1. Terima Kasih di atas pandangan yang kritikal. Saya gembira kerana semua yang memberi komen tidak mudah melabel sebaliknya mengupas isu yang diberikan.
2. Namun saya sedikit sedih apabila ada yang sanggup menjadi ekstremis dan berbangga dengan 'negara-negara Islam' seperti Turki, Iran dan Arab Saudi. Saya tidak pasti sama ada mereka pernah ke sana. Namun saya diberitahu betapa islamiknya negara ini sehinggakan perempuan muslim tidak dibenarkan memandu, bekerja, dan memakai tudung di univeristi.
3. Mungkin negara-negara ini boleh dijadikan model negara islam.
4. Tetapi adakah kita mahu menjadi sebegitu?
5. Lebih mendukacitakan, ada pembaca yang tidak kisah negara ini tidak maju asalkan tidak bertentangan dengan Islam. Sebenarnya mentaliti inilah yang perlu diubah. Mentaliti yang pernah dijajah di mana 'biarlah tak maju'.
6. Mereka selalu berkata Islam tidak menghalang kemajuan bahkan Islam adalah agama yang maju. Namun apabila beberapa perkara yang perlu dikompromi untuk kemajuan, mereka tolak. Bukankah Islam itu memudahkan dan kompromi dibenarkan? Dalam kewangan Islam pun ada syarat yang dilonggarkan untuk menyesuaikan dengan realiti sebenar.
7. Pemberian lesen judi ini adalah jalan tengah (middle path) antara kedua golongan ekstremis. Di antara golongan yang tentang habis-habisan kegiatan judi dan juga golongan yang gian berjudi. Ia adalah kompromi yang terpaksa dibuat. Samalah seperti di Kedah dan di Selangor apabila ladang babi dibuka. Ada yang menentang dan ada yang menyokong. Adakah ini bermaksud makan babi dibenarkan oleh orang muslim?
8. Kembali ke Malaysia, sungguhpun lesen judi diberikan, orang islam masih tidak dibenarkan berjudi. Lesen itu diberikan kepada orang bukan muslim dan untuk orang bukan muslim. Sudah jelas, hukum yang haram tetap haram. Macam lesen memandu- siapa yang ada lesen baru boleh bawak kereta. Yang tak ada lesen mana boleh. Sekarang ni orang muslim dapat lesen ke untuk main judi?
9. Yang kita mungkin boleh pertikaikan kenapa monopoli lesen judi diberikan kepada seorang individu. Vincent Tan pun bukannya genuine entrepreneur.
10. Judi haram telah menjana ekonomi gelap (underground economy) sebanyak berbilion ringgit. Kerajaan tidak mendapat satu sen pun malah kerugian dalam bentuk pengaliran wang ringgit ke luar negara. Penguatkuasaan undang-undang dan usaha membanteras kegiatan ini juga menelan kos yang tinggi. Duit siapakah semua ini kalau bukan duit rakyat?
11. Sekalipun polis malah FRU digunakan untuk menghapuskan kegiatan judi dengan menangkap orang ramai- bukankah ini seperti kerajaan mengawal moral masyarakat dan individu?
12. Kita bukan main marah apabila Tun Dr Mahathir menangkap orang ramai berdemonstrasi atas alasan tidak demokratik. Kerajaan tidak menghormati hak asasi rakyat. Tetapi apabila kerajaan cuba menjadi demokratik dengan memberikan lesen judi, kita mahukan tindakan yang tidak demokratik. Di mana perjuangan hak asasi?
13. Benarkah kita perjuangkan agama? Hak asasi? Atau kita sekadar menentang kerajaan for the sake of opposing?
2. Namun saya sedikit sedih apabila ada yang sanggup menjadi ekstremis dan berbangga dengan 'negara-negara Islam' seperti Turki, Iran dan Arab Saudi. Saya tidak pasti sama ada mereka pernah ke sana. Namun saya diberitahu betapa islamiknya negara ini sehinggakan perempuan muslim tidak dibenarkan memandu, bekerja, dan memakai tudung di univeristi.
3. Mungkin negara-negara ini boleh dijadikan model negara islam.
4. Tetapi adakah kita mahu menjadi sebegitu?
5. Lebih mendukacitakan, ada pembaca yang tidak kisah negara ini tidak maju asalkan tidak bertentangan dengan Islam. Sebenarnya mentaliti inilah yang perlu diubah. Mentaliti yang pernah dijajah di mana 'biarlah tak maju'.
