Thursday, May 20, 2010

Noktah Sebentar- Isu Lesen Judi

Secara prinsipnya, memberi lesen judi adalah bertentangan dengan ajaran agama. Judi juga merupakan masalah sosial di dalam masyarakat.

Namun dunia ini bukan utopia- keadaan yang sempurna. Manusia tidak semuanya baik- tidak berjudi, tidak merompak, tidak membunuh, etc,etc. Malah dengan kewujudan undang-undang sekalipun masalah seperti judi, pelacuran, pembunuhan dan rompakan tetap berlaku.

Apa yang berlaku di Malaysia ialah begitu ramai orang berjudi secara haram. Termasuk juga orang Islam. Suka ataupun tidak- bagi lesen ke tak bagi lesen ke, orang rama masih berjudi.

Disebabkan judi yang tidak berlesen bermakna tidak ada undang-undang untuk yang mengawal selia apa yang boleh dan apa yang tidak bagi operator dan pemain. Ia ibarat industri koboi. Sesiapa sahaja boleh buat suka hati. Malah ada kes di mana syarikat perjudian yang menipu 'pelanggannya' dengan membawa lari wang tersebut. Apabila aduan dibuat, tindakan tidak boleh diambil kerana tiada peruntukan undang-undang.

Dengan 'menghalalkan' perjudian, setidak-tidaknya pelanggan dapat dilindungi dengan undang-undang. Dalam erti kata lain industri perjudian boleh dikawal selia seperti mana industri perbankan yang ada undang-undangnya sendiri.

Memberi lesen judi sekalipun adalah langkah yang bertentangan dengan prinsip, tetapi ini adalah pilihan terbaik yang kita ada. Mana lagi bagus- lesen tidak diberikan, judi illegal, orang kena tipu dengan syarikat? Atau lesen diberikan, judi jadi legal, 'pengguna' dilindungi dengan undang-undang dan kerajaan dapat income serta mengwal industri ini?

Dua-dua pilihan adalah salah tetapi jika disuruh membuat pilihan juga, mana yang less evil? Samalah macam nak pilih Barisan dan Pakatan- dua-dua tidak bagus mana. Tapi mana lagi teruk.

Paling penting yang perlu difahami ialah Malaysia adalah negara berbilang bangsa dan agama. Ini statement cliche tetapi ramai tidak memahami betul-betul statement ini. Di negara ini kita perlu menerima gaya hidup mereka yang tidak sama dengan kita. Judi, minuman keras dan babi bukan cara hidup kita tetapi ini cara hidup mereka.

Kita boleh bersentimen tentang isu lesen judi ini. Tetapi sila belajar dari isu sebat kartika, isu arak di Selangor, dan isu kalimah Allah. Apa yang kita dapat selepas isu-isu ini dimainkan? Adakah kita menjadi semakin islamik? Tidak. Yang berlaku ialah masyarakat semakin divided dengan satu pihak ekstrem satu pihak liberal. Tidak ada jalan tengah dan kompromi. Hasilnya- kita cuba menjadi manusia hitam dan putih. Kau salah aku betul. Kau masuk neraka aku masuk syurga.

Percayalah, menghalang apa yang mereka percaya atas alasan agama sebenarnya hanya menunjukkan betapa tidak beragamanya kita. Yang penting apa yang dilarang oleh agama kita janganlah dibuat. Kenapa perlu risau lesen judi diberikan kalau pegangan kita kuat?

Saya mungkin dituduh tak islamik, etc,etc. Sebelum label-melabel diberikan, saya sangat hargai jika anda memberikan cadangan dahulu. Mana tahu lebih less evil dari memberi lesen judi. Tak gitu?

34 comments:

Hazrul D. Nizam said...

Maaf saya tak nampak kaitan memberi lesen judi dengan kegiatan ah long. Menurut saudara, bank tidak boleh memberi pinjaman kepada kaki judi kerana judi adalah bisnes tidak berlesen. Adakah dengan pemberian lesen judi, kaki-kaki judi boleh mendapat pinjaman dari bank? Sepanjang pengalaman saya, bank tidak pernah memberi pinjaman kepada orang yang ingin berjudi walaupun perjudian itu berlesen (Magnum, 4D, Lumba Kuda, etc etc banyak judi yg sudah berlesen di Malaysia). Jadi bagaimana lesen judi yg baharu ini dapat membanteras kegiatan ah long?

Memang benar dunia ini bukan utopia dan bukan ideal. Namun jika begitu hujah untuk menghalalkan judi, maka kita juga harus membentangkan usul membatalkan semua undang-undang di Malaysia kerana walaupun kita ada peruntukan undang-undang tapi jenayah masih berleluasa. Jadi buat apa ada undang2. Bolehkah begitu?

Masalah judi bukan sahaja perlu dilihat dari segi individual preference seperti makan babi dll. Kesan sosial perjudian melarat kepada masyarakat. Keluarga berpecah-belah, tanggungjawab terabai, jenayah meningkat (sila baca http://www.nytimes.com/1999/12/08/news/08iht-topics.2.t_2.html?pagewanted=1) dan pelbagai kesan lain kepada masyarakat. Siapa yg nak bertanggungjawab pada semua ni? Vincent Tan? Saya rasa tidak. Pihak polis juga yg terpaksa bekerja keras. Siapa yang membayar kosnya nanti? Rakyatlah, siapa lagi?

hans said...

owh,ada betul juga pandangan bro BB...
saya sebenarnya tak bersetuju tentang menghalalkan benda yang haram nih...
lepas baca entry nih ada benarnya juga kan...
tapi bila menghalalkan lagi bermahajarela lah sikap berjudi dikalangan orang Islam
sebelum nih nak buat pun pandang kiri kanan
risau juga lepas dihalalkan lepas nih lebih ramai yg berani berjudi secara terang2an
itu pendapat saya sahajalah
setiap perkara kita buat pasti ada pro n kontra kan...
entahlah, saya masih menanti dan melihat tentang isu ini

Anonymous said...

Salam Bro BB

isu ni wa tk stuju dgn tindakan gomen.

walau ape pn alasnnya, kita tgk balik prinsip Islam. sebnya, islam utk semua bangsa.

