Wednesday, June 9, 2010

Antara Subsidi dan Bankrup

Ia sungguh menyedihkan melihat orang ramai sibuk berbincang sama ada negara kita bakal jatuh bankrup ataupun tidak. Nampaknya segala kajian dan cadangan PEMANDU dilupakan dengan hanya satu statement- 'negara bakal bankrup pada 2019'.

Ahli politik juga tidak banyak membantu sebaliknya memburukkan lagi keadaan. Seperti biasa- mereka lebih gemar menyalahkan Idris Jala.

Rakyat mungkin lega dan mereka pasti popular. Tetapi negara yang akan membayar harganya di masa akan datang.

Ramai yang tidak tahu, semenjak semenjak 1998, defisit fiskal kerajaan meningkat dari RM5 billion kepada RM47 billion pada 2009. Selama 10 tahun jumlah perbelanjaan negara melebihi pendapatan. Oleh itu, negara terpaksa meminjam. Hasilnya hutang negara dari RM90 billion bertambah kepada RM362 billion. Ini adalah peningkatan secara konsisten sebanyak 12% setahun. Jika trend ini tidak ditangani sehingga 2019, 100% pendapatan negara (KDNK) adalah untuk membayar hutang.

Di mana wang untuk pembangunan kalau begitu?

Kita boleh kata- kenapa tidak meningkatkan pendapatan negara. Tetapi kita perlu sedar sepanjang 10 tahun yang lalu KDNK negara hanya bertambah sebanyak 3%. Untuk mengekalkan jumlah subsidi sekarang, kita memerlukan pertumbuhan ekonomi sebanyak 12%. Persoalannya bolehkah kita di dalam keadaan krisis kewangan dunia masih belum pulih, Amerika masih gawat dan Eropah sudah mula bankrup?

Sekarang ini krisis hutang sedang melanda di Eropah. Mereka yang menentang kapitalisme berkata kapitalisme terjerat dengan krisis hutang. Ironinya, apabila kerajaan mahu mengurangkan hutang melalui subsidi, mereka membantah. Tidakkah ini bertentangan dengan perjuangan mereka?

Sekalipun negara tidak jatuh bankrup, subsidi mesti distrukturkan.

Hanya 3% daripada RM74 billion disalurkan kepada golongan susah (petani dan nelayan). Adakah kita mengsubsidi golongan kaya? Hampir separuh peruntukan subsidi digunakan untuk bahan bakar, tol dan tenaga. Bukankah ini menyebabkan over-consumption dan over-production?

Inilah sepatutnya yang kita bincangkan. Sistem subsidi sekarang ada yang tidak kena.

Yang saya hairannya- ahli politik kita tidak pula memberitahu dari aspek mana yang mereka tidak setuju tentang pemotongan subsidi? Adakah mereka ini sebenarnya mendapat manfaat dari subsidi? Atau kemarahan kita digunakan untuk kepentingan politik mereka?

Idris Jala bukan ahli politik. Beliau adalah teknokrat yang dilantik menjadi menteri. Sebab itu beliau berani mencadangkan sesuatu yang tidak populis.

Ramai yang kata cadangan beliau adalah 'political suicide'. Potong subsidi- kerajaan akan tumbang. Memang benar. Tetapi kerajaan perlu mengambil tindakan yang tidak populis demi kepentingan negara. Ubat yang pahit mesti ditelan untuk menyembuhkan penyakit. Dan krisis hutang adalah penyakit yang berbahaya kepada ekonomi negara.

44 comments:

Yiilek Pocik said...

ngong la ko ni..defisit fiskal dan hutang tu pon terjadi bukan pasal berbelanjaan lampau mahathir dan najib jugak ke?

kalau takde perbelanjaan yg sia2 cmtu negara boleh save banyak..

ape komen kau?

Cob Nobbler said...

Aku senang je.
Manusia - pergi balik ke bumi.
Tanam sayur,pergi ternak ayam sendiri.

Sy's Den said...

Bulan lepas :
DS Najib kata ekonomi Malaysia meningkat.

Sekarang :
Malaysia bakal bankrap?

Heh.

Emancipation Lr Mohd Ariff said...

To Yiilek Pocik :

Klau Tun Dr.Mahathir tue berbelanja yang terlampau, ape ko rsa yang melampau?...
Dier uat sume tue utk kepentingan negara jgk. Kalau negara kita kurang dikenali di serata dunia, mcm ner kita nk tarik pelabur asing...

sebab tue Tun tue bijak..sbab biar kuasa2 besar tahu keupayaan kita..

mengenai subsidi...x kn selama-lamanya kerajaan nk tanggung subsidi...
Orang Msia nie jd malas klau asyik bergantung pd subsidi semata2...

klau kita kurangkan subsidi and memberi subsidi pd mereka yang layak shj, hutang negara akan berkurangan sedikit demi sedikit...

Rakyat pun kna la tlong kerajaan jgk..jgn asyik nk kutuk pas 2 undi pembangkang disebabkan tidak puas hati...

Kowank ingat pembangkang tue leh majukan negara???...nk Anwar Ibrahim tue jd PM???....

