Saturday, April 18, 2009

Berita RTM kembali jam 8- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melakukan perubahan waktu bagi slot beritanya termasuk bagi berita utama Nasional@1 (Bahasa Melayu) yang akan kembali bersiaran pada jam 8 malam mulai Isnin ini selepas dipinda ke jam 9 malam sebelum ini.

Flip Flop? hahaha

Mula-mula jam 8... tup tup tukar jam 9 sebab nak tunggu orang kampung balik surau dulu.. sekarang jam 8 balik..hahaha

Faham tak apa maknanya? hahaha

Maknanya orang ramai dah tak tengok RTM la..hahaha Buatlah jam berapa pun. Berita RTM tetap orang tak nak tengok. hahaha

Woit! Yang patut ditukar bukan waktu siaran. Yang patut ditukar bukan pembaca berita. Yang patut ditukar bukan logo RTM. hahaha Apa yang patut ditukar?

Yang kena tukar ialah kandungan berita la! hahaha Orang dah menyampah tengok berita RTM sebab terlalu kelakar. Kalau berita kerajaan, semuanya baik. Kalau berita pembangkang, semuanya buruk. hahaha Tak boleh ke kritikal dekat kerajaan dan bagi peluang untuk pembangkang?

Macam mana internet dan blog tak menjadi sumber orang ramai sekarang.. aiyyah, ini pun mau ajar ka?

9 comments:

fahmi said...

assalamualaikum.. dulu kemain agy tuko itu ini kat tv1 dgn tv2.. last2 wat gak balik brite jam 8.. waktu puncak katakan.. sape yg tgk? pakcik2? geng barisan? brite dh la bias, kredibiliti mmg xyah citer r.. adoyai... xpela, bukan aku nk tgk pun brite2 tuh.. huhuhu

Cob Nobbler said...

Buat pukul 8 balik?

Eh wujud lagi ke RTM ni sebenarnya?Macam hidup segan mati tak mau je.

Aku rasa RTM ni macam membazir duit rakyat je,sebab buat siaran takde orang nak tengok.

Prof. Era Pasca said...

hahahaha kincing kuat RTM ni... terlalu berterusterang rtm dalam memperbodohkan orang lagi... hahah

Basuh Baju said...

fahmi: w'salam itulah dinamakan perubahan kosmetik shj.. setiap menteri yg dtg setiap kali itulah adanyer rebranding. tukar logo, tukar slogan.. semua ni maknanya apa? duit beb.. masyukk..dapat kontrak dari kerajaann.. hahaha

Nami: Ha'ahla.. hidup lagi rupanya RTM ni kan.. RTM ni memang membzairkan duit rakyat pun. xde bisnes viable lgsg mcm TV swasta lain..

ok, mmgla semua spesis TV sama je bias. tp at least, ngko buatla RTM tu nampak mcm TV3 ke. ini muzik pun muzik org nak pencen.. macam mana iklan nak masuk. bila iklan tak masuk, xdela income. xde income, kerajaan ar yg bayar gaji2 dan kelengkapan. duit kerajaan tu bukan duit rakyat?

baginda: nama pun lidah rasmi kerajaan. mmg tugas depa nak sampaikan apa yg kerajaan buat. tp kalau dah sampai nak pilih2 berita untuk disiarkan mana boleh kan.

tugas stesen TV kerajaan untuk menerangkan kepada org ramai ttg dasar dan perjalanan kerajaan shj. tidak bermakna menutupi kesalahan kerajaan..

donad said...

RTM tak best.
xkn dieorang yg keje kat RTM tu xpasan kot.hisshh~

HBM Consultant said...

Saya menonton berita hanya untuk mengetahui bas mana yang kemalangan lagi, berapa saman pemandu bas, mat rempit mana pula lari dari polis, siapa pula mangsa samun hari ini...

Bila keluar saja muka pemimpin politik tanah air, belumpun sempat suara mereka kedengaran, saya terus lari ke dapur menyiapkan hidangan makan malam... makan lagi bagus!

Haru sungguh...

sheikh teluk intan said...

Salam Basuh Baju,

Pak sheikh dah salin dan tampal entry ini kat blog pak sheikh.

Terima kasih , anak muda. Teruskan menulis.

Basuh Baju said...

kak dee: RTM utk org tua2.. dengar muzik pun dah tau..huhu

marni: bila nak sediakan makanan tu, pastikan tutup RTM dulu, takut2 mengganggu rasa makan malam..hahah

sheikh: terima kasih..

Khazinatul Asrar said...

buat keje dpt income...
xbuat keje org ngutuk..
RTM dari dulu memg xbest..
tapi bila dorg wat tv1 tok infi tv 2 tok hiburan..
rajin gak la aku tengo..
tu pun kene pilih gak..
berita RTM memg aku xtengok..\nak muntah rase..
..patot la kalo tgk cite kat RTM iklan kejap je...