Saturday, March 27, 2010

Pesta Buku

Saya ke pesta buku antarabangsa beberapa hari yang lepas. Tapi apa yang saya lihat, bukannya pesta membudayakan buku sebaliknya jualan murah macam mega sales. Hanya beberapa gerai seperti Insititut Terjemahan Negara Malaysia yang ada sesi diskusi bersama penulis. Yang lain tu fikir wang ringgit hasil jualan sahaja.

Paling merimaskan bila begitu banyak gerai-gerai yang cuba menjual alat linguistik untuk belajar bahasa. Tidak salah nak menjual sekali di pesta buku tetapi kalau dah promoternya macam nak jual MLM- ini sudah lebih. Ini bukan Matta Fair.

Saya agak hairan pada mulanya apabila promosi pesta buku antarabangsa tidak kelihatan di akhbar bahasa inggeris (dan saya amat pasti tidak ada promosi di akhbar cina dan india). Kehairanan saya terjawab bila saya lihat pesta buku ini lebih islamik daripada antarabangsa. Lebih 80% gerai yang saya pergi menjual buku-buku islamik seperti novel islamik, kitab tafsir, buku 3 cara bertaubat, buku bagaimana mendapat haji mabrur, etc. Saya tidak kisah buku-buku ini dijual kerana ramai juga yang suka membacanya. Cuma kalau dah kata pesta buku antarabangsa tu, bukankah sepatutnya merangkumi segala jenis bahan bacaan dari pelbagai negara dan pelbagai bahasa?

Saya mungkin dituduh 'tidak islamik' memperkatakan hal ini. Tetapi saya percaya mesej pertama di dalam Al-Quran menyuruh kita membaca tidak terhad kepada bahan bacaan bersifat keagamaan sahaja.

Rakyat malaysia memang suka membaca. Siapa kata kita malas membaca? Tak mungkin 2 helai setahun. Itu kajian berdekad lamanya. Buktinya- novel cintan cintun sangat laku. Itu tak kira lagi buku-buku latihan jawab PMR dan SPM.

14 comments:

hans said...

yups
aku suka membaca
so teori 2 helai setahun tu tipu la
hehehe

Daun said...

ya 2 helai setahun tu statistik masa daun kanak kanak lagi

Abang said...

Err... majalah mangga x ada jual ke?

Besi Karat said...

Baik g jualan buku terpakai kat jln tar sebelah coliseum.dari buku
klasik penguin sampai la ke buku jabar anak nelayan pun ada.

bokbon said...

gua takkan memperkatakan tentang betapa isamik atau tidak kerana gua menyokong apa yang lu utarakan.

p/s: ada tutup letrik tak beb tadi malam?

cik beLLanan said...

betol tuh. xpepasal kne tarik ngan bro linguaphone.haish~

Redz da Tsar said...

Teori 2 helai setahun tue penipuan untuk menjatuhkan rakyat Malaysia.. Haha...

Aku sokong ko BB... Kalau dah nama antarbangsa, mesti mesra semua penduduk bumi...

Kalau nak jual buku keagamaan, boleh je, tapi pastikan benar2 berkualiti, dan pada masa yang sama tak mengabaikan buku genre lain...

off topic sat: Kos kalau tak termasuk flight dengan visa, maksima 3000... Kalau guna ejen mahal sket kot... Semua pergerakan dan transportasi guna jalan darat, takde guna domestic airline...

deus X machina said...

aku g juga semalam
dapat beli buku strategi bisnes m.u jek...hehe

imlan adabi said...

BANYAK buku agama yang terjual di pesta buku, malangnya kita tidak tahu asal usul penulis yang asalnya menulis bahasa arab. Bimbang juga jika ada pandangannya yang bercanggah dengan akidah

Anonymous said...

lama aku nak komen pasal pesta buku di malaysia....saya setuju, kenapa bila pesta buku, buku2 islamik yang banyak...jgn tuduh saya anti-islam ke apa...cuma...takkan tak ada buku genre lain?

we live in multiracial country, takkan nak expect kami yang non-muslim ni pergi pesta buku kalau banyak buku2 ''tak berkaitan'' dgn kami yang dijual....kadang2 tu sedih gak...seolah2 sy tggal di negara arab dah

HBM Consultant said...

Di Dewan Tun Razak 2 memang begitu, buku berstatus 'antarabangsa' diletakkan khusus di Dewan Tun Razak 3. Apa pun, saya bersetuju dengan 'gangguan' tidak sepatutnya daripada penjual alat linguaphone yang kadangkala tidak tahu adab dan sangat mengganggu pengunjung.

Wattau Bundle said...

mmg btul pon..lebih islamik..
prgram bahase inggeris 2 buat semak je

Anonymous said...

Bukan 2 helai...2 buku setahun.

Dan tu bukan teori, tu based dari kajian.

Dr Rais Yatim baru umum dalam dua minggu lepas berdasarkan statistik terbaru, angka tu dah naik ke 8 buku setahun.

Please update dan verify info masing2. Jangan suka2 tala jek.

-sarapanca

Mullah TTDI said...

Good article to read... I agree with you that this Book Fair is like 'Book Mega Sales' and 70 to 80% of the book stalls there are only concentrating on Islamic books only... The organizer must open their mind box to new ideas rather than stick to old 'Book Fair' concept every year.... Hhmmm