So, kita sama2 tlong and baiki kelemahan ape yg kerajaan lakukan..
jgn uat otak jd lembab...x suka trus x sokong...nk negara kita jd mcm Thailand..asyik tukar2 perdana menteri...
klau mcm 2, smpai bla org tgk politik negara kita x stabil...ader peluang ker nk pulihkan ekonomi klau politik x stabil..dgan mentality msyarakat msia berada di takuk yg lama...

so, sma2 kita fkirkan yg trbaek utk negara kita..bkn menghentam x tntu psal...

joegrimjow said...

subsidi kat syarikat luar untuk menarik pelabur datang Malaysia pun 'banyak' juga

nak tarik pelabur atau nak bankrupt?

deus X machina said...

kalau tak kerana belanja besar utk projek2 yg membazir mcm bakun (apa jadi skang???), menyelamatkan kroni-kroni, bail-out, guna duit kerajaan untuk jentera p'raya....
no wonder la negara menanggung hutang yang banyak...

semua ini pada akhirnya, akan berbalik kepada cara kerajaan menguruskan ekonomi...
kalau pengurusan ekonomi betul dan efisien, takkan jadi sampai macam ni betul tak???

yang menanggung sapa???rakyat macam lu n gua

gman said...

setuju dgn deus x machina.

nampak sangat para menteri taknak kerugian kat pihak dorang, sebab tu dorang x address the real problem mcm yg bb ckp.

negara bankrupt, no hal!...bungkus barang bawak duit g pindah negara lain.

rakyat-rakyat? hah, duduk la tercengang kat sini.

Basuh Baju said...

Yillek Pocik:

perbelanjaan lampau Mahathir ke perbelanjaan sekarang Najib?

bagi contoh perbelanjaan sia2?

Projek PLUS?
SEPANG?
KLCC?
Jambatan Pulau Pinang?

Bagi contoh yang kukuh, then aku akan reply sama ada aku setuju itu perbelanjaan sia2 atau tidak.

Holden: nak turun ke bumi jadi petani pun perlukan subsidi, betul tak?

Syden: Ekonomi sekarang mmg meningkat.

Yang dijangka bankrup tu lagi 9 tahun. Itupun SEKIRANYA masalah subsidi kita tak ditangani.

macam kau jadi pekerja cemerlang sekarang, ttp kau mula ada masalah disiplin. adakah tak mustahil lagi 9 tahun kau akan dipecat?

Kruxco: nak undi pembangkang tak salah kalau mereka rasa itu pilihan yg lagi bagus.

cuma yg kita mahu kalau nak berhujah, substantiate dgn bukti yg kukuh. bukan sekadar cakap je,

joe: itu yg masalah sustainable nyer.

dulu kita bagi kadar elektrik murah utk tark pelabur2 luar bukak kilang di malaysia.

tp skrg kos bahan api dah meningkat.

jumlah subsidi dah tinggi.

Deus: projek bakun mmg gagal. ttp ada juga projek yg berjaya macam PLUS, Jambatan pulau pinang, proton dan petronas.

so how? kejayaan projek ini bukan sebab pengurusan yg cekap dan efisien?

sbnrnya sb kerajaan nak kembali kpd pengurusan yg cekaplah kerajaan terpaka potong subsidi.

kalau tak nanti jatuh bankrup. tak gitu? kalau negara bankrup, lu dan gua pon kena. kan?

deus X machina said...

Proton berjaya??kah kah kah
nasib baik kerana cukai import yang terlampau tinggi untuk kereta import...
cuba bermain di dalam pasaran yang sama tanpa apa2 kelebihan........tengok apa jadi??


sekarang Perodua pun dah potong Proton....

camana ngan subsidi untuk IPP, bail out dulu-dulu, etc...
elaun melampau2 untuk menteri, perbelanjaan yang membazir

kalau nak berbelanja tengoklah pada kemampuan dulu, utamakan mana yang lebih penting dulu....bila jadi camni, kena la kat rakyat balik.....

Besi Karat said...

subsidi untuk pelajar asing belajar kat sini pun ada jugak ye tak?
eh tiba2 aku rasa banyak betul subsidi kat malaysia ni.

persoalannya,mana satu yg nak dipotong,dikurangkan atau dikekalkan?

Besi Karat said...

deus X,

proton dikira berjaya sebab kereta pertama keluaran malaysia.
kahkahkah!

deus X machina said...

besi karat- ya...itu benar, keh keh keh

Ahmad Mimpi said...

Salam BB dan semua

wa rs skrg typical malaysian bila dh jd, salahkan kerajaan ttg apa yg berlaku. ni smua sebb sikap kita yg outer direction.

skrg, kita perlu pikir bahagian mana yg bermasalah dan apa yg harus dikurangkan?

bukannya menuduh yg ni berjaya dan ketawakan. sebbnya, 9 tahun lagi, kita akan ketawa bila btol2 malaysia bankrap.


isunya bukan bankrap

tapi lebih kepada bagaimana nk urus selia kewangan kerajaan supaya tk berterusan membazir. banyaknya berlaku ketirisan.

projek pembangunan harus ditumpukan kepada yg btul2 memerlukan dan menjana kewangan dalam masa 5-10 tahun selepas disiapkan.

semua pihak patut cari punca dan penyelesaian. bukannya ketawa bila dapat tahu negara ni akan muflis. sebbnya tk kira siapa, malaysia ni hak kita.

peduli malaysia

muzikri said...

subsidi x prnah bancruptkan negara
but mismanagement,yes
n klu kte nak amik greece sbgai cntoh,grecce bancrupt bkn sbb subsidi,bancrupt sbb mismanagment,n heavy political interference,n kat malaysia,bnda tu la yg jadi skang,
n psal subsidi tu,bleh x kte stop subsidi ntuk corruption dlu,sbb every year,kte hlg almost 2 billion,so klu save in 10 yers time bnda tu,dpt 20 billions,
n najib pn dlm hal nie,x mmbantu pun,idris jala bwat rasionalisation lab nie,tp bwat kluar statement,contradict gler,WTF!

