Monday, May 17, 2010

Noktah Sebentar- Pilihanraya

Ada yang berpendapat sekiranya pilihanraya mampu mengubah sesuatu sudah lama ianya diharamkan. Kata-kata ini kita akan dengar sebelum pilihanraya bermula. Selalunya ia muncul dari pihak yang selalu kalah.

Memang benar pilihanraya di Malaysia terdapat banyak manipulasi. (Undi pos, persempadanan kawasan, daftar pemilih, etc, etc)

Namun di sebalik manipulasi ini keputusan pilihanraya telah berjaya membawa perubahan. 5 buah negeri dan 8 pilihanraya kecil adalah bukti bahawa pilihanraya mampu mengubah sesuatu.

Yang hairannya pihak yang sering berkata sedemikian tidak pula berkata begitu selepas parti sokongannya menang. Malah berbangga menggunakan keputusan pilihanraya tersebut sebagai petanda angin perubahan telah muncul.

Adakah pilihanraya tidak mampu mengubah sesuatu atau mereka sendiri yang tidak mampu memenangi pilihanraya?

*

Ada juga yang tidak percaya konsep bernegara. Bagi mereka kewujudan negara hanya membawa masalah. Pegangan anarki mereka kita patut hormati. Hidup ini bukan hitam dan putih sebaliknya berwarna warni.

Namun yang hairannya mereka begitu berminat mengikuti dan membuat analisis mengenai pilihanraya.

Bukankah pilihanraya adalah asas kepada pembentukan sebuah kerajaan di negara yang demokratik?

11 comments:

Shahrul Tanaka said...

dari pilihanraya juga mereka mengutarakan jalan raya.

joegrimjow said...

Bukankah pilihanraya adalah asas kepada pembentukan sebuah negara?

pilihanraya salah satu method yg islam tak haramkan, bukan satu2nya asas kepada pembentukan suatu negara

sebab negara kita dah amalkan sistem ini dari dulu, dan takde salahnta untuk kita teruskan, sepatutnya undi2 ini diterapkan sejak muda2 lagi

takot someday(dah berlaku pon sebenarnya) anak muda malas keluar mengundi sebab melihat politik terlalu kotor

hans said...

aku suka dengan isu2 panas sewaktu pengiraan undi di Sibu
hahahaha
seronok mengikuti perkembangan dari rakan2ku di Sibu

Cob Nobbler said...

Kau silap.

Kalau nko cakap pilihanraya adalah asas pembentukan negara - Arab Saudi adalah negara yang tak pernah ada pilihanraya.Burma dah takde pilihanraya sejak 60an dan Korea Utara takde jugak pilihanraya.Negara pertama di dunia - Mesopotamia juga diasaskan tanpa pilihanraya.

Maksud Hisham "kalau pilihanraya boleh mengubah keadaan dah lama diharamkan" tu,apakah pilihanraya maksud nko mengundi 5 tahun sekali dan mengundi para YB-YB yang berborak bodoh dalam Parlimen?

Pilihanraya tak semestinya demokrasi.

Dalam dunia tanpa negara - demokrasi masih boleh dijalankan.Cuba nko baca buku John Pilger - Hidden Agenda,menceritakan tentang komuniti sebuah pulau di Papua New Guinea yang tidak ada langsung entiti kenegaraan - tetapi keputusan dibuat oleh seluruh komuniti masyarakat.Nko nak cakap Papua mundur - apa perspektif "kemunduran" atau "kemajuan" nko?Nak kena setiap rakyat tu ada I-Phone baru nko cakap maju?

Sekali lagi nko silap - sila baca buku Howard Zinn tentang asas pembinaan negara Amerika.Asas pembinaan negara Amerika bukan demokrasi tetapi pembunuhan beramai-ramai kaum Red Indian.Cuba baca buku Noam Chomsky - tentang sejarah dunia mengasaskan negara dengan kuku besi dan darah.

Demokrasi pada dunia tanpa negara bukanlah memilih para YB 5 tahun sekali - tapi apa yang harus dilakukan oleh komuniti tersebut.

