Thursday, March 18, 2010

Isu kahwin budak

Budak perempuan 11 tahun dibenarkan 'kahwin' atas alasan dah matang. Tapi pelajar-pelajar sekolah nak buat pilihanraya pilih ketua pelajar tak dibenarkan sebab kononnya masih tak matang.

Nak lagi ironi- di negara ini budak-budak umur 16 tahun (atau lagi muda) dibenarkan untuk memilih pasangan hidup tapi pada masa yang sama kena tunggu 21 tahun baru boleh mengundi bagi memilih pemimpin.

Mana pemimpin 'pembela' agama Islam? Ini tak ganggu sensitivit dan akidah umat ke?

12 comments:

Anonymous said...

mana entri-entri mcm 'terima kasih Hasan Merican'? buat lah agi

deus X machina said...

itulah bolehland!

Anonymous said...

Bravo!

Holden Caulfield said...

Gua tanya satu je beb,gua mintak maaf kalau gua rasa soalan ni boleh buat Zul Noordin atau Harussani Zakaria marah.

Agama ni untuk digunakan oleh kerajaan untuk kepentingan mereka je ke?

wargadunia said...

Kematangan ni kena tengok situasi jugak. Lain situasi lainla kematangannya. Nak jadi ketua darjah, umur tujuh tahun pun dah boleh, tapi nak jadi PM umur tu tak boleh la. nak pilih permainan, umur 4 tahun pun dah matang, nak pilihanraya? Umur 21 tahun la.

AM said...

so BB, umur apa yang sesuai nak mengundi?

beLLa said...

kalau pasal kawen, ada je hujah2 nak bela diri.

eh,sebenarnya ada ke peraturan y cakap pasal had umo nak kawen kat malaysia nih?

aishah_conteng_je said...

pemimpin rosak sebab ulama rosak, ulama rosak sebab cinta dunia..


errr...ramai lagi anak dara yg tak kawen..sibuk kawenkan budak nape ek?

talkIZcheap! said...

kematangan tak diukur dari umur...

Basuh Baju said...

wargadunia: so bagi kau umur 11 tahun dah matang nak kawen?

talkizcheap: mmg betul matang tak ikut umur tp kalau kau ada adik 11 tahun yg dh matang sgt, kau bagi tak dia kahwin dgn org umur 40 tahun?

hehe

hans said...

hahahhaa
betul tu

Abang said...

Bab kawin dgn budak tu, kebanyakan org berdalil dgn perkahwinan Aisyah r.a dgn Rasulullah di awal usia 6 tahun. Tp perkara tersebut byk percanggahan dan masalah, teman ada tulis dalam blog teman baru-baru ni. Kalo rajin bolehlah baca tambah pengetahuan.