Rahayu said...

AS SALAM TUAN TOLONG PANJANGKAN,

CARA HALUS AMENO BODOHKAN RAKYAT,
UTK LAHIRKAN GENERASI BODOH AMENO AMBIL GURU DARI KALANGAN SPM GRED3, ATAU TAK PAS ATAU TAK DAPAT MASUK UNIVERSITI UTK JD GURU.

UTK LAHIRKAN GENERASI BODOH AMENO WUJUDKAN KOUTA MASUK IPT DIMANA AMENO KUTIP BUDAK2 RESULT CUKUP MAKAN ATAU ADA "A" SATU DUA UNTUK MASUK UNIVERSITI BUAT DEGREE, MAKA LAHIRLAH PEMEGANG IJAZAH LOW CLASS ASHIK NK KEJE GOMEN.

UTK LAHIRKAN GENERASI XBERKEMBANG AMENO KUTIP BUDAK2 DEGREE REJECT DAN TAK LAKU, BAGI KRUSUS KPLI JQAF UTK JD CIKGU MAKA LAHIRLAH MURID REJECT.

SOKONG AMENO ANDA REBAH!

Nizam Mahmud said...

BB,

Proton : Gagal sebab tidak dapat bersaing di negara luar. Mereka dapat cuma dapat bersaing di dalam negara setelah kereta import dikenakan cukai yang mahal.

Bagi saya, berjaya jika dapat bersaing dgn jenama lain di pasaran luar. Kalau bagi saudara menang di dalam kampung sendiri bermakna berjaya, terpulanglah. Itupun dgn peraturan berat sebelah.

Petronas: Tidak berjaya tetapi nak kata gagal tidak juga. Memang lah Petronas untung di dalam negara. Hak menggali dan mendaratkan minyak di Malaysia adalah kepunyaan Petronas. Malah untuk mendirikan stesen minyak waima jenama lain pun memerlukan lesen dari Petronas.

Segala-gala yang berkenaan dengan Petroleum dikawal dgn ketat.

Yang kita mahu tahu, dari kantung Petronas, berapa banyak yang tinggal?

Dengar nya tak banyak lagi yang ada. Wallahualam.

Mengenai subsidi:

Subsidi kepada pengguna awam tidak perlu di hapuskan.

Yang perlu di hapuskan adalah subsidi kepada industri-industri dan juga ketirisan yang wujud dgn banyaknya.

Sebagai contohnya, kalau tidak silap saya, kos membina lebuhraya di Malaysia per km lebih mahal 2-3 kali ganda berbanding dgn lebuhraya yang sama di Australia. Kalau ada masa saya akan cari reference lama itu.

Jika ketirisan ini dapat ditangani, insya Allah saya percaya Bajet kita tidak akan defisit. Malah hutang-hutang kita akan dapat kita bayar.

Sekian serba ringkas dari saya.

Basuh Baju said...

Proton:

aku refer proton sebelum zaman Pak Lah.

Kalau nak melihat 'berjaya' atau tidak proton ni dari segi kualiti- memang diakui masih banyak yang kena diperbaiki.

But please be fair.

Berapa tahun sebelum Ford, GE, mercedes, ferrari, BMW, Toyota, Honda dan Mitsubishi ambil masa utk jadi sprti keadaan sekarang?

Proton- with less than 30 years dah mampu keluar MPV sendiri dan dieksport ke luar negara.

Hello, sila tengok cherry, tengok TATA motor- ada kualiti tak? Takde, sebab baru sahaja dimajukan.

Even, KIA, Hyundai- adakah mereka berjaya boleh berjaya tanpa bantuan berat sebelah?

C'mon la, memangla proton kena dilindungi. Kau pergi ke Korea pun kau akan tgk kereta hyundai lagi murah.

Tak ada negara yg tidak berat sebelah when it comes to their own national product.

The great America pun terpaksa impose peraturan kpd toyota so that tehy can't overtake Ford.

So, tell me apa lagi kayu ukur nak menilai 'berjaya' atau tak Proton?

Dari segi ekonomi- nah sila baca fact ni.

In one 10-year period, Proton cars contributed 18 billion Ringgit towards Government revenue. Considering that the total Government investment was only RM480 million Ringgit in 1984-85, the returns on the investment must be considered very high. The people as a whole must benefit from Government expenditure of this large sum of money.

Besides, Proton supports about 300,000 workers, vendors and their families. It produces almost 200,000 cars yearly. If we import foreign cars at RM25,000 per car, the outflow of money would add up to approximately RM5,000,000,000 or five billion Ringgit. Even after deducting some component imports the amount saved in foreign exchange is huge.

