Friday, May 15, 2009

Cadangan-cadangan Untuk Perpaduan


Sengaja saya tidak menulis mengenai tragedi 13 Mei yang berlaku 40 tahun lepas. Saya ingin melihat bagaimana kisah tragedi ini digarap di media massa dan media masam terlebih dahulu. Selepas dua hari, hanya Utusan Meloya sahaja yang menggunakan kaset 13 Mei untuk menakut-nakutkan rakyat.

Saya tidak tahu adakah kesenyapan kaset 13 Mei dalam segala media lain ada kena mengena dengan isu Perak ataupun tidak. Cuma jika ditanya kepada saya, saya gembira kaset 13 Mei ini didiamkan. Cara terbaik untuk melupakan tragedi berdarah itu adalah dengan tidak menceritakannya langsung kepada orang ramai terutama generasi muda.

Pun begitu, melupakan sahaja tidak cukup dan tidak mampu untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk itu saya mempunyai dua cadangan.

Cadangan pertama ialah mengadakan satu jenis sistem persekolahan sahaja. Hapuskan sekolah-sekolah vernakular. Jangan pisahkan anak-anak muda kita dengan sekolah cina, tamil, agama dan pondok. Biarlah mereka belajar dan bergaul di sekolah kebangsaan sahaja. Biarlah guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal dan tukang kebun juga terdiri daripada semua bangsa.

Alangkah indahnya jika kita dapat melihat guru india mengajar bahasa melayu di kelas yang berbilang bangsa. Di luar tingkap kelas, si pembantu makmal cina saling bergosip bersama dengan kerani melayu. Guru-guru turun minum pagi bersama rakan sejawatnya yang berbangsa lain. Ini barulah dikatakan perpaduan asli. Bukan perpaduan dibuat-buat yang terpampang di iklan zoom Malaysia.

Sedarlah, perpaduan hanya boleh wujud apabia tiadanya rasa prejudis antara satu sama lain. Prejudis pula hanya dapat dihapuskan dengan saling mengenali. Dan di sekolahlah proses mengenali ini sangat diperlukan dan amat penting. Anak-anak kecil yang masih putih pemikirannya perlu diberi pendidikan di suasana sekolah yang berbilang bangsa. Sekolah bukan kilang menghasilkan pelajar yang berpuluh-puluh A. Sekolah adalah tempat untuk mengenali dan memahami antara satu sama lain. Sekolah merupakan tempat untuk memupuk perpaduan. Bukan PLKN. Bukan Rumah Terbuka.

Mungkin cadangan ini akan ditentang hebat oleh pelbagai pihak. Dan salah satunya daripada kaum cina. Tetapi kita perlu sedar, hidup ini adalah bersifat give and take. Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlulah memberikan sesuatu. Dalam hal menghapuskan sekolah vernakular ini, kita boleh menghapuskan sistem kuota dalam kemasukan pelajar ke Matrikulasi.

Kita semua mengetahui kaum bukan bumiputra hanya diperuntukkan sebanyak 10% tempat. Jika kita jujur mahukan perpaduan, mengapa tidak kita mansuhkan kuota ini? Biarlah pelajar-pelajar melayu, cina dan India bersaing dalam merebut tempat. Siapa yang layak, dia yang dapat. Kulit warna apa, itu tidak penting. Saya amat yakin inilah yang kaum bukan bumiputra mahukan. Jadi di sini nilai give and take dapat dilakukan. Mereka hapuskan sistem sekolah vernakular, kita beri mereka Sistem Matrikulasi yang berasaskan meritkorasi.

Masih tidak nampak lagi penyelesaiannya?

Cadangan kedua: Isyhtiharkan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan. Biarlah tarikh ini dijadikan cuti umum. Biarah tarikh ini diadakan pelbagai program perpaduan. Biarlah tarikh ini merupakan hari di mana semua orang saling beramah mesra. Biarlah tarikh ini rakyat Malaysia bergembira dengan perpaduan bukan ketakutan mengenang pergaduhan. Biarlah tarikh 13 Mei dikenang sebagai sesuatu yang putih bercahaya bukan diratap sebagai sesuatu yang hitam menyesatkan.

