Tuesday, March 16, 2010

3 tahun sekarang........(bhg 2)

(sambungan)

Kalau kita tanya pelajar-pelajar sekarang apakah cita-cita mereka, pasti ramai yang menjawab 'nak jadi doktor'. Obsesi nak jadi doktor setiap tahun makin bertambah. Macam biasa yang akan apply kursus perubatan jauh lagi banyak berbanding tempat yang disediakan. Akhbar-akhbar akan menyiarkan rungutan pelajar yang pandai tetapi tak dapat tempat. Iklan-iklan akan bertaburan memanggil pelajar-pelajar yang nak jadi doktor tapi tak cukup layak- cuma dengan syarat kena ada duit.

Apa kejadahnya semua nak jadi doktor ni?

Sebenarnya tak menjadi masalah pun jika pelajar bercita-cita nak jadi doktor. Apatah lagi di Malaysia yang jumlah doktor tak cukup malah kritikal. Memang benar doktor adalah kerjaya yang mulia. Malah pengajian perubatan adalah bidang yang penting. Tetapi hanya kerana ia bidang yang penting tidak bermakna bidang lain tidak penting.

Masalah pada hari ini bila pelajar yang pandai tetapi tak minat perubatan pun disuruh mengambil kursus perubatan. Apatah lagi pelajar yang tak minat dan tak cukup pandai- ada juga yang sibuk nak menjadi doktor.

Yang jadi masalah bila kerjaya sebagai doktor dijadikan ukuran kejayaan oleh masyarakat termasuk ibu bapa sehingga memaksa pelajar-pelajar sekarang mengenepikan minat mereka.

Ibu bapa pada hari ini suruh anak belajar pandai-pandai supaya dah besar nanti boleh jadi doktor. Bagi yang kurang pandai, ada ibu bapa yang sanggup membayar sendiri kos pengajian perubatan untuk menghantar anak mereka belajar kursus perubatan. Cikgu juga begitu dengan memberikan nasihat yang sama. Pelajar yang pandai- cikgu galakkan ambil kursus perubatan. Itu tak dikira dengan persepsi rakan-rakan yang menganggap menjadi doktor adalah penanda aras kepandaian seseorang. Siapa belajar perubatan- dialah yang pandai di kalangan rakan-rakannya.

Perkara ini diteruskan lagi dengan penghormatan yang diberikan oleh masyarakat kepada kerjaya seorang doktor. Menurut kajian pun doktor adalah orang yang paling dipercayai. (untuk rekod, politikus adalah orang paling tidak dipercayai). Ini secara tidak langsung menyebabkan kerjaya doktor menjadi tarikan yang kuat kepada pelajar-pelajar.

Yelah, siapa yang tak nak jadi doktor kan. Dahlah susah nak dapat tempat, boleh 'up' dengan kawan-kawan, jadi kebanggaan ibu bapa malah masyarakat pandang tinggi pulak tu!

Di akhirnya matlamat pelajar pada hari ini pergi ke sekolah seolah-olah hanya satu iaitu- belajar pandai-pandai untuk jadi doktor. Adakah ini pandangan yang betul? Bagi saya ini pandangan yang salah.

Bagi pelajar yang betul-betul minat dan mempunyai semangat nak jadi doktor- saya tidak kisah. Malah saya berharap mereka diberikan peluang. Tetapi saya kasihan bagi yang tak minat dan sibuk nak jadi doktor. Bagi saya mereka ini adalah mangsa kepada 'persaingan.' Kenapa saya katakan begini?

Kita perlu jujur bahawa ibu bapa yang mahukan anak mereka jadi doktor sebenarnya mahukan 'security' dan jaminan terhadap masa depan anak mereka. Niat mereka ikhlas dan bagus. Dengan jadi doktor, anak mereka akan bergaji selesa (bukan mewah) dan paling penting- peluang pekerjaan menanti.

Ibu saya pun pernah berkata " Even kalau tengah perang pun orang cari doktor." Ayah saya pula cakap " Sebelum bukak bisnes, jadilah doktor dulu. At least kalau bisnes kau lingkup, kau senang nak bangun balik."