At least, proton bagi suku sakat keluarga kita peluang pekerjaan, bagi biasiswa kat pelajar2, bagi latihan kat budak universiti, bagi peluang bisnes kat vendor2, bagi cukai kat kerajaan, bagi kepakaran kepada pekerja kita.

What else do you expect?

Or what else can you contribute?

Basuh Baju said...

PETRONAS:

Those who say petronas is not a success must be mad.

Petronas is FORTUNE'S 100.

Bayangkan dengan pelaburan mere RM10 juta circa 70-an yang dimulakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, kini dah generate hundreds of billions kepada negara.

Ini masih tidak berjaya?

Petronas bukan setakat beroperasi di dalam negara. Malah kebanykan operasi petronas di luar negara.

Ini masih tidak berjaya?

Petronas menyumbang kepada 40% pendapatan negara.

Ini masih tidak berjaya?

Petronas siap ada universiti, beri biasiswa kepada ribuan pelajar.

Ini masih tidak berjaya?

Petronas is among 7 company yang paling effisien walaupun petronas antara syarikat minyak yang terkecil saiznya di dunia.

Suffice to say, petronas is the most profitable company even though they are not the biggest oil firm.

Just bayangkanla malaysia tanpa petronas.. tq

-:: zeNGoth ::- said...

BB,

First & foremost, we all can see that Abg Roti Jala is using scare-tactic to intimidate the rakyat that sooner or later...Malaysia will be bankrupt if we are not doing anything with the current subsidies so-called issue. 2019 bankrupt ? what happen to 2020 vision then ? haha funny is it

Bagi gua la kan, sebelum gomen nak ckp pasal penstrukturan subsidi, they have to be transparent on the overall spending first. Xyah la nak pok pek pok pek pasal kaji tu, kaji ni, cadang tu...struktur ni kalo masalah utama negara yg menyumbang kepada bapak segala masalah kat negara ni x diselesaikan dahulu.

You all semua tahu what i mean kan ? xyah la nak tutup sebelah mata. Guys, being ambitious is one thing, but being ignorant is intolerable.

BB,
U nak contoh perbelanjaan sia2...ok here u go
1) BAKUN
2) PKFZ scandal
3) Submarine commission
4) Shah Alam Hospital
5) Gomen bailout cronies, banks & GLCs
6) Perwaja, Proton, MAS, UEM, DRB & most recently...SIME DARBY
7) Non-open tender practices
8) NEP (the biggest subsidies ever)
9) RM77 million for a PR company

Dari yg gedabak besar, sampai la ke kes2 mcm..
- Stadium runtuh
- Banggunan baru bocor
- Jambatan baru roboh
- RM100 for a freaking screwdriver
- Spending RM 42,000 for a laptop

Ni belum masuk future project lagi - e.g Nuclear power plant ? OMG !!!

So apa makna semua ni....DUITTTT LAA. FULUSSS...wastages... mismanagement...leakages...corruptionn

Tak kire la kite ni geng biru or geng hijau, geng bulan or geng katak...yg salah tetap salah.

For me la kan, steps to avoid bankruptcy should be implemented in all front and not in cutting subsidy alone. As i have mentioned previously in the same post here, the salary's of the people have not risen significantly for many years but the cost living and property have rise...u all x aware bout that ke ?

Ni ke yg Najib nak reform ? Cut/reduce subsidies & tax the rakyat...what happen to Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ?

Gua bebel panjang2 ni bukan nak bankangggg je 100%. Cukupla selama dah kena kencing & sampai bile lagi nak berterusan. Pastu suruh ubah gaya hidup la, kurangkan pengambilan gula la & byk lagi kempen2 bahl*l...lepas da buncit songlap duit rakyat utk kroni2 depa, last skali rakyat gak yg kena.

Yg miskin makin susah, yg kaya makin senang. We are going backward people. Wake up !

"You help me, i help you"
Chiitt poodahhh !

Basuh Baju said...

Nizam: habis tu dah kawasan minyak di perairan kita, kenapa tak nak bagi pada petronas?

Nak bagi kat syarikat luar kenapa?

Kalau harta dalam rumah kau, kau nak bagi kat jiran ke?

Go and check berapa yang tinggal dalam kantung petronas. jgn dengar kata sahajalah.. ini tahap argument sekolah rendah.

Pasal lebuhraya tu- memangla kos di malaysia lagi tinggi. Kau dah pernah pergi australia ke belum?

kau tengok sikit kawasan di sana macam mana. Ada nak kena rentas banjaran tak? ada nak kena tereh bukit banyak tak?

Jenis tanah lagi.

C'monla- kalaulah lebuhraya di malaysia ni teruk sgt-kenapa kita antara negara yang paling berkualiti highwaynya?

sampaikan kontraktor bina jalan kita sering menang bidaan di peringkat antarabnagsa namely di negara teluk dan India.

Why?

Basuh Baju said...

zengoth: gua dah terang kat lu di komen sblmnya tp lu tak reply apa2 pun. gua ingat lu dah faham.

so lu taknak sistem subsidi yg mengkayakan org kaya ni distruktur la kan?

bagusla bro. lu memang berjiwa rakyat.