Masih mahu berpecah-pecah lagi?

35 comments:

Hanggokan said...

oh,idea yg sgt menarik.
saya setuju dengan saudara!

fahmi said...

x ramai generasi muda yg tahu hal 13 Mei... hanya segelintir sahaja.. tp kalau diberitahu itu x salah, sbb bagiku mudah saja, the truth must be told... bukan kebenaran yg berpihak2 tp kebenaran yg tulen... satu sistem persekolahan, mcm singapura? skang ni ade usaha iaitu sekolah wawasan iaitu 3 sekolah berbeza aliran dlm satu tempat, tp x byak.. dan keberkesanannya kurang... better lagi cadangan mr BB itu... biar semua kaum bersekolah bersama, aku dulu kwn je sume bangsa, xde hal apa pun, seronok apa.. tp itu kat jinjang r.. klu tmpat lain x tw la pulok kan...
13 Mei hari perpaduan?? sgt best.. biarlah kenangan lalu mnjd panduan kite utk lebih bersatu & saling menghormati sesama rakyat Malaysia... xde ketuanan2, xde penindasan2... sume sama2 bersatu padu... tp ialah, hari merdeka kita pun ade 2.. 31 Ogos pun sambut.. 16 Sept pun sambut... amacam tu mr BB?

Anonymous said...

13 mei.. satu hari yg diputarbelitkn..
sejarah sbnr dittp abez oleh buku2 kbsm..
bg gua x tmbl isu kaum dlm hal 13 mei..
cuma agenda sial perikatan yg sbbkn bende 2 sume trjd..
psl kuota gua msh sangsi, mungkn juga ragu..
cuba pndg adik lu, try tgk sedare lu, pg jengok jiran lu..
kalo kuota ilang, gua takot kat melayu lesap..

Cob Nobbler said...

13 mei cuti?
alamak beb,berapa banyak lagi cuti..

ni cuti ni triple pay tak?
hahaha!

takde la beb,amerika nak bersatu padu tu pun makan beratus-ratus tahun.nak jadi presiden kulit hitam pun makan sampai 200 tahun.

pelan-pelan la,step pertama ialah dengan diri kita sendiri.orang melayu pergi bertegur sapa dengan orang cina.orang cina jangan tampal notice vacancy for chinese only lagi.orang india pada aku paling best,sebab dia banyak bukak kedai mapley.orang cina atau melayu selalu lepak tengok bola.

jadi,diri sendiri lepas tu kita sebarkan kepada yang lain.barulah sistem pendidikan ke,sistem pengangkutan ke akan tertarbiyah dengan sendirinya.

mamai said...

13 mei kenapa kita perlu di takutkan...mari kita sambut 13 mei sebagai hari perpaduan....

Penanggah said...

sebonarnyer perpaduan ni bermula dari sekolah lg.. kalau kat sekolah buat hal masing-masing.. yang melayu hanya campur dengn budak melayu.. begitu gak kaum india atau cina.. sampai bilo pun susah lah nk ada perpaduan ni.. pantang ader hal sikit mula la nak bersembat.. siap panggil geng lg tu... ini pengalaman gua maso sekolah dulu la.. elok gak 13 mei tu jd hari perpaduan biar budak2 ni tau sejarah sikit..

Seladang said...

13 Mei hari perpaduan - Bagfus cadangan tu.

7 Mei hari demokrasi mati ?

alkalira said...

sistem satu sekolah patut dah lama di buat...bererti satu bahasa digunakan tapi sekolah agama kena asing asing la...
tapi bila sampai satu masa ajaran agama lain diajar dalam bahasa melayu, orang kita dah bersedia ke?

hapuskan kuota,hapuskan bahasa cina dan india untuk 100 tahun misalnya.

telegramsesat said...

setuju dengan sedara sekalian.

Basuh Baju said...