6. Mereka selalu berkata Islam tidak menghalang kemajuan bahkan Islam adalah agama yang maju. Namun apabila beberapa perkara yang perlu dikompromi untuk kemajuan, mereka tolak. Bukankah Islam itu memudahkan dan kompromi dibenarkan? Dalam kewangan Islam pun ada syarat yang dilonggarkan untuk menyesuaikan dengan realiti sebenar.
7. Pemberian lesen judi ini adalah jalan tengah (middle path) antara kedua golongan ekstremis. Di antara golongan yang tentang habis-habisan kegiatan judi dan juga golongan yang gian berjudi. Ia adalah kompromi yang terpaksa dibuat. Samalah seperti di Kedah dan di Selangor apabila ladang babi dibuka. Ada yang menentang dan ada yang menyokong. Adakah ini bermaksud makan babi dibenarkan oleh orang muslim?
8. Kembali ke Malaysia, sungguhpun lesen judi diberikan, orang islam masih tidak dibenarkan berjudi. Lesen itu diberikan kepada orang bukan muslim dan untuk orang bukan muslim. Sudah jelas, hukum yang haram tetap haram. Macam lesen memandu- siapa yang ada lesen baru boleh bawak kereta. Yang tak ada lesen mana boleh. Sekarang ni orang muslim dapat lesen ke untuk main judi?
9. Yang kita mungkin boleh pertikaikan kenapa monopoli lesen judi diberikan kepada seorang individu. Vincent Tan pun bukannya genuine entrepreneur.
10. Judi haram telah menjana ekonomi gelap (underground economy) sebanyak berbilion ringgit. Kerajaan tidak mendapat satu sen pun malah kerugian dalam bentuk pengaliran wang ringgit ke luar negara. Penguatkuasaan undang-undang dan usaha membanteras kegiatan ini juga menelan kos yang tinggi. Duit siapakah semua ini kalau bukan duit rakyat?
11. Sekalipun polis malah FRU digunakan untuk menghapuskan kegiatan judi dengan menangkap orang ramai- bukankah ini seperti kerajaan mengawal moral masyarakat dan individu?
12. Kita bukan main marah apabila Tun Dr Mahathir menangkap orang ramai berdemonstrasi atas alasan tidak demokratik. Kerajaan tidak menghormati hak asasi rakyat. Tetapi apabila kerajaan cuba menjadi demokratik dengan memberikan lesen judi, kita mahukan tindakan yang tidak demokratik. Di mana perjuangan hak asasi?
13. Benarkah kita perjuangkan agama? Hak asasi? Atau kita sekadar menentang kerajaan for the sake of opposing?
27 comments:
Benda jadi terbalik bila kita menggunakan kemajuan sebagai kayu pengukur kepada Islam dan bukannya Islam sebagai pengukur kemajuan.
Begitu juga bila kita letak label negara Islam kepada mana-mana negara middle east dan menjadikan 'sistem' pemerintahan negara itu sebagai kayu pengukur kepada nilai keislaman dan bukan sebaliknya. Cth, bila turki haramkan hijab, maka terbukti yang tak islam 100% lah dia. Keislaman tertakluk kepada sejauh mana submission sistem negara itu kepada ajaran islam. Tapi tak bermakna ulama-ulama dari turki bukan 100% islam. Secularism sudah memisahkan politik dan ugama maka yang membuat dasar dan memerintah, bukanlah yang mengikut quran dan sunnah 100%.
Allah kata suruhlah yang baik, cegah yang mungkar. Judi, arak, zina, pergaulan bebas semua haram dalam ajaran Islam. Jadi kita disuruh mencegah. It is not up to us to bend the nature of Islamic teaching to suit the purpose of the system rather we should bend our nafsu, our needs to how Islam wants it to be. Kerana tu nafsu senjata utama setan. Dalam kes ni, nafsu kita kepada duit sampai kelabu mata nak legalizekan benda haram.
Islam memang memudahkan dan kompromi dibenarkan. Tapi jangan salahguna kenyataan ni. Macam ISA juga, asalnya untuk menahan mereka yang mengancam keselamatan negara. Tapi bila disalahguna atas dasar politik, orang marah.
Bab judi illegal menjana ekonomi gelap tu memang betul. Ikut sistem sekular dan capitalism, idea kau memang bagus. Boleh dapat hadiah nobel. Tapi ikut islam, berdosa. subahat. Aku tak mau. Pemimpin kalau nak buat dosa, jangan tarik rakyat sekali. Dan rakyat wajib menegur pemimpin yang lari dari ajaran islam.
