Tuesday, August 31, 2010

Parti Berbilang Bangsa

DAP sering mendakwa parti politik yang berasaskan bangsa adalah parti yang rasis. Hanya parti yang menerima ahli dari pelbagai kaum sahaja dianggap berbilang bangsa. Oleh itu DAP dianggap parti politik yang tidak rasis. Tetapi adakah ianya benar?

Apabila seorang pengetua di Johor mengeluarkan kenyataan yang rasis, Lim Kit Siang- pemimpin DAP yang paling demokratik di Malaysia telah mendesak kerajaan mengambil tindakan yang tegas. Malah si rasis dan ekstremis yang mengeluarkan kenyataan rasis haruslah dihukum- jika perlu, ditahan di bawah ISA.

Mendengar desakan daripada pemimpin politik yang paling lama di Malaysia, kerajaan telah bertindak tegas untuk mengambil tindakan terhadap Namewee yang telah menyiarkan video klip rasis sebagai tindak balas terhadap pengetua tersebut.

Tetapi DAP- yang terkejut dengan tindakan pantas kerajaan telah tampil untuk mempertahankan Namewee. Sebaliknya kali ini DAP mahukan kerajaan menyiasat pihak polis. Bukankah DAP yang mahukan kerajaan bertindak tegas? Ini tidak tumpah samanya seperti tindakan Perkasa yang mempertahankan pengetua sekolah di Johor. Adakah DAP adalah Perkasa versi Cina? Atau perjuangan anti-rasis DAP bersifat selektif? Tetapi bukankah DAP parti berbilang bangsa?

DAP boleh terus mendakwa mereka adalah parti politik yang tidak rasis dan berbilang bangsa. Mereka boleh terus menuduh UMNO, MCA dan MIC adalah parti yang rasis. Tetapi menjadi parti yang membuka keahliannya kepada semua kaum tidak bermakna mereka tidak rasis. Malah mereka lebih teruk kerana bersikap hipokrit. Setidak-tidaknya UMNO, Perkasa, MCA dan MIC mengaku mereka mempertahankan bangsa masing-masing.

Selamat hari merdeka ke 53! Semoga Malaysia menjadi lebih demokratik agar isu perkauman dan agama dapat terus dimainkan dengan lebih dashyat.

Monday, August 23, 2010

Kelemahan Dinar Emas sebagai mata wang

Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan dinar emas. Ramai yang menyangka inilah idea dinar emas yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir.

Sebenarnya mereka tersilap. Konsep dinar emas yang dicadangkan hanya untuk bayaran dagangan antarabangsa. Itupun hanya dibayar bagi lebihan import-eksport antara dua buah negara. Bayaran ini masih dibuat dengan mata wang kertas tetapi nilainya disandarkan pada nilai emas.

Dinar emas tidak pernah dicadang untuk dijadikan mata wang bagi kegunaan jual beli seharian seperti yang diumumkan oleh kerajaan Kelantan. Mengapa?

Pertama kerana dunia tidak punyai cukup emas untuk dijadikan kegunaan harian 6 billion umat manusia. Malah tidak semua negara yang ada emas.

Kedua kerana dinar emas akan membantutkan pertumbuhan ekonomi. Emas adalah komoditi yang berharga. Harganya sentiasa tinggi dan stabil. Lebih penting, emas mempunyai nilai di mana-mana sahaja. Nilainya tidak tertakluk kepada undang-undang dan kadar faedah yang ditetapkan oleh sesebuah negara.

Oleh itu dengan menjadikan komoditi berharga seperti emas sebagai mata wang, ianya akan menyebabkan orang ramai enggan untuk berjual beli. Mereka akan lebih gemar menyimpan daripada berbelanja kerana tahu di masa akan datang harganya akan naik. Bayangkan jika semua orang menyimpan. Siapa yang akan membeli? Aktiviti jual beli akan merudum jatuh. Adakah ini suatu perkara yang sihat bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara?

Lebih menyedihkan kerajaan tidak akan mampu untuk menggalakkan orang ramai berbelanja melalui kawalan kaedah faedah seperti mana yang dilakukan kepada mata wang kertas.

Ketiga kerana kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi. Disebabkan emas adalah sumber yang terhad, harganya akan terus meningkat. Ini disebabkan permintaan yang melebihi pengeluaran. Kalau untuk mendapatkan mata wang pun sudah menjadi mahal, inikan pula untuk membeli barang-barang lain?