Saya tidak ada statistik untuk menyokong kata-kata kedua ibu bapa saya tetapi bagi saya logiknya kuat. Tetapi kesimpulannya ialah punca mengapa ibu bapa berlumba-lumba mahukan anak mereka jadi doktor adalah kerana kerjaya seorang doktorlah yang dapat memberikan jaminan dan 'security'. Setakat yang saya tahu tidak ada mana-mana kerjaya lain yang mampu memberikan jaminan seperti ini. Inilah apa yang bermain di fikiran ibu bapa sekarang dan juga di fikiran pelajar-pelajar kita sebenarnya.

Dengan mempunyai jaminan, persaingan sudah tidak menjadi kerisauan bagi mereka.

*
Sebelum saya menyambung tulisan ini (yang tak tahu bila nak sambung- sibuk nak final ni), apa kata para pembaca sekalian?

Mungkin kita boleh berdiskusi!

19 comments:

nora said...

sama je keadaan ko dengan aq
cuma tukar profesion dengan ko je..

mak bapak aq suh jadi cikgu..
cikgu tu cikgu ni..

pom pum pam aq pun cikgu..

Redz da Tsar said...

Hehe...

1. Masa perang pun guna doktor
2. Kalau bisnes melingkup, boleh bangun balik kalau jadi doktor

Masalahnya bukan bila jadi doktor, tapi bila bersedia untuk jadi doktor i.e. sedang belajar MD atau MBBS...

Aku punya SPM buleh tahan jugak la, tapi tak semestinya boleh bwk MBBS... Alhamdulillah lepas gagal mengikut rentak first sem, 2nd sem aku naik balik...

Aku just nak buktikan tak semua orang yang terer SPM buleh bawak silibus MBBS...

Bila dah pass medic, cabaran psikologi pulak yang kena harung...

Anonymous said...

persepsi orang, medic ni susah. yelah, mungkin. tapi tak ramai yg tahu, course sains aktuari. course ni lagi susah dari medic. siyes. medic mainly bio. baca, then hafal. sains aktuari is more than math.

and the hardest part is, im currently doing this course -.-'

gman said...

okey let me gelak ateeka amer atas nih dulu, kalau baca and then hafal, takde doktor sampai enam tahun. baca dan hafal tu sebahagian je la cik kak oi...

kalau nk kira course apa lg susah lg senang mmg x abes la, each one ada bahagian susah ada bahagian senang.

and one thing about medic nih, SPM tu takde guna untuk ukur org nih boleh amik medik ke x.

Abang said...

Doktor dan guru... 2 kerjaya ni dikatakan lebih terjamin dan bergaji selesa, terutamanya doktor... iyelah, doktor belajar dah la lama, susah plak tu, jadi gaji pun mesti nak lebih sikit... itu yg teman faham la... sbb adik teman pun amik medic gak huhu...

dulu masa teman kecik2 cita2 yg top adalah doktor, engineer dan akauntan... ingatkan sama je tiga ni... bila masuk alam sekolah baru tahu course doktor dan engineer mmg payah sikit, sains punya line... tp akauntan rupanya line sastera pun boleh pergi...

dan kalo masuk keje gomen, x kira akauntan ke engineer ke, starting gaji lebih kurg sama je... walau kesusahan masa study dulu berbeza... sebab bak kata gman tiap2 course ada susah dan senangnya... nak ukur mmg payah... cuma dari segi logik masyarakat, course yg melibatkan sains mcm doktor dan engineer ni mmg susah ler nak study...

course doktor plak, sbb dia mmg directly melibatkan diri manusia (nyawa), jd mmg kena study btul2, kalo x minat dan main ikut je tu yg bila jd doktor nnt mcm2 kes keluar, salah bagi ubat la, salah diagnosis la...

dan teman setuju pendapat Redz_da_tsar, bukan semua org boleh bawa medic, bahkan bukan semua org boleh bawa bidang yg dia minat... otak kita ni mmg kdg2 ada kecenderungan pada kerjaya tertentu, jd x ada jaminan budak top spm mesti mampu bawa medic...

apa yg boleh, berusaha aje lah, buat istikharah masa pilih course tu ke etc...

p/s: Teman langsung menyimpang dari pilihan asal, belajar benda lain...