Did: terima kasih. boleh tandatangan kalau setuju..hehe

fahmi: mmg betul kebenaran ptt diberitahu..tp masalahnya ada juga kebenaran yg ptt ditutup. sbb, kebenaran 13 mei ni terlalu byk versinya smpai kita tak tahu mana satu yg benar.. xpercaya, cuba kita dengar dari mak ayah kita- versi lain drpd apa yg kita baca..

ikutkan sekolah satu sistem ni dah dinyatakan dlm penyata razak..tp keengganan kaum cina.. dalam hal ni, utk berubah kita tak boleh bertepuk sebelah tangan..kaum lain juga kena berkorban..

hari merdeka ada dua? hahaha itu topik lain..

Basuh Baju said...

ikhtilaf: betul tu..13 mei ni bukan masalah bangsa tp masalah perikatan..itu aku sokong.. kalau nak jgk beritahu kebenaran, gtau kebenaran yg ini..

psl takut melayu lesap ni nnanti aku tulis.. :)

nami: apa salahnya banyak cuti. kalau gi kerja pon mcm tak nak keje je. lembap dan tak produktiviti..baik bagi cuti..haha

nak mula dari diri sendiri tu mmg boleh..tp kalau budak2 ni cmne? bukan tak nak tegur org cina dan india, tp nak tegur pon tak de pelajar kaum lain kat sek..haha

mamai: yeah. kita tak perlu takutkan.. yg perlu takut kalau 13 mei jadi hari perpaduan ialah mereka yg rasis..

Basuh Baju said...

penanggah: itulah. masing2 nak bergaul dgn kaum sendiri je..bila dh bergaul sndiri, wat lak macam2 persepsi tak betul kat bangsa lain..tp nak kenal mereka tak nak..
so kalau sistem pendidikan satu sistem, nak tak nak mmg mereka dah bergaul kan?

seladang: 7 mei besday member aku.haha

alkalira: pasal bahasa ni kena bincang dalam entry lain.. sbb banyak kena ulas,hehe

psl ajaran agama, boleh je masuk dalam sekolah satu sistem.. bila petang, ajar la.. tak perlu sampai pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.. penat budak2.. jadinya solusi ialah sekolah satu sistem dan satu sesi.. setuju? :)

Telegramsesat: terima kasih..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

13 mei....ahaks!!ahaks!! bapak aku cite lain..baca buku cite lain..bila aku goggle lagi la lain...

Basuh Baju said...

akupentoi: bila asyik lain je, tak payah tau lg bgs..haha

HBM Consultant said...

Saya bersetuju dengan cadangan hapuskan sekolah vernakular dan sistem kuota di IPT.

Sekolah wawasan bukan contoh sekolah perpaduan. Ia hanyalah 3 sekolah berbilang kaum dalam satu kawasan, bukan di bawah satu pengurusan. Semua aktiviti dibuat berasingan. Serupa sahaja jika ia diasingkan kawasan seperti sekolah-sekolah lain.

Sistem kuota ini pula sama seperti sistem subsidi bagi orang Melayu. Kononnya atas nama hak istimewa bumiputera. Apa yang istimewa, entahlah. Hakikatnya, sistem ini memperbodohkan orang Melayu dan akhirnya akan membunuh daya intelektual anak-anak Melayu. Maaf ye, kasar sikit bahasa saya ni, tetapi itulah hakikatnya. Percayalah, masa hadapan anak-anak Melayu akan lebih baik tanpa kuota di IPT.

13 Mei Hari Perpaduan? Mulakannya dari pemimpin kita dahulu. Mereka yang sibuk bangkitkan isu perkauman, bukan kita.

kuSut said...

uan bermula di sekolah...itu sgt bagus...biar anak2 yang mula tumbuh gigi sudah terdedah dengan keplbgaian warna kulit. tpi pelaksanaan sekolah di malaysia sbgai saluran pnyampai maklumat dan pengetahuan cuma. ke arah perpaduan, masih di tahap yang boleh dikesali.

Duniaku said...

idea yg bernas.tapi 'kita' kekadang cakap mcm kat dinding.Idea orang biasa mungkin 'sampah' kepada 'mereka' yang bijaksana(?) yg duduk di atas kayangan sana...
Moga2 'mereka' itu dibukakan pintu hatinya oleh Tuhan.