TAPI!
cuba kau bayang, undang2 dikuatkuasa. Duit habis billion2 untuk kukuhkan mantapkan polis dan kuatkuasa lain. Contoh mungkin boleh tubuhkan unit judi khas dalam polis. Melalui undang2, penjudi semua ditangkap. Dihukum. Maka orang susah mau judi. Tak judi. Nak judi bola kena keluar negara, maka susah sangat orang tak buat dah. Ini dah jadi kelebihan dari segi ekonomi. Sebab bila judi, ia akan menyebabkan ketidak seimbangan dalam agihan wang. Seorang menang, seribu yang lain kehilangan duit. Maka bila kau halalkan judi ikut undang2, kau tak menolong menghapuskan ketidakadilan langsung. Tetap berlaku agihan kewangan yang tak adil, satu kelompok kaya dan majoriti penjudi hilang duit. Masalah berangkai bermula iaitu masalah sosial dan balik kepada kerajaan juga. Contoh bila masalah sosial utang along bertambah,kerajaan kena keluar duit juga nak banteras. baru satu masalah, belum masalah lain spt curi, bunuh akibat rompak, stim dadah kerana frust. Duit yang kerajaan keluarkan nak banteras tu duit siapa?
Kalau kerajaan tak bagi lesen judi dan diberikan lebih perhatian kepada pembanterasan melalui undang-undang sekular yang malaysia anuti sekarang. Mungkin sekurang2nya berjaya mengurangkan aktiviti judi, maka akan lebih stabil pengagihan ekonomi. Circulation of wealth tak habis pada judi. Dan duit juga insyaAllah tak diharamkan.
Malaysia dah bukan rupa negara Islam. Negara-negara islam lain juga. Semua sudah lebih kepada secularism sepertimana yang dimahukan oleh tauke barat. Kita kena tetap pendirian sekarang. Apa masih nak anuti secularism, capitalism? atau mahu emancipate daripada sistem ini dan adaptasikan balik ajaran Quran dan Sunnah yang sudah banyak ditinggalkan. Bab ni, kau boleh usha-usha video Imran Hosein di youtube. Atau karya harun yahya untuk tau betapa sistem sekular ni jauh daripada ajran islam dan umat Muhammad sudah dibodohkan dan ditetapkan cara hidup berhambakan materialism.
Penjajah British tak suka2 hati tinggalkan tanah melayu free-free bagi kita kecuali selepas ditanam benih secularism dan materialism. Or do you naively think they liberate us because of mere kindness?
Allahualam
@reverie: sekarang ni dgn bagi lesen ada orang Islam dibenarkan berjudi?
Hukum tetap hukum. Haram tetap haram.
Orang islam masih lagi tak dibenarkan berjudi.
Baik tubuhkan kementerian khas tangani judi. Bagi bajet ratusan juta. Bagi kontrak bina rehab kat kontraktor bumi dan kelas F.
Slogan 1Malaysia pun tukar.
Tapi aku tanya- can we afford the price?
Macam aku cakaplah- kalau Malaysia ni dimonopoli populasinya macam negara2 spt UK, Jepun, negara2 Arab senanglah.
Walaupun kita negara islam tapi kita berbilang bangsa dan agama.
Agama kita larang kita berjudi. Agama lain? Ada yang tak larang.
Benda ni pun tak boleh nak kompromi ke?
Bukannya kompromi bagi muslim kat Malaysia ni main judi kan?
Janganlah sebab dah bagi lesen, kau sebagai orang muslim nak ikut berjudi jugak. Ini barulah bersubahat namanya.
- sekarang kau nak kata kita negara Islam ke, atau negara yang anuti secularism?
tq
Aku faham apa kau cuba cakap. Biarpun lesen dikeluarkan, tapi orang islam tetap diharamkan berjudi. Tapi kau nak ke duit judi tu? Aku tak mau duit macam tu masuk dalam perbendaharaan negara. Malah, dalam quran terang-terang sebut judi antara perbuatan syaitan. hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya. Menjauhi kat sini besar skop dia. Elakkan daripada mengkomersialkan judi pun menjauhi juga.
Maka hujah judi untuk kewangan memang tak boleh digunapakai mengikut islam, ikut sekularism bolehla. Pasal duit haram tu nanti akan digunakan untuk buat jalan,sekolah. Seluruh malaysia akan terkena bahananya.
Terang-terang malaysia negara sekular. Contoh negara islam waktu zaman rasulullah memerintah dari madinah. Walau ada yahudi,dan golongan bukan islam. Tak ada pula nak dibenarkan mereka ni berjudi,minum arak sesuka hati. Tetap tertakluk kepada undang-undang Islam madinah. Kerana mereka duduk dinegara islam. Maka kena ikut. kalau tak kena hukum. kalau tak mau kena hukum, kena pindah keluar. Biarpun bukan islam,islam duduk satu tempat. Rasulullah tak guna separate law untuk masing2. Semua mengikut cara Quran. Hukum tetap hukum. Bukan macam kita, undang-undang islam yang nak digunapakai tu tertakluk pada fahaman sekular. Kalau bertepatan dengan semua kaum, baru terima. Ini bukan saja cuba mewujudkan sesuatu yang tak dilakukan oleh Rasulullah malah dilarang oleh Quran.
