Wednesday, December 2, 2009

Hapuskan ahli politik?

Ada yang berpendapat dunia ini akan lebih baik sekiranya tiada ahli politik. Kata mereka ahli politik korup. Lebih teruk, mereka tidak boleh dipercayai. Oleh itu, mereka perlu dihapuskan.

Pendapat ini ada meritnya. Malah ini adalah idealisme untuk mereka yang kecewa dengan ahli politik.

