Tuesday, May 18, 2010

Demokrasi Pintu Belakang

DARI ARKIB BERITA..............

Kerajaan Krygyztan Tumbang


BISHKEK 8 April – Pembangkang mengambil alih kerajaan di Kyrgyzstan dan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan yang mengakibatkan 75 orang maut di negara bekas Kesatuan Soviet ini.

Baju Merah Cetus Korban Berdarah


BANGKOK 11 April - Penunjuk perasaan antikerajaan hari ini mempertahankan kedudukan mereka di serata Bangkok dan menolak rundingan dengan kerajaan, selepas konfrontasi selama sebulan mencetuskan pertempuran yang meragut 21 nyawa dalam keganasan politik terburuk di Thailand sejak hampir dua dekad lalu.


*
Salah satu fungsi demokrasi ialah menubuhkan kerajaan melalui pilihanraya. Walaupun demokrasi bukanlah berkisar mengenai pilihanraya semata-mata namun pilihanraya adalah satu-satunya cara bagi orang ramai memilih kerajaan secara sah dan mengikut undang-undang.

Memang benar di dalam proses pilihanraya kita selalu mendengar ketidakadilan berlaku. Apatah lagi jika pilihanraya tersebut diadakan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Tetapi ini tidak bermakna pilihanraya tidak diperlukan dalam memilih kerajaan. Kita perlu pilihanraya.

Ada yang berpendapat buat apa dijalankan pilihanraya. Kita patut pilih cara pilhan jalan raya. Cara ini lebih demokratik. Lebih melibatkan suara orang ramai.

Jika dilihat cara ini memang selari dengan garisan demokrasi. Ditambah lagi tidak ada undang-undang yang melarangnya.

Tetapi sila baca dua berita di atas- satu di Krygyztan dan satu di Thailand. Keduanya telah mengorbankan puluhan nyawa rakyat. (Malah ratusan nyawa jika diambil angka tidak rasmi).

Lebih teruk, bukan sahaja cara yang demokratik ini mengorbankan nyawa, tetapi ia tidak berkesudahan.

Di Krygyztan, ia bermula dengan Revolusi Tulip. Presiden mereka telah digulingkan melalui jalanraya. Kerajaan baru dipilih. Tetapi selepas itu muncul pula beberapa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang baru dengan menggunakan pilihan jalan raya juga. Sudah tentu ada nyawa yang terkorban. Keadaan di dalam negara tidak stabil.

Di Thailand, rakyatnya menjatuhkan Thaksin Shinawatra pada tahun 2006 atas alasan korup. Namun apa yang terjadi kemudiannya adalah drama baju kuning dan baju merah. 3 perdana menteri baru silih berganti namun ia masih tidak berkesudahan. Keadaan di dalam negara tidak stabil.

Di Malaysia, kita pernah dihiburkan dengan drama 16 September. Kononnya kerajaan baru bakal ditubuhkan dengan melompat parti.

Sememangnya melompat parti tidak sama dengan pilihan jalanraya. Tetapi keduanya adalah demokrasi pintu belakang.

Menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang sememangnya demokratik. Tetapi ia menjadikan kerajaan yang baru sebagai tidak legitimate. Kerajaan yang diangkat melalui pintu belakang tidak akan berjaya membawa kestabilan politik. Politik jatuh menjatuhkan akan terus dimainkan dari satu pihak ke satu pihak.
Kesejahteraan rakyat semakin diabaikan. Sementara itu pelabur akan lari. Syarikat ditutup dan pekerja dibuang. Pelancong lari dan imej negara menjadi buruk di mata dunia.

Ini ibarat satu vicious cycle yang tidak henti. You play by the sword, you die by the sword.

Di sinilah betapa pentingnya pilihanraya. Dengan cara ini sahajalah kerajaan yang sah dapat dipilih. Lebih penting, kestabilan politik mampu dikekalkan dan negara dapat ditadbir dengan lancar

Kita mungkin tidak setuju cara pilihanraya dijalankan. Tetapi yang perlu diubah ialah caranya bukan menolak sistem pilihanraya. Samalah seperti membenci seorang muslim yang cuba menjadi polis moral. Yang perlu ditolak ialah muslim tersebut bukannya agama Islam.