Setiap larangan tu, bersebb.

Tgk mcm Brunei yg mengharamkn arak. sedangkn negara tu ade masyarakat berbilang bangsa dn agama.

menghalalkn judi bukan keputusn yg bijak dr segi prinsip moral mahupn strategi politik.

kalo nkkn undi dr kaum lain, rsnya gome patut tgk trend PRK baru ni dn lepas2. kenapa pengundi cina menolak

seperkara lagi, jd kerajaan yg bprinsip dn tegas akn lebih dihormati berbanding menjadi lalang dan lembu yg dicucuk tali

terlalu kecewa dgn keputusn kali ni.

judi bukan sj mendatangkn keburukn kpd org Islam tapi juga kpd bukan Islam. melarang org Islam berjudi di Malaysia sbnrnya tidak praktikal. lihatlah pengunjung tetap kedai ekor dan pekerja2 Casino de genting. pengunjung2 kasino juga terdiri dr org Islam.

institusi kekeluargaan hancur sebb judi. suami abaikn tggjwb, pekerja tidak amanah dan efisien.

lihat dr pelbagai sudut. bukan semata2 krn takutkn along - alasan semata!

teringat lg Menteri Pelancongan dulu, Tengku Adnan yg meminta dilanjutkn waktu operasi kalabul malami di KL krn diyakini boleh menarik pelancong.

di US ade disko, di Amsterdam ade kelab pelacuran, di Jepun ade kedai pertaruhan judi..di mana uniknya kita?

skrg 'menghalalkn' pertaruhan..
selepas ni? mgkin Red District mcm di Amsterdam pula dihalalkn ats alasn membendung pelacuran haram..


hahahaha..


yusuf mujahidin ™

Cob Nobbler said...

Boleh aku bagi satu pandangan paling cliche di muka bumi tentang benda ni?

Dalam dunia ni - apa benda yang menguntungkan - kalau tak dijalankan akan menjadi rugi.

Sebab tu antonim perkataan untung adalah rugi.

Asal boleh jual - jual.Asal boleh untung - untung.Takde oook dan takde eeek lagi?

Did I told you guys agama yang kita anuti ni sebenarnya tidak sekuat kertas di wallet masing2?

Tak payah nak bebel2 pasal halal haram - kilang Carlsberg di Shah Alam terbesar di Asia Tenggara.Siapa MP Shah Alam?

Serbanistas - jawab sendiri.

PenaKiri said...

Ambil pilihan ketiga. Tidak beri lesen, kerana perjudian bukanlah budaya mana2 kaum.

Ambil tindakan agresif banteras judi, beri pendidikan.

Jika alasan saudara diterima, bagaimana dengan pelacuran? Tidakkah jika dilesenkan, HIV akan lebih terkawal. Wanita pekerja seks akan lebih terbela?

Anonymous said...

ini bkn psl halal haram atau agama atau apa benda pn sebenarnya...ini psl prinsip.

duu ckp bangga negara islam, ketua oic...tp skrang bg lesen judi. org marah sbb tindakan kontradikter ini, bkn psl agama sgt pn. pemahaman tentang perkongsian tu kurang, kata negara islam dipakai bila perlu, mindset rakyat terfiksasi dekat negara islam.

sm mcm kes aminulrasyid...yes bdk tu slh, fine...tp yg jd perkara besar tu adalah sikap dan pendirian polis dan ahli politik yg standoffish....

Basuh Baju said...

Hazrul: ada beberapa point yang saya setuju dan ada yang tidak.

1) Saya rasa betul point saudara pasal perkaitan antara ah long dan pinjaman bank. Yang diberi pinjaman ialah pembangunan infrastruktur spt pusat lumba kuda, premis bangunan judi. Pinjaman pada pemain ada diberikan ttp oleh syarikat pinjaman wang berlsen bukannya bank.

Saya salah faham.

Untuk kesilapan ini, saya tarik balik. Terima kasih kerana membetulkan.

2) Bagaimanapun saya tetap dgn pendirian bahawa dengan memberi lesen judi, ia akan melindungi si pemain judi. bila mana mereka dilindungi dengan undang2 dan syarikat yg diberi lesen terikat dgn peraturan, maka kebarangkalian untuk pemain ditipu adalah minima.

Saya tanya saudara balik, dengan cara apa lagi untuk kita lindungi mereka2 yang memang dah ketagih judi ni?

Kita memanglah tak nak tolong mereka sebab asalnya diorang sendiri yang cari penyakit. Tapi cuba kita berada di tempat mereka dan selami- di belakang mereka ada keluarga. Sebolehnya kalau kita tak dapat kurangkan ketagihan judi mereka kita kurangkan risiko mereka apabila berjudi.

Kalau tak menang judi pun tapi janganlah sampai ditipu. Kerana yang merananya keluarga mereka juga. Anak bini, etc,etc..

Benar, saya faham ini masalah sosial. Saya tak nafikan. Tapi cuba saudara fikir, kerana nak kurangkan masalah sosial inilah kita bagi lesen. Setidak2nya si suami atau si ayah nak berjudi pun, berjudi lah di tempat yang berlesen.

Macam saya cakp- ini pilihan yg less evil. Daripada hisap rokok kotak atau rokok daun, baik hisap rokok kotak walau mahal. Sebabnya kurang bahaya. (tapi keduanya tetap bahaya).

Untuk ini saya tetap dengan pendirian saya. :)

3) Analogi saudara ttg 'baik hapuskan undang2" adalah tidak kena. Malah terbalik.

Sekarang ni kita nak beri lesen. Bukan tarik lesen.

Kita nak regulate bukan deregulate.

Bermakna kalau kita ambil analogi saudara, kita nak buat undang2 sbb benda ni dah teruk. Bukan nak batalkan undang2 sebab benda ni dah teruk.

Clear?

4) Sekarang ni memang polis dah banyak kerja pun nak tangkap sindiket judi haram ni. Kalau syarikat judi dah ada lesen, beroperasi spt mana yg ditetapkan, bukan polis akan kurang kerja sebab dah tak perlu nak tangkap?