Na'uzubillah
@reverie- sekarang ni pun hasil negara kita ada je dari sin tax. cthnya- gambling, alcohol dan cigarette.
Tak kira lagi daripada sektor kewangan yg terlalu kabur hasilnya...
Even 80% jumlah cukai daripada orang bukan muslim/chinese. certainly hasil pendapatan diorang tak bersih, putih dan suci kan.
Now imagine- dah berpuluh tahun kita mendapat hasil cukai ini yg mungkin sudah berjumlah berpuluh billion.
duit ni kita guna bayar gaji kakitangan awam yg mainly muslim, bina segala macam infrastruktur dan juga bagi biasiswa kpd pelajar ke luar negara cthnya pergi UK. :p
so mcm mana?
why not menjauhi dgn tulis surat minta dibatalkan biasiswa?
I'm just asking. haha
basuhbaju
Klau nk jadikan negara2 Midde East sebagai contoh, ambil pekara baik je lah. Cthnya mcam menyediakan tempat khas Utk wanita di pengangkutan awam bru diaplikasikan diMalaysia sedangkan IRan dah lame laksankan. Kenapa nk ungkit Woman right? Itu mungkin mereka terikat dgn budaya mereka. Tetapi di Iran(nonArab), hak perempuan x disekat, ciap boleh jadi polis lagi
“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).
Apapun manfaat diperooleh dari Judi,tetapi implikasi judi lebih besar lagi.
Biar kerajaan berbelanja besar dalam membanteras judi sebab kehadiran judi lebih bahaya kpd Malaysia. Adakah nnti kita melesenkan pusat pelacuran kerana x nak tanggung kos penguatkuasa. Atau lesenkan tempat menagih dadah kerana x nak penagih merempat ditepi jalan.
Isu Babi x leh kawal kerana Agama lain x haramkannya. Tetapi judi smua Agama haramkan.
Ade hukum Islam yang tidak terikat dengan waktu, dimana kaedah ijtihad digunakan spt sistem kewangan Islam. Oleh itu tiada alasan utk maju kita harus bertentangan Islam. Tetapi judi bukan nas samar2, secara jelas diterangkan pengharamannya dlm Quran dan Sunnah.
Adakah Malaysia akan maju dengan beri lesen judi? kalau YA, adakah nnti kita di sidang ekonomi OIC, dengan bangga kita cakap negara kita maju kerana luluskan LESEN JUDI? Negara mana maju kerana judi, pelacuran,arak, dll ?
Salam BB
kalo sebut psl label melabel, haram mengharam mmg tkde negara Islam di dunia ni yg 100% Islam sebenar. Arab Saudi dgn ekstremis, Turki dgn sekularism dan sebagainya.
Sebagai negara 'Islam', Malaysia digelar moderate muslim country. Tun M pnah umum ms kt UNGA dan berbangga dgnnya.
wa pn bgga bila sembg2 dgn international student yg puji betapa moderatenye malaysia.
tp bila tang judi ni, aku rs ade sedkit kemusykilan.
kita lupakn psl ekonomi sebb dr sudut kapitalism nya, ye kita rugi berbilion ringgit dgn perjudian haram dn segalanya yg haram lg.
wa bg cth brunei, mgkin kita patut tgk apa brunei buat bila ade pihak mintak kerajaan sn adakan zon utk arak : membenarkna jual beli arak di satu kawasan bg memudahkn expat dn golongan bukan Islam minum arak.
betul, brunei tk amalkn demokrasi berparlimen mcm kita. tp tgk apa yg menteri tu jwp bila ditanya soal kenapa brunei tolak utk benarkn zon arak? katanya, mula2 mintk zon arak, lepas tu mintk jual beli arak terbuka..lama2, arak dh jd pkr biasa.
kalo dorg nk minum arak, biarlah dorg mabuk2 di negara sendiri, nk mandi pn boleh.
sebut psl judi, mula2 beri lesen dgn alasan mudah bg PBT pantau kegiatan judi dan semestinya muslim tidak pernah boleh berjudi secara undang2nya.
malangnya bro, judi dan arak di malaysia ni mmg haram kpd org Islam tapi sejauh mana pelaksanaan undang2nya?
