Monday, April 27, 2009

Guna lambang bulan tarik pengundi- mStar

PETALING JAYA: PAS mengambil satu lagi langkah 'bertolak ansur' dengan mahu membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata, cadangan membolehkan calon-calon bukan Islam untuk menggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini.

Satu diskusi sihat lagi (tiada unsur-unsur emosi); apa sebenarnya simbol Islam ini? Apa kaitan bulan dan Islam? Apa kaitan hijau, bulan sabit dan bintang pula dengan Islam? Adakah Islam ini sekadar simbol? Atau sekadar dikomersilkan untuk dijual bagi menarik perhatian?

Adakah bulan, hijau dan bulan sabit telah masuk Islam? Satu persoalan.

Apa pula kaitan raja-raja dengan Islam? Kita selalu dengar raja adalah simbol Islam di Malaysia. Adakah simbol ini bermaksud membuat peraturan wajib di masjid untuk mendoakan raja setiap kali solat jumaat? Basuh Baju mengajak anda berdiskusi secara sihat.

12 comments:

fahmi said...

assalamualaikum.. simbol bulan hanya PAS.. baguslah ade calon bukan Islam yg sanggup tanding sbg calon parti tuh.. yg sokong dasar2, undang2 Islam.. patut kaji oleh muktamar Pas x lama agy.. kalau x sekarang pun, masa depan pun pasti berlaku gak.. raja dengan Islam berkait rapat.. dulu apabila Islam dtg ke Asia.. raja peluk Islam, rakya2 ikut.. jadi dahulu mereka pemimpin, gelaran raja diubah jadi sultan & ditambah2 gelaran Arab yg bersifat baik..so doakan kesejahteraan pemipin mmgla dituntut dlm Islam.. tp wajib itu aku x pasti.. ade sesape nk betulkan jika aku silap, aku x kesah

kuSut said...

aku stuju benar dengan fahmi...
satu ketika Saidina Ali bin Abi Talib ditanya tentang hubungan umat islam dengan islam lalu jawab Saidina Ali “Akhukum fid Din” saudara kamu sesama islam, lalu ditanya lagi, apa pula hubungan umat islam dengan bukan islam, lalu jawab Saidina Ali “Akhukum fil Insaniah” saudara kamu sesama manusia. tiada beza antara kita. cuma pegangan, falsafah dan kalimah islam yang menjadi sempadan masing2. tidak bermakna islam hanya utk org islam. islam for all, pas for all too...

Prof. Era Pasca said...

bulan memang tak masuk islam tapi sy setuju klau mereka mahu gunakannye menunjukan mereka terima pembawakan pas... salam..
di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

mamai said...

islam untuk semua....

Cob Nobbler said...

Aku pelik lah,sejak bila Bulan ni hanya dikhususkan kepada orang Islam je?Dekat Vatican City pun Pope tengok bulan dari tingkap Gereja St Peter,dekat White House Obama pun tengok bulan,dekat Lhasa Tibet Dalai Lama pun tengok bulan.

Apa tiba-tiba kata bulan ni milik orang Islam?

Eh,planet-planet lain macam mana?Bintang-bintang?Orbit-orbit?

Semuanya adalah milik Allah,bukan milik orang Islam.Kena faham dua benda berbeza tu.

Pasal tu la golongan fasis agama ni boleh kata yang ni masuk syurga yang ni masuk neraka,bercerita macam dorang dah pegang kunci syurga.

Rupa-rupanya dorang ni nak privatekan agama.Ekslusif untuk orang tertentu.

Kalau nak politik,politik la.Tak payah guna Islam.Cemar nama je.

Hati Kecamuk said...

aku stuju yang simbol hanya 'lambang' dan ia hanya trademark untuk orang mengenali dan tertarik utk mengenali apa simboliknya simbol itu lalu akan mengkaji apa pembawaan sesuatu badan itu hanya kerana melihat simbol. olih itu, simbol tidak terhad kepada satu individu saja,ia bolih dimiliki oleh semua apabila mereka faham dgn idealogi dan matlamat yg dibawa badan itu. Sultan adalah milik semua...adakah sultan memahaminya?

Seladang said...

Sebagai sebuah parti politik yang berdasarkan Islam, maka adalah amat wajar ianya dibuka kepada umum kerana Islam itu bukan untuk mentadbir orang Islam saja tetapi seluruh manusia! Mohon Ampun pada Allah SWT jika pendapat ini bertentangan dengan kehendakNya.

Basuh Baju said...

saudara sekalian:

apa yg aku timbulkan ialah mengapa bulan, hijau dan bulat sabit itu dikatakan imej Islam? apa buktinya?

PAS mmg menggunakan simbol bulan. Tapi harus diingat bulan ialah PAS dan bulan itu bukan Islam. ia adalah dua perkara yang berbeza.

Ini yg saya cuba sampaikan..

Dari Jalan Kopi said...

bulan dengan PAS cukup sinonim sama mcm keris dengan UMNO.

berdasarkan kepada pensejarahan - kedua dua parti ini telah lama menggunakan lambang itu menyebabkan mereka mengesahkan bulan dan keris milek mereka.

idea ini telah dicedok olih triple H di dalam arena gusti dimana di seluar dalamnya menggunakan lambang tukul besi. triple H juga akan menggunakan tukul besi ketika dia gagal utk mengalahkan lawannya. akhirnya tukul besi menjadi sinonim dan sebahagian dari lambang triple H.

sedarkah kita sabenarnya keris bulan bintang gunung ganang tukul besi ragum meja dan mata pensil adalah milek kita bersama sebagai anak semua bangsa?

lambang-lambang ini adalah titek tolak kepada kemunculan identiti. identiti adalah titek tolak kepada persepsi dan persepsi adalah titek tolak kepada manifestasi apa yang berlaku.

lihat bagaimana pada 8 Mac pengundi di selruh seenanjung telah bagitu jijik melihat lambang dacing?

dacing satu metafora dimana identiti sebagai penimbang tara keseramataan telah ditolak oleh persepsi rakyat dimana manifestasinya kerajaan BN hampir tumbang.

sekian.
buatlah apa saja asalkan yang baik

Dari Jalan Kopi said...

penambahan :

islam dan bulan ada mempunyai hubung kait. jika kita melihat kalender islam ia berkait rapat dengan bulan. bulan-bulan di dalam islam menggunakan bulan sebagai pengukuran.

ianya berbeda dengan kalender yang kita biasa gunakan dimana mereka menggunakan matahari sebagai pengukuran.

pengukuran pasang surut air dilaut juga menggunakan bulan sebagai rujukan.

edah saorang wanita yang diceraikan olih suami juga menggunakan bulan sebagai ukuran.

sekian.
buatlah apa saja asalkan yang baik

Basuh Baju said...

Dari jalan kopi telah menjelaskan dengan baik.. Identiti memang melahirkan persepsi. maknanya Bulan telah dipersepsikan dengan Islam..

apapun, yang penting segala benda ini tidak wajar diprivatekan..

hamba said...

sebenarnya, bukan hanya bulan untuk semua orang... sebenarnya Nabi Muhammad, Quran jugak.. bukan hanya untuk org Islam.. Untuk semua manusia.. Rahmat utk seluruh Alam..