Thursday, December 31, 2009

Dilema Tahun Baru

Kalau buat konsert dan bunga api akan dikatakan tak islamik, hendonism, masalah sosial 1001 masalah, membazir duit rakyat, tak berfaedah, sambutan plastik dan segala macam.

Kalau tak jadi buat konsert dan bunga api pulak akan dikatakan negara ini tidak toleransi, ekstremis, terlalu Islamik, fundamental, tidak bebas, menyekat anak muda berhiburan, dan 'Boleh-Land'.

Bila buat- yang 'islamik' dan yang 'rakyat' akan marah.
Bila tak buat- yang 'demokrasi' dan yang 'liberal' akan marah.

Buat salah tak buat pun salah.

Dilema, kan?


ps: review 2009 akan ditulis esok.

15 comments:

'AQILAH said...

hohoh aah...:)

Shahrul Tanaka said...

baik tulis blog je la..kah3

myQza said...

sambut dgn doa..

Extremist Thinker said...

percanggahan pendapat tue ade baik nye.

mamai said...

tak pernah pun rasa dilema pun dalam sambut tahun baru ni

kita tengok yang mana lebih banyak mendatangkan kebaikan dan keburukan. dan pihak mana yang lebih mendapat keuntungan.

andai sekadar nak bersuka kerana atas nama demokrasi tapi lebih kepada melingkupkan diri...kena pikir la sendiri

kalau tak buat tu lebih kepada islamik dan menguntungkan semua pihak biar tak demokrasi rasanya itu mampu menginsafkan diri.......

HBM Consultant said...

Situasi sebegini tidak seharusnya menjadi dilema. Kalau sekali pun kita tidak dapat memilih yang terbaik, pilihlah mana yang baik dalam kalangan yang tidak baik.

Buat baik, salah. Buat jahat, lagi la salah. Tetapi lebih baik kita pilih yang baik daripada pilih yang salah. Biarlah dicemuh sekali pun, sesungguhnya Allah itu lebih bijak menilai. :)

Anonymous said...

[url=http://www.altmededu.com/]alternative medicine distance education[/url]
[url=http://altmedschool.com/]alternative medicine degrees[/url]
[url=http://altmededu.com/]institute for alternative medicine[/url]
[url=http://www.altmedschool.com/]national institute of alternative medicine[/url]

Firol said...

takde dilema pun..ikut islam selamat dunia akhirat...

tahun baru dah lepas 1431...

Farhana Mohd Suffian said...

Bagi saya biarlah dimarahi dan dikeji orang daripada dimarahi dan dikeji Allahswt. Saya harap penulis pun berfikir sedemikian juga. Ameen.

balqissy said...

betul2.. kalau betul nak ikut cara ISlam, buat je la. Kalau dari awal dah didik, rakya akan faham. Kalau tak buat celebration (untuk yang bukan Muslim), nanti2 mereka akan pandai2 buat sendiri jugak..

Besi Karat said...

nak buat konsert ka bunga api ka letupan ka buat lah.tapi kalau dekat area KL & Selangor je sampai 4,5 tempat buat semua tu (macam tahun2 sebelumnya),ape jadah?pendapat aku,cuba la kurang kan sikit sambutan tu.

Cob Nobbler said...

macam ni,buat ozom.sape menang dia yang cakap.

islamik menang besok tak payah parti.

liberal menang besok kena ada parti.

gilir-gilir tiap tahun.

selamat menyambut tahun gula naik harga yeehaaa!

M. As Suhaimi said...

aku tido mlm td.. tunggu gerhana bulan, nak solat sunat gerhana dan tahjud... sekali semua terbabas daaa... tido sampai pagi!! hehehe

Anonymous said...

(cuba) Memuaskan hati semua orang ialah kerja gila. Selamat tahun baru

-Naj

Anonymous said...

Buat yang Pencipta kata 'betul'

Kak WL