tang ni kita masih lemah, dh nk pi bg lesen pd vincent tan
tgk sj kartika, ditahan dn dihukum krn meminum arak. ok, yg tu nasib dia tk baik. ditahan. tp berapa ramai lg anak muda melayu islam yg kita tahu (yg bo pnah nmpk) minum arak dn berjudi?
mana penguatkuasaan?
zouk, dn disko2 tiap2 malam pnuh dgn anak islam. yg ditahan dlm kelab malam cuma kelab mlm tnpa lesen dn mengedar dadah. tp org Islam yg mabuk di sn tkde kne tangkap kn? - kalo ade pn bukan sebb mabuk slalunya.
lg1, judi da ma cai, magnum dan toto semua tu perjudian yg halal disudut undg2. tp masih tk berjaya nk bendung kaki judi dr berjudi khususnya dikalangan masyarakat Islam.
kalo tk, masakan metro, utusan keluarkn keputusan ekor saban hari..sape pembaca akhbar2 melayu semua ni??
judi berlesen hanya menjamin bukan melayu berjudi secara halal. tp mcm mn dgn kaki judi melayu?
dh tentu dorg ni ttp dgn aktiviti berjudi di dlm rumah kongsi dan sabung ayam.
bg wa, yg pentg kuatkuasakn undang2 dlu. pastikan tkde bocor sana sini.
wa tau kerajaan buat ni bukan sebb nk popular sebb isu ni dh lama membuatkan parti kerajaan ditolak. keputusan ni tk popular.
tp kenapa keputusan ni tk bincang dlu secara terbuka misalnya? mcm kes GST dan tali pinggang belakang
kenapa nk terburu2?
menolak judi berlesen bukan bermakna kita menentang keharmonian kaum..
tanyalah kwn2 cina india kita..
depa rs kalo buat list baik buruk judi, agk2 mn lebih byk?
kita patut didik org cina dn india. bukan melayani adat budaya mereka yg merosakkan institusi masyarakat ni.
dh bertahun arak dijual meluas dn judi ekor dibenarkn. apa yg jd?
eksiden tiap2 hari..
kes penceraian akibat suami/isteri tk bertanggungjwb meningkat..
yg best cuma kerajaan dpt penuhkan kantung..
tapi terpaksa keluar byk belanja ats kebinasaan yg terjadi..
aku sygkn Malaysia ni. dan yg main judi aku rs adalah minoriti. kalo ikut suara majoriti dlm amalan demokrasi, suara siapa patut kita dgr?
aku nk tggu respon DSAI
hahaha
yusuf mujahidin
kadangkala kita jadi terlalu pandai.
'labu dibaiki tikus?'
-umero uno
basuh baju
aku betul kagum dengan cara mencampurkan dua perkara yang berbeza (demonstrasi dan judi)untuk nampak betul...memang skill mahathir....hahaha
sejak bila bagi lesen judi jadi tindakan demokratik...negara komunis pun ada bagi lesen judi, so adakah mereka negara demokratik?
untuk point no 5, taktik begini yang selalu digunapakai oleh TDM. tolonglah jangan putar belit, tiada manusia yang tolak kemajuan. jangan samakan kemajuan dengan judi. tiada orang cakap "biarlah tak maju asal ikut islam", ini hanya khayalan anda semata-mata
jibam
Jibam: pergi baca komen di entri sebelum ni utk lihat ada ke tak org yg ckp begitu.
Ok aku tanya kau- dan sila jawab.
Bila JAIS, JAKIM, Ja apa ke benda lagi buat serbuan kat disko- tgkp org minum arak, buat serbuan kat hotel murah, tgkp org melcaur, serbu kat kereta- tgk psgn khalwat- kau sokong tak tindakan ni?
atau kau tentang dgn mengatakan ini polis moral yg cuba ganggu hak asasi?
jawab ni dulu baru aku respon ttg demokrasi dan judi ni.
Ariffin, Yusof:
Selama ni ada genting di Mas- pusat kasino terbesar di asia tenggara.
Ada kilang arak di Shah Alam.
Ada ladang babi di Melaka.
Ada rumah urut di Bukit Bintang.
Apa cerita pula? Mungkin boleh dijelaskan.
