Walaupun selama dua dekad ekonomi kita berjaya kerana berasaskan kepada gaji tenaga pekerja yang murah dan kos sara hidup yang rendah, tetapi model ini perlu diubah. Kenapa?
PERSAINGAN DARI NEGARA YANG LAGI MURAH
Malaysia merupakan destinasi pelaburan utama di Asia bagi para pelabur sekitar tahun 1990-an. Hal ini kerana kos kita murah berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Tetapi seawal tahun 2000 muncul negara yang lebih murah seperti China, India, Vietnam dan Indonesia. Gaji tenaga pekerja di China sahaja serendah USD100 (RM350). Jadi bagaimana Malaysia hendak bersaing? Takkan nak rendahkan gaji yang sudah sedia rendah?
Senang cerita, tidak ada gunanya hendak bersaing dengan China, India dan Vietnam dari segi kos pekerja. Pelabur asing tetap memilih negara mereka. Ia ibarat bersaing dengan Manchester United untuk memenangi Premier League.
PENDAPATAN PEKERJA SEMAKIN RENDAH
Seterusnya apa yang berlaku ialah tenaga kerja asing mula dibawa masuk. Syarikat di Malaysia ingin merendahkan lagi kos perniagaan mereka. Mereka ingin sama kompetitf dengan syarikat yang melabur di China, India dan Vietnam. Ini sekaligus mengakibatkan 3 juata warga asing bekerja di negara kita.
Secara tidak langsung, obsesi terhadap tenaga buruh asing telah menyebabkan taraf pendapatan kesemua pekerja tidak meningkat. Lagi teruk, ia menjadi semakin rendah. Logiknya, kenapa perlu membayar gaji RM2500 untuk seorang jurutera Malaysia kalau dengan jumlah yang sama boleh mendapat 2 orang jurutera dari Indonesia? Oleh itu rakyat Malaysia menghadapi dilema sama ada tidak dapat pekerjaan atau dibayar dengan rendah seperti tenaga kerja asing.
KOS SARA HIDUP MENINGKAT
Selama berdekad lamanya, rakyat Malaysia membeli barang=barang harian di bawah harga yang sebenar. Ini kerana kerajaan mengsubsidi harga barangan tersebut. Perkara ini untuk memastikan kos sara hidup tidak tinggi. Selama berdekad lamanya strategi kita begini.
Tetapi di tahun 2007 harga komoditi makanan seperti gandum, gula, beras dan daging telah meningkat. 'Terima kasih' kepada para spekulator di Wall Street yang menjadikan makanan sebagai objek untuk berjudi dan membuat untung. 'Terima kasih' juga kepada kegilaan para petani yang menanam jagung untuk bio fuel kereta dan bukan untuk perut manusia.
Pada masa yang sama penduduk di muka bumi ini semakin bertambah, bermakna permintaan meningkat. Cuaca yang tidak menentu seperti kemarau pula menyebabkan produktiviti berkurangan.
Kesan daripada kesemua perkara ini ialah makanan menjadi semakin sedikit . Dan lebih teruk lagi makanan yang sedikit jumlahnya ini menjadi semakin mahal.
Di Malaysia, kalau dahulu kerajaan mengsubsidi sebanyak 80 sen bagi memastikan harga tepung gandum kekal RM1.15/kg, kini dengan subsidi 80 sen, harganya telah meningkat kepada RM1.35/kg. Jika sebelum krisis makanan, harga gula ialah RM1.20 tetapi selepas krisis RM1.40. Jangan salah sangka- subsidi tidak ditarik. Tetapi sekalipun subsidi masih diberi harga barangan tetap meningkat. Melainkan kerajaan menambah jumlah subsidi.
Bayangkan perkara yang sama berlaku kepada hampir semua barangan makanan. Harga beras naik, harga minyak masak naik, harga ayam naik- senang cakap hampir kesemua harga barangan naik. Mana tidaknya kos sara hidup meningkat. Dulu beli barang dapur RM500 sebulan tetapi sekarang RM700 pun tak cukup.
