Wednesday, April 1, 2009

Inilah cara nak buat duit senang- Utusan Meloya

KUALA LANGAT 31 Mac - Kerajaan memperuntukkan RM118 juta bagi membangunkan laman web komuniti melibatkan 750 Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti (PPIK) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang berkata, ia tambahan daripada projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 dan Ke-9.

Katanya, melalui laman web itu, pengguna Internet boleh mendapatkan maklumat mengenai kampung terlibat di bawah program USP.

Woit! biar betul! RM118 JUTA untuk bangunkan laman web? Ini nak buat laman web ke nak buat sekolah? hahahaha

Jangan nak tipulah. Buat satu laman web kosnya tak sampai satu juta pun. Ini bukan laman web macam Yahoo...! Laman web ini lepas ni boleh masuk Malaysia book of record..hahaha Laman web paling mahal dalam sejarah..hahaha

Tau tak RM118 juta boleh beli apa? 2300 rumah kos rendah.. 120 biasiswa pelajar buat perubatan di UK...hahaha

Siapa pakar komputer- sila jawab. Nak buat laman web berapa kos?

8 comments:

Cob Nobbler said...

nko tau tak RM118 juta tu boleh bina berapa banyak rumah kos rendah kepada rakyat miskin?

ini satu joke yang paling aku tak boleh blah.

Aku rasa blog aku Teh Tarik Gelas Besar yang free ni pun ramai gak viewers.Aku tak fikir blog RM118 juta tu akan diview begitu ramai.

Anyway,aku link nko.Blog nko tak hot,blog nko cool.(macam tagline Xfresh je haha!)

Link jangan tak link!

Cob Nobbler said...

By the way,count me in.

Tukar Tiub,Basuh Baju,Teh Tarik Gelas Besar.haha,kita tidak berbaris dan kita tidak berpakat.

Kita berpaksikan kebenaran.

Anyway selalu-selalulah visit blog aku.Aku dah jadi follower blog nko dah.haha!

Internationale tetaplah di dunia.Hiduplah rakyat marhein!

HBM Consultant said...

Hishh, jangan pertikai apa-apa.. Betullah begitu kiraannya. Bukankah mereka ini pakar membuat kira-kira. Mereka inilah yang mahu anak-anak generasi akan datang bijak mengira seperti mereka (melalui ppsmi).

Ally Hassan said...

pfft!
asal ade computer dan software.. jalan aje~

tak sampai 118j kan?

mizbi said...

salam..

biasa la tu.. nama pun kerajaan gila kuasa, pembohong, perompak dan byk lagi..

dia guna wt projek tu sedikit. tapi rasuah kroni, songlap, gelapkan dan sebagainya yang menyebabkan jadi begitu mahal.. komisyen lagi.. bese la tu..

igt pembelian kapal selam.. komisyen kan lagi mahal dr harga kapal selam.. hehehe.. sampai ada org kene letup.. hehehe.. tapi sape peletupnya.. mestilah manusiakan.. takkan Najis.. hehehe..

UMNO, BN dengan duit(rasuah) adalah bagai kentut dgn najis.. sama2 busuk dan bersandaran.. hahaha..

Basuh Baju said...

Nami: Ye, kita sepakat dlm satu perkara. Menolak perkara karut marut melalui blog free kita.haha

tq link. aku pon dah link dah.

btw, aku xreti wat banner nk nmpk fresh.haha akan aku visit selalu. rajinkan update dan sebarkan. :)

Marni: perli baik nampak.haha mesti dorg xblaja PPSMI sbb tu dapat kira kos 118 juta kan? haha

Aleya: of coz xsmpai 118 juta. giler apa. boleh wat kampus cawangan MMU lg..:p

Mizbi: Sleagi ada manusia camni dlm BN, macam mana nak berubah.

alone said...

peh. betul ke sampai 118 juta ni?

satu laman web portal/komuniti paling kurang berapa puluh ribu jek.

RM118 ribu boleh percaya jugala.

nak bayar sapa2 kot? haha. mahal betul.

rakyat ramai lagi yang miskin dan buta IT, xdapat coverage. tolong la yang itu dulu. kalut nak buat laman web pulak.

aduyai.

Rambouillet said...

Apa nak di kata...
da memg adat dorang..
projek mane ade yg murah2..
musti mahal2 je sume..
xmen la puluh2 ribu...
xde untung ma...