Dan saya tanya balik saudara- kadar jenayah jalanan kita sudah turun 32.2%- adakah ini bermakna kadar perjudian sudah turun?

sebabnya saudara cuba kaitkan semua jenayah berlaku sebab judi. I admit it was one of the factor, but not necessary faktor yang utama.

una210 said...

ak teringta spahic cakap dalam kelas tadi..
undang2 tuhan dah ade..
tuhan cakap judi tu haram,
tp orang plak nk menghalalkan yang haram,,
sapa tuhan yang sebenarnye?Allah or orang,,,
dan setahu ak,,hindu,kristian,etc,,mojooriti mengharamkan judi,so,buat ape yang buat judi secara terbuka?,ngee~~

Basuh Baju said...

Hnas: memang dalam isu ni ada banyak perspektif. Setiapnya valid dengan justifikasi msg2.

Yang guna perspektif agama, memanglah apa yg dihujahkan dgn ayat Quran dan hadis tu benar. Even undisputed.

Yang guna perspektif ekonomi, memanglah guna hujah bawa income, peluang pekerjaan, etc tu benar.

Yang guna perspektif sosial, memanglah hujah masalah sosial makin teruk tu benar.

Jadi saya hanya bagi dari perspektif sayalah. Betul dan salah tu ikutlah dari perspektif mana kita tengok.hehe

Cuma point "kalau buat ni lagi ramai orang berjudi:, aku rasa point ni common sangat.

Nak buat sex education- nnti dikatanya lagi banyak pelajar buat seks.

Nak guna kalimah Allah- nnti dikatanya lagi ramai orang yang murtad.

Sebenarnya ini adalah hujah assumption not based on fact.

Point kau boleh valid kalau kau tunjukkan contoh mungkin di negara mana2 yg melesenkan judi, berlaku peningkatan yang mendadak org berjudi. Dan org yang berjudi tu pula, adakah menyumbang kepada yang teruk atau bagus.

See, this is how to rebut my point. hehe

Yusof: kalau nak bandingkan dengan brunei tak berapa adil.

1) sebab Brunei tidak ada piihanraya macam kita. So tak jadi isu kalau nak haram itu ini. Even nak beli jet peribadi guna duit minyak pun tak boleh cakap apa.

Kita ni dahlah hidup berbilang bangsa dan agama, tapi kita ada demokrasi dan pilihanraya. Setiap benda boleh dijadikan isu.

Aku setuju Islam utk semua bangsa tapi hukum islam tak boleh dipaksa utk semua agama. Penganut kristian, Buddha, Hindu ,etc,etc boleh hidup di dalam kepercayaan mereka. Betul kan?

dari segi politik, aku tak tau la nak cakap camne. Sebabnya utk mengatakan lesen judi nak raih undi kaum cina tak betul jugak. Sebabnya dalam masyarakat cina sekalipun ada yang tak suka judi.

dan kalau benar kerajaan nak tarik undi, kenapa berita ni tak disensaikan di akhbar perdana? Even kat akhbar inggeris cerita ciput2 je.

Kerajaan pun dah mull idea ni lama dah sebelum PRK Sibu lagi.

So how?

Sebab tu aku cakap, di akhirnya pegangan kita sendiri. Orang kalau nak melacur, berjudi, minum arak- dia akan cari kat ceruk mana sekalipun.

Orang arab sanggup terbang ke luar negara sebab nak main perempuan. Orang melayu sanggup suruh orang cina belikan nombor.

Dan samalah jugak kalau orang tu mmg tak minum, tak zina, tak judi- kau letak dia kat red district Amsterdam pun dia tak goyang. haha

Ariffin Abdullah said...

Dengan 'menghalalkan' perjudian, setidak-tidaknya pelanggan dapat dilindungi dengan undang-undang. Dalam erti kata lain industri perjudian boleh dikawal selia seperti mana industri perbankan yang ada undang-undangnya sendiri.

************************************* aq copy dri article ko********

Kenapa nk beri pelindungan kpd pelanggan judi? Lebih bagus mereka kena tipu kerana ia boleh jadi pengajaran kpd mereka utk tidak lagi berjudi.

Kenapa nk bandingkan benda yg dah haram(judi) dengan benda yg x haram(perbankan)?

Beri atau tdk, Judi tetap ada. Yes i agree, but give the license in Islamic State it seem like Islam Support Judi.

Isu Judi x harus dipandang tinggi oleh Muslim shj, nonMuslim pun harus dididik keburukkan judi. Pendidikan Sivil kan ade...
1MALAYSIA benci JUDI bagus x idea gua?

Kelakar la klau kerajaan nk guna sumber pendapatan dari judi(lesen judi) utk pembangunan negara

zulhardy said...

@Holden - MP Shah Alam Khalid Samad dari PAS. Sejak bila pula untuk mendirikan kilang arak perlu dapat tanda tangan MP? Kilang tu berdiri di situ sejak sebelum YB Khalid Samad jadi MP Shah Alam lagi. Oleh itu kalau nak tanya, tanya orang sebelum dia boleh?

Aku paling kecewa dengan keputusan Finance Minister ni sebab Awang Adek secara terang terangan cakap judi haram di luar kawalan. kita rugi sebab olehan judi haram berbillion. inikan mentaliti "if we can't beat them, join them". mana polis? mana fru? orang nak demo pegi tangkap. orang nak buat candle vigil pegi tangkap. gunakan lah "kuasa" yang "besar" tu untuk perangi judi haram.

satu lagi vincent tan lahanat babi. hari selepas kerajaan announce pemberian lesen, vincent tan membuat kenyataan "barangsiapa yang menentang pemberian lesen judi ini samada dari golongan operator judi haram sendiri atau penyokong mereka" cilaka :)

oleh itu cadangan aku perkuatkan lah penguatkuasaan. polis kita ramai, bukan? hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

cahaya kelip-kelip said...

senang. xyah judi.

org bkn islam nk judi cara mereka sendiri.
tanggung risiko sendiri la bula nk berjudi.
kerajaan xpayah susah2 nk bagi lesen pulak.

btw, they live in an Islamic contry.
kalau mereka boleh patuh bhsa melayu bahasa ibunda,
Islam agama rasmi,
agung sebagai ketua pemerintah,
kenapa xboleh patuh Islam xmenghalalkan judi dan mengharamkan sama sekali JUDI.
kn?