Tidak cukup dengan itu, kos bahan api juga meningkat dengan gila dari tahun 2003 hingga 2008. Kalau dulu satu tong hanya USD15-USD25 tetapi semenjak 2003 harganya mula melepasi USD30 hinggalah kepada USD120 pada 2008. Ini menyumbang kepada kenaikan kos pengangkutan sepeti bas awam dan juga kos tenaga seperti elektrik.
Sekali lagi perkara ini menyebabkan kos sara hidup kita meningkat. Perkara ini masih tidak banyak berubah hingga ke hari ini.
KESIMPULAN
Ini adalah punca mengapa model ekonomi kita sekarang sudah tidak boleh diguna pakai. Kalau nak berasaskan tenaga kerja yang murah- ada lagi yang murah. Malah jauh lagi murah. Kalau nak memastikan kos sara hidup rendah- subsidi perlu ditambah bukan setakat dikekalkan. Tetapi adakah kerajaan cukup duit? Kita bukan negara kaya. Pelaburan pun saban tahun berkurangan.
Nak struktur subsidi supaya kos berkurangan, ramai yang menentang multi-tier petrol scheme sehingga ia dibatalkan. Nak tambah pendapatan kerajaan supaya boleh tampung kos subsidi pun ramai yang marah. Contohnya seperti GST dan real property gains tax. (Inilah akibat jika kerajaan tiada kredibiliti. Buat perkara yang popular- kena perlekeh. Buat perkara yang tak popular- lagilah kena tibai.)
APA YANG BOLEH DILAKUKAN?
Jadi solusinya kita perlu merubah model ekonomi sekarang. Kerajaan kena cari source of income yang baru. Sektor lain yang menyediakan pekerjaan bergaji tinggi perlu diperhebatkan. Contohnya seperti sektor kewangan, ICT dan minyak&gas. Dengan cara ini pendapatan rakyat boleh ditingkatkan. Secara tak langsung zaman starting gaji graduan RM1500 akan berlalu.
Kalau dulu kita cuba menarik pelaburan dari Coca Cola, Intel dan Mercedes, sekarang sudah tiba masanya kita wujudkan our own Coca Cola, Mercedes dan Intel. Keghairahan menarik pelabur asing perlu digantikan dengan keinginan memperhebatkan pelabur tempatan. Jika kerajaan boleh memberi soft loan RM700 juta kepada syarikat asing buat Legoland di Nusajaya, kenapa tidak memberi soft loan kepada 500,00 SME di negara kita?
Gaji minimum untuk pekerja-pekerja di ladang, kilang dan buruh binaan juga adalah satu kemestian bukan lagi satu pilihan. Zaman pekerja dibayar ciput perlu dihentikan. Dengan ini kebergantungan terhadap pekerja asing boleh diatasi.
Dan yang paling penting, rakyat Malaysia kena bersedia dengan kos sara hidup tinggi jika mahukan pendapatan tinggi. Kalau nak pendapatan macam rakyat Singapura dan Jepun, kos sara hidup pun kenalah seperti Singapura dan Jepun juga.
Tak gitu?

17 comments:
well said bro!
So BB, how far exactly can the NEM via its EPT bring us to where we want to be rather than being stuck where we are? Note that we have 10 years (only) for the shift. Care to explain further? Thank you very much.
woi Basuh Baju, apa tulis panjang sangat ni !! penat i baca ... dah lama rakyat dah tahu dasar2 UMNO selama ni tak boleh pakai, kekayaan negara semua di sapu oleh UMNO dan kroni-kroni aje!!
Imelda
part man u tu aku setuju sangat. hehe
Imelda: sorry menyampuk. rakyat sekarang ni hidup atas dasar kerajaan dulu juga. Kalau tiada dasar macam DEB, dah lama melayu duduk merempat. Dan tuduh UMNO sapu kekayaan negara, ada bukti ke? atau dengar cakap orang je? jangan sekadar cerita kedai kopi.setakat macam tu, sesiapa pun boleh fitnah sesiapa.
Yusof: tq.
AM: how far? Maksud kau berapa tahun lagi nak jadi negara maju ke?
Hmm, masa visi negara maju digagaskan, kerajaan expect pertumbuhan ekonomi sebanyak 7-9& selama 30 tahun berturut2 dari 1991.