Tetapi tidak mengapa. Peniaga dan pembeli sudah bersetuju untuk melakukan transaksi jual beli dengan menggunakan dinar emas. Bank Negara Malaysia tidak akan mampu menghalang perkara ini.

Kita sebagai muslim juga tidak sepatutnya mehalang perjuangan suci kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Aadalah lebih bagus jika jihad ekonomi ini diperkenalkan di kesemua negeri di Malaysia- baik kerajaan negeri hinggalah kepada orang perseorangan. Mereka seharusnya diberikan kebebasan untuk melebur emas rantai, gelang, cincin etc,etc untuk dijadikan dinar emas.

Bukankah ini perkara yang islamik untuk dilakukan walaupun sebenarnya nama 'dinar' itu berasal daripada mata wang empayar Rome yang bernama 'denarius'?

Ah, tidak mengapa, kita adalah muslim yang baik.

*

nota kaki: untuk melihat petanda-petanda dinar emas ini akan membawa kesan buruk kepada aktiviti ekonomi, sila baca berita di bawah.

Rush for dinar in Kelantan

Thursday, August 19th, 2010 00:09:00

KOTA BARU: Kelantanese from all walks of life crowded the Ar-Rahn Islamic Mortgage Centre here on Wednesday, the first day the dinar and dirham are sold to the public, to purchase the coins which are introduced as an alternative currency for the people in Kelantan by the state government.

A survey by Bernama found that most of them wanted to buy the dinar and dirham coins to be used as accessories, like lockets, and others simply wanted to keep them as personal collections.

One of them, Zainun Che Aziz, 60, said the dinar was the latest trend for gold items in the market. "Gold comes in various forms and sizes in the market. The latest is in the form of dinar. I have to buy it is unique and I want to use them as lockets for my grand-daughter."

"It will be a loss if I don't get it now. Who knows, suddenly they stop selling the dinar and I'll make money." she said.

Thursday, August 19, 2010

Kebebasan beragama, demokrasi dan perasaan sensitif

Presiden Barack Obama telah menyokong pembinaan masjid di tapak Ground Zero (ex-WTC). Bagaimanapun rakyat Amerika Syarikat- rakyat negara paling demokratik di dunia telah membantah sokongan ini. Nampaknya pembinaan masjid dilihat sebagai tidak sensitif terhadap 3000 mangsa korban insiden 9/11.

Perasaan sensitif mangsa dikatakan lebih penting daripada kebebasan mengamalkan agama.

Di Malaysia, tidak lama dahulu terdapat kejadian demonstrasi kepala lembu ekoran kerajaan negeri yang tidak sensitif terhadap penduduk majoriti muslim dalam memindahkan rumah ibadat penganut agama hindu. Malaysia telah dikritik sebagai tidak demokratik, tidak menyokong hak asasi manusia dan tidak menghormati kebebasan beragama.

Tetapi apabila Switzerland mengharamkan pembinaan minaret di masjid dan Perancis mengharamkan tudung- mereka dianggap demokratik kerana mendengar suara majoriti. Always double standard.

Oleh itu orang muslim tidak perlu berasa hairan mengapa pembinaan masjid di Ground Zero dikatakn tidak sensitif walaupun mangsa korban 9/11 juga terdiri daripada orang muslim. Di fikiran rakyat Amerika, orang muslimlah penyebab tragedi 9/11. Tidak perlu ditubuhkan tribunal khas bagi mencari siapakah dalang sebenar kerana mereka adalah negara maju yang arif mengenai the rule of law.

Sebaliknya, kita perlu bersyukur kerana sempena bulan Ramadhan yang mulia ini rakyat Amerika telah belajar untuk memahami perasaan sensitif. Malah mereka sanggup mengenepikan prinsip demokrasi (kebebasan beragama) yang mereka sering paksakan di negara lain.

Semoga perasaan sensitif mereka tidak terhenti setakat 3000 mangsa WTC sahaja tetapi turut dilanjutkan kepada ratusan ribu rakyat Afghanistan , Palestin dan Iraq yang mati akibat peperangan yang dimulakan oleh Amerika.

Carrot and Stick

Ganjaran dan Hukuman

Kes buang bayi semakin meruncing. Hampir setiap hari, ada sahaja kes baru yang dilaporkan oleh akhbar.