Basuh Baju said...

Nami: Bukan agama yang kita anuti yang tak sekuat kertas dollar tapi penganut agama tu sebenarnya.

hehe

Penakiri: apa masalahnya kita beri lesen ke rumah pelacuran kalau betul HIV dapat dikawal dgn nasib pelacur lebih terbela?

Sekarang ni rumah pelacuran ttp ada.

Sudahlah ada permintaa yg tinggi, lebih teruk bila ramai pelacur yg melacur sbnrnya ditipu dan dianaiya....

Ya, anda boleh berkata saya tidak islamik dengan mengatakan ini- which again saya minta anda bagi cadangan yang lebih bernas. :)

(memanglah kita banteras- tp nak banteras mcm mana? ada idea?)

Tanpa nama: ok, sekarang kita ckp pasal prinsip negara islam. Apa sebenarnya yg dikatakan negara Islam? Standard yg bagaimana?

UAE- ada je disko.
Arab saudi- perempuan tak boleh kerja, memandu.
Turki- tudung tak dibenarkan pakai di universiti.

negara2 ni anggota OIC jugak.

So gitau saya apa yg dikatakan negara islam?

dan bagaimana pula negara islam yang berbilang bangsa dan agama spt Malaysia?

can u enlighten me? Saya tak berapa taula. :)

Anonymous said...

basuh baju?

-umero uno

Basuh Baju said...

Ariffin: tak kelakar duit pembangunan diperoleh dari hasil yg tidak sah. (kita panggil sin tax).

Berapa billion yg kita kaut dari genting? Multiple effect dari genting lagi. Dari arak, rokok.etc.etc.

Paling sikit ada berpuluh billion semenjak 50 tahun kita merdeka. (for the sake of arguement let saya RM20billion).

So RM20 billion ni kita tak tahu salur kat mana- dan mungkin bayar gaji pekerja kerajaan.. Mungkin buat sekolah, hospital, jalan raya, even biasiswa!

so di mana peliknya?

Kenapa? Takut tak berkat? dalam dunia ni even hasil keuntungan dari sektor perbankan pun tak semestinya bersih, mana lagi kau nak cari duit yg btl2 suci , bersih, dan putih?

Macam aku ckp- bagi aku cadangan. Bukan sentimen bro.

ps: mmg dari segi hukum, sektor perjudian tu haram berbanding dgn sektor perbankan. Tapi sektor perbankan telah menyebabkan dunia dilanda krisis ekonomi for the past 200 years! Berpuluh juta orang hilang kerja, berpuluh negara bankrap, orang mati kebuluran, society jadi semakin teruk. Given all these things, adakah kau nak cakap padan muka kepada those yang menglibatkan diri pada sektor perbankan?

Im just wondering.

Basuh Baju said...

haha bagus2 makin hangat. I just love this discussion. :)

una: pergi tanya spahic, tuhan bagi orang buddha dan hindu adalah berbeza ke tak?

skrg ni aku tak kata org muslim dihalalkan berjudi dengan pemberian lesen tu.

Even doa depan kaabah pun tak akan boleh ubah hukum tu.

point aku ialah langkah ni less evil daripada membiarkan judi haram tu sekarang.

Zulhardy: aku nak mencelah sikit- apa yang haoulden nak cakap tu ialah kenapa Khalid Samad- MP Shah Alam tak berbuat apa2 nak tutup kilang tu ke. Yela, MP sebelumnya mmg dah salah tak bermakna dia terlepas kan? (aku rasalah ini maksud dia)hehe

btw, point kau pula kita perkuatkuasakan polis. So basically kau minta polis tgkap sindiket judi ni kan? Ok- katakan ia berjaya.

tp those yg kaki tegar judi ni bagaimana pula?

sbb tu saya cakap langkah ni bukan nak banteras judi tapi bagaimana nak kurangkan risiko org yg berjudi dan juga bagaimana nak buat duit dgn taktik yg licik :p

its morally wrong but its tactically right.

apapun, aku rasa lagi bagus kerajaan jgn bagi monopoli lesen ni kat vincent tan je. dia bukan genuine entrepreneur pun. Sekadar pandai lobi tapi hampeh.haha

Cob Nobbler said...

@Zulhardy:Bukan aku suruh kalau bina kilang kena ambik tandatangan YB.

Kawasan sendiri ada kilang arak,kenapa tak lawan dulu?At least MBSA boleh bagi notis atau suruh dia pergi kilang tempat lain.

Kenapa?Once again - profit above everything la in capitalism,including religion.

Unknown said...

yg kita (penentang idea & pelaksanaan skim judi berlesen bolasepak) tak mahu ialah kerana ia menambah masalah, menyukarkan lagi kawalan kpd umat Islam sendiri yg sedia lemah di segi akidah, ilmu agama (basic) & gaya hidup yg Islam mahukan. Mengapa perlu pemimpin umat Melayu-Islam membiarkan 1 lagi pintu maksiat dibuka seluasnya sedangkan mereka hanya (pemimpin umat Islam) melihat ia di sudut graf jangkaan keuntungan negara? More income? Alasan pengawalan judi haram adalah dangkal sebab hanya menjustifikasikan kelemahan penguatkuasaan pihak berkuasa sedia ada. Jika mekanisme atau sistem pengawalan berjaya adakah perlu kita akan mendengar sindiket judi haram & ah long masih berleluasa & hingga tak terkawal?

Cliche? Since when kita menganggap judi hanya untuk orang Cina & non Muslims? Memang kita patut lebih moderate or liberal dlm hal ni jika judi ni dimohon oleh wakil-2 bukan Islam. Maslahnya from the 1st place wakil-2 umat Islam sepatutnya tak perlu sokong just be neutral, jika tak bantah pun..only then kita tgk apa kesudahannya idea tu?