Daripada kedua contoh yang saya telah berikan, sila bayangkan pula sekiranya demokrasi pintu belakang Anwar Ibrahim berlaku di Malaysia. Mungkin kita akan ke kedai mencari baju kuning atau baju merah?



ps: yang perlu diulas ialah mengenai demokrasi. Bukan soal Anwar atau Mahathir lagi. Bebaskan diri dari kepompong dua tokoh ini. Kita perlu berbincang beyond that.

8 comments:

Cob Nobbler said...

Kalau nko nak kata Kyrgyztan,pemerintah sebelum ni bunuh orang lagi ramai brader.War is inevitable.

Sama jugak kalau orang Islam nak mewajarkan Perang Badar - yang mana nko kena buat,jadi sitting duck kena sembelih dengan kaum Quraisy ke nko mempertahankan diri.

Sekarang,pembangkang Kyrgystan mengamuk sebab kena tindas - pemerintah hidup mewah rakyat makan pasir.Sebab tu memberontak.

Cuba nko lihat balik Revolusi Perancis,yang mati masa Perang Bastille tu ramai - lebih ramai dari masa pemerintahan Louis XVI - tapi yang mana lebih elok,mati memperjuangkan kemerdekaan dari dihambakan,atau hidup jadi hamba?

Nko kena faham proses - bila nko membesar,mustahil nko tak pernah luka di kaki,atau patah gigi,atau at least tak pernah demam.Mana ada proses kehidupan yang penat.Bersunat pun cedera jugak.

Yang penting nko kena tau - bila perang - nko mati kerana 2-3 ekor malaon ke,atau nko mati demi kebebasan?

"There's no such thing as independence when we live in a state" - Dario Fo.

Isunya sekarang bukan Mahathir atau Anwar,atau Najib - tapi rakyat.Sampai bila nak jadi pak turut dalam sistem?

Kecualilah kalau nko selesa dalam sistem ni - which 4.5 billion manusia miskin dalam dunia ni takkan selesa.

Basuh Baju said...

so kalau kat malaysia kau setuju cara menjatuhkan dan menaikkan kerajaan spt di Krygyztan, dan Thailand?

drpd cth2 yg kau berikan- kaum quraisy, hamba di zaman Louis: ini membuktikan kita perlukan undang2. Sekarang ni kau boleh ke sembelih orang sesuka hati? Boleh ke jadikan orang hamba?

Tak boleh. Sebab apa? ada undang2. dan dari mana undang2 ni datang kalau bukan dari sistem bernegara.

war mmg inevitable- sbb tu kita nak criminalise war.

dan sbb tu aku ckp sblm ni dunia kita bukan utopia. mesti ada konflik, peperangan, etc,etc.

jadi kita perlukan undang2 utk mengawal sikap manusia. Daripada undang2 lahirlah sistem dan sistem bernegara.

at one hand kau nak dunia tanpa negara (dgn anggapan manusia jadi baik dan segalanya aman damai) tp pada masa yg sama kau admit war is inevitable.

so cmne?

point aku ialah even kau nak against the system atau nak ubah sistem, kau mesti follow sistem.

Samalah macam nak naikkan pakatan jadi kerajaan, kau tak boleh sesuka hati lompat parti atau guling kerajaan guna jalan raya.

kau mesti guna cara pilihanraya jugak.

dan ini pun sebab kenapa wlpn 5 buah negeri dulu jatuh ke tangan pakatan, ttp at least penyokong barisan tak buat huru hara. sbbnya diorang respek dan akur pada sistem yag telah memberi diorang kuasa dan pada sistem itu jugalah diorang kena akur jika kausa itu diberi pada orang lain.

ini semua benda kau nak revolusi jadilah macam thailand. kononnya perjuangkan kebebasan. tp sebenarnya yg baju merah mati sebab thaksin.

the point is kat malaysia kau boleh utk menukar kerajaan tp melalui pilihanraya. Bukan dgn demokrasi pintu belakang.

