Thursday, May 14, 2009

Bagaimana orang kita berfikir


BERENANG SOLO KERANA KECEWA- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 13 Mei - Walaupun kedua-dua belah kakinya lumpuh, Datuk Omardin Mauju nekad untuk berenang secara solo bermula di Pulau Jerejak dan berakhir di Pulau Pinang.

Beliau yang berusia 70 tahun dijangka melakukan renangan sejauh lima kilometer itu pada Disember ini.

Menurutnya, matlamat utama Omardin berenang adalah kecewa dengan gejala sosial di kalangan anak muda sekarang yang dilihat hilang jati diri sebagai orang Melayu.

RUMAH MAYAT ATASI MASALAH KHALWAT- Utusan Meloya

KUANTAN 13 Mei - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan memperkenalkan program tarbiah terhadap pasangan Islam yang ditahan kerana melakukan maksiat antaranya dengan membawa mereka melawat rumah mayat.

Timbalan Pengarahnya, Ghazali Abdul Aziz menegaskan, usaha sedemikian dianggap lebih berkesan.

Okey, hari ini Basuh Baju mengajak anda semua berdiskusi. Sila berikan pandangan anda agar sama-sama kita dapat menghasilkan satu pandangan mengenai isu ini.. Hahahaha

24 comments:

mamai said...

daripada antar rumah mayat baik ditalkin jan sahaja mereka nie baru best...

Anonymous said...

muhasabah diri itu penting...

fahmi said...

salam.. seorang otai berenang solo dr pulau jerejak ke pulau pinang - ok.. klu dia mampu, ok je.. tapi apa maksud dia yg hilang jati diri org melayu anak muda kita?? adakah remaja2 kita yg menyebabkan dia berbuat begitu.. atau ini hanya satu escapism, iaitu cuba melarikan diri dr menyelesaikan masalah dgn membuat perkara yg lain??

program lawat rumah mayat utk pasangan ditangkap bermaksiat? - radikal skali, bagus tindakan itu utk memberi kesedaran, harapnya dh tgok mayat2 tu sedorlah mereka yg bermaksiat itu.. tp rasanya ini satu lagi escapism.. masalahnya lain, tp cara mengatasi dibuat sesuai utk mengatasi masalah lain.. cthnya cara atasi masalah x cukup duit dgn bekerja lebih masa, tp ko plak pegi makan sebab perut lapar?? kan ke lain dua perkara itu... apa pndapat mr BB?

Khazinatul Asrar said...

mungkin bagi atuk tuh..
dengan berenang dapt kasi inspirasi kat dak2 remja kot...
remaja sekargkn terpesona dgn budaya hedonisme neh...xle nak pk perkara yg berfaedah yg dorg le buat..

kes tgkp khalwat sedarkan ngn tunjuk myt??
hmm...
tunjuk myt yg matinyer agk tragis mb le kasi sedar kot..insyaAllah...
pastu kasi nasihat kat dorg yg kita tak taw care kite mati camne..

Hanggokan said...

kahkahkah!
tindakan pakcik itu mmg tindakan seorang insan yg kecewa tetapi itu tidak akan mengubah anak muda. sepatotnya pakcik ini kecewa dgn sistem pendidikan kita,bukan dgn anak muda.

JAIP cari populariti. Aku bosan.

kuSut said...

pakcik tu kecewa dgan anak muda???
aku plak kecwa dengan bapak2 muda, dengan pemimpin2 negara, dengan keadaan negara kucar-kacir politiknya, itu patut dikecewakan sungguh...

Cob Nobbler said...

Response kepada kawan-kawan:

Berenanglah kamu dari Pulau Jerejak ke Pulau Hawaii sekalipun,bawa orang berkhalwat ke perkuburan pembunuhan beramai-ramai di Kemboja sekalipun,ini bukan penyelesaian.Ini cara bangang.

Berenang-renang ni bukan boleh selesai masalah tu.

Khazinatul Azhar kata boleh beri inspirasi,cuba tanya mat rempit-mat rempit,siapa inspirasi mereka?