-:: zeNGoth ::- said...

BB,

Lu ada reply ek ? aku x baca la plak. haha sorry bro. Kalo benda yg baik utk people, mestila setuju. Just hoping the gomen walk the talk.

Enough of rhetorics, teories, kajian, model...we want to see real result. Not NATO & then NFA. Same old story & back to square one as always.

Gua x berjiwa rakyat, just bagi opinion je :p

Unknown said...

Sapa yg terkena silap mata ni? 1 Idris dia bagi stats. Tu fakta. Tapi konklusi analisis tetap pandangan dia saja. Ya, sbg pakar. Tapi how many pakar dalam ekonomi got it all rights all the time? Macam clerics jugak la, ada masa dia khilaf, maklum la manusia. Ilmu kalau tinggi, bagus la. Cakap dia lebih laku saja drp kita, tu saja.

1 lagi tembelang pecah la bhai. Subsidi tu perlu tapi bagi la kpd yg memerlukan saja. Specific. More saving.

Analoginya begini: Ada ke syarikat besar nak tunjuk dia untung atau rugi kpd bakal pelabur? Mesti la dia kena tunjuk fakta - kalau akaun rugi, mana boleh kata ada untung? Tapi ada cara nak tackle problem ni, kena la Management Team cuba tarik minat,alih perhatian kpd +ve, bagi harapan la..Bagi potensi unjuran keuntungan dalam 5, atau 10 tahun? Nampak boleh untung. Tu 1 cara la.

On the hand kalau nak kasi gempaq 1Malaysia kena la heboh kita nak bankrap la nak lingkup la. Memang stats doesn't lie. Tapi sapa Management Team yg diberi kepercayaan oleh orang bawahan, ahli untuk berkuasa penuh & pegang duit syarikat dia la kena usaha bagi keuntungan optima kpd syarikat & ahli syarikat. Begitu juga negara. Rakyat tahu nak untung saja la. Kita ada kerja kita. Manage negara pun kita nak pening kepala, baik tukar saja barisan team management yg ada. Tu kerja dia orang la. Rakyat ada hak nak tahu mana duit negara sebelum ni dibelanjakan? Berapa keluar masuk? berapa untung setiap perbelanjaan? Kalau tak boleh bawak untung kpd negara, turun atau tukar management yg supposedly drive us fwd.

Ni cerita hutang, sapa yg buat hutang tu? Sapa punya idea sampai kita perlu pinjam? Rakyat yg susah jugak terasa bebannya. Kos hidup makin tinggi. Takat RM2000 boleh hidup saja la.

Pecaya la ni 1 lagi usaha nak kaver kelemahan kerajaan jugak. 1 Misled. Mismanagement hasil negara. Overspending. Perhaps, probable, possible.

Nizam Mahmud said...

BB,

Cool. Chill. Ada nescafe minum dulu sambil kita borak2.

Proton

Psal Proton, aku tak nafikan dia untung. Dan bagi byk pekerjaan pada rakyat Malaysia.

Pasal kualiti aku tak nak sentuh.

Macam nie la, senang cerita. Engkau dgn aku masing-masing bukak stall burger. Terpulang lah pada aku dan engkau nak letak bahan apa dan buat marketing macamana.

Cuma satu jer, kerajaan kena kan cukai atas burger yang aku jual hingga 300% manakala cukai atas burger engkau dalam 20% jer.

Jadi harga burger aku pun mahal la sebab kos aku dah mahal sgt.

Dan kau pulak dapat jual lebih byk burger dari aku psal siapa nak beli burger mahal. Tapi aku usaha gak usha-usha awek utk beli burger aku, & aku tambah ramuan-ramuan utk buat rasa makin sedap. Jadi dgn kebolehan mengayat & rasa yg berlainan itu burger aku masih terjual walaupun sikit & aku masih boleh survive.

Keputusan akhir : Burger kau terjual jauh lebih byk dr burger aku. Tapi aku masih jugak untung dan dapat survive walaupun jual sikit jer.

Soalan aku: Engkau rasa engkau menang tak?

No 2, tak dinafikan yang Proton bagi pekerjaan pada rakyat Malaysia. Tak dinafikan bahawa Proton bayar cukai pada kerajaan.

Tapi kena ingat juga kereta import yang terjual di Malaysia jauh lebih besar cukai bayar pada kerajaan.

Kalau orang beli Honda pun menyumbang pada cukai untuk kerajaan dan menyumbang juga untuk tokei-tokei AP pada masa yang sama. hehehe.

Satu lagi dari segi bagi jugak business pada vendor-vendor. Spare part mesti pg kat vendor jugak. Ada vendor yang pergi impot ataupun buat kilang sendiri utk produce spare part.

Tapi oleh kerana tak byk kereta yang terjual, mungkin peluang biznes utk vendor tak la sebesar Proton.

Cuma tak boleh la kata kalau kereta impot tak menyumbang pada kerajaan dari segi cukai dan peluang pekerjaan.

No 3, peluang terlepas utk rakyat Malaysia utk ada byk pilihan bagi kereta.

Contohnya Proton Persona 1.6 AT, kalau tambah dlm RM10K harga nya akan sama dengan Nissan Latio 1.6 AT yang di jual di negara lain.