Kerajaan bercadang untuk menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah. Yang mengejutkan, Karpal Singh- penentang tegar 'capital punishment' juga bersetuju dengan langkah ini.

Namun MCA dan beberapa NGO tidak bersetuju dengan cara capital punishment ini. Bagi mereka masalah pembuangan bayi haruslah dibendung dari puncanya. Oleh itu kerajaan perlu memberi bantuan kepada remaja yang mengandung dan juga menyediakan kemudahan seperti 'Hatch Centre'.

Pada masa yang sama, OrphanCare- sebuah badan NGO telah melancarkan 'Hatch Centre' pertama di malaysia yang terletak di Petaling Jaya. Dan pusat ini telah menerima bayi pertama pada 27 Jun yang lepas.

Sementara itu di Jasin, sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung juga turut diperkenalkan oleh kerajaan negeri Melaka.

*
Apa yang saya cuba timbulkan di sini?

Kita sering mendengar ungakapan 'educate not legislate'. Ungkapan ini sering dimainkan oleh orang ramai apabila pihak berkuasa memperkenalkan hukuman baru bagi menangani sesuatu masalah.

Bagi mereka hukuman bukanlah segalanya.

Namun pada masa yang sama ada pula golongan yang sibuk menggesa pihak berkuasa untuk mengetatkan dan menggubal undang-undang baru bagi menghukum si pesalah.

Golongan ini berpendapat hukuman yang berat dapat mengurangkan masalah.

Oleh itu, apabila perbincangan cuba diadakan dalam mencari solusi terbaik terhadap sesuatu masalah, kedua golongan ini akan saling berlawanan.

Apa yang kurang difahami oleh kedua golongan ini ialah- dalam setiap masalah kita perlukan approach 'carrot and stick'. Kite perlu beri ganjaran kepada mereka yang tak terlibat dan menghukum kepada yang bersalah.

Seperti masalah buang bayi- untuk pasangan-pasangan muda yang tidak tergamak nak buang bayi mereka- kita sedaikan 'hatch centre'. Tetapi untuk mereka yang masih lagi membuang bayi di sebalik kewujudan Hatch Centre, kita jatuhkan hukuman yang lebih berat misalnya hukuman mati.

Ini adalah satu contoh dalam menangani sesuatu masalah.

Sebenarnya di dalam banyak perkara lagi kita boleh praktikkan solusi seperti ini. Misalnya bagaimana untuk meningkatkan kualiti perkhidmatam awam. Di samping kerajaan memberi ganjaran kepada top-performers, kerajaan perlu 'memudahkan' urusan untuk membuang/memecat kakitangan awam yang tidak efektif. Tidak perlu banyak surat amaran atau pun 'transfer'.

Di dalam memastikan pelajar Malaysia yang ditaja ke luar negara pulang berkhidmat di tanah air, kerajaan boleh membayar gaji mereka sama dengan sektor sawasta. Tetapi mereka yang tidak pulang pula haruslah dihukum dengan hukuman yang lebih berat seperti ditarik balik hak kerakyatan.

Ini hanyalah beberapa contoh. Selebihnya terpulang kepada para pembaca untuk mencadangkan.

Apa yang diperlukan ialah pendekatan carrot and stick.

Sunday, August 15, 2010

Keadaan Sudah Berubah.....

Saranan untuk membenarkan mahasiswa menyertai parti politik semakin hangat diperkatakan. Saya tidak berminat untuk mengulangi hujah yang sama dari kedua belah pihak. (untuk rekod, anda boleh membaca komen-komen di posting yang lepas.) Sebaliknya saya ingin mengupas dari sudut yang lain.

1. Mahasiswa yang berminat nak jadi ahli parti politik adalah golongan minoriti. Malah mahasiswa sekarang menyampah dengan perkataan 'politik'. Kaau tidak percaya- sila tanya pada diri mengapa lebih 4 juta pengundi muda tidak daftar mengundi?

Ini berbeza dengan keadaan pada 70-an di mana rata-rata mahasiswa terutamanya mahasiswa melayu yang majoritinya sangat berminat dengan politik.

Sudah jelas keadaan sudah berubah. Oleh itu kerajaan tidak perlu bimbang setengah juta mahasiswa di Malaysia tiba-tiba menjadi ahli mana-mana parti politik. Ini situasi yang tidak mungkin berlaku.