Tp malangnya 97,97 ada krisis mata wang. Sejak daripada itu kita hanya mencatat pertumbuhan average 3-4% je. Tahun lepas pun pertumbuhan negatif lagi.
Personally aku yakin kita akan jadi negara maju tapi bukan menjelang 2020. Mungkin lewat sedikit. (atau lewat banyak?)
ada byk yg kena dihuraikan kalau kau tanya aku apa yg perlu dibuat. Tp aku ambil satu point je la ek.
Kunci utk jadi negara maju adalah pendidikan. Tanpa rakyat yg bijak, jgn harap negara nak maju.
Tp bukannya bijak dari segi berapa byk A dlm exam. Itu semua atas kertas je. Bijak yg dimaksudkan ialah high-skill.
The reason kenapa Singapura boleh jadi developed country dgn cepat adalah kerana rakyatnya high skill dlm bidang kewangan. Bila rakyatnya ramai yg terer bab2 kewangan ni, maka banyaklah syarikat yg masuk melabur. Dan mereka ini dibayar dgn mahal di atas kepakaran mereka.
Samalah juga dgn negara Switzerland yg terernya dalam bidang pembuatan jam dan Germany dlm bidang kereta.
Masalah kat Malaysia ada dua. Pertama tak banyak peluang pekerjaan yang bernilai tinggi. Kau graduate pun plg hebat kau kerja GLC. Tp ada GLC nak byar tinggi2? Takde. Yang kedua ialah org kita yg hebat2 dan terer2 kerja kat luar negara.
Yelah, tak salahkan diorang sebab peluang pekerjaan tu tak byk kat Malaysia.
Jadi solusinya macam mana nak wujudkan peluang pekerjaan yg tinggi? Dan bagaimana nak elakkan dari rakyat kita yg terer2 dari berhijrah ke luar negara.
Langkah plg mudah ialah dgn menaikkan gaji. tp ini sgt costly dan tak berapa berkesan.
Langkah lain dgn revamp sistem pendidikan kita supaya bukan exam oriented sebaliknya thinking and skill oriented.
Bila rakyat kita dah mula byk yg terer2, baru syarikat akan dtg melabur on basis keupyaan tenaga kerja kita bukan kerana 'murah'nya kos buruh kita.
Ada byk lagi yg kena diceritakan beb. Dahlah semua benda ni berkait. haha
Apapun disclaimer kat sini- aku budak arkitek bukan pelajar jurusan ekonomi. :p
Imelda: dasar2 kerajaan BN bukan tak boleh pakai langsung. Dulu je masa zaman 90-an yg berkesan. Zaman ni mmg tak boleh pakai. Macam kereta. Bukan sampai 50 tahun kan boleh dipandu. 20 tahun pun dah jadi besi buruk.
btw, bukan UMNO je ada kroni. MCA, MIC, Gerakan dan PPP pun byk juga kroninya. Dan bukanlah semua mereka sapu. Ada juga saki baki untuk peniaga2 dari PAS, PKR, DAP- yang tak berparti pun dapat kontrak apa. :p
Shoomey: parti pemerintah mana yg tak sapu kekayaan negara? Hei, parti2 politik ni semuanya berebut hasil rampasan 'perang' selepas pilihanraya. Tipulah UMNO, PAS, PKR, MCA tak sapu kan. duit dah byk hbs beb bila pilihanraya.haha
tp persoalannya berapa byk la kan.hehe rilek2.
bb, ko tulis ni sebelum najib bentangkan meb ke??
harap ko dapat ulas tentang meb yang najib baru bentangkan
Special to Schomey...