Jika kita sendiri membiarkan maksiat yg ada (kedai judi, pusat hiburan dll) tak dikawal dgn baik (spt. lesen mudah diberikan, tak dihadkan) bukankah tu membudayakan umat Islam kita dgn suatu perkara yg kemudian hampir semua kita anggap ia tak menjadi apa-apa kesalahan (besar) or no big deal? Memang kita tak mahu & main judi bolasepak tapi jika ada umat Islam terlibat maksiat tu secara terang-terangan tidakkah kita juga akan dipanggil & dipersoal Allah? Selamatkah & bahagiakah kita di sana?

deus X machina said...

tak sabar gua nak bet world cup ni
lu bajet sapa menang world cup bb?

Ariffin Abdullah said...

memang betul sekarang smua duit yg diperoleh Kerajaan x 100% suci, namun adakah ini dijadikan alasan utk kita terus mengaut keuntungan dari pekara haram? Mungkin ini dianggap satu usaha dalam menangani pekara haram.

Malaysia berbilang bangsa jadi sukar utk mewujudkan 1oo% Islamic State. Namun judi itu x dianjurkan oleh semua agama. Oleh itu aq cadang slogan 1Malaysia Benci JUDI.

Kalau btul2 nk bagi lesen, Kerajaan harus berikan jaminan bahawa tiada umat Islam yg terlibat dalam judi. Mungkin Kerajaan kata ini peranan Ulama. Dan majoriti Ulama di Malaysia akan jawab, kenapa beri LESEN?

Sekali lagi, kenapa nak beri perlindungan kepada pemain JUDI? padan muka klau mereka kena tipu, biar mereka menyesal berjudi.

Cakap pasal Islamic State, Aq proud dngan IRAN, ade Dress code, woman right,Hudud Law. Cme mereka Syiah je.

Aq rsae x perlu nk bandingkn Malaysia dengan negara Islam lain, sekarang pun aq dh bangga dengan Malaysia. Cume kita nak kan lebih bagus utk Malaysia, kerana kita percaya kita boleh laksana lebih bagus.

Anonymous said...

ade lesen ke xde lesen judi ttp haram.xda istilah penjudi dilindungi ke ape...apabila memberikan lesen kepada perjudian seolah2 menghalalkan yg haram. da tau haram wat pe bjudi, perlu perlindungan ape dgn bnde yg dah sah haram.hukum teap hukum...

igatlah wahai mukmin, sekecil2 iman adalah mambenci perkara yang mungkar...

Madzlan Hussain said...

BB, sudut pandang yg harus diambil ttg isu lesen judi ni ialah inilah jalan tgh atau middle path antara 2 ekstrem. Menyedari bhw peminat fanatik bolasepak tersgt ramai, dan dlm keghairahan memeriahkan demam Piala Dunia ramai antara mereka akan saling bertaruh, maka bookie2 haram pun menangguk di air keruh dgn menyediakan platform pertaruhan internet dan lain2 medium. Ekonomi gelap (underground economy) yg dijana melalui aktiviti ini menjangkau berbilion ringgit. Disebabkan ia tidak berlesen, maka kerajaan (baca: rakyat) tidak dpt manfaat satu sen pun drpnya bahkan bertambah rugi sbb kos penguatkuasaan undang2, program2 sosial utk pemulihan ketagih judi, ceramah agama, dll usaha mengawal judi haram (termasuk yg beroperasi dari luar negara, bererti ringgit kita mengalir keluar) - secara langsung mahupun tak langsung masih ditanggung/disubsidi oleh kerajaan (baca: rakyat). Inilah juga hakikat bagi pelbagai kegiatan lain yg berttgan dgn Shariah spt arak, no. ekor, disko ... lesen diberi sbg jalan tgh bagi meminimumkan mudarat sbb nak membanterasnya sama sekali adalah mustahil (grup yg sokong dgn yg tak sokong sama2 kuat dan berpengaruh). Kita juga jgn lupa bahawa di majoriti negara demokrasi di dunia ni, rakyat berkeras tidak suka kerajaan menentukan nilai moral individu, sbb itu dianggap hak asasi masing2. Agak ironi jika pembangkang di Msia memilih utk mendesak kerajaan campur-tgn dlm isu moral, sedangkan ia tidak begitu selari dgn sentimen popular demokrasi.

reverie said...

1) Matlamat tak menghalalkan cara.

2) Biar sudah tertubuh casino genting. Toto,magnum diseluruh pelusuk negara. Di akhbar, keluar keputusan toto hari-hari. Takkan nak tambah lagi dengan lawful lesen judi? Kita patut halang cadangan lesen judi dan cari jalan banteras perjudian dan maksiat yang sudah ada dalam negara.

3) Aku lagi rela digelar ekstremis, mundur, tak relevan. Asalkan tidak bertentangan dengan Islam, biarlah bertentangan dengan sistem kerajaan sekalipun.

4) Tindakan mengesahkan judi di Malaysia akan hanya memakmurkan aktiviti perjudian tu. Jgn sebab nak melindungi minoriti yang berjudi, majoriti tak berjudi turut dibabitkan dan didedahkan kepada judi. Bahaya bagi mentaliti terutama bakal anak muda Islam yang tak tahu apa2. Kalau dari kecil didedahkan, maka akan dibrainwash. Strategi psikologi yang membahayakan.

5) Banyak cara lain untuk banteras, kuatkuasakan undang2. Kuatkan jentera polis. Tangkap mereka yang judi. Tapi terbukti, undang-undang sekular yang Malaysia praktikkan hari ini, gagal melaksanakan benda ni. Lalu mau cuba halalkan judi untuk menutup lubang kejahilan sendiri.

6) Nabi ada menyebut, Islam tu muncul dalam keadaan (ghuraba)asing ditengah2 kejahilan. dan islam itu akan kembali ke keadaan ghuraba semula pada akhir zaman. Mungkin ini antara yang dimaksudkan, judi itu dihalalkan dalam sistem. Dan apabila umat Muhammad yang beriman menidakkan, mereka dituduh kolot, tak aptudet, tak ikut perkembangan.

