Saturday, April 18, 2009

Satu skrip drama tentang pilihan raya kecil


COSTLY BY-ELECTIONS- The Star

The five by-elections which have been held in the country following the 2008 general election have cost Malaysian taxpayers RM33.4mil.

NO, SAY THE PM- NST

"The principle of by-elections, according to the Constitution, is about a member of parliament or state assemblyman who is incapacitated because of death, bankruptcy or of some inability to perform.

PKR BAGAI MERESTUI KESALAHAN MORAL ELIZABETH APABILA KEKAL SEBAGAI ADUN- Utusan
____________________________________________________________

" Aku dengar nak ada pilihan raya kecil lagi. Membazir betul! " Najib Ibrahim.

" Kenapa tiba-tiba baru sekarang timbulkan soal membazir pulak? Habis tu pergi Disneyland, beli kapal selam, dan beli kapal perang itu tak membazir?" Anwar Razak.

" Itu hal lain. Sekarang ni kan kita patut fokus terhadap masalah ekonomi dari sibuk berpolitik." Najib Ibrahim.

" Nak buat macam mana, kita kan ahli politik. Kerjanya berpolitik je lah. Lagipun politik ni kan kehidupan." Anwar Razak.

" Berpolitik sampai ekonomi lingkup? Itu matlamat kau dengan adakan PRK tiap-tiap bulan?" Najib Ibrahim.

" Siapa kata ekonomi lingkup masa PRK? Masa PRK lah ekonomi sesuatu kawasan tu nak naik. Duit berjuta-juta akan dipamkan. Restoran penuh, hotel penuh. Projek sana projek sini, dapat itu dapat ini. Senang cakap 'duit rakyat untuk rakyat untuk memilih wakil rakyat." Anwar Razak.

" Pilih wakil parti..... bukan wakil rakyat. Tapi yang kau sengaja suruh ADUN kau letak jawatan tu kenapa? Alasannya nak sambung belajar buat master. Kalau dah tahu nak belajar, kenapa bertanding?" Najib Ibrahim.

" Guna akal la beb. Sebenarnya dia letak jawatan sebab rasuah kuari kat Penang. Aku nak bersihkan parti aku dari ADUN-ADUN yang korup. Aku tak nak parti aku jadi macam parti kau." Anwar Razak.

" Masalahnya kau jugak yang pilih diorang untuk bertanding dulu masa PRU. Nampak sangat calon-calon kau jenis bidan terjun dan tak ada kelayakan. Sekarang bila dah jadi camni, membazirkan duit rakyat je. Elok-elok duit tu boleh buat projek pembangunan, terpaksa dihabiskan kat PRK yang sengaja diadakan. Kau ni tak fikirkan rakyat ke?" Najib Ibrahim.

" Inilah harga yang perlu dibayar untuk nilai sebuah demokrasi. PRK ialah satu cabang demokrasi. Kau pun kata asas PRK ialah ketidak keupayaan seseorang calon untuk berkhidmat. Ha, ADUN aku ni memang tak ada upaya dah nak khidmat kepada rakyat. Itu yang aku suruh dia letak jawatan." Anwar Razak.

" Lain kali pilih calon yang betul-betul layak dan berkaliber." Najib Ibrahim.

" Elizabeth Wong ADUN berkaliber. Tapi bila aku kekalkan dia sebagai ADUN, kau pulak kata aku tak pentingkan isu moral. Bila aku suruh Fairus letak jawatan sebab isu moral, kau kata aku nak membazir duit rakyat pulak. Mana satu ni?" Anwar Razak.

" Errr.. aku balik dulu. Letih aku nak berdebat dengan kau. Lagipun Wan Rosmah ajak baca Utusan sama-sama." Najib Ibrahim.

Hari ini Basuh Baju ingin mengajak para pembaca memberi pendapat tentang pilihan raya kecil. Adakah anda semua bersetuju pilihan raya kecil dijalankan? Atau tidak?

11 comments:

Baginda Reformasi said...

basuh baju jgn pening mudah saja... klu BN taknak letak calon bagi je PKR ganti calon... tak payah keluar duit... maruah pun kurang calarnye... hehhe

Basuh Baju said...

itu idea yg bagus sebenarnya.. kalau betul nak fokus dekat ekonomi, tak payah bertanding.. duit pun tak kuar. maruah pun terjaga. biarlah Pakatan bertanding sorg2. kalau menang tanpa bertanding, duit pun tak membazir..

nami o fish said...

