parti yang tak ada sokongan. Mungkin ada benarnya. UMNO sudah 20 ops.. 63 tahun. Siapa minat benda yang sudah tua. Sudah perlu ditalkinkan.........

11 comments:

mamai said...

kau patut ambil krusus undang-undang jadi hakim and peguam untuk malaysia senang tak banyak citer....yang betul tetap betul salah tetap salah senang citer

kuSut said...

ya...analogi yg boleh wat org2 kmpung mudah nak faham...nak tgok tajuk b hairan, u meloya, ampeh...mmg xda demokrasi...

Hanggokan said...

kahkahkah!
bagus. nampaknya anda jelas dan paham situasi skarang. tp masalah plg kronik adalah orang2 di ceruk2 kampung maseh blom paham. penyampaian media harus betol. tiada kebebasan. zambry,bayar basuh baju RM8.30 berserta bunganya sekali...jgn buat2 tak tahu! kahkahkah!

Ikanbilis said...

Did..

Iskkk..
Org kampung pon cerdik la skrg..
bab pusing2 ayat nie budak darjah Enam pon boleh faham..

Org Kg pon dah nampak..Zambry yg giler kuasa..Makhamah dah sah kan Nizar MB yg sah pon dengan tebal muka MERAYU (merayu tu bebb..) ditangguh keputusan..

Khaaaaakkk Tuiihhhhh..sama Zambry mandela@gandhi

Sweet Thinker said...

hoh. gerun dgn artikel nie. haha! sbnrnya akoo rs kat perak tue byk badut yg xtakut dosa dan xkenal pahala!

Cob Nobbler said...

Beb,
Hutang RM8.30 makan kat McD?
Suruh la dia jual Camry dia hahaha!

Beb,aku ada job untuk nko,untuk keterangan lanjut,silalah berjumpa.

Bila nko free?

Basuh Baju said...

mamai: arkitek lg best. undang2 sakitkan kepala aku..haha

mslhnya di sini bukan sbb aku amek undg2 ke x, hehe tp sama ada undang2 itu diikut dan dihormati.

kusut: dlm isu demokrasi akhbar, aku rasa dua pihak pon sama. yela, cuba ko letak harakah dgn utusan sebelah2, xde beza kan?

cumanya di sini sbg rakyat dan generasi yg bijak, kita tafsir maklumat tu bebaik dan nilai sendiri.

did: itulah sbbnya knpe blog perlu smpai di ceruk kg..jgn bagi mereka baca utusan je..haha

lu tlg soaund zambry sikit. gua dh taka makan berhari2 ni tnggu duit dia.haha

Basuh Baju said...

Ikanbilis: org kg mmg ada yg terbuka jg. itu tak dinafikan..

yg giler kuasa sbnrnya bukan zambry..tp gandhi..eh. silap, mendela..hahaha

sweet thinker: dlm politik ni apa depa kesah dosan phala..siap gunakan dosa pahala lg nak pancing undi..haha

nami: gua kontek ko..

fahmi said...

bagus analogi ni.. tepat, mudah difahami... setakat term2 tu xpela, bukan bidang kita pun nk guna pkataan2 tuh.. teruskan berblog topik2 bgini..

nurul izzah said...

great analogy..zambery hutang basuh baju mkn McD eh?hehe..

Muhammad Rahimi Bin Hasan said...

democracy is the dirtiest system in the world.

sabun yg diiklankan ditv pon tak berani nak ckp 100 pertus menyucikan,

inikan pula mahkamah.