Saturday, January 2, 2010

Ulasan 2009- Politik

POLITIK

Tahun 2009 adalah tahun yang aneh. Aneh kerana kita menyaksikan perkara yang sepatutnya berlaku tetapi sebaliknya pula yang terjadi.

Pertama- apa yang sepatutnya berlaku?

Pakatan Rakyat sepatutnya sudah berpindah masuk ke Putrajaya menjelang 2009 tetapi sebaliknya kehilangan negeri Perak. Anwar Ibrahim yang sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia tetapi sebaliknya Najib Razak yang membentangkan Bajet 2010.

Kita menjangkakan UMNO akan terus nazak dan lemas dalam permainan sentimen perkaumannya. Sebaliknya apa yang berlaku UMNO sudah kembali ke arus sederhana. Kita menjangkakan PAS akan terus bermain dengan kaset islamnya seperti yang ditunjukkan dalam isu arak, konsert dan sebat. Sebaliknya PAS juga sudah kembali ke arus sederhana yang lebih terbuka.

Kita menjangkakan MCA, MIC, PPP dan Gerakan keluar meninggalkan BN. Sebaliknya wakil rakyat DAP dan PKR yang masuk menyertai BN. Kita menjangkakan PAS akan berpecah kepada dua fraksi- geng Nik Aziz dan Hadi Awang. Sebaliknya MCA yang kacau bilau dengan tiga fraksi- Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai.

Kesemua ini adalah aneh. Apa yang sepatutnya berlaku tetapi sebaliknya yang terjadi.

Kedua, sebenarnya tahun 2009 adalah tahun untuk Pakatan Rakyat. Tahun 2009 sepatutnya Barisan Nasional sudah 'dikuburkan'. Tetapi jauh daripada dikuburkan, Barisan Nasional dibenarkan untuk hidup kembali.

Pakatan Rakyat telah membuat percaturan yang silap. Untuk membunuh BN, bukan dengan cara membogelkan segala kesilapan yang lepas. Ini peluru yang salah. Peluru ini hanya berkesan ketika pilihanraya 2008. Tetapi tidak di 2009. Menggunakan peluru ini hanya akan memerangkap diri sendiri. Pertama kerana pemimpin pakatan rakyat sendiri pernah menjadi sebahagian daripada BN yang lepas. Kedua kerana rakyat sudah muak dan menyampah dengan budaya politik 'siapa lagi teruk'. Ketiga kerana rakyat mahukan tindakan bukan cakap-cakap.

Peluru yang paling ampuh- yang sepatutnya digunakan Pakatan Rakyat ialah menunjukkan mereka lagi bagus dalam memerintah. 5 negeri yang diperintah adalah medan paling sesuai untuk menggunakan peluru ini.

Namun, apa yang terjadi ialah Pakatan Rakyat masih lagi menggunakan peluru yang sama. Permainan ini diteruskan dengan siri sabotaj mengsabotaj. Kita dapat lihat BN sabotaj PR di negeri-negeri yang diperintah PR. Kita juga dapat lihat PR sabotaj BN di peringkat persekutuan. Namun dalam permainan sabotaj ini- BN memiliki kelebihan jentera kerajaan. BN- suka atau tidak- telah mengalahkan PR di dalam permainan ini. Di sinilah permulaan kebangkitan BN.

Ia adalah satu perkara yang malang untuk melihat BN kembali kuat bukan dengan cara mereformasikan diri mereka. Sebaliknya kerana PR semakin lemah kesan daripada permainan mereka sendiri. Nampaknya peluru memakan diri. Tahun 2009 yang sepatutnya untuk Pakatan Rakyat bertukar kepada Barisan Nasional.

Ketiga, kita cukup risau tahun 2009 akan menjadi tahun yang penuh dengan konflik perkauman dan keagamaan. Kita menjangkakan perpaduan di negara akan menjadi semakin teruk dan goyah. 'Terima kasih' kepada politikus dan juga Utusan/Harakah kerana menyumbang kepada keadaan ini. (Itu belum dicampur lagi dengan blog-blog). Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Di sebalik kerisauan konflik antara agama tercetus, kita dapati rakyat Malaysia mengutuk tindakan mereka yang berarak membawa kepala lembu. Di sebalik kerisauan melayu, cina dan india bergaduh, kita dapati rakyat Malaysia bersatu menuntut keadilan dalam kes Teng Beng Hock dan Kugan. Di sebalik kerisauan perpaduan kita semakin teruk, kita muncul dengan lebih bersatu padu selepas diuji dan diancam.