Dato Azhar Mansor apa barang?Dato K?Dato Lee Chong Wei?

Dorang akan menjawab sama ada Valentino Rossi atau Cassy Stoner.Ada yang lebih extreme akan menjawab Shahrol Yuzy.Apa barang Dato'-Dato' ni?

Lepas tu kalau nak berenang mesti mintak sponsor.

Nak menyelesaikan masalah rempit ni adalah menyelesaikan isu kemiskinan yang menjadi masalah utama kita.Dah berapa kali aku kata,isu ini isu kemiskinan.Cuba tengok anak orang kaya,dorang tak merempit,dorang layan Havana Club clubbing dengan chicks-chicks.

Bila ibu bapa bekerja,anak-anak tak diberi perhatian.Yang kaya sibuk nak jadi kaya.Yang miskin sibuk nak membayar sewa rumah,bil api air.Cuba miliknegarakan syarikat perumahan,cuba miliknegarakan syarikat air dan elektrik,kan orang pun tak bersusah-susah nak bekerja bayar bil air api.Lepas tu,mantapkan sistem pengangkutan awam,baru la orang tak beli kereta,orang tak beli motor.

Dah takde motor,barulah orang tak merempit.

Kalau nak berenang dari Pulau Jerejak ke Queensbay tu berenanglah,member aku pernah menjala ikan kat tengah-tengah tu.Tak kecoh dalam paper pun.

Seladang said...

Bawa ke rumah mayat tak apa lagi jangan sampai jadi mayat!

Anonymous said...

is every prob came from youth?..
generasi muda sahaja yang silapkah?..
mungkin orang tue 2 bru lahir or x penah jd org muda..
bende simple, anak muda trtekn ngan sikap lu org tue yg mengade2, memekak2, melalak2..
thats why sume jd cm2..
lu nak berenang pehal..
da tentu2 bley bg mudarat kat lu..
lu agame ape?.. da trang2 allah ckp jngn memudrtkn diri..
pasal dak kne tngkap khalwat gua mls nak komen..
gua nak tnye blik, kes raba-raba bontot camne?.. ziana zain camne?..
nie nak kasi hukum ape plak nie?..

Basuh Baju said...

mamai: tak kan org kena tgkp khalwat ni nak kena talkin kan? kejam tu..hehe

meself: muhasabah dgn cara berenang? haha

fahmi: otai tu nak berenang itu dia punya pasal ar kan..tp rasa2nya cmne dgn cara tu dpt sedarkan anak2 muda?haha

agak2la kan, berkesan ke cara menakut2kan org ni? yela, motif nak bwk gi bilik mayat? mgkn pas tgk mayat, nafsu dah kecut kot.haha

khazinatul: btl ke anak muda skrg hedonisme? tp kalau betul sekalipun, cmne berenang ni dpt atasi masalah2 spt rempit, ragut?

did: pakcik tu mmg nk cari populariti. nnti pas dah feymes, dptla dia talkinkan anak2 muda..haha

Basuh Baju said...

kusut: komen yg bagus. spttnya kecewa dgn org2 tua kat negara kita yg asyik hukum org2 muda..

pasni, anak2 muda baling pakcik ni kat lombong suruh dia berenang..haha

Nami: ok, komen bernas. aku ada satu soalan, cmne inspirasi boleh selesaikan masalah? slalu kita dgr 'memberi inspirasila' tp pernah x kita fikir..haha

tp gua sgt berbulu bila nak berenang ni cari sponsor. pastu senang la pulak syarikat ni taja kan. padahal baiklah dia taja org susah belajar ke..huhu

seldang: takut bila bwk ke rumah mayat ni jadi mayat je..haha

Basuh Baju said...

ikhtilaf: komen lu terbaik. adakah semua masalah ni dtg dari anak muda? atau anak muda hanyalah kesan daripada kegagalan dasar org tua?

dok kecoh nak tibai org khalwat tp bila org2 politik skandal mcm2, spt rasuah, tak nak pulak bwk gi tgk mayat..haha

LuciusMaximus said...

melayu=layu

aku link pos kau ke blog aku. ulasan yang menarik!

zhfrz said...