Samalah seperti ketika Sudut Pidato diperkenalakn di universiti awal tahun ini. Pada mulanya begitu ramai yang risau ia akan disalah gunakan. Mereka tidak yakin akan kematangan mahasiswa kita. Malah bersikap skeptikal. Tetapi sehingga kini, ada kita dengar sudut pidato digunakan untuk menghuru-harakan mahasiswa?

Apa yang saya cuba tunjukkan ialah hujah-hujah bersifat andaian seperti mahasiswa akan gagal dalam pelajaran, mahasiswa akan menjadi kuda tunggangan parti politik, mahasiswa akan melakukan demonstari setiap hari, mahasiswa akan membazirkan duit rakyat dan mahasiswa itu mahasiswa ini....bla bla bla...perlulah ditolak ke tepi.

Selagi mana kita berfikir andaian sebegini- jangan sibuk nak cakap mahasiswa adalah pemimpin generasi di masa hadapan.

Sudah tiba masanya kita mempercayai bahawa mahasiswa kita sudah matang.

Kalau kita boleh membenarkan mahasiwa berpolitik dengan cara mewujudkan sudut pidato, menganjurkan pertandingan debat dan menjemput ahli-ahli politik untuk berforum- mengapa kita tidak boleh tambah satu lagi hak iaitu membenarkan mereka menjadi ahli parti politik?

2. Keadaan lain yang sudah berubah ialah betapa ramainya graduan melayu yang sudah bergelar professional. Mereka kini sudah ada yang menjadi doktor, jurutera, arkitek, akauntan, peguam dan etc,etc. Ini adalah sangat berbeza dengan keadaan dahulu.

Apabila AUKU diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir, salah satu tujuannya adalah untuk memastikan kejayaan perlaksanaan DEB dalam bidang pendidikan. Hasil daripada DEB, jumlah pelajar bumiputra yang diterima masuk di universiti bertambah dengan banyaknya.

Namun bilangan kemasukan tidak menjamin bilangan yang akan berjaya keluar dengan segenggam ijazah. Di sinilah peranan AUKU yang membantutkan semangat pelajar di dalam kegiatan politik.dan memastikan pelajar fokus terhadap pelajaran. For better or worse, ini terpulang dari perspektif siapa kita melihat AUKU.

Bagaimanapun ini keadaan 35 tahun dahulu.

Hari ini di zaman facebook, twitter dan blackberry- AUKU (yang menghalang mahasiswa daripada menyertai parti poltik) sudah tidak diperlukan. AUKU telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memastikan kejayaan DEB di universiti. Begitu ramai professional melayu yang berjaya dihasilkan.

Jadi kalau sudah berjaya mencapai objektifnya- mengapa perlu kekalkan lagi larangan yang menafikan hak mahasiswa untuk sertai parti politik?

3. Keadaan ketiga yang sudah berubah sekarang ialah kita ketandusan pemimpin yang intelektual. Lebih membimbangkan perkara ini begitu serius di dalam parti pemerintah ie UMNO.

Adalah menghairankan melihat golongan yang menuntut di menara gading tidak dibenarkan menjadi ahli parti politik tetapi golongan yang tidak terpelajar dibenarkan menyertai parti politik seawal umur 18 tahun.

Pemimpin bagaimanakah yang bakal kita perolehi? Kita sudah melihat hasilnya dengan wujud ketua bahagian yang tidak pun mempunyai ijazah. Malah mereka terpaksa menipu dengan membeli ijazah. Exco Pemuda UMNO dan Putera UMNO juga sudah diwakili oleh mat rempit.

Walaupun mahasiswa boleh aktif dalam parti politik selepas graduasi, tetapi ketika itu mereka sudah 5-6 tahun terkebelakang. Dalam politik, tempoh selama ini cukup banyak pengalaman yang boleh ditimba.

Meihat kepada keadaan ini- apakah penyelsaian yang kita ada melainkan membenarkan mahasiswa untuk menjadi ahli parti politik?

4- Keadaan seterusnya yang sudah berubah ialah kita mempunyai kerajaan yang lemah. Parti pemerintah boleh bertukar ganti menjelang pilihanraya umum seterusnya.

Dari sudut politik, pengundi muda khususnya golongan mahasiswa bakal menentukan parti mana di puncak kuasa. BN/UMNO tidak boleh terus dilihat sebagai parti yang menafikan hak mahasiswa. Walaupun hak ini datang dari golongan minoriti, tetapi ianya boleh dimanipulasi oleh parti lawan. Di akhirnya BN/UMNO juga yang rugi.

