Wednesday, April 29, 2009

Utusan wajib disunatkan sekali lagi


Utusan wajib disunatkan sekali lagi.

Inilah kesimpulan yang dapat saya lakukan selepas menjadi hakim pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia baru-baru ini. Pandangan ini amatlah wajar memandangkan dosa yang telah dilakukan Utusan kepada rakyat di negara kita. Utusan pada hari ini telah memandulkan fikiran para pelajar. Utusan juga telah mencabul intelektual para hakim. Utusan turut meracuni jalur pandangan penonton-penonton yang datang.

Apa yang saya cuba timbulkan ialah bagaimana pandangan rasis sempit yang cuba diperjuangkan oleh Utusan telah berjaya menerobos masuk ke dalam minda mereka. Pandangan mengenai Ketuanan Melayu telah mula tertanam di fikiran mereka. Sepanjang menjadi hakim ,situasi ini saya kira sangat membimbangkan. Saya sedikit risau generasi muda kita akan menjadi generasi Utusan- sama seperti generasi orang tua kita.

Untuk bukti, mari saya sertakan beberapa contoh.

Contoh pertama: Usulnya mengenai orang melayu semakin terancam. Saya sudah ketawa terbahak-bahak apabila hujah papan tanda di Pulau Pinang dikeluarkan. Gila. Sejak bila papan tanda yang tidak dimelayukan ini menjadi ancaman kepada orang melayu? Nak jadi lebih kelakar- hakim di sebelah saya turut bersetuju dengan hujah ini. Malah katanya hujah mengenai ladang babi patut dikeluarkan juga. Gila. Waktu ini, ingin sahaja saya lempang cikgu di sebelah saya ini. Tetapi memikirkan dirinya sudah berumur- saya batalkan hasrat itu.

Contoh kedua: Usulnya mengenai sistem kuota di Malaysia. Saya sangat terkejut dengan kenyataan 'kaum cina akan menghalau orang melayu jika tidak ada sistem kuota' yang terpacul dari mulut pendebat. Saya jangkakan pihak lawannya akan bangun membidas dengan hujah yang lebih bagus. Tetapi yang keluar ialah 'sistem kuota ini perlu kerana orang melayu merupakan tuan di tanah ini.' Sekali lagi gila! Adakah ini yang wujud di fikiran anak muda negara kita? Ketika sesi komen, 2 hakim yang lain boleh mengatakan sesi perdebatan ini sengit dan berilmu. Mahu sahaja saya hantukkan kepala ke dinding kerana susuk yang bercakap itu ialah pensyarah.

Satu pertanyaan: Dari mana contoh-contoh ini datang? Utusan atau Tukar Tiub? Jawapannya pastilah Awang Selamat Utusan..hahaha

Masih tak percaya Utusan wajib disunatkan sekali lagi? Siapa tidak percaya sila bisik-bisik dengan Awang Selamat.

Ps: Maka dengan ini saya benarkan jika ada sesiapa yang ingin mengambil segala berita ruangan perestroika untuk ditaruk di blog mereka. Biarlah segala kebodohan Utusan dapat ditelanjangkan.

16 comments:

Cob Nobbler said...

Basuh Baju,

suruh dia cakap tentang 'liberalisasi kewangan' 70 peratus kewangan akan dikawal oleh warga asing.

Mat salleh ambik duit kita,harta kita,takpe.

Cina India nak belajar kat UiTM tak boleh.

Apa tu?

Basuh Baju said...

Itu namanya Utusan bodoh.. hahaha

fahmi said...

assalamualaikum... wah, 'bijaknya' peserta debat sekolah sekarang.. selalu pelajar2 wakil sekolah ni mmg digambarkan IQ mereka bijak.. tp sayang.. berlandaskan utusan semata... nasib baik x baca slalu, kalau x, maunya aku pun disempit pemikiran.. x abis2 Ketuanan Melayu.. pada aku sayang bangsa tu boleh tapi jgn sampai mcm Israel, tindas bangsa lain.. BasuhBaju buat paper lah ganti Utusan nih.. konfem minda pelajar kita berubah lebih baik..

fahmi said...

tambah skit- perestroika itu ape ye?

HBM Consultant said...

Kasihan pelajar-pelajar yang tidak bersalah. Semoga suatu masa nanti minda mereka akan terbuka untuk menerima kebenaran. Semoga mereka tidak terus sesat dan disesatkan.