Penulis Kami said...

idea untuk 13 mei jadikan hari perpaduan tuh sangat menarik...hmmm....harap2 bukan kaum melayu jek yang mengambil berat hal nih, harap2 para kaum cina dan india yang juga racist (macam melayu yang racist) sama2 pikir pasal nih....idea bernas...kudos!!

-neofishy

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam saudara Basuh Baju,

catatan yang tidak "kosong" sifatnya,

tapi segalanya kini berlingkar atas "sistem" ...

Basuh Baju said...

Marni: betul. isu kuota ni menyebabkan universiti kita dipenuhi pelajar2 yg tiada kualiti sebaliknya kuantiti.. ya, mmg benar niat kita mahu menolong mereka..ttp adakah dengan harga kemerosotan kualiti pendidikan kita?

kusut: sbb tu sistem pendidikan kita perlu satu sistem sahaja.. biar budak2 ni menjadi racial blind menjelang dah besar..

duniaku: mmg ahli politik kita jadi dinding..tp itu tak bermakna kita perlu terus senyapp..tugas kita utk memecahkan dinding itu :)

penulis kami: yup..masalah rasicst ni bukan sekadar pada melayu. cina dan india jug ada..

zulkifli: terima kasih..

Fi-sha said...

Kehadapan Encik Basuh Baju
Alhamdulillah, sejuk hati bila membaca cadangan2 awak sebab siapa kata anak muda malaysia tak boleh berfikir secara waras, matang dan sangat bernas walau di'bedung' dengan bermacam kebiasaan yang meruntuhkan. Terima kasih daun keladi, saya pasti datang lagi! Take care!

Basuh Baju said...

Fi-sha: terima kasih.. dunia ini akhirnya untuk orang muda.. orang2 tua sepatutnya mendekati orang2 muda..bukan menghukum kami..

Daud Ngah said...

Masalah perpaduan tidak selesai kalau 13 Mei dinafikan hakikatnya. Hakikatnya kita masih diri dan sukar berpadu, misalnya sekolah vernakular. Sebenarnya sekolah perkauman, kaum Cina sebenarnya amat kuat cauvinisnya walaupun mereka tidak lagi di tanah China. Semangat di mana bumi dipijak inilah sepatutnya menjadi realiti kita. Bukannya semangat imigran.

Basuh Baju said...

Daud Ngah: itulah yg saya cakap. Semangat perkauman ni bukan ada pada melayu je. cina dan india juga. jadi untuk perpaduan, kita kena ada persetujuan dari ketiga2 kaum ini.

untuk pendidikan, hapuskan sekolah vernakular.

tq di atas pndgn anda..

mike-L said...

we do share the same opinion on the second suggestions!

Isyhtiharkan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan.

Basuh Baju said...

mike-L: how about the first suggestion?

mike-L said...

4 me ur first idea just couldn't fit the current situation.since mca has loudly asked najib to elect chinese vise p.m...kalau melayu kita panggil ketuanan..cina?

ia begini,bila soal sekolah pondok itu,saya agak kurang bersetuju krn itu shj sekolah yang berteraskan agama islam bagi sesebuah negara yang dikatakan mendukung agama islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan..sekolah pondok bukan milik kerajaan ...

benar dengan mencampurkan pelajar merupakan pembentukan perpaduan di peringkat awal.namun realitinya,ramai yang menghantar anak mereka keSJK mengatakan sekolah kebangsaan mempunyai kualiti yang dipersoal.ya benar,ianya harus diubah.

kita soal kembali akan kewujudan sekolah2 jenis kebangsaan ini..ianya adalah perstujuan antara parti2 perkauman,yang akur dgn prmintaan parti lain.

perubahan...bubarkan parti bercorak perkauman...baru idea itu lebih realistik.

Malaysia untuk Malaysia
bukan malayau punye aje...itu adalah realitinye

KY Chua said...

Beautifully written. :D Oops, tertulis BI pula. Haha. ;)

Basuh Baju said...