Allah'ualam

Basuh Baju said...

see, dlm isu judi ni pun betapa susahnya kita nak tangai sebab ada pandangan yg tak kesah jadi ekstrem sehinggakan mau jadi iran.

Inilah keadaan bila mana negara yang berbilang bangsa dan agama.

setiap pandangan sama kuat dan ada pengikutnya.

bayangkan korang di tempat kerajaan. camne nak uruskan negara yg sebegini. baru isu judi beb. dah ada yg tak kesah nak jadi ekstremis macam iran dan arab saudi.

macam yg aku cakap- ini keputusan yg lesser evil.

kalau negara ni 90% umat islam, 90% org melayu- negara yg native- tak ramai bangsa lain atau beragama lain, then korang bolehlah nak buat hudud, buat undang2 dress code prmpn pakai jubah dan tudung, sebat sape minum arak, rejam sape berzina, tgkp org berjudi.

tp once again- kena ingat ini negara berbilang bangsa dan agama. kau tak boleh nak buat undang2 seekstrem begini. kau kena kompromi dan amek jalan tengah.

apa Islam tak benarkan kita amek jalan tengah dan berkompromi? Sedangkan solat pun ada rukhsah. Inikan pula nak tadbir negara.

And korang nak kata ni negara Islam? Fine- sekarnag korang admit kerajaan sekarang boleh dianggap sbg negara Islam. jadi pertamanya tak perlu nak sokong perjuangan PAS sbb negara kita dah already negara islam kan.

keduanyaa model negara islam yg bagaimana korang refer?

Turki? Arab Saudi? Qatar? Iran?

Setiap negara ni ada undang2 yg 'tak islamik'. Tak bagi pakai tudung, tak bagi bekerja, tak bagi memandu- semua ni tak sama dengan bagi lesen judi?

yang haram mmg ttp haram.

Dgn bagi lesen judi ni kita bukan menghalalkan hukum org islam boleh berjudi. Org islam ttp tak boleh. Dan kalau ada yg berjudi pun, ia ttp berdosa dan boleh ditangkap.

sila fahami isu ni betul2.

korang suka fikir simple logic bagi lesen- terus haram, terus tak islamik, terus nak jadi ekstrem.

Kadang2 isu ni terlalu complicated.


apapun, again- aku ingatkan pemberian lesen ni adalah jalan tengah antara ekstremis islam macam korang dgn kaki judi tegar macam kbykn org sekarang.

tq

Anonymous said...

aku ingat entri macam ini ditulis sebab kawan ayahanda tun yang suci seperti breeze dapat buat untung...cuba kalau negeri pakatan rakyat yang buat...habis kena kutuk....

tak yah bagi alasan nak jaga kebajikan penjudi...apa dengan halalkan satu syarikat judi maka tiada lagi judi haram? apasal tak halalkan je semua operator penjudi?....hasil duit judi ni lah yang diguna nak tindas rakyat yang tak sokong mereka.....untuk yang menyokong, duit judi ini lah yang diberikan.....lepas tu keturunan APNO ni semua jadi bebal siang malam

tolong jangan salahkan golongan ekstrem judi dan ekstrem agama....salahkan guru al monggoli najibul rosmok....golongan ekstrem judi tak pernah mintak halalkan benda ni......kalau betul nak halalkan....halalkan semua yang nak jadi operator judi....jangan nak monopoli

jibam

Hazrul D. Nizam said...

BB,

Berkenaan kadar jenayah yang meningkat akibat pemberian lesen judi, perlu diperbetulkan saya tidak mengaitkan semua jenayah dengan masalah judi. However, kaitan judi dengan kenaikan kadar jenayah telah dibuktikan dalam pelbagai kajian di luar negara. US Department of Justice dalam kajian mereka mendapati,

'Nearly one-third of arrestees identified as pathological gamblers admitted having committed robbery in the previous year. Approximately 13 percent had assaulted someone for money. Pathological gamblers were much more likely to have sold drugs than other arrestees.'

Boleh dibaca di http://www.ncjrs.gov/pdffiles1/nij/203197.pdf

Kajian ini hanya dijalankan ke atas kaki-kaki judi yang telah ditangkap kerana kes jenayah SAHAJA sekaligus menghapuskan bias kepada statistik. Ini menerangkan kaitan ketagihan judi dan jenayah berat.

Bertentangan dengan alasan kerajaan, pemberian lesen judi juga TIDAK AKAN mengurangkan kegiatan judi haram. Ini kerana pengusaha judi haram menawarkan 'better odds', pinjaman, kemudahan dalam meletakkan bet berbanding judi berlesen dan juga kemenangan tidak dikenakan cukai. Ini telah dibuktikan dalam pelbagai kajian. Kita sendiri boleh lihat di Malaysia, banyak outlet perjudian yang berlesen (Genting, 4D dll) tapi kegiatan judi haram masih ada tidak kira judi sukan atau lain2. Malah judi sabung ayam masih banyak di kawasan pedalaman. Jadi adakah kita perlu terus memberi lesen kepada semua mereka?

Saudara ada bertanya bagaimana kita handak menolong kaki-kaki judi ini? Jawapan saya, memberi lesen judi tidak akan menolong sesiapa pun. Judi berlesen atau tidak berlesen akan memberi kesan sosial. Persoalannya, perlukah kerajaan endorse perjudian hanya kerana ingin mengutip cukai? Untuk menolong kaki-kaki judi, perlu ada support mechanism seperti rehab dll sepertimana juga kita menangani masalah ketagihan dadah. Keluarga kaki judi juga boleh dibantu untuk keluar dari masalah ini. Bukankah kita ada Kementerian Keluarga dan Masyarakat? Kenapa kita tidak membantu rakyat kita yg perlukan bantuan? Sebaliknya kita beri lesen kepada kroni untuk memastikan mereka terus masuk jerat ketagihan judi.

Basuh Baju said...

Jibam: bila kerajaan pakatan buka ladang babi ada entri ditulis di sini utk kritik tindakan itu?

Vincent tan memang pelobi kerajaan. In fact dia bukan genuine usahawan macam pelobi yg lain namely boss YTL dan Ananda Krishnan.