Demokrasi pada dunia tanpa negara pernah dilakukan manusia dulu.Siapa nak pergi memburu,siapa nak pergi cari buah hutan,siapa nak ketuk batu api nak buat unggun api.

Sila baca buku-buku anarko sebelum nak buat statement tentang anarki,thank you.

Basuh Baju said...

Joe dan Nami: silap- statement yg lebih tepat ialah bukankah pilihanraya adalah asas kepada pembentukan sebuah kerajaan. Bukan negara. Ini aku admit. masalah wording dan teknikal. tidak perlu dihangatkan lagi.

Nami: 1)
mmg benar tidak semua kerajaan yg wujud pada hari ini dan masa lampu berasal daripada pilihanraya. (kita cakap soal kerajaan)

Basically sama ada sistem kerajaan itu beraja, diktator atau melalui pilihanraya.

ttp dgn cth2 yg kau berikan iaitu arab saudi, burma dan mesopotamia- kau seolah2 nak justify bahawa kita tidak perlukan pilihanraya sebaliknya ikut langkah negara2 ini.

adakah kau mahukan kerajaan kita ditubuhkan denganc ara burma, arab saudi atau mesopotamia?

kau detest pempimpin di kubang pasu ttg betapa kuku besinya beliau ttp pada masa yg sama kau justify menolak pilihanraya dgn memberikan cth negara2 yg dipimpin oleh pemimpin yg jauh kuku besi dari pemimpin di kubang pasu.

2)
pilihanraya mmg demokrasi kerana pilihanrayalah yg memberikan hak kpd rakyat memilih. soal sama ada pilihan itu borak bodoh di parlimen atau tidak- itu soal lain. sekarang ni kau setuju atau tidak ia masih memberikan kita pilihan?

demokrasi adalah membuat pilihan dan diberikan pilihan.

3)

dlm cth komuniti sebuah pulau di papua- again kau sekdar melihat perkara itu sebagai cold fact tanpa mengambil kira perbezaan antara menguruskan sebuah komuniti di pulau dan menguruskan sebuah negara sebesar benua.

samalah macam mengurus sebuah kelas berbanding dengan mentadbir sebuah sekolah. ini perbezaan.

ada perkara kita boleh uruskan tanpa kewujudan institusi kenegaraan. ttp ada perkara yg kita memerlukan penglibatan institusi kenegaraan. Cth yg plg mudah ialah polis. dalam dunia tanpa negara, sudah pasti masih ada manusia yg mengancam keselamatan. jd siapa lg yg nak menjada keselamatan awam kalau bukan polis? atau rakyat di dunia tanpa negara tak buat jenayah lgsg?

Oh- ini utopia beb.

Bagi aku kita mmg perlu kurangkan penglibatan kerajaan di dalam kehidupan masyarakat. ttp tidak bermakna kita tak perlukan kerajaan.

Tanpa kerajaan maka takde la institusi2 mcm polis/askar utk jaga ketenteraman awam, mahkamah utk mengadili pertikaian/perbalahan, hospital utk mengubat org sakit, dan mcm2 lagi?

Bahkan jalan raya/keretapi dan lapangan terbang takkan boleh
diwujudkan tanpa institusi2 kjaan sbb saiz infrastruktur2 ini terlalu
besar utk diurus tanpa kehadiran kjaan.

aku tanya kau kalau dah takde kerajaan nak bina institusi ini, siapa lagi yg nak bina? sektor swasta? mana boleh- ini kapitalis kan.

Kalau masyarakat nak tubuhkan sendiri setiap institusi ni,
maka ia tidak akan memperolehi keabsahan (legitimacy) sbb masing2 nak tubuh polis/askar sendiri, mahkamah sendiri, sedangkan siapa pula nak tanggung "kos" gaji/premis/maintenance institusi2 ni kalau takde kerajaan?