Kita mungkin masih lagi tidak mencapai perpaduan seperti yang diimpikan iaitu kewujudan bangsa Malaysia. Namun apa yang berlaku pada 2009 menunjukkan perpaduan kita tidaklah semakin teruk seperti dijangkakan.

Sebenarnya yang menjadi lebih rasis dan fasis bukannya rakyat Malaysia sebaliknya politikus. Nampaknya 'murid' lebih pandai dalam membina perpaduan berbanding 'cikgu' yang asyik mengajar tentang perpaduan.

Di akhirnya 2009 adalah tahun di mana politik kita masih kekal dengan budaya politik lama. Kita masih lagi terperangkap dengan isu-isu bodoh dan bangang. Kita tersepit di antara kerajaan yang tiada kredibiliti dan pembangkang yang menjadi liabiliti. Namun 2009 juga menyaksikan rakyat kita semakin menolak budaya politik lama. Setidak-tidaknya dalam hal berkaitan perpaduan, kita telah membuktikannya.

Tahun 2010..........


22 comments:

mR SyamEL said...
This comment has been removed by the author.
deennasour said...

haha.
murid mengajar cikgu.

hohoho.

tapi mmg aku takut sangat pasal isu perkauman yang aku rasa makin terus 2009 ni tadi.
tapi2 last makin agak ok.

sebab? 1 malaysia.
haha.

Sang Harima said...

Menjadi nmpak 1Malaysia..

"Pertama kerana pemimpin pakatan rakyat sendiri pernah menjadi sebahagian daripada BN yang lepas..."
Dalam maksud ni..

hahaha..

Anonymous said...

Correction! Liow Tiong Lai. Bukan Liow Tiow Lai.

Unknown said...

Mana ada aneh dalam politik di negaraku ini...
POLITIK/KUASA/LABA mana ada aneh...

JJ KRN said...

Politik Malaysia memang makin mengarut sekarang. Keliru.

Anonymous said...

mana bukti kukuh umno dan pas dah "kembali ke arus sederhana"?

rakyat semakin menolak budaya politik lama??woit,orang ramai mcm tak amik pot pun GST,gula naik harga..semua sibuk ber-MLM dan jadi mat2 n minah2 conformist kat IPTA..

sorry,tulisan ko ni naive..

Basuh Baju said...

deennasour: blog kau ni kenapa kejap ada kejap xde ek? hehe

siapa yg tak takut bila dah sampai heret kepala lembu kan. walaupun cara politikus kita handle benda ni tersgtlah bangang, tp at least rakyat kita tak melenting atau turut membalas perarakan tersebut.

generally, our unity has been tested.

sang harima: haha tp pemimpin pakatan rakyat masih tak sedar. sibuklah nak bongkar semua kesilapan lama BN. last2 menjerat diri.

amek contoh isu BTN. last2 jadi senyap bila anwar pun rupanya pernah jadi rasis jugak.

bukanlah nak suruh diorang sorok benda2 silap yg lama, tp tugas mereka ialah mentadbir. bukan membogel kesalahan org sampai lupa nak mentadbir.

betul x?

duniaku: haha betul jugak. mana aneh. sebenarnya hidup ni pun aneh. bukan politik je. even perjalanan hidup kita pun aneh sebab apa yg dirancang tak semestinya jadi. begitulah dlm politik di malaysia.

johan: kita dpt lihat kebelakangan ni sudah kurang retorik2 perkauman dan keagamaan. UMNO dah tone down. dah jarang statement rasis dari najib, muhyiddin. tp to be fair to u, utusan still mangkuk.

PAS pula sejak laporan pengundi bukan islam di selangor akan menolak mereka keluar, sudah tak dengar sgt isu2 kontroversi dari Hasan ali, etc.