Basuh Baju said...

fahmi: perestroika tu dasar keterbukaan yang diperkenalkan oleh Gorbhachev.. boleh tgk kat posting aku yg awal2..

marni: betul. kesian pelajar. jadi apa yg kita boleh buat? bagi dia baca basuh baju je la.haha

b said...

ni plak pengajaran ps ak exam 4 sujek hubungan etnik hr 2...
huhuhuhuhu...

mayb ak x la bgitu bjak sngt nk komen bnyk2 bout pplitik thing ni...
hehehehehe...

tp ble a bce blek bout sjrah2 plik ngare nih then ak realise r...

the thing is ngare kte ni mmg dasaskn dr plitik pkauman...
stiap kaum nk hak msing2...
specaially mlayu ngn hak ketuanannye..
tp 2 x la mnjadi ksalahan...
dlu...

tp ak rse skrg ni...
sdah2 la kte being defensive sngt ngn hak2 kte 2...open la cket..
give trust sket la kt kaum2 len nih...

cm ne dorg nk rse dri dorg 2 ialah "part of malaysia" if kte msih nk act msia ni cm org mlayu pnye jew...
haishhhh...
common la beb...

lg la bdak2 pnye otak pown da dracuni ngn media2 cm utusan nih...
da pkiran jd sempit...

kate nk bsatu padu...

Hanggokan said...

gua teringat mase kecik...
rilek je bergurau senda dgn member2 cina dan india ni.
tapi bila besar nih...
semacam ada prejudis terhadap kaum.
...one malaysia? kahkahkah!

Noel St Augustine Meldan said...

Does anybody take Utusan seriously.

Im a UiTM Student myself and its utter rubbish.

Benda-Benda macam ini lah yang buat rosak otak bangsa (Bangsa Malaysia) kini. Planting seeds of fear and hatred. Agama mana yang ajar begitu?

Noel St Augustine Meldan said...
This comment has been removed by the author.
hzman89 said...

2 la..sepatutnya utusan perlu berubah..jadi lbih telus dan tidak berfikiran sempit..apa yg sy dapat perhatikan sekarang ini..utusan hanya mnyelebahi satu pihak shj..faktor utama mngapa h metro menjadi akhbar utama melayu skarang adalah kerana rakyat melayu khususnya sudah mula terasa muak dgn apa yg disajikan kepada mereka oleh utusan...jd mereka lebih memilih utk membaca akhbar2 picisan yg tdak memihak kpd sesapa pun...

Anonymous said...

Noel St Augustine Meldan:

knape everytime bila org bg pandangan, komen selalu kita ckp pecah belahkan rakyat, planting seeds of hatred bla bla?
salah ke bg pandangan?kalau semua benda nak setuju takde org bg pandangan, kritikan, komen sampai bila nak maju?bila kita nak perbaiki diri?bila nak nampak kesalahan diri?

Anonymous said...

Seloya loya Utusan.. LOYA LAGI HARAKAH DAN SUARA KEADILAN. 2 akhbar tu lagi lah.. Tabloid semata. Kita pun dah maklum, Utusan adalah lidah rasmi UMNO. Jadi tak hairanlah jika Utusan intipati lebih kepada kebangsaan. Sebagaimana Harakah adalah lidah rasmi PAS dan suara Keadilan ialah lidah rasmi PKR.

Saya cadangkan kepada Mr Basuh Baju, baca ketiga-tiga akhbar ini. Bandingkan, dan nilaikan sendiri.

Anonymous said...

mahatma ghandi ckp melayu : kita bukanlah mewarisi dunia dari orang tua kita tetapi kita cuma meminjamnya dari anak2 kita.

Danial Izzat Zulbahari said...

kau tak patut tulis mcm ni. mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan adalah kewajiban setiap rakyat Malaysia.

Anonymous said...

terkesima membaca pendapat D
Negara Melayu apa yang masih tinggal?
Singapura? Sah-sah sudah ditakluk
Indonesia? Kaum Melayu dah dihapuskan dan yang tinggal bangsa Indonesia sahaja
Maka, Malaysia dan Brunei sahaja yang tinggal
Klu selatan Thai, jd negara pun boleh terima tapi pengaruh siam dh banyak dr Melayunya.
Hak istimewa org Melayu sama seperti kita duduk dalam sebuah rumah dan kita menyewa kpd org lain
Kita mesti ada syarat2nya
begitu juga dalam bernegara. mahu atau tidak, Islam sendiri memperakui setiap bangsa dianugerahkan negara (kecuali Yahudi), maka jika hak istimewa ini tiada, maka bangsa Melayu cuma mempunyai Brunei sahaja dan negara2 lain, Melayu sekadar angguk2 sahaja. Paling tidak, Melayu mempunyai hak dalam pentadbiran & pendidikan sempurna menerusi UITM. Jika dibukakan kepada bukan bumiputera, 10% dan uitm mempunyai 300000 pelajar. Maka 10% itu sudah menjadi 30000. Sedikitkah?