Dan tolong tunjukkan agama lain tak halang perjudian. Aku tak tahu pula pasal ni.
tq
aku sbnrnya tk brapa paham soalan tu..boleh huraikn? maaf lampi sikit..haha
sbnrnya, smua yg hang list kn tu mmg dh lama ada dn wujud di malaysia.
persoalannya, kenapa Malaysia?
soalan ni mcm kita tanya dan hairan bila Gereja Katholik Terbesar Di Asia Tenggara cadang nk dibina di Malaysia. ye, kenapa Malaysia? kenapa tk Filipina kalo ikut sejarah dan fakta, sana ada majoriti penganut katholik terbesar di ASEAN.
ade kaitan tk? hehe
ok. cumanya bro, inilah yg wa bimbangkan.
selama ni kita ada casino de genting, da ma cai dll tapi adekah perjudian haram dpt dibendung?
tidak.
jd dgn memberi lesen utk judi bolasepak, adakah jangka panjang memberi kesan positif?
kalo nk beri jarum suntikan kpd penagih, aku sokong. sebb kita nk elak merebak bukannya mengubati. dh tkda makna nk ubat2 lg.
beri lesen judi ni utk mencegah atau mengubati?
sejauh mana kerajaan yakin dpt menangani industri judi haram ni sedangkan ramai org Islam yg berjudi..
tk percaya, tgk kedai ekor..
mcm salu org kata, kalo dh kaki tu, kt mana2 pn dia akan cari..
kalo letak tok imam kt Red District Amsterdam, agk2 dia jenguk2 tk kt dlm tu :p
p/s: aku percaya penguatkuasaan tegas lebih diperlukan buat ms ni dr pemberian lesen judi.
oh..tp kenapa vincent tan?
hahaha
yusuf mujahidin
Yusof: aku tak kata langkah kerajaan ni utk menangani masalah kaki judi.
Point aku berkisar ttg ekonomi.
kenapa vincent tan? sbb dia dh ada magnum kot. so senang.
tp monopoli ar kan..
pasal genting tu- cuba kau tgk, even bdk2 pon gi sana. yela, pergi utk main permainan. tp bukankah itu pusat perjudian?
dekat giler tu sebelah2 je. so apa maknanya di sini?
patung buddha terbesar di mas adalah di kelantan.
ada populasi penganut agama islam di sana berkurangan? atau ada kes mereka murtad sbb ada patung tu?
so apa maknanya di sini?
ak x pernah bagitahu betapa ak suka baca blog dan pemikiran kaw-oh,benda y sgt ak x nk kau tahu,,
tapi berbalik kpd isu negara islam yang kau cakap tu,ak kira,elok kalau kita label sebagai negara muslim jer,,sebab,kalau guna istilah negara islam tuh,bermakna ianya fixed,no ubah2 dan semua penduduknya serta undang2 hanya bergantung kepada ajaran agama islam,
tapi,kalau negara muslim,ianya separti muslim itu sendri,ade alteration,ade pengubahsuaian,dan boleh turun naik sama seperti muslim..
so,ak rasa lepas ni bolehla label malaysia sebagai negara muslim dan x lagi negara islam walaupun pemerintahnya adalah orang islam.
layan ni gk best...hahaha
http://www.youtube.com/watch?v=ZdOQkUDY8tM
Bagi gua macam ni la.
Arak tu bagi umat Islam haram.Tapi diletak jugak kat 7-Eleven.Bagi orang yang masih ingat haram - dia tak ambik la.Bagi siapa yang tak ambik pot - dia ambik je.kah kah kah!
Aku teringat apa yang Aril cakap - lagi kita haramkan,lagilah orang nak buat.Let's say kita haramkan judi - ingat takde orang berjudi ke?
Pergi Belanda la - ganja legalized.Tapi ada orang Belanda jadi taik dadah?Tarak!
Aku anggap judi ni macam arak kat 7-Eleven.Nko rasa benda tu haram - tak payah angkat.Kalau "lantak nko la aku nak enjoy life" - ambik lah.
Afterall,benda yang dijual tujuannya untuk dibeli.
Jibam,mana ada negara komunis beb..stalinis ada laa..
nak tau pasal komunis,kena tanya komunis beb..kah kah kah!
Komunis=Satu Bangsa Manusia,Dunia Tiada Negara..
Salam...
adakah kamu tahu tentang 'ekonomi dalam islam"?
jika tahu,
bagus..tp tanye uncle google jika tak tahu ya...
btw, memang kau akan dapat 99% jawapan tu dr uncle google, tp 1% tu, kau kau jumpa insan2 yang berilmu iaitu MANUSIA utk memberikan PEMAHAMAN...
kita belajar bende yang sama,
tetapi PEMAHAMAN berbeza-beza..
sebab apa?
sombong tak nak bertanye,
inilah jadinya..
so, selamat mendidik pemikiran wahai anak melayu(jika anda melayu)...
haaah,
1 lagi,
ISLAM DAN MELAYU itu BERBEZA , OK???
harap dapat direnungi bersama-sama...
