Wednesday, May 19, 2010

KL-Sydney



































Dah lama dah sebenarnya gua nak pergi berjalan ke negara orang. Dan ini memang hobi gua. Masa gua form 4 dan form 5, gua jalan bangladesh. Dari situ gua kenal erti kesusahan. Tahun lepas gua jalan Singapura, dari situ banyak jugak gua belajar. Jadi tahun ni gua plan nak jalan jauh sikit.

Asalnya gua dah beli tiket pergi Abu Dhabi. Tapi entah macam mana flight cancel. Rezeki gua dapat jalan ke Melbourne dan Sydney. Memang durian runtuhlah memandangkan gua hanya bayar RM350 je untuk tiket pergi balik. Kalau kawan baik Tony Fernandes pun belum tentu boleh dapat rate ni.

Gua bertolak hari rabu jam 2 petang. Sampai sana 2 pagi. Cuaca sikit punya sejuk sampai bercakap pun keluar asap. Peh- gua memang teruja bab cakap kuar asap ni. Jadi gua pun beberapa kali cakap sorang-sorang sampaikan ada mat saleh yang tengok gua dah macam orang tak betul. Gua tak kisah. Ini benda rare- kat Selayang mana nak cari.

Jam 4 pagi gua terbang pula ke Sydney. Memang letih. Lagi-lagi mata sebab asyik dok usha pramugari. Taktik gua pramugari-lantai-kerusi-tingkap-pramugari-lantai-kerusi-tingkap. Dan begitulah seterusnya.

Jadi selama 2 hari gua duduk di Sydney. Apa yang gua belajar-itu semua gua akan tulis kemudian. As for now gua publishlah beberapa keping gambar yang gua rasa berpatutan untuk diletakkan kat blog ni. Nak lebih-lebih pergi cari fb gua dan tengok.

Gambar kat Melbourne kita cerita esok-esok ok?



ps: basuhbaju akan menulis mengenai trip ke Australia dalam masa beberapa hari ini. Nantikan...


10 comments:

bofoyengfeng said...

lu jumpa kangaroo tak?

TUKANG KATA said...

boleh tahan jgk basuh baju gune taktik kat pramagari tuh

;)

Anonymous said...

cantik gambar

jibam

hans said...

wow
bestnya dapat gi jalan2 jauh
pic ko snap cun juga ekk Basuh Baju
ada FB>?
add la aku oit
hans_da_vinci@yahoo.com

nadz said...

Merakam suasana dengan baik sekali. seronok melihat gambar-gambar di N3 ini. tahniah.

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

:(

Shahrul Tanaka Safeai said...

pergi kalau sorang2 tak payah la woi!

deus X machina said...

ole2 utk gua ada tak bb?

Mr. Shcomey™ said...

rm350?? gila babeng..ada lg tak price cmtu skang? haha

Basuh Baju said...

bofoyengfeng: tak jumpa. koala pun gua tak jumpa.

Tukang kata: hehe dah tu pramugari tu tak guna taktik kat gua. :p

Jibam: tq

hans: tu hbs jauh la tu gua jalan. .haha

nadz: plz enjoy it. :)

fatah: apsal?

shahrul: kalau komen sorg2 tak pyhla...haha

deus: ole2 tu apa?haha

schomey: itu harga rare beb. takde dah sekarang.