Dan aku tak setuju lesen ni dimonopoli.

Basuh Baju said...

Hazrul:

1) saudara, saya tidak pernah menafikan judi ada kaitan dengan kadar jenayah. Malah saya pun setuju ia menyumbang kepada masalah sosial.

Dan daripada kajian yg saudara berikan- nampak tak bagaimana si pemain judi ni memang kaki penjenayah dan kaki judi Bermaksud diorang TETAP akan berjudi.

Kalau buat penguatkuasaan bagaimana pun org2 begini ttp akan cari cara utk berjudi.

jadi mana lagi kurang jahat- org2 begini berjudi di tempat haram dan kita tak dapat satu sen pun atau org2 begini berjudi di tmpat berlesen dan at least kita dapatlah something.

mana satu?

sebab tu langkah ini ibarat memilih di antara dua darurat.

2) berkenaan dgn sekalipun wujud tempat judi yang berlesen tapi masih ada operator haram.

See- sedangkan dah bagi lesen pun masih ada operator haram. Kalau tak bagi, lagilah ramai orang buka operator haram sebab lagi ramai orang nak berjudi.

Tolong faham ini pilihan yang kompromi. Pilihan jalan tengah. Sesiapa tak akan puas hati dan tidak akan dapat semua. Tapi at least masing2 dapat bahagian.

3) Baik buat terus kementerian tangani Judi. Lantik menteri. Bagi bajet ratus juta. Bagi kontrak bina rehab kat kontraktor bumi/kelas A. panggil penceramah motivasi.

Amacam?

Siapa yang membayar kosnya nanti? Rakyatlah, siapa lagi?- komen saudara..

Hazrul D. Nizam said...

BB,

1)Berkenaan hujah bahawa lebih baik kita dapat cukai daripada tidak mendapat sesen pun dari kegiatan judi, saya rasa hujah itu does not hold water.

i) Kajian kerajaan sendiri menyatakan sindiket perjudian haram luar negara kebanyakannya bergiat secara online. Lesen yg diberi kepada Vincent Tan TIDAK membenarkan perjudian secara online. Yang dibenarkan hanya perjudian 'retail' iaitu buka kedai macam 4D dll. Jadi selapas keluar lesen judi pun sama juga, kita tetap tidak dapat pungut cukai judi online dan pengaliran wang ke luar negara tetap berlaku. Ini sekaligus mengenepikan alasan pemberian lesen judi mengelakkan pengaliran wang ke luar negara.

ii) Sindiket judi haram yang bergiat secara retail kebanyakannya sindiket tempatan. Bermakna cukai atau tak cukai, untung kegiatan judi haram tetap berada dalam negara. Cuma bezanya, Vincent Tan untung kena bayar cukai, kerajaan kutip cukai bina hospital, sekolah, jalan raya dll.
Kalau sindiket haram untung dia tetap belanja duit dalam Malaysia dan menyumbang terus kepada ekonomi tanpa melalui mekanisme cukai. Contohnya macam makcik jual nasi lemak tanpa lesen. Memang dia tak bayar cukai tapi untung dia bila dibelanjakan menyumbang terus kepada ekonomi. Jadi dari segi ekonomi kesan pemberian lesen judi ini bagi saya adalah minimal.

*Minta maaf kepada Makcik jual nasi lemak. Ini contoh sahaja bukan nak samakan bisnes makcik dengan judi :).

2) "Dan daripada kajian yg saudara berikan- nampak tak bagaimana si pemain judi ni memang kaki penjenayah dan kaki judi Bermaksud diorang TETAP akan berjudi."

Mungkin saudara membuat tafsiran sendiri dari kajian itu (which you are entitled to :)). Yang saya faham ialah kejadian jenayah itu adalah AKIBAT dan KESAN dari ketagihan judi. Penyelesaiannya ialah kaki judi berhenti terus dari berjudi. Memang sukar kerana tahi judi akan tetap ingin berjudi sebab itu wujudnya rehab dan support mechanism yg lain. Pemberian lesen judi TIDAK AKAN menyelesaikan ketagihan judi atau jenayah yg dilakukan kesan dari ketagihan.

3)"Baik buat terus kementerian tangani Judi. Lantik menteri. Bagi bajet ratus juta. Bagi kontrak bina rehab kat kontraktor bumi/kelas A. panggil penceramah motivasi.

Amacam?

Siapa yang membayar kosnya nanti? Rakyatlah, siapa lagi?- komen saudara.."

Tidak perlu budget beratus juta. Seperti yg dinyatakan, kita sudah ada Kementerian yg dipertanggungjawabkan. Jadi tidak ada isu budget beratus juta. Bina rehab centres dan program membantu kaki judi keluar dari ketagihan judi tidak memerlukan belanja besar. Rehab centres boleh diwujudkan di hospital (dua tiga bilik dah cukup). Tidak perlu penceramah motivasi, cuma perlukan ahli psikologi perubatan yg berlesen. Ini bukan perbelanjaan yg sia-sia. Masalah ketagihan telah diiktiraf pakar sebagai masalah kesihatan. Pasal kontraktor bumi dan sebagainya, itu melibatkan isu lain yang boleh diselesaikan dengan cara yg lain. Banyak negara telah berjaya dengan program-program seperti ini tanpa melibatkan komitmen kewangan yg tinggi dari kerajaan.

Saya bersetuju dengan saudara yg isu ini tidak perlu dibahaskan atas hujah agama. Ikut agama sudah jelas dan nyata..HARAM..buat apa nak berhujah lagi. Kita hendak lihat dari segi sosio-ekonomik bagaimana pemberian lesen judi memberi kesan kepada negara.

Basuh Baju said...

Hazrul:

point 1 dan 2 anda contradict.

Sekarang ni kegiatan judi kita online di dalam negara atau retail di luar negara atau retail di dalam negara?

Mula2 kata online- jadi kerajaan tak dapat cukai.

Lepas tu kata retail- sumbang pada keonomi.

Mana satu ye? ke dua2?

Bagi saya- memang online tak dapat menghalang pengaliran wang ringgit.