maaf dan salam...
insan kudus: saiapa yg cakap melayu dan islam tu berbeza?
mungkin sombong kalau tak bertanya tapi lebih sombong kalau cakap sebarangan tanpa usul periksa..
salam
Salam..
iya,berbeza...
ini basic..
jika tak tahu,sila rujuk uncle google...
terima kasih...
usul periksa??
baik..
saya akui MEMANG KAMU banyak buat usul periksa,
tp mungkin @ kamu terlepas pandang utk usul periksa merujuk kepasa AL-QURAN...
itu basic...
bila usul periksa, kamu perlu FAHAM,
bukan membaca...ok??
jom mari sama2 kita usul periksa merujuk kepada AL-QURAN..
maaf jika anda bukan ISLAM , tetapi AL-QURAN ini ada pegangan sehingga saya mati...
INSYA-ALLAH benar..
jika anda mahu mencuba membaca dan memahaminya, rasenya kini sudah ade diterjemahkan dalam Bahasa Melayu...
sila dapatka di pasaran,ok..
harap ia tidak menyentuh sensitiviti agama yang ada anuti..
maaf dan salam...
insan kudus:maafkan gua yang tak berbudi bahasa tapi,
LU INGAT MALAYSIA NI SEMUA ORANG ISLAM KE?
perhaps gua rasa lu kena baca macam mana orang melayu ni boleh jadi islam.asal-asal hindu - sila baca - buku "early stage of capitalism - rise of imperialism".jangan banyak baca mastika.
aku bagitau satu je la - sultan melaka peluk agama islam sebab keuntungan.takde masa nak tau pasal ekonomi islam.kalau jual barang rare dari negara arab boleh mark up harga tinggi kat siam,jawa,acheh..
takde kait mengait dengan keimanan.
yang nko sebok sangat nak compare2 dengan negara arab tu pehal?
p/s:bank islam masih lagi riba brader.
p/s:Google lu type Lady Gaga ada 14,000,000 search.search relativity theory tak sampai 10,000 pun..kah kah kah!Pergi percaya dengan Google.Lain kali cari porno la - baru boleh manfaat dengan Google.
Pergi la cari maklumat yang ilmiah sikit brader..aku bukan nak back-up Basuh Baju tapi at least dia tulis berdasarkan research dia sendiri.
Salam...
siapa kata malaysia ni semua anuti islam?
tiada pernah maksud sebegitu,
bila membaca,
sila cuba untuk memahami,
bukan sekadar membace...
compare dgn negara arab?
masa bila?
kalau ade saya komen pun,
itu saya copy paste tuan milik ini punya untuk dianalisis..
sebab tu saya sekadar menasihati,
agar kita sama2 memahami AL-QURAN..
saya juga masih belajar dan ingin terus memahaminya...
bukan sekadar membacanya...
riba?
ya ade...
tp setahu saya ia masih dalam riba yang dibenarkan..
dalam ISLAM itu merangkumi semua perkara termasuk ekonomi..
dan riba itu boleh,
asalkan ianya tidak melampau2 dan melapaui batas dan memberi mudarat kepada 1 pihak yang lain...
jika kamu pernah mendengar riba itu haram,jangan kamu percaya..
owh..RIBA ITU HARAM...
tetapi kamu perlu tanye
RIBA YANG BAGAIMANA HARAM???
DAN INI TIDAK SESEKALI SAMA DENGAN JUDI DAN ARAK...
KERANA IA JELAS...
JUDI ARAK HARAM,
MAKA HARAM..
JANGAN DIPERSOALKAN
"JUDI YANG BAGAIMANA HARAM,
ARAK YANG BAGAIMANA HARAM"...
BRADER,KALO LU TUDUH GUA SEBOK,
APE GUNA BLOG?
INI LAH SALAH 1 CARA UTK MENCABAR PEMIKIRAN DAN MENDIDIK MINDA..
AKU SEKADAR INGIN BERKONGSI DAN MENAMBAH ILMU DGN TUAN MILIK BLOG INI KERANA HUJAHNYA HEBAT2..
SO, KALAU SUDAH HEBAT TANPA UJIAN, APA GUNANYA?
DAN KALAU KAU KAWAN DIA, DAN NAK BACK-UP SEKALIPUN, IA SAMA SEKALI TIDAK MEMBERI MASALAH KEPADA SAYA..
MENTALITI ANDA ITU HARUS DIUBAH, BEGITU JUGA SAYA =p
research dia bagus..
aku akui..sebab itu aku menjoinkan diri..
tapi,apa guna sahabat kalau kau sekadar mendengar,
tapi tak nasihat menasihat..
yang kurang kita tambahkan,
yang salah, kita betulkan..
sama2 kurang,
sama lebih....
tiada siapa menang..
tiada siapa kalah...