Berenang solo kerana kecewa?

Lepas habis berenang apa pulak?

saja nak jadi isu kot?

Basuh Baju said...

Lucius: tq..rajin2 melawat..

Zhafir: itulah masalahnya. berenang tu boleh selesaikan isu ke..haha

Epool Razak said...

alahai, nak berenang ke, nak berjalan atas laut ke, apa yang anak-anak muda peduli. anak2 muda peduli ikon2 muzik rock, metal,punk, hardcore(sebagai contoh). anak2 muda tak ambil port pada dato'2 ni semua. Anak2 muda tak ambil port orang tua nak buat apa pun. dato ni berenang kecewa kerana gejala sosial di kalangan anak-anak muda SEKARANG? suruh orang tua ni baca karya2 pak sako sekitar 30'an dan 40'an. siapa cakap orag dulu2 baik dan tiada gejala sosial? Tak percaya cakap saya sila baca karya2 pak sako zaman 30 an,40 an

apa paling penting bagi aku ialah MEMAHAMI ANAK2 MUDA DAN JGN ADA SIFAT MEMBENCI ANAK2 MUDA.


pasal khlawat aku rasa tak ada apa2 perubahan pun jika hukuman tu dilaksanakan. ini semua buang masa. lebih baik pihak jabatan agama dok bising pasal genting. NEGARA ISLAM ADA PUSAT PERJUDIAN TERBESAR DI ASIA? KAHKAHKAH..APA PUNYA TURRRR..apa macam? kalian semua rasa pihak jabatan agama berani ke?

ini semua pasal duit dan cukai beb! kalau pasal duit takpe! semua zip mulut! kahkahkah

Basuh Baju said...

Paraok: well said.. gua setuju!

L said...

*baca komen-komen di atas*

seriously la, bila last kau tengok mayat?

Basuh Baju said...

Lee: tgk mayat? tahun lepas. kenapa?

Dari Jalan Kopi said...

alamak.
anak-anak muda yang tidak mempunyai kuasa dan pangkat sekali lagi telah diperkotak katikkan.

brader!!

ini semua hanya nak mengalihkan perhatian.

sirul azhar apa khabar? kes orang tua di hotel KL central apa cerit? kes balak 60 juta kerajaan kena bayar juga patut kena tarbiyaah.

kahkahkah.

woit. diskusi ini bagus sekali.

bubblylicious said...

bout lwatan ke umah mayat 2 mmg idea yg bgos..kasi diorg ingat mati...sbok n leka sngt ngan nafsu...biar dorg rse tkot cket...

EIPUL said...

pe kaitan dia keciwa lantas berenang secara solo?
mungkin dia patut cuba usahakan satu perusahaan tuisyen renang, ataupun cuba menyanyi secara solo.
adakah?

kalau betul nak antar diorang g rumah mayat, aku sokong jek, baringkan diorang sebelah mayat, garikan mereka kalau takut mereka lari, tinggalkan selama 2 malam dan bekalkan mereka karipap sardin bersama, takut mereka kebuluran sepanjang proses tersebut.

syafiqa salim said...

ATOK tua berenang. Mungkin nak cari glamour?

RUMAH MAYAT? Inikah pendekatan yang sewajarnya. MUngkin tidak. Lebih elok buat qiamullail, taubat, ingat mati daripada tengok mayat. HAMPEH.

Anonymous said...

Apalah yang diorang susah-susah nak bawak gi rumah mayat tu. Mati adalah pasti, nak hidup ni yang belum tentu. Lebih baik kita bersama-sama dipermudahkan urusan perkahwinan untuk pasangan-pasangan muda ini. Bukannya best sangat berkapel-kapel ni, sebab kita mengharapkan pada seseorang yang masih belum pasti. Dah kahwin nanti, walaupun seteruk mana pasangan, kita perlu meneruskan selagi terdaya. Kapel-kapel ni, kalo dah tak suka, clash!