Aku cadangkan ko tengok Ketua Bahagian UMNO kat tempat ko.....kaya camana....lepas tu tengok apa pekerjaan dia...kalau kontraktor...mmmm ko pikirlah sendiri k?
i suggest u guys read latest kickdefella and mahathir posting titled 'who u know or what u know'
mana2 parti pemerintah pun, mesti ada kroni punya, mesti ada oprang lobi dan mesti ada penderma parti yg akan nak habiuan masing2, semua pemerintah dunia memang cam tu da...yg penting pandai2 la agih kekayaan tu kepada rakyat, jgn makan sorang lak....PAS ke, DAP ke, MCA atau UMNO ke sama jek....
deus: mana tagline kau? erk888..hehe.
bb: aku tak pernah cakap pun tade dorang sapu. aku pun boleh nampak apa yang jadi. tapi aku takkan cakap sembarangan sebab aku tade bukti. cakap kosong camni boleh timbulkan fitnah.itu je maksud aku..orait?
kalau nak kata anwar penipu, aku memang nak cakap, tapi aku tak cakap selagi tiada bukti kukuh. kan? nak kaitkan najib dan altantuya pun aku boleh cakap.. hei.ahli politik adalah orang paling tidak boleh dipercayai. kan bb? hehe
nak kata mahathir bagi kroni dia pun maybe betul gak, tapi ada ke tgk rakyat mengeluh zaman dia? sebab kekayaan tu share semua dapat faedah....kita nak cakap kat orang pun kita x pernah dudk kat atas cam mahathir...
pak lah pulak, dari projek besar samapi ikan bilis semua 'inner-circle' dia sapu, semua kekayaan negara anak beranak sapu, macam malaysia ni dia pulak yg punya...lepas tu kacau duit poket rakyat lak...tu yg kita kasi ajar sikit...
yg penting ekonomi, kalo najib berjaya orang akan kembali sokong bn balik, kalo x, bye2 la pru-13 nanti...apa2 pun, nak dapat staus negara maju 2020 tu agak melampau gak, kena shift 2030 maybe ok...
Basuh Baju,
Sebelum saya komen, ada satu soalan yang saudara mesti jawab sebelum kita bincang tentang strategi.
Strategi bagus, tapi kita mesti tau apa yang nak dicapai oleh negara kita (selain dari pendapatan per kapita yang tinggi).
Target mesti jelas. Contohnya, student uni. Cita-cita besar - nak tingkatkan CGPA pada 3.0. CGPA sekarang 2.9. Semester ini amik 5 subjek dgn 18 kredit.
Target besar- nak dapat CGPA 3.0. Buat target utk setiap subjek, target besar, subject A - target mesti dapat A+, subjek B (tak berapa paham sangat) so target B ajer ker & so on.
Jadi 10 tahun lagi, apa yg kita nak ekonomi kita macamana, nak berasaskan pertanian? Financial service? Service industri mcm tourism? Manufacturing? Kalau manufacturing, nak tumpukan manufacture apa?
Mesti ada sebab kenapa kita nak contohnya pertanian jadi industri utama? Sebab mungkin dalam 10 tahun lagi, kita ramal makanan di dunia berkurangan, jadi kita bukan saja boleh bagi makan rakyat tapi ekspot makanan dan dapat banyak duit.
Jadi macamana ni? Target nak jadi pendapatan tinggi tapi tak tau industri apa kita nak bagi perhatian samalah macam kita nak jadi kaya tapi tak tau nak buat biznes apa.
Kalau kita tak putuskan sekarang, akan jadi caca merba.
Contohnya nak jadi kaya, tapi tak tau nak buat biznes apa. Tahun ini masuk MLM, tahun depan jadi kontraktor, tahun satu lagi pulak jual water filter. Setiap tahun tukar sebab tak tau macamana nak jadi kaya.
Akhirnya jadi tak kaya-kaya pun.
Kita kena faham bahawa sesetengah strategi di bawah MEB tu mmg kjaan sengaja terangkan hanya secara umum dan bukan terperinci; terutama yg kita akan bersaing secara langsung dgn negara jiran mcm Singapura. Mana boleh terangkan semua, habislah nanti disabotaj atau dicantas lawan dgn strategi proaktif. Buat masa ni apa yg dirangka cukuplah sekadar utk dptkan 'buy-in' drp rakyat dahulu - yg penting kerja jalan dlm lingkungan pemikir strategis dan pelaksana dasar. Panel NEAP adalah di antara tokoh berkaliber negara yg berkepakaran tinggi dan bertaraf dunia; kalau kita masih skeptikal dgn MEB pun semata-mata sbb BN yg buat, jgnlah kita cepat menghukum bhw ia akan gagal sbb yg rugi nanti negara kita juga.