Abang said...

Eh teman baru perasan ateeka_amer rupanya promo course dia sendiri ye? hehehe gurau je...

Basuh Baju said...

sekarang ni bukan nak bincang course mana yg paling susah.

susah ni subjektif.

dan juga kursus mana paling mulia.

semua kerjaya mulia kalau membawa kebaikan kepada orang ramai.

tulisan saya berkisar ttg kenapa ramai sgt berlumba2 nak jadi doktor. even ibu bapa pun kalau boleh nak anak mereka jadi doktor.

itu sahaja.

saya mungkin silap tp ini yg sy nampak.

hehe

Basuh Baju said...

alie: apa yg sama nyer? hehe mak ayah aku nak aku jadi doktor. pung pang pung pang aku bakal jadi arkitek. btw, kau cikgu apa?

redz: amacam wat medic kat india? peh- gmbr2 lu mmg cantik la lagi2 kat shimla.

ateeka: belajar aktuari kat mana? ada juga dgr2 yg kos aktuari tu susah giler. tapi kalau otak math mmg tak jadi masalah kot?

erm, mgkn sape blaja bio keje menghafal- begitu keje dgn sape blaja aktuari, mengira je. sama macam blaja arkitek- kejenya melukis je.haha ikut kursus la kan.

gman: spm tak dijadikan ukuran utk amek medic ke tak? hmm..ada benarnya sbb ada je yg cemerlang spm tp kantoi medic.

tp sygnya nak amek medic kena tip top spm. hehe

abang terer: tertarik dgn pndgn yg 'ada yg tak minat pon tp cemerlang'.

yela- kdg2 minat tak seiring dgn kebolehan. ada org minatnya menyanyi tp bakatnya melukis. hehe

persoalan baru: kenapa mereka yg amek jurusan berkaitan sains lebih dipandnag tinggi dan up di mata kita?

ikutkan mmg bidang sains ni lebih susah- tp di akhirnya mereka yg belajar kursus saster yg mengawal dan menentukan hidup kita. cthnya ahli ekonomi yg merangka dasar ekonomi.

spttnya mengambil kira hal begini- bidang sastera juga perlu diambil berat kan?

tp apa yg berlaku kat malaysia ialah- yg pandai2 semua amek jurusan sains. jurusan2 spt ekonomi, sains sosial, perancangan bandar,etc dianggap kursus lelong sedangkan mereka2 ini yg nakal membuat dasar.

agaknya itu kot punca kenapa dasar2 kita 'kureng' sikit? hehe

Anonymous said...

salam..

maybe certain mak bapak nak anak dorg jadik doc sbb currently, tu je kerja yang boleh dikatakan memang confirm anak2 dorg akan dapat bila dah grad nanti. almaklumla, kerajaan pun selalu uar2 yang malaysia tengah kurang doc. and my uncle penah ckp, org fikir je bila buat course lain, susah nak dapat keja. tapi realitinya, banyak ja peluang kerja kat malaysia neh. kalau tak, nape mesti malaysia nak import workers luar. yang penting bila dah belajar tu, takleh la belajar ala kadar je. result pun ala kadar jela. maka, nak keja pun ala kadar jugak la. haha, tu kata pakcik saya. sekadar berkongsi saja. wallahualam.

bersyukur mak saya tak penah bagi saya buat medik 2 tahun lepas.

sekian.
-labu :))

hans said...

akunak jadi artis
hahaha

Besi Karat said...

Agaknya kalau gaji maksimum doktor rm1500 saja,ada tak jaminan & "security"?Dan ramai tak ibu bapa anak-anak pakcik makcik berlumba2 nak jadi doktor?Ala senang cerita kerja apa pun yang menjanjikan $$$$$ banyak,maka terjamin laaa masa depan anda semua.
Kehkeh.

Anonymous said...

Salam,

Memang tak dinafikan, security, jaminan masa depan dan peluang tuk jadi kaya antara faktor utama ibu bapa n students pilih medic.