Aku rasa dua2 memang kerja nak menipu rakyat.

Basuh Baju,ingat lagi tak topik 'candu politik' yang pernah nko katakan dulu?

Pilihanraya kecil ni serupalah dengan pesta parti buih dan pengedaran syabu politik kepada rakyat.Pada masa ini projek2 dan janji2 disebarkan.Rakyat yang ketagihan memang menunggu peluang ini.Inilah masanya untuk melepaskan kegianan ketagihan politik.Ramailah pelancong politik yang datang ke kawasan pilihanraya.

Jadi,bila ada penagih,drug pusher jadilah kaya.Sape drug pusher?Mereka yang berbaris dan berpakat ini lah.

Basuh Baju said...

nami: aku rasa skrg ni tahap gian rakyat kita dah kronik..sampai aku rassa nak pulihkan dari ketagihan dorg ni susah sgt..

aku ada fikir satu solution, cara terbaik nak rawat ketagihan candu politik ni ialah dengan mewujudkan candu yg baru.. candu itu ialah budaya politik yg baru..

langkah pertama ialah kabinet bayangan.. biar kita tgk budaya who's better daripada the lesser than two evils...

setuju?

nami o fish said...

Bukan Basuh Baju,

Dadah methadone(dadah yang digunakan untuk memulihkan ketagihan) adalah blog-blog entry macam kita buat.Kita pulihkan ketagihan mereka dengan artikel yang kita buat.Kabinet bayangan ala Anwar menambahkan lagi ketagihan tu.

Jadi ubat-ubatan yang kita,sebagai paramedik penyelamat manusia yang menyelamatkan manusia dari ketagihan politik ni adalah artikel2 kita supaya membuatkan mereka ini semua berfikir.

Kita dipanggil penghasut dan pengkhianat,sebab kita menentang ketagihan mereka.Aku baca orang comment blog nko kutuk2 nko,macam tu jugak apa yang aku rasa.

Pembebasan utama adalah pembebasan minda.Untuk bebas,Capital R diperlukan.

Dan kita sedang dan akan menjalankan Capital R dalam blog2 kita.

"Freedom without Socialism is privilege and injustice and Socialism without freedom is slavery and brutality."

-Mikhail Bakonin.

Biarlah sosialisme dan kebebasan bekerjasama bersama-sama demi rakyat!

Basuh Baju said...

hmmmm.. ko telah buatkan aku terfikir... bagus2..

Anonymous said...

dialog ko terbaek!
anwar razak?
najib ibrahim?
kah kah kah

aku sokong PRK! DAPAT PESTA BEB!

Anonymous said...

dialog ko terbaek!
anwar razak?
najib ibrahim?
kah kah kah

aku sokong PRK! DAPAT PESTA BEB!

nami o fish said...

"People loves to listen to lies because truth hurts".

-Sherina Ellyana.

Orang memang suka dengar perkara menipu,tapi tak suka dengar kebenaran.Fan Man United tak suka dengar kisah Malcolm Glazer dan hutang-hutangnya.Penyokong Pakatan Rakyat suka dengar janji Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan.Penyokong Barisan Nasional suka mendengar janji-janji One Malaysia atau Islam Hadhari atau Wawasan 2020 pemimpinnya.

Orang memang suka dengar perkara menipu.Lagi canggih penipuan tu,lagi la orang suka dengar.Orang tak suka dengar kebenaran sebab ia menyakitkan.Tapi yang menyakitkan itulah ubat.Ubat yang pahit itu selalu mengubati.

Sebab tu tugas kita revolusioner cyber ni,agar terus berjuang untuk menulis kebenaran,walau kita dicop sebagai pengkhianat atau penghasut sekalipun.Kerana kebenaran itu memang menyakitkan.

"The more lies to be tell to the people,the more it will be the truth".

-Adolf Hitler.

fahmi said...

assalamualaikum... PRK bagus sebab nmpk la rakyat dpt untung, jln turap, kemajuan fizikal mendadak.. tp x bagusnya, belanja beso sgt.. baikla rancang perkara2 yg betul2 beri manfaat kpd sume rakyat... bukan kroni, bukan ahli gerombolan.. sume org tnpe kire kaum... barulah betul...

Anonymous said...

порно фото школьницы 18 лет http://free-3x.com/ частное порно фото малолетки free-3x.com/ порно фото секс с малолеткой [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]