Tapi setidak2nya kaki judi ni boleh berjudi betting sukan di retail. Sebab the reason diorg pergi online pun sebab yg retail ni takde lesen.

Bab menyumbang pada ekonomi tu- ya hujah saudara bersandarkan pada andaian dia spent kat gerai nasi lemak.

Tapi berapa banyak?

Kalau jadi vincent tan- dia sumbang 22% hasil untung pada kerajaan.

Out of 1 billion, ada juga dalam 220 juta.

Kalau operator yg tak berlesen, ada diorang nak spur the money that much?

I dont think so..

Pasal isu nak buat rehab- itu sape yang nak pulih dari ketagih judi.

Yang masih nak berjudi? Takkan nak paksa kan?

Okeylah, so beritahu saya apa langkah yang dapat:
- menghalang pengaliran keluar ringgit?
- mengurangkan janaan underground economy yg berjumlah bilion ringgit?
- mengurangkan perbelanjaan kerajaan dari segi penguatkuasaan undang2 (polis), pencegahan (kempen, dll)?

Sila bagi saya cadangan.

insan kudus said...

Salam..
topik menarik...
tp bukankan 220juta yg masuk tu tetap HARAM?
maaf jikalau anda bukan Islam,
tetapi,mengikut agama saya,
HARAM TETAP HARAM...

robin hood memang baik,
mencuri utk bg si miskin,
tetapi,HARAM TETAP HARAM...

dan terang2 dikatakan utk pembangunan sukan,
maka,KASIHAN SAUDARA2 SEISLAM SAYA YG BERJUANG UNTUK NEGARA,
punca duit utk PEMBANGUNAN SUKAN itu rupanya dari 'wang' ini...
SUBHANALLAH...
moga ALLAH ampuni dosa-dosa mereka..amin...

------------
baik,
kalau macam tu,
wujudkan juga lesen pelacuran,
byak juga untung yg boleh dapat,
ye tak???

------------

"Tanpa nama: ok, sekarang kita ckp pasal prinsip negara islam. Apa sebenarnya yg dikatakan negara Islam? Standard yg bagaimana?

UAE- ada je disko.
Arab saudi- perempuan tak boleh kerja, memandu.
Turki- tudung tak dibenarkan pakai di universiti."

owh..
kalau mcm tu,kamu nak campurkan lagi bende nie,

MALAYSIA - LESEN JUDI??

pada saya, kalau tak dapat membanteras,melindungi etc,
dapat kurangkannya pun sudah memadai...
bukankah??

memang,berjudi terletak pada individu dan keimanan,
tak kira bangsa agama etc,
tp kalau ade usaha utk mengurangkan perkara ini, dan cth kita buat : JUDI INI SESUATU YG SUNGGUH HINA DAN TERKEJI, MAKA KALAU TAK SEMUA, 1 2 PUN TERASE NAK BERHENTI NAK BERJUDI, PUN OK WHAT???

cuma fikir utk jangka masa panjang,
apa anda nak lihat anak2 anda jika dia hebat bersukan dan mewakili malaysia dan ande penuh bangga dapat melahirkan anak2 sebegitu?? anda kerja siang malam utk bg rezeki halal,then,bila wakil sukan,anda tahu PUNCA PEMBANGUNAN SUKAN itu dr mana puncanya,
bukankah anda boleh mula berjudi dr saat sekarang??
atau darah halal itu boleh diasingkan dengan darah yg haram?


-------------------------

mengikut hujah kamu,
ade sesetengannya saya amat sokong,
sesetengahnya ade yg amat saye tentang..
tetapi,
bila kembali pada AL-QURAN dan sunnah,
maka....

kamu silalah berfikir...

ISLAM ITU KEKAL HINGGA KIAMAT..

SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA-NYA...

INSYA-ALLAH....

seribu kemaafan dan salam...

---------------------------------------

Philsof said...

Ketakutan agama Pluralisme menjadi kenyataan kerana bumi Malaysia yang pelbagai kaum.Isu-isu inilah yang akan timbul.

hamba ALLAH yang prihatin said...

Maksud firman Allah SWT :

" Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu "

al Furqan : 43-44

Namun, dalam asyik2 berfikir akan apa maslahah atau kebaikan yang bakal diperoleh daripada penghalalan judi itu, tidakkah elok kiranya jika kerajaan Malaysia turut menghalalkan samun, rompak, ragut dan lain2 yang asalnya haram itu?. Sebabnya ana melihat jika kita halalkan samun, nanti indeks jenayah negara pasti akan berkurangan secara mendadak, kerna bila samun halal, si penyamun yang menyamun tidak lagi dikira sebagai penjenayah. Selain itu, penyamun itu tidak perlu ditangkap, dia boleh sahaja bebas menyamun selagi mampu, dan mungkin juga boleh menjadi jutawan suatu hari nanti dan turut menyumbang kepada agama, negara dan bangsa. Jika penyamun itu lelaki dan sudah berkeluarga, maka keluarganya juga tidak akan menderita akibat daripada penangkapan ketua keluarga mereka.

Sebijak manapun akal manusia, ia tidak akan dapat mengatasi syariatullah. Judi adalah sesuatu yang qat'ie, telah tetap dan tiada sebarang perselisihan antara ulama', ianya HARAM!, maka tidak ada satu hujah pun yang boleh mengatasi syariatullah ini, tidak sama sekali!. Maka atas dasar apa kerajaan Malaysia yang diketuai orang Islam ini mahu menghalalkan judi?, mengaku negara Islam, namun menghalalkan judi secara besar besaran, belum lagi sebut isu lain. Ana tiada kata2 lagi sebenarnya, harapnya ummat Islam dapat bangkit dan jatuhkan pengkhianat agama sebegini, itu saja yang mampu dilakukan kini, lainlah jika kalian masih mahu terus bersabar dan bersubahat melanggar syariatullah, silakan!.

al Imam Sayuti ada menyebut satu kaedah fiqh yang bermaksud :

"Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya"

Allah'ualam

Insan Kudus said...

Salam...

Terima kasih wahai hamba ALLAH yang prihatin...

Wallahualam...

Maaf & Salam...