Antara sebabnya, tengok jela keadaan ekonomi sekarang. Contoh mudah, bandingkan 100 org student engineering dgn 100 org student medic, lepas dorang graduate. 100 org mech engineer yg graduate TAK TERJAMIN lagi pekerjaan dorang bila lepas grad, tapi 100 org doc yg freshly grad, semua sekali disambar masuk ke dalam gov service.

Katakanlah suatu masa nanti, Malaysia kekurangan akauntan, dan semua student accountancy akan diberi biasiswa secara automatik, dan lepas grad dijamin akan dapat kerja..aku rasa obsesi ke arah kursus perubatan akan beralih pulak kepada kursus perakaunan.

Mungkin lebih tepat untuk sebab pilih course medic: for survival bila graduate nanti

Anonymous said...

glamer

Anonymous said...

Salam..
Kenapa parents sokong anak2 ambil medic or cikgu? parent sy dulu, dia kata senang dapat kerja. masa depan terjamin. sy dulu mula2 ambil course kat uni, ibu tanya; "nanti dah habis, kamu nk kerja apa?".Saya diam masa tu. Kemudian ibu kata, "senang la kawan kamu si A & B, sorang keluar jadi Doktor, sorang jadi Cikgu". Saya diam.
Membaca tulisan kamu, sy terfikir..ibu bapa mahukan yg terbaik utk anak2. Jadi bagi mereka punya kerjaya terjamin di masa depan adlh terbaik. Doktor adalah contoh terbaik di mana selagi kamu melakukan tugas dgn baik, tidak akan dipecat dalam 24jam ataupun lingkup terus. seteruk mana pun ekonomi, DOktor tidak akan dipecat..(setahu saya)..
student berebut2 mahu ambil medic?minat mungkin..mahu gah mungkin..mahu berkhidmat mungkin..tapi yg betul2 berkhidmat dgn ikhlas slps hbs belajar??..
apa pun, sekadar memberi sedikit pendapat. :)
**sy pembaca senyap kamu..tulisan kamu bgs..keep it up!

Amilah Muhammad said...

dalam apa- apa course yang kita pilih (atau mak ayah kita pilih), yang penting ada matlamat dan kesungguhan dan angan- angan. wahaha.

kalau rasa tak kena dengan diri, baik lari dari course tu kan. sampai jumpa yang sama hati dgn kita

Siti Nur Aminah said...

minat tu penting....baru la datang semngat untuk teros belaja dan belaja...tak kisah la mek kos ape pn..aktuari ke arkitek ke..ape ke..semuany perlukan passion....

SPM tu tiket untuk amek mana2 kos yg ditawarkan...(gua agak terasa tang resul SPM sebab gua tak strait A pon..tapi berangan nak mek medic)...

amek medic prlukan ingtan yang kuat dan aplikasikan kat dalam dunia klinikal..same je cam kos len...tapi banyk yng belaja kat U berbeza bile terjun dunia kerja...

gua suke budak art....

Anonymous said...