Terus terang aku katakan, kalaupun tax utk kereta import dikurangkan tidak bermakna aku suruh orang beli kereta import. Aku rasa ramai yang masih patriotik yg masih akan beli Proton.

Cuma dari segi pilihan, maka rakyat Malaysia akan mempunyai byk pilihan.

Rakyat gak yang untung. Betul tak?

Nizam Mahmud said...

Pasal Petronas, panjang cerita bro.

Aku jawab seringkas boleh:

"Petronas is FORTUNE'S 100."

Benar. Tak dinafikan langsung. Tapi seperti cerita Burger tadi, kita nak bandingkan macamana nie.

Dalam kes Fortune 100 misal nya, ada Wal Mart store dan ada Exxon Mobil. Pernah beli minyak kat stesen Exxon Mobil? Macam hampas.Stesen Petronas jauh lebih baik. Tapi dia dalam Fortune 100 psal dia syarikat minyak yang pergi sedut minyak, salurkan ke darat pastu proses n pastu jual. Minyak sesiapa pun akan beli, brg keperluan asas tue

Wal Mart ini lak kena compete dgn store lain. Bukan semua barang dlm Wal Mart tue barang keperluan hari-hari. Jadi dia kena jd competitive, client friendly.

Antara Exxon Mobil dgn Wal Mart, aku akan lebih respek dgn Wal Mart. Psal aku tak boleh bayangkan macamana Exxon Mobil boleh rugi, lagi-lagi la harga minyak makin naik. Tapi aku boleh bayangkan seribu satu macam sebab yang boleh sebabkan Wal Mart rugi, malah bangkrap dan tutup terus.

Petronas menyumbang kepada 40% pendapatan negara.

Itu bahaya bro. Negara yang bergantung terlalu besar pada sumber yang suatu hari nanti pasti habis menunjukkan kegagalan negara itu.

Arab Saudi lagi kaya dari kita. Brunei pun kaya kalau dinisbah dgn jumlah rakyat tapi aku tak akan kata Brunei atau Arab Saudi adalah negara yang berjaya.

Go and check berapa yang tinggal dalam kantung petronas. jgn dengar kata sahajalah.. ini tahap argument sekolah rendah.

Aku pernah cari tapi tak jumpa. Kalau tak silap benda nie mmg x diumumkan & cuma PM jer la yg tau psal berapa byk saving Petronas yang tinggal.

Cuma mmg statement dari Tengku Razaleigh hari tue kata Petronas ada sikit saving.

Oleh kerana Tengku Razaleigh ini antara pengasas Petronas dan juga pengerusi dia yang pertama, so aku percaya la hint dia tue.

C'monla- kalaulah lebuhraya di malaysia ni teruk sgt-kenapa kita antara negara yang paling berkualiti highwaynya?

Bro, aku tak kata lebuhraya Malaysia teruk. Yang aku soal adalah kos nya yang mahal.

Reference nanti aku bagi esok, insya Allah.

hans said...

dari dulu sampai kerajaan kerajaan asyik nak kaji pemberian subsidi
tapi masih ditakuk lama
contoh paling dekat ialah untuk minyak petrol
haih
entahlah
aku xfaham dgn kerajaan

deus X machina said...

BB, ko lebih banyak sentuh pasal kejayaan sesetengah projek cam Petronas, Proton dan highway PLUS..

apa lak komen ko pasal perkara2 yang aku sebut mula-mula tadi macam bail out, subsidi untuk IPP, n etc.

ada beberapa perkara yang nizam mahmud dan zengoth tambah agak menarik perhatian aku juga...dan aku sangat bersetuju...

contoh paling dekat dengan rumah aku- hospital shah alam
tengok apa jadik????terbengkalai sampai sekarang, masalah kontraktor tak selesai2 lagi...berapa banyak duit pembayar cukai dah habis kat situ....

itu baru 1, belum kira stadium runtuh, Perwaja, bangunan bocor, MRR-2 yang retak dan lain2.....

Basuh Baju said...

Nizam: ni tgh minum red bull. tu yg tgh high sikit sampai komen nak melibas..haha

proton:

basically apa yg kau carita tu betul. but again, kau tau tak amalan mengenakan cukai yg lebih tinggi ni bukan kat malaysia je.

kau sedar tak ini amalan di negara2 yg ada produk nasional mereka sendiri?

memang cukai yg dibayar mereka lebih tinggi ttp pengaliran keluar ringgit lebih banyak jika dibandingkan dengan proton.

Ini lagi bahaya beb.

soal pilihan pula, kau kena tau harga kereta import sebelum proton diwujudkan lagi dah sedia mahal.

Nampak, kau hanya melihat dari sudut pilihan yg lebih banyak.

kau gagal nak tgk proton as industry yg byk spill over effect kpd ekonomi.

Petronas: habis tu kau nak petronas bukak kedai runcit dan compete satu dunia baru dikatakn berjaya?

aish..

dan aku rasa kau dah bersetuju dgn aku bila kau ckp bahaya terlalu bergantung pada petronas.

see, kalau dah terlalu bergantung pada petronas, tak ke bermakna petronas ni berjaya?

c'mon- even petronas pun kau kata tak berjaya, hina sgt ke malaysia ni?

mungkin kau akan kata, tabung haji tu pun gagal.

entahlah.