Mike L: apa kaitan MCA mintak lantik vice PM dgn sistem pendidikan?

mmg benar idea parti politik yg tidak berteraskan kaum lebih ideal..namun kalau parti politik yg berbilang bangsa sekalipun tetapi sistem pendidikan kita masih lagi berpecah-pecah, bagaimna perpaduan dpt diacukan?

dan harus diingat, pelajar2 sekolah tidak ada kena mengena dan kaitan dgn parti2 poltik ini. umur pun muda lagi. baru tujuh lapan tahun.

matlamat kita ialah perpaduan.

KY Chua: tq! tullis dalam bahasa apa2 pun tak apa. yg penting aku faham.haha

Dari Jalan Kopi said...

brader!!
13 Mei disenyapkan kerana konsep 1Malaysia telah didendangkan.

UBN telah kehilangan sokongan penduduk cina dan india.

jika lagu lama ini maseh didendangkan ini membawa tanda dan makna - sokongan dari cina dan india akan tersu merudum.

ini taktik baru. 1Malaysia adalah satu projek untuk 'counter' apa yang dah dibuat olih pakatan rakyat yang nampak berjaya.

ini bukan bermakna UBN melupakan kesah dan sejarah. ini taktik baru untuk meraeh sokongan dan dokongan.

jangan lupa Macho Man Randy Savage pernah berbaek dengan Hulk Hogan kerana dia telah gagal bersaing. ini kerana tujuan utama bukan kerana dia ingin berkawan dengan Hul Hogan

tetapi atas dua tujuan
1. tali pinggang
2. elizabeth yang cun dan bergetah.

kahkahkah!!!

Anonymous said...

Salam, saya suka dengan idea en. BB mengenai cadangan perpaduan tersebut. Saya juga sgt2 bersetuju dgn bersetuju dgn pandangan saudari marni berkenaan sistem kuota yg perlu dihapuskan.

P/S:Sungguh x percaya entry blog ini ditulis oleh seorg student KAED ;)

Basuh Baju said...

Dari Jalan Kopi: itulah kenapa aku nak 13 mei ini didiamkan terus. sebab kaset ini betul2 digunakan utk takut2kan setiap kaum. jadi yg untung siapa? fikir sendiri..hehe

Kakak weasley: salam. terima kasih.

ps: cmne tau budak KAED ni? rahsiaku dah diketahui..haha

Gedung Akal said...

Tuan,
Cadangan tuan sangat cantik, cum a yang tidak cantiknya pihak yang patut laksanakan itu.
Dengan modal perkauman untuk terus hidup dalam politik patutkah perpaduan antara kaum diperteguhkan?
Ini idea baru yang boleh menjerumus kepada kekeliruan. Kita tidak boleh buat satu sekolah kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk. Perlu raikan semua pihak. Perlu ada kilang arak. Perlu ada rumah urut dan pusat judi. Babi macam mana? Ermmm..kalau Khir Toyo yang buat kandang babi moden takpa, tapi kalau Khalid yang buat orang Melayu akan tentang habis-habisan hingga ke titisan darah yang terakhir. Ermmm..kalau begitu sapa2 yang mahu buat kandang babi hendaklah jadi Jawa dululah ye?
Terima kasih, salam perpaduan.

Basuh Baju said...

Gedung akal: terima kasih..

jadi konklusinya di sini, kita kena ada sifat toleransi. kilang arak dan ladang babi adalah hak kaum cina. kita benarkan ttp pada masa yg sama kita kawal jualannya..

salam perpaduan.

Anonymous said...

x brape stuju ngn fahmi...
mengenai komennya iaitu x perlu ketuanan...
ini kerana ini negara aku dan kau.nenek moyang melayu yang bangunkan ngara ni walopun mereka hanya petani. dan nelayan pada asalnya...bukan sume org melayu jd nelayan(cop.jagn ctr plak org melayu yg x jd nelayn acuan pemikirannya barat..fikir ttg org melayu yg btol2 bngunkan negara ini). mgkin fahmi nk ckp..sume bersaing secara adil... tp kene ingat gak..."klo tetamu dah makan tuan" ko(fahmi) suka x.. "dalam quran ada berpada2lah dalam berkata-kata"...