Ingat boleh ke masyarakat "tong2" kutip duit kutu sorg sikit
utk buat ni semua? Ingat ada ke org yg nak sukarela menggadai nyawa
jadi polis/askar dll. tanpa ada infrastruktur undang2 yg protect
legitimacy of their actions (in arresting people dsbgnya).

Kalau kjaan takde, sektor swasta pun dihapus, siapa nak bina
infrastruktur menjana elektrik? Masyarakat nak gotong-royong bina
empangan hidro elektrik? Siapa nak bina sistem kumbahan yg mengurus
najis yg puak2 ni buang dari perut mereka setiap hari ... adakah kau
expect ahli masyarakat akan "uruskan sisa kumbahan masing2"?

Aku mgkn tidak membaca buku2 tersebut ttp aku mengolah pandangan dari segi praktikal dan realiti semasa.

Again, aku stresskan penglibatan kerajaan melalui institusi negara itu perlu dikurangkan ttp tidak dihapuskan. Kita memerlukan kerajaan dan certainly negara. Kalau tak, kenapa Nabi Muhammad sendiri nak tubuh negara? There must be something good about it bro.

Basuh Baju said...

nami:

5) "Demokrasi pada dunia tanpa negara bukanlah memilih para YB 5 tahun sekali - tapi apa yang harus dilakukan oleh komuniti tersebut."

Demokrasi skrg di mana wakil rakyat dipilih 5 tahun sekali adakah tidak membincangkan ttg apa yg harus dilakukan oleh sesuatu komunit yg diwakilinya?

mmgla ada wkail rakyat yg tidak buat kerja, pergi buat duit dgn cukong dan tak lawat kawasan, ttp masih ada yg benar2 serve the community.

Dan itupun sebab kenapa wakil rakyat dipilih sbb ada warga di dalam komuniti yg mmg bersikap tak nak ambik tahu serta tidak suka menjadi pemimpin dlm membuat dasar.

malahan kalau semua org yg membuat keputusan tanpa ada wakil rakyat, sampai bila nak capai consensus? dan let say kau ckp leader mesti ada, again bagaimana ia dipilih? angkat tangan? cabut undi? bagaimana cara pun pemilihan itu diadakan bukankah itu blh dikira sbg pilihanraya?

It just election by any other name, no?

6) Skrg ni pilihanraya kat m'sia membenarkan perubahan berlaku atau tidak?

kalau kau still ckp tidak, then kenapa pakatan memerintah 4 negeri?

Kesimpulan:

: Aku admit salah statement pasal asas pembentukan negara. Ini salah aku.

: Aku tak setuju konsep dunia tanpa negara dan kerajaan. Bagi aku kit aperlu cuma kurangkan role mereka.

: pilihanraya mmg boleh mebgubah sesuatu. Buktinya jelas. kerajaan bertukar tangan. Bukankah ini satu perubahan?

: thank you di atas komen yg kritikal. (lama beb tak berbalas hujah dgn lu. :)

Cob Nobbler said...

Sekarang,kau tersilap perkataan.Kau tak boleh marah aku bila aku cakap Arab Saudi,Mesopotamia bukan mengasaskan negara dengan pilihanraya.

Kau cakap asas negara,bukan kerajaan.

Anyway,back to the point,siapa yang wujudkan sistem kenegaraan?

Sistem pemilikan tanah.

Lu percaya dengan Tuhan kan?Lu percaya tanah ni milik Tuhan kan?

Well,sama ada percaya atau tidak,kita semua tahu Bumi ada satu je dalam dunia.Sekarang ada 199 negara berdaulat dalam satu bumi.Itu tak termasuk wilayah autonomi,nak tunjuk merdeka,wilayah naungan etc.

Sedarkah kau selama ni peperangan berlaku atas dasar "kenegaraan".

Ya - mungkin kau rasa "eh macam mana nak uruskan ini,macam mana nak uruskan hospital,macam mana kalau takde polis" sebab kau berfikir pada masa ini.