Jgn sekadar detest itu ini tp bila mengundi tak turun. Lepas tu bising kerajaan tak adil, zalim, dll..



Aku rasa kau cuba campur adukkasistem pilihanraya dan sistem kapitalis. 4.5 billion org miskin di dunia bukan sbb ada pilihanraya atau tidak. Itu sebab lain yg mgkn kita akan bincangkan di lain hari.

yusuf mujahidin ™ said...

Salam BB

demokrasi selalunya dikaitkn dgn kebebsan dn keadilan.

wa tk skong kalo demokrasi pintu blakang dijadikn satu cara utk berkuasa.

setiap yg naik bukan melalui kuasa rakyat maka akibatnya lebih buruk.

menjatuhkn kerajaan secara adil ialah menerusi pilihanraya yakni demokrasi.

walaupn BN merampas Perak dan mengikut 'majoriti DUN' dan berkuasa, namun ianya bukan situasi yg baik.

DUN perak patut dibubarkn supaya rakyat boleh membuat keputusan slps drama demi drama.

Drama terhebat 16 september juga sekiranya ditayangkn, wa rs Malaysia tk mustahil jd mcm Thailand atau lebih teruk.

Mana lebih pentng bagi pemimpin yg baik? bersabar demi Kuasa atau Rakyat?

Anonymous said...

salam 1 malaysia.

banyak perubahan lu sejak ke luar negara ni.
bukan nak puji lu, tapi entry lu makin tajam, makin relevan, makin stim, (bila teringat suasana politik kita yang amat porno mengalahkan susuk indah linda lovelace :) .

keep it up bb. ;)

-umero uno

Anonymous said...

penyokong bn tak buat huru hara

kah kah kah

cukuplah menipu

sampai sekarang tak habis habis buat huru hara mengacau keharmonian rakyat

terutama kutty clan

jibam

hans said...

bagi aku plak lah BB...
aku xsuka apa yang berlaku di Thailand...
sebab apa jer yang berlaku tak puak baju merah menentang pasti puak baju biru atau puak2 lain menentang
aku tak tahu apa rakyat thailand nak sebenarnya

di Malaysia pula...
masing2 terlalu taksub dan fanatik dengan parti masing2
bagi aku mungkin nak taksub atau fanatik waktu pilihanraya tu okay lagi..
tapi lepas dah tahu keputusan..dah tahu siapa menang...maka kembalilah bersatu dan menjalankan tugas bersama2

masalahnya di Malaysia nih...
semua tak betul
semua tak kena
masing2 taknak bersatu
risau juga aku kadang2
takut Malaysia menjadi lebih buruk dari situasi di Thailand

ini pandangan aku sahajalah

deus X machina said...

setuju atau tidak bb
memang tak leh lari dari dua-dua kelompok pemimpin ni..at least untuk masa beberapa tahun lg

tambah lg 1...nik aziz=)

Basuh Baju said...

Yusof: yup, thailand adalah cth yg terbaik utk kita jadikan pengajaran..

aku tak kesah nak tukar kerajaan pun tp tukarlah melalui pilihanraya.. Ini bukan filipina di mana calon lawan ditembak mati beramai2.

mmg ada cacat cela pilihanraya kita tp still perubahan boleh berlaku.

Umero uno: tq. (gua tak pasti lu puji atau perli)haha

Jibam: sape yg kata penyokong bn tak buat huru hara? dan apa perkaitan komen kau dgn artikel ni?

tq

Hans: nak bersatu adalah satu ilusi sbnrnya.. selagi mana ada demokrasi, ada sahaja parti.bila ada parti, masing2 ada pengikut. dan ketika itu dah tak kan bersatu la jwbnya.

isu skrg bukan soal rakyat kita bersatu atau tidak. Isunya sudah mula ada pihak yg berpendapat kita tak guna pilihanraya utk mengubah kerajaan sebaliknya guna pintu belakang.

Diorang anggap benda ni cool tp sebenarnya tidak.

Deus: 3 org pemimpin ni mmg byk pengikut. Tapi 1 daripada 3 ni dah berhenti politik. Tinggal 2 yg tak reti nak berhenti.haha