Thank you BB. Very detailed explanation. One question though. At the risk of sounding lazy for not researching myself, just wondering, does the NEP cater to all the suggested solutions and measures? For all I managed to capture, it puts forward affirmative action as one of its key feature.
Saya pun bukan pelajar jurusan ekonomi
ps: I know ;)
BB,
I was "driven" here by a link to your blog. Good articles indeed on NEM/MEB.
Saya ada beberapa ulasan/idea berdasarkan artikel anda.
Pertamanya, dengan kerajaan lebih cuba menumpukan kepada pembangunan ICT dan teknologi (yang mana dengan bantuan pelan NBI), tidakkah ini memberi "ruang" tanah untuk memperkemaskan atau menambah produktviti makanan, tanaman?
Dengan keluasan Malaysia yang masih ada kawasan, teknologi dan kemudahan infra yang boleh tahan seharusnya digunakan untuk memajukan sektor pertanian.
Dan keduanya, saudara menyebut tentang pendidikan. Benar, ianya salah satu "tempat" untuk kita mulakan.
Cuma, saya ingin meminta pendapat saudara.. apa pandangan saudara dengan pendekatan menggunakan teknologi dan ilmu dengan inisiatif K-Ekonomi yang dilancarkan pada penghujung masa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri?
~ OnDaStreet
http://ondastreet.wordpress.com
Mr. Basuh Baju
Kesimpulannya negara sudah bangkrap. Sama ada si pencacai Dr. Mahathir, iaitu pemimpin yang berjaya menghancurkan daya kompetitif negara masih mengikut rentak burung unta dan tidak berdepan dengan realiti, terpulanglah kpd mereka.
Fakta2 fakta yg menarik
Htg semasa negara sentiasa bertambah. MGS+GII dah lebih RM 334 billion. Tak termasuk hutang luar negara, hutang perumahan dan hutang projek.
subsidi gas cecair asli yg dihadiahkan kpd kroni2 IPP baru RM 20 billion setahun. Tahniah kpd semua.
Pada waktu yg sama, paip FDI dah kering. Ini mungkin disebabkan oleh kehadiraan Timbalan Menteri yg dibenci dan ditentang oleh geng saya.
FDI tu penting kerana berbeza dengan ringgit yg boleh di terbitkan oleh BNM, FDI adalah suntikan modal US Dollar yg boleh digunakan utk membeli perkakas dan teknologi terkini. Klu kita nak beli misalnya mesin tercanggih dari Jerman ianya memerlukan pertukaraan wang asing. Klu tiada FDI kita kena guna rizab. Kalu rizab dah kurang tekanan spekulasi dan sbgnya akan mengakibatkan nilai ringgit merundum. Lebih2 lagi FDi ni juga berbekalkan kepakaraan pengursaan dari luar negeri. Klu kita mengurus industri kita pasti akan mencatat prestasi yg cukup memberangsangkan spt Perwaja, MAS dan sebagainya
Tanggapan bahawa negara sudah bankrap adalah melulu dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Laporan Tahunan terbaru Bank Negara menunjukkan kita mempunyai rezab yang besar (lebih RM300 billion) walaupun menurun agak byk sepnjg krisis ekonomi (sebelum ni pernah cecah RM400 billion) - ini berlaku kpd byk negara termasuk Spura yang kehilangan nilai rezab lebih besar US100 billion semasa kemuncak krisis. Negara2 yg mmg jelas bankrap ialah Iceland, Greece, Latvia ... yg menunggu giliran ialah Sepanyol, Portugal, Austria, dan Itali. FDI mmg penting, tetapi harga persaingan yg dituntut adalah terlalu mahal utk ekonomi kecil mcm Msia di mana kita mungkin kena korbankan industri tempatan dan subsidi utk rakyat (yg dilihat anti-pasaran bebas); cadangan Tun M supaya kita cuba menjadi ekonomi self-sustaining spt Jepun dan Korea adalah munasabah dan kita patut mencari jalan ke arah itu.
Post a Comment