More or less, aku ttp berpendapat kedua parti ini sudah mula kembali ke arus sederhana. tp bukan bertukar perjuangan. UMNO masih lagi perjuang melayu. PAS masih lagi perjuang Islam. cuma tone nye tidaklah seekstrem di awal dan pertengahan tahun 2009.

siapa kata ramai tak amek pot ttg GST dan harga gula? dan mcm mana kau nak ukur diorang amek pot ke tak? adakah dgn turun ke jalan raya baru kau nak kata diorang amek pot?

kalau kau tgk kat fb, twitter dan blog pun rata2 rakyat Malaysia concern dan amek pott ttg gst dan harga gula.

apa kaitan politik lama dgn MLM? naif.

kita blh tgk rakyat skrg dah makin menyampah dgn budaya politik kutuk mengutuk- budaya politik lama.

mereka sudah tidak makan dgn agenda perkauman dan keagamaan. buktinya jelas- lihat reaksi mereka ketika isu2 agama dan perkauman dimainkan oleh politikus.

kalau mereka termakan budaya politik ni, sudah pasti keadaan akan menjadi lebih parah.

tapi apa yg terjadi ialah- rata2 rakyat Malaysia menolak budaya politik ini.

sebab itu aku kata 'setidak-tidaknya dalam hal perpaduan, rakyat sudah bijak'.

tq

Anonymous said...

Pada pendapat saya tulisan yang ini bersifat feel good (ini ialah satu kritikan).

Sebarang perubahan dalam parti politik, saya percaya, akan berlaku sekiranya perubahan tersebut popular. Mana-mana politikus pasti ada penasihat2nya yang akan beri nasihat mana langkah yang popular dan yang mana tidak. Beza antara PM yg sebelum ni dan yg sekarang; PM sebelum ni lebih concern dgn populariti di kawasan beliau dan dalam kabinet beliau. PM sekarang concernkan populariti di kalangan rakyat.

Takpelah, kita tunggu sebarang langkah tidak popular yang diambil oleh mana2 parti politik. Mungkin boleh nilai.

Johan; rasanya ada ramai bekas2 penuntut IPTA yg non-conformist, sekarang ni dah jadi PTD dan pegang macam2 lagi jawatan2 dalam kerajaan. Jujur, telus, keadilan, korupsi, rasuah dan sebagainya memang isu-isu penting. Tapi lebih penting lagi isu cari makan. Kalau tak makan, macam mana nak bangkang, ye tak?

-Naj

Basuh Baju said...

Naj:

saya setuju. Tulisan ini atau analisis saya memang bersifat feel good. Tapi good di sini bukan 'good' di mana parti politik kita telah membuat perubahan yang benar-benar bagus dan terpuji.

Sebaliknya ia adalah good kerana saya membuat perbandingan keadaan di awal 2009 dan di akhir 2009. Dalam perbandingan ini saya dapati ada yang bersifat positif.

Apapun, saya kurang bersetuju dengan pendapat anda dalam mengatakan parti politik hanya mengambil perubahan yang bersifat popular semata-mata.

Walaupun tidak salah mengambil perubahan yang bersifat populis, tapi ada juga perubahan yg dibuat yang tidak populis. Cthnya dalam penghapusan FIC dan liberalisasi kewangan. Bagi saya ia bukanlah bersifat populis lagi2 di kalangan orang melayu. (sama ada langkah ini berkesan atau tidak, yet to be seen).

cuma adakah anda bersetuju ttg point saya ttg perpaduan? hehe

ps: Naj, tak ada blog ke?

balqissy said...

politik sesuatu yang kite xboleh percaya pada prediction.

Anonymous said...

tone down as a strategy dan kembali ke arus sederhana adalah 2 perkara yg berbeza..

yang aku nampak kat internet,org ramai tertipu dengan helah alih pandangan..semua sibuk nak jadi jurucakap Allah..semua kecoh pasal penggunaan Allah oleh Kristian..hal2 yg akan affect hidup mcm gula dorg dah tak pot sangat sbb dah termakan trick ni..

Anonymous said...

harakah pun rasis ke?








yob

Anonymous said...

mane latest spin lu?..tak sabar ni..takkan mesin rosak kot

Abang said...

MLM? Haha... mesti kena kecoh beb bab penggunaan nama Allah oleh Kristian. Ni bab akidah ni, kalo menyokong berat hukumnya beb. Malangnya pihak yg wajib kecoh (jabatan agama, majlis mufti etc.) senyap pula.

hans said...

2010 bermula dengan banyak isu agama dan perkauman

Frodo Baggins said...

wa tak tau blog lu ni wujud sejak dulu. wa akan jadik pengunjung setia!
sal isu "gereja" tu ... wa pon akan bagi semer cool down dulu ... bahaya!
nway gud luck .. and stay firm!

Oh Me said...

Tengok gambar cili sos tu terasa macam nak pi Burger King plak makan...

Oh Me said...

up date lah Basuh Baju oi...

rocky bru said...

hahahahaha

-Mind Pollution- said...

bila nak update?

ET said...

ske2. izin perasap masuk belog beta? kasik kredit. hehe!