Basuh Baju said...

Ini bukan soal siapa buat hutang.

ini soal kos subsidi dah meingkat.

dulu harga minyak setong USD30, sekarang USD80.

macam mana nak sustain bila kos meningkat?

korang faham tak makna sustainable?

dan korang faham entry ni pasal apa?

Basuh Baju said...

deus: out of 10 mahathir punya projek, mesti ada 2-3 yg gagal. dan di mana2 negara kat dunia ni pun projek yg jadi gajah putih tetap ada.

ini aku tak nafikan lah.

bagi aku yang salah kenalah hukum.. tapi itu soal lain. bukan dalam entry ni.

kalau nak erk erk erk pun, fahami entry ni pasal apa.

yg kita nak bincang, mengapa subsidi ni sekarang tak sustainable dan bagaimana ia boleh membankrupkan negara.

bukannya projek mana bagus dan projek mana tidak.


alahai, aku tulis apa je, korang sibuk nak salahkan Mahathir. penat dah aku terangkan dari dulu tp mcm thick-skulled tak nak terima.

baik tak payah tanya.

deus X machina said...

Bila benda-benda camni berlaku, nak tak nak ia akan mengingatkan kita tentang gaya perbelanjaan Mahathir masa jadi PM dulu.....

=)

deus X machina said...

utamakan rakyat dan buang subsidi dan perbelanjaan yang tidak perlu.....

Average Joe said...

Salam semua...

Bravo BB atas kupasan yang baik dlm artikel sdr dan hujah2 balas yg baik terhadap beberapa komen yg disampaikan.

Di sini ingin saya kongsikan artikel tulisan mantan KP Jabatan Perangkaan Malaysia Senator Datuk Akbar Ali yg disiarkan dlm The Malaysian Reserve (nak tahu edisi bila tengok dlm link yg saya bagi kang). Beliau mengutarakan setiap fakta dan bukti utk membidas andaian "bankrap 2019", dan pada masa yg sama turut menekankan perlunya subsidy regime kita disusun semula.

komentators semua sila terlebih dahulu baca dan fahami artikel dlm link berikut sebelum anda mengkritik tak tentu pasal.

http://jebatmustdie.files.wordpress.com/2010/06/malaysianreserve1.jpg

Senator Datuk Akbar ali juga mempunyai laman blog beliau sendiri,
http://darahtuah.wordpress.com

"alahai, aku tulis apa je, korang sibuk nak salahkan Mahathir. penat dah aku terangkan dari dulu tp mcm thick-skulled tak nak terima."
-->> alahai BB, apa lagi yg boleh diharap dari golongan2 yg dah lama mabuk air selipar Nik Aziz campur losyen KY-Jelly Anwar Ibrahim?! harapan diorang ni nak pulih memang tipis pun. tak dinafikan perbelanjaan di zaman mahathir besar, yelah 22 tahun macam2 dibuatnya tapi kenapa tak mahu tengok hakikat hasil yg diperolehi lebih besar lagi?! sanggup keluar RM50 je tapi angan2 nak hasil RM10juta??? golongan mcm ni la yg banyak terjebak dgn online scams eg. hantar email dpt duit, login fb dpt rm100, mcm2 lagilah...

Average Joe said...

Lagi satu kupasan menarik yang perlu kita kongsi bersama...

http://jebatmustdie.wordpress.com/2010/06/09/final-lap-of-the-nem-and-the-liberals-paradox/

Cob Nobbler said...

Siapa cakap nak jadi petani perlu subsidi?

Gua tanam sayur belakang rumah,tak mintak apa-apa pun dari gomen.

muzikri said...

ape yg dbncang kat cnie,mmg x ke mane,
stil,minimising the usage of subsidies is the best way,stil the questions remains,where do the money will be allocated,n that is the biggest doubt of all ur readers,they are skeptical and what not for us to skeptical with dis government and opposition of today....
politics are about perception,with a good economy,comes good perception...thats all

Basuh Baju said...

Holden: lu tanam sorang2 bolehlah. kalau tanam berskala besar- lu kena mintak subsidi jugak utk beli mesin dan peralatan.

kalau takat lu nak tanam makan sorang, takpelah.

sekarang ni dgn tanam sayur dgn ternak ayam hutang ratus bilion negara boleh bayar ke?

Basuh Baju said...

muzikri:

where do the money is going?

maksud kau duit yg dijimatkan tu ke?

kalau itu yg kau maksudkan, sorry to say that money is never exist!

why? sebab jumlah RM103 billion yg bakal dijimatkan tu adalah jumlah duit yang kita tak perlu pinjam. Bukannya duit yang sedia ada yang kita naj simpan.

Get what I mean?

thats why Idris Jala said the money is not going for development. Its intentionally nak avoid dari meminjam duit.

Thats it.

To rationalize our current unsustainable subsidy is something good government will do. It might be the most unpopular decision. But dont give a damn abput perception. It comes later when people realize government is doing the right thing.

so sekarang ni aku rasa hampir semua pemberi komen tak setuju nak strukturkan kembali subsidi.

tp pada masa yg sama nak good governance la, nak effisien la, taknak corruptionla.

