Saturday, March 13, 2010

3 tahun dahulu.........(bahagian 1)


Keputusan SPM keluar lagi. Ceritanya tetap sama. Skrip pun tak berubah. Yang terbaik akan dipublisitikan. Yang susah tetapi berjaya akan dijadikan bahan berita. Setiap tahun begini. Watak sahaja yang berubah. Kalau ada yang berubah pun ialah tahun ini ada gred A+.

Bila melihatkan kepada semua ini saya teringat 3 tahun yang lepas- masa itu giliran saya di tempat mereka mengambil keputusan SPM. Memandangkan baru sahaja balik daripada berkhidmat untuk negara (PLKN la woit), maka saya tidaklah begitu berdebar menanti keputusan. Maklumlah perasaan gembira masih menebal.

Masa itu pun saya tidak tahu apa hala tuju selepas SPM. Senang cakap- tak ada cita-cita. Oleh itu saya hanya mengikut arus semasa (go with the flow). Saya lihat kawan-kawan saya yang cemerlang semuanya mahu ke oversea dan mengambil jurusan perubatan. Ibu bapa saya pun kuat melobi agar saya meneruskan pelajaran dalam bidang medic (istilah popular). Memandangkan keputusan SPM saya agak baik, saya pun mintaklah medic. Nak kata minat- haram tak pernah fikir pun jadi seorang doktor. Tapi dah tak tahu nak jadi apa, mintak je lah...

Dipendekkan cerita, lalu saya ditawarkan ke Mesir untuk belajar medic. Untuk itu saya diarahkan mengikuti kursus persediaan. Terpaksalah saya menjadi 'pak arab' selama dua bulan. Nak kata speaking arab tu bolehlah runcit-runcit. Segalanya tampak saya bakal ke Mesir untuk jadi doktor.

Namun entah macam mana lagi dua minggu nak 'fly', saya rasa sesuatu yang tak kena. Dalam hati persoalan yang berligar ialah 'betul ke keputusan aku ni?'. Macam saya cakap tadi, saya tak minat pun. Puas jugalah saya pergi berjumpa dengan doktor- bukan untuk rawatan tetapi untuk melihat kehidupan seorang doktor. Tanya itu ini pung pang pung pang- daripada subjek yang akan dipelajari hinggalah kepada berapa tangga gaji. (paling tak boleh blah ialah saya siap menonton drama Greys Anatomy dan House.)

Tak cukup dengan itu saya menemu ramah kawan-kawan saya yang sedang belajar di Mesir. Kali ini pun pung pang pung pang pasal kehidupan Mesir. Maklumlah nak tahu keadaan sebenar di sana. Berapa currency di sana, kos sara hidup tinggi ke tak, mana tempat menarik nak berjalan, internet laju ke tidak, ada pawagam ke, peh- semuanya saya tanya.

Di akhirnya benarlah kata orang ignorance is bliss. Makin banyak yang saya tahu makin saya risau dan taknak pergi. Dan sebenarnya saya hanya mencari sebab untuk saya tak nak pergi belajar medic di Mesir. Hakikatnya saya memang telah membuat keputusan yang silap. Saya tahu saya tidak minat medic walaupun sebenarnya saya tidak tahu apa yang saya minat. Ia seolah-olah kita tahu kita tidak sukakan seseorang- bukan kerana kita suka kat orang lain tetapi kita belum jumpa ornag yang kita suka. (cilakak, ayat jiwang).

Mungkin ia adalah keputusan yang paling drastik yang saya pernah buat. Maklumlah lagi 2 minggu nak pergi. Sedara mara semua dah tahu. Kawan-kawan apatah lagi. Barang-barang pun dah ada yang dibeli. Tetapi saya tahu- kalau saya pergi, ia adalah satu kesilapan. Orang boleh berkata apa sahaja tetapi mereka yang berkata-kata tidak pernah faham. Mujur ibu bapa saya memahami. Untuk itu saya amat berterima kasih kepada mereka kerana merestui keputusan saya tidak pergi ke Mesir belajar medic. Terima Kasih.

*
3 tahun sudah berlalu. Saya masih di Malaysia. Belajar di sini. Tetapi saya sudah tahu apa yang saya minat. Dan apabila saya lihat kembali diri saya tiga tahun yang lepas saya memahami satu perkara. Bagaimana sistem pendidikan kita, persepsi masyarakat kita, dan ditambah lagi dengan tuntutan sistem ekonomi kapitalis yang menentukan cita-cita kita- bukan kita.

bersambung..........


ps: sekali sekala cerita kisah hidup apa salahnya kan? hehe

16 comments:

Daun said...

la sambung pula.... orang tak sabar nak tau ending ni

najihah said...

Salam ziarah Basuh Baju..

nice blog..saya menanti sambungannya..

:)

hans said...

yups
aku suka ayat ko yg last
aku bersetuju 70%

joegrimjow said...

memang xsuke ayag bersambung last tu
ishh

Basuh Baju said...

saje bagi suspen.hehe

zikeryhassan said...

kenapa harus ada sambungan..

LailaAlfisyahr. said...

Sangat setuju.

deus X machina said...

sgt setuju bro
buat benda yg kita minat jek...

'AQILAH said...

:) kenapa bersambung

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

betul betul.malas baca kalau bab politik.

Mullah TTDI said...

Salam Basuh Baju

Memang artikel yang menarik dibaca dan dikongsi dengan generasi-generasi SPM pada masa sekarang ini... Biar jelas hala tuju masa hadapan........

AM said...

so sekarang nak jadi apa sebenarnya?

Cob Nobbler said...

Nko kena layan pelacur dan jadi sarkastik kalau nko nak jadi Gregory House..kah kah kah!

p/s:beb,tu tokoh aku tu..hahaha!

SUXX said...

sampai episod berapa ni beb?haha

Abang said...

Hehe rehat kejap dari politik ek?

tee said...

i'm doing medicine now.egypt jugak.
tp,dtg ats tajaan sndri.skrg ngh final exm utk 2nd year.come to think of it,menyesal pn ada,a bit clueless pn ada,knp tiba2 decide nk dtg cni dlu.sbb skrg stdy pn sbb nk pass exm n xnk hmpakn mak ayh yg dh byk sgt spend utk dtg cni.passion?i seriously dont have any idea bout it.nk bepatah balik?no way,so,hr2 doa diberi kekuatan n teruskn je la.wut's done is done rite.