masaalah minat or tidak minah e2 tak menjadi main topik y sepatutnye...aper y menjadi isu sebenar sebesar mungkin adalah drimana peluang e2 terbentuk...dr munat y didokong bakat tidak semestinya akan menimbulkan impak besar kepada y empunya diri berkemungkinan akan beralih bidang dari bidang y diidamkn n tros menerus menjadi darah daging serta menimbulkan kembali minat lama y berkobar2 pada suatu bidang y berlainan dan ini adalah berkemingkinan merupakan suatu jalan atau sebenar siempunya kehendak dan keupayaan y sebenar...
barang kali dan berkemungkinan besar isu utama disini ialah peluang y dibuka kepada y berkelayakan dimelaysia ini amat lah bercelaru lagi membiungkan...all the bulshiitt system...segala peluang utama y dikurniaan tuhan seperti bakat ,akal y genius,kemahiran,pengalaman hidup,keupayaan ,ketahanan mental,kekuatan rohani,ketajaman minda,keperihatinan n kehalusan hati y dikurniakan ilahi ditolak sama sekali bagi membuka luas kepada aliran mata wang ringgit ditanah air ini bagi tihak menghak kan pada y berhak..dn ini hanya akan memberikan segala peluanh dan jalan y telah dibentang luas kepada setiap sosok manusia y berpotensi bahkn y kurang upaya sekalin berpotensi didalam sesuatu hal kerana tiada y dijadikn tuhan e2 sis2 kawan!!!...maka jalan2 terbentang luas ini dirombak,dirobek,dilacurkan,diliwattikan,didokmakan,dimorronkan,oleh sekeping kertas y disujudti oleh sekelompok2 peyembah berhala kertas...maka jalan2 potensi sebenar ini dipenuhi dengan nanh dn lumpur najis sebegitu hina lagaknya bagai lorong2 y gelap dn hanya y sebenar2 y kaut sahaja akan smpai dpenghujung jalan e2...hanya y sebenar y tahu apa y mereka mahu...tp harus di ingat mungkin akan jatuh,mungkin juga akan tersungkur rebah mencium nanah n lumpur2 tersebut...kerana engkau mungkin hanya bukan sipenyembah berhala kertas...n engkau tidak berkiblatkan bank negara...
maka sesuatu y tidak diletakkn kepada tempat nyer y sebenar e2 tdk akan bertahan lama n tidak akan menghasilkan sesuatu y estetika kerana kau hanya seorag hamba kertas...

SERAHKAN HAK-HAK MEREKA...

KEMBALIKAN HAK-HAK MEREKA...

atau SEHINGGA KAU MENANGGUG SEGALA KESILAPAN DUNIA...

retropyanza@yahoo.com.my

FaMY said...

Komen en. retropyanza menakutkan aku.. Hmm.. Hamba2 kertas.. Ok.

Anyway, saje je nk komen. Sy pmbaca baru anda! :D Sy budak matrik.. Alkisah, masa musim isi borang UPU aritu, ayah sy kata xnak msuk campur.. Masa depan sndri. Pilihan sendiri. Walaupun dia agak kecewa sy xboleh nak sambung medic (nk amek medic kne 4flat both sem kat matrik. ouch. sem 1, 3.25.. so babai medic), tp in the end, walaupun die propose sy amek law or TESL, die just ckp dlm kereta haritu: "Ambik jela course apa pun. xkisah. Jgn buat keje xsenonoh, jgn lari dari minat, jgn menganggur, jgn bg kitorang (ayh n mami) susah hati, jgn lupa kitorang. Ambikla course ternak kambing pun xpe."
Xtau nk blas apa: "OK.. Thx pa."

:D ibu bapa cuma risaukan kita. Ada yg kaw2 blaja jd dokter nk balas jasa ibu bapa. Tp kdg2, sy rasa, diorang xkesah pun.. Janji kita jadi org yg bguna, xsesat ngn dunia n selalu ingat kat dorang. Peace. :)

Anonymous said...

"....persepsi orang, medic ni susah. yelah, mungkin. tapi tak ramai yg tahu, course sains aktuari. course ni lagi susah dari medic. siyes. medic mainly bio. baca, then hafal. sains aktuari is more than math."

heh, nampaknye mungkin anda tidak pernah melepak atau berkwan rapat ngan pelajar medik? aku med student...aku tgk, part nak menghafal tuh yg susah...lagipun, medik is not only about bio...ade gak chem, ade gak physics sket (bkn newtonian physics,,,simple physics)

so, kalau nk judge tu, consider both parties la yek

"...seteruk mana pun ekonomi, DOktor tidak akan dipecat..(setahu saya).."

FALSE!!!! ekonomi meleset, doktor yg takde review yg bagus akan dilepaskan....huhu

"Ambik jela course apa pun. xkisah. Jgn buat keje xsenonoh, jgn lari dari minat, jgn menganggur, jgn bg kitorang (ayh n mami) susah hati, jgn lupa kitorang. Ambikla course ternak kambing pun xpe."
Xtau nk blas apa: "OK.. Thx pa."

aku ske tul statement nih...mak aku ckp mcm tuh

-King Syahmi-