AL-QURAN JUGALAH SEBENAR-BENAR PETUNJUK...
jika anda terlupa,...
ini saya sekadar ingat..
dan mengingati diri saya juga..
kepada tuan milik blog,..
tahniah..
harap2 dapat membuat perdebatan lagi..ini seronok dan membantu mendidik pemikiran saya..
dan harap2...
AL-QURAN itu kita sama2 jadikan panduan untuk berjaya dunia akhirat...
INSYA-ALLAH...
maaf dan salam...
cop!
sy tidak percaya sama uncle google..
rasenya itu kate2 perlian?
kamu tidak bisa membezakankah?
takpe2..
ade mase lagi untuk kita sama2 belajar ya ..
INSYA-ALLAH... =p
insan kudus - jadi apa pendapat & pandangan kamu tentang isu judi ni berlandaskan Al-Quran & Islam?
Insan kudus:
siapa yg kata judi ni halal dari segi hukum?
Dah dijelaskan org islam mmg tak dapat lesen nak berjudi. yg berjudi tu hukumnya mmg lah berdosa.
kau ckp kita kembali kepada Quran dan Sunah, jadi beritahu saya bagaimana Quran dan Sunnah berikan kita jalan keluar dari dua darurat?
bagaimana Quran dan Sunnah memberi kita jalan penyelesaian utk elakkan pengaliran keluar wang ringgit?
bagaimana?
Salam.saudara dan saudari,judi adlah benda yg qati'e (jelas) di dlm al-quran.walaupun sekadar memberi lesen ianya tetap HARAM.Walaupun sekadar memberi lesen kepada org bukan islam.Rujuk kitab Fiqh Aulawiyat karangan Syeikh Yusuf Qardhawi.Wallahualam
WALLAHUALAM.
Mentaliti sebagai manusia kamu bagus wahai En Tuan Punya Blog.
Diharap dapat dipatrikan dengan hidayah dan ilmu dari AL-QURAN.
Semoga ALLAH S.W.T. mengampuni dosa-dosa kita semua.
INSYA-ALLAH.
Salam...
Saya sudah meminta sahabat terbaik, dan mencadanglan untuk memberi jawapab balasan terhadap golongan kamu ini hanyalah Wallahualam...
tetapi,
ade HAMBA ALLAH YANG PRIHATIN telah membantu di post kamu yg lain...
Ini antara isinya..
harap2 kita sama2 dapat belajar dan memperbaiki diri,
INSYA-ALLAH...
Maksud firman Allah SWT :
" Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu "
al Furqan : 43-44
Namun, dalam asyik2 berfikir akan apa maslahah atau kebaikan yang bakal diperoleh daripada penghalalan judi itu, tidakkah elok kiranya jika kerajaan Malaysia turut menghalalkan samun, rompak, ragut dan lain2 yang asalnya haram itu?. Sebabnya ana melihat jika kita halalkan samun, nanti indeks jenayah negara pasti akan berkurangan secara mendadak, kerna bila samun halal, si penyamun yang menyamun tidak lagi dikira sebagai penjenayah. Selain itu, penyamun itu tidak perlu ditangkap, dia boleh sahaja bebas menyamun selagi mampu, dan mungkin juga boleh menjadi jutawan suatu hari nanti dan turut menyumbang kepada agama, negara dan bangsa. Jika penyamun itu lelaki dan sudah berkeluarga, maka keluarganya juga tidak akan menderita akibat daripada penangkapan ketua keluarga mereka.
Sebijak manapun akal manusia, ia tidak akan dapat mengatasi syariatullah. Judi adalah sesuatu yang qat'ie, telah tetap dan tiada sebarang perselisihan antara ulama', ianya HARAM!, maka tidak ada satu hujah pun yang boleh mengatasi syariatullah ini, tidak sama sekali!. Maka atas dasar apa kerajaan Malaysia yang diketuai orang Islam ini mahu menghalalkan judi?, mengaku negara Islam, namun menghalalkan judi secara besar besaran, belum lagi sebut isu lain. Ana tiada kata2 lagi sebenarnya, harapnya ummat Islam dapat bangkit dan jatuhkan pengkhianat agama sebegini, itu saja yang mampu dilakukan kini, lainlah jika kalian masih mahu terus bersabar dan bersubahat melanggar syariatullah, silakan!.
al Imam Sayuti ada menyebut satu kaedah fiqh yang bermaksud :
"Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya"
Allah'ualam
Maaf dan Salam...
Post a Comment