Untuk itu kerajaan tidak ada pilihan melainkan membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Lebih baik beri daripada tidak beri.

Seperti kata Khairy- " You want the youth vote, start by trusting them."

5. Keadaan paling besar yang sudah berubah ialah universiti kita sudah hilang rohnya. Fikrah mahasiswa tersekat di ruang lingkup politik kampus. Bagi mereka perjuangan dan idealisme hanyalah berkaitan pinjaman ptptn, masalah bas, asrama tak cukup dan harga makanan di kafe.

Kita juga jangan berpura-pura dengan menafikan penglibatan parti politik di dalam kampus. Baik UMNO, PKR, DAP dan PAS- kesemuanya meluaskan pengaruh mereka ke dalam kampus melalui mahasiswa. Ada yang beri duit, ada yang merekrut mahasiswa, dan ada yang menolong berkempen.

Tidak dilupakan juga Kelab Penyokong UMNO luar negara. Bukankah pelajar luar negara yang lebih banyak menggunakan wang rakyat? Mengapa mereka dibenarkan sedangkan pelajar tempatan tidak? Tidakkan ideologi politik universiti di luar negara lebih berbahaya? Mengapa wujudnya double standard?

Sebenarnya Kelab Penyokong UMNO luar negara adalah contoh terbaik untuk dijadikan case study. Berapa banyakkah pelajar kita di luar negara yang sertai kelab ini? Adakah 100%? Dan berapa ramaikah pula yang gagal dalam pelajaran disebabkan sertai kelab ini? Untuk melihat betapa bezanya antara politik kampus dan politik sebenar, Sila bandingkan forum yang dianjurkan oleh MPP IPT Malaysia dengan forum anjuran UKEC. Yang mana satu lebih segar dan intelektual?

Adakah kita tidak mahu melihat budaya ini hidup subur di universiti kita? Ingatlah- universiti bukan berkisar tentang cgpa, credit hour, anugerah dekan dan carry mark sahaja. Universiti adalah pusat pembelajaran dan menyertai parti politik ketika sedang belajar juga adalah satu bentuk pelajaran.

Mahasiswa mungkin akan gagal dan mungkin akan melakukan kesilapan sekiranya cadangan ini diterima. Tetapi bukankan kegagalan dan kesilapan itu yang mengajar mereka dalam menjadi seorang pemimpin yang bagus kelak?

*
Melihatkan kepada 5 keadaan ini- saya kira sudah tiba masanya mahasiswa dibenarkan untuk sertai parti politik.

Memetik ungkapan arkitek AUKU- Tun Dr Mahathir di blognya: "Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawan, maka batalkan sahaja AUKU."



ps: saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara average joe, nizam dan salah taip yang mana komen-komen mereka di entri sebelum ini begitu bernas. Inilah contoh budaya diskusi yang saya harapkan.

Thursday, August 12, 2010

Mari Berdiskusi!

STUDENTS STILL BANNED FROM POLITICS, MINISTRY WANTS NEWS HUSHED- M'kini

11 August 2010- The cabinet has decided against allowing university students to participate in party politics.

Higher Education Minister Mohamed Khaled Nordin (right) announced this today, the Star reported this afternoon.

This follows the statement by Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin yesterday that the government would not change its stand against allowing student involvement in politics.

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad had also voiced his disagreement with the proposal to amend the Universities and University Colleges Act to this effect.

Khaled said the decision, however, did not prevent students from learning about and following political developments.

"Section 15 of the Universities and University Colleges Act (AUKU) 1971 is already adequate as students are allowed to be involved in political parties if they obtain permission from their vice-chancellors," the Star reported him as saying.

In the latest development, federal government owned Bernama issued a note to editors at 6.30pm stating that Higher Education Ministry has requested the press not to publish any news on this.

Reacting to the government announcement, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin expressed strong disagreement on Twitter.

"(The) cabinet decision not allowing university students to be involved in political parties is gutless and indicates outdated thinking. There," quipped Khairy, who is also BN Youth head.

In a follow-up tweet, he said: "Here's a hint for the cabinet: You want the youth vote, start by trusting them."

Among those who had expressed support for allowing student involvement in politics were Deputy Education Minister Saifuddin Abdullah.