Thick-skulled: benda2 ni la yang nak ditangani dalam current subsidy system.

hypocracy at highest level?

Nizam Mahmud said...

BB,

Sebelum aku jawab pasal Proton, aku jawab psal thick skulled dulu. Hehehe.

Bagi aku bagus dan besar manfaatnya jadi thick skulled ini. Contoh yang bagus adalah Mahathir sendiri.

Mahathir dulu doktor kerajaan tapi jiwa dia bukan jiwa makan gaji. Pastu dia berdiri atas kaki dia sendiri dgn bukak Klinik sendiri. Maknanya berniaga la.

Tabik no 1. Orang yang tak suka makan gaji dgn org lain adalah satu jenis thick skulled jugak. Degil dan sanggup ambik risiko.

Kemudian dia masuk UMNO. Dalam UMNO dia bukan pandai duduk diam. Bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman, tulis surat mengecam Tunku dan mintak Tunku letak jawatan. Surat itu dia print banyak-banyak dan sebar merata-rata. Oleh itu dipecat dari UMNO. Sama kes macam Anwar.

Tabik no. 2. Orang yang sanggup lawan Bos dan tak ikut adat Melayu bersopan santun dan sanggup bergaduh secara terbuka pun ada sejenis thick skulled jugak.

Dah dipecat adakah dia duduk diam? Minta maaf la banyak-banyak. Dia keliling satu Malaya buruk-buruk kan Tunku. Malah dia gunakan pentas-pentas PAS untuk dia menghentam Tunku. Sebijik macam apa yang Anwar buat hari ini.

Tabik no. 3. Orang yang dah dijatuhkan tapi melawan balik ini adalah satu thick skulled yang aku hormat sgt.

Bila jadi PM suka sgt melawan kuasa barat. Tak tau hormat Singapore, Australia, US. Asyik-asyik nak bergaduh mulut jer kerje nya.

Tabik no 4. Sampai orang Arab pun ramai kenal Mahathir psal dia kuat melawan. Femes woooooo.

Tak cukup, dia bergaduh pulak dgn Raja-raja. Kuasa Raja-raja dikurangkan. Antara yang hepi adalah aku.

Tabik no 5. Kalau tak kerana Mahathir, entah macamana perangai kerabat-kerabat nie sekrg. Tenkiu Mahathir sebab buat kerabat-kerabat cuak sikit nak buat perangai.

Cuma Mahathir bernasib baik psal:

1. Tunku tak guna ISA tangkap dia.]
2. Tunku tak pergi tuduh dia meliwat sesiapa.
3. Tun Razak sanggup ambik dia balik pas kena buang.

Compare Mahathir dgn Pak Lah dgn Najib. Pak Lah bekas PTD, pegawai kerajaan. Bukan tak tau perangai PTD ini macama mana. Terima surat pekeliling, ikut & patuh. Lepas tue bangga dpt jd pegawai kerajaan kelas A.

Najib pulak ikut bapak masuk politik. Dlm UMNO mana la pernah dia melawan, senyap2 jer. Siapa bos-bos dalam UMNO yang pernah dia lawan secara terbuka? Tak pernah, zip, kosong.

Kesimpulan aku: orang thick skulled mmg sesuai jd pemimpin. Yang skema sesuai jadi pengikut.

Cob Nobbler said...

Basuh Baju,

kalau semua rakyat tanam sendiri,aku rasa kebergantungan tu boleh dikurangkan.

kurang beban satu hutang.

p/s:jangan la fikir benda besar je - benda kecil macam tanam sayur ni nko tak pandang macam solution langsung..at least kurang la beban kebergantungan makanan import..

Basuh Baju said...

Nizam: kau salah faham. Thick-skulled ni pemberi komen yg selepas kau.

Tup tup dah didelete.

tak pasal je kau ingat aku refer kau thick skulled. Adoi ai. Sorry bro.

Tapi since kau terang panjang lebar kaitkan Thick-skulled dgn Mahathir- best juga aku nak komen.

Satu je la- so kau setuju Mahahti sebagai pemimpin, so then hujah2 kau kritik pasal dasarnya macam kau tak setuju dia jadi leader.

camne ni? hehe

Holden: Okey, faham point kau. yup memang betul.

Malah konsep kurangkan kebergantung ni kena diluaskan lagi kepada perdagangan juga.

Selama ni kita asyik import je barang2 dari luar. lagi2 benda yg kita takde di Malaysia macam iphone misalnya.

Instead of import barang2 ni, kita jadi inovatif create iphone sendiri.

Ini pun samalah macam solution tanam sayur kau tu. kan?

Cob Nobbler said...

Why not?Kenapa perlu nko beli I-Phone atau Blackberry kalau orang Malaysia pun boleh invent?

Buatlah.Tapi mentaliti orang Malaysia la - ni local punya barang,tak nak,tak ori.

Payahlah beb.

Basuh Baju said...

Holden: again, sama macam kereta proton.

bila kita dah buat, kata itu ini. bila tak buat- suruh buat.

Baik buat dari tak buat.

Average Joe said...

satu lagi pendapat bernas dikongsi...

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/06/03/govt-wants-to-reduce-subsidy-but-what-about-corporate-subsidy/