Aku tak fikir dunia tanpa negara akan wujud 2 tahun lagi.Sampai aku tua belum tentu lagi.Tapi Noam Chomsky,Karl Marx,Mikhail Bakunin dan Emma Goldman yang lagi tua dari aku pun percaya benda ni.Bukan sebab dorang nak hidup dunia tanpa negara pada masa tu - tapi bergerak ke arah tu.

Lagipun cuba kau kaji balik,negara wujud dari bangsa.Bangsa itu wujud dari sifat bersuku-suku.

Kalau nko nak ambik contoh Nabi Muhammad,kenapalah dia nak sebarkan ajaran Islam seluruh dunia dan bukan hanya di kota Mekah dan Madinah je?

Sebab bila dunia bersempadan - sengketa akan berlaku.Itu yang terjadi 10,000 tahun ni.Itu bacaan aku - jangan marah aku,marah Noam Chomsky.Marah Leon Trotsky.

p/s:aku tak suka berdebat.Aku suka clear out point.Aku bukan Ez.Kalau tak setuju aku tak kisah.Aku cuma drop my point.tu jer.

Basuh Baju said...

nami: bro, adakah dgn mewujudkan sesebuah negara di muka bumi tuhan ni bermakna ia bertentangan dengan ajaran tuhan?

bahkan kita tidak dihalang pun membentuk sesebuah kerajaan di atas muka bumi ini.

bro, masa zaman dunia tanpa negara ketika adam dan hawa serta anak2nya pun sengketa sudah berlaku. so cmne pulak tu?

yup, kau dgn kepercayaan kau terhadap chomsky dan trotsky. tidak mengapa.

mcm aku ckpkan juga "dunia ini bukan hitam putih ttp warna warni. msg2 ada pendapatnya."

tq

Cob Nobbler said...

...dan hidup ni ada proses.Ada tumbesaran tulang dan sebagainya.

Kalau tak membesar,kita akan terbantut.Bila terbantut - ada masalah di situ.

Kalau nko ambik pendirian seorang liberitarian,nko seboleh-boleh nak minimizekan penglibatan negara dalam peribadi.Kenapa minimize kalau nko boleh padamkan langsung?

Ini macam tengok porno dan tak pancut-pancut.Ini sudah jadi masalah.

Untuk meminimizekan kerajaan dari urusan peribadi,benda ni berproses.Sama macam diri nko sekarang.Nko takkan boleh masuk UIA kalau nko tak pergi Tadika - belajar ABC,123.

Tapi nko tak boleh selamanya sampai ke tua nak main buaian dengan jongkang-jongket kat tadika.

Ingat kata kunci - hidup ni berproses.Jangan rasa nak hidup kat comfort zone je.Sejarah manusia ni panjang - 200,000 tahun.

Sengketa macam anak Nabi Adam tu inevitable,nko kat dalam keluarga adik beradik pun ada gak - berebut ayam kat pinggan lauk.Berebut awek dengan abang.Itu normal.Yang tak bagusnya bila sesetengah orang ada privillage dan ramai lagi orang takde hak langsung.

Basuh Baju said...

Minimize tak semestinya menolak lgsg beb.

Sama macam kau nak kurangkan pengaruh mak ayah kau dlm kehidupan kau tp tak bermakna kau tak perlukan diorang lgsg kan?

hidup ini mmg berproses. tp proses ke depan bukan ke belakang. benda2 yg kau idamkan tu adalah proses ke belakang.

Punyalah lama beribu tahun manusia berproses bergerak jauh dari zaman dunia tanpa negara kau nak kembali pada keadaan itu.

Jadi apa prosesnya kat sini?


see, kau pun admit yg persengketaan tu inevitable. Which proves the point yg manusia ni mmg akan ada sengketa. Jadi wajarlah kita kena ada undang2 dan pihak yg menguatkuasakan undang2 spt Polis.

Bukankah ini konsep sebuah negara?

Anonymous said...

kahkakhakahkah..
good piont of view basuh baju...!
nampaknya anak muda malaysia memang ada yang berkualiti cam you. tak sia-sia menimba pengalaman di debat diRaja.. kahkhakah!

*4 thumb up bro!

-umero uno!