Meanwhile, PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin (right) said the cabinet's decision 'proves' the government's intention to restrict the minds of university students.

"What is the difference between teachers who have been allowed to participate in politics and university students and lecturers?

"PKR Youth believes and is convinced the reason (for the decision) is the concern that if the same rights were given to students, issues (that are of concern to) the people would be raised and drown Umno-BN," said the opposition leader in a statement.

Shamsul Iskandar also challenged the government to prohibit the activities of various Umno-linked groups that operate in local and foreign universities, such Kelab Umno, Kelab Aspirasi and Puteri Umno.

"The reality is that the students are the agents of change for the masses," said the lawyer.

Wednesday, August 4, 2010

Demokrasi Ada Harganya

Semua orang memuja demokrasi- sistem terbaik yang pernah dicipta oleh manusia.

Negara yang tidak mengamalkan demokrasi akan dipaksa mengguna pakai demokrasi di negara mereka. 500 ribu rakyat Iraq mati dibunuh atas 'perjuangan' untuk mengembalikan demokrasi di negara tersebut.

Begitulah hebatnya sistem demokrasi.

Berbalik ke Malaysia, demokrasi di negara kita adalah terhad. Kita bukannya liberal demokrasi. Namun kita tidak perlu berasa malu mahupun takut 500 ribu rakyat kita akan dibunuh oleh tentera Merika dan sekutu. Malaysia tidak pernah berazam dan berjanji untuk menjadi sebuah negara yang paling demokratik di dunia seperti Amerika, etc.Jadi setiap tindakan yang tidak demokratik di Malaysia berlaku adalah kerana kita memang memilih untuk tidak menjadi liberal demokratik.

Setidak-tidaknya kita tidak hipokrit.

Namun keadaan sudah banyak berubah semenjak 7 tahun yang lalu. Negara Malaysia mula menjadi semakin demokratik di bawah pemerintahan Pak Lah. Atau lebih tepat lagi selepas pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir.

Jumlah tahanan ISA semakin berkurangan, berpuluh demonstrasi berjaya diteruskan di sebalik tidak ada permit, mereka yang ditahan akan dilepaskan, hampir tiada permit akhbar yang ditamatkan, tidak ada operasi menangkap ahli-ahli politik, dan setiap orang bebas memberikan pendapat (atau sebenarnya mengutuk, mencaci dan menghasut) di alam siber.

Isu-isu sensitif seperti bangsa dan agama juga bebas dibincangkan dan dijadikan mainan politik oleh kedua belah pihak.

Setiap orang tampaknya gembira dengan perkembangan demokratik yang sihat ini. Kita sudah menuju ke arah liberal demokratik.

Bak kata parti pembangkang- inilah yang diinginkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia- tidak kiralah mereka yang tinggal di kawasan elit, Bangsar mahupun di ceruk pedalaman, Long Banga. Semuanya mahukan lebih demokrasi.

Disebabkan kita sudah menjadi semakin demokratik, muncullah kumpulan-kumpulan 'kanan' seperti PERKASA. Malah kita juga ada mendengar gesaan diwujudkan Perkasa versi orang cina pula.

Saban hari kita asyik mendengar berita seperti himpunan, forum dan demonstrasi daripada kumpulan-kumpulan ini yang pada akhirnya tidak membawa apa-apa kejayaan melainkan hanya membangkitkan kemarahan orang ramai. Simply because they are minority.

Sehinggakan sudah ada suara yang mahukan PERKASA diharamkan dan pemimpinnya ditahan dibawah ISA.

Paling menghairankan gesaan ini dibuat oleh mereka yang memperjuangkan demokrasi. Bukankah demokrasi bermakna kebebasan untuk memilih dan kebebasan menyuarakan pandangan?

Sebenarnya ini adalah harga yang perlu dibayar apabila negara menjadi semakin demokratik. Tidak dinafikan begitu banyak kebaikan daripada demokrasi. Namun demokrasi datang dengan harganya. Kalau dahulu, demokrasi menggantikan monarki dengan ratusan ribu nyawa yang melayang, tetapi kini harganya ialah kita hendaklah matang dalam menerima kumpulan-kumpulan kanan seperti Perkasa.

Kalau tidak bersedia, jangan sibuk jadi juara demokrasi.

Apa yang diterima pada hari ini adalah kesan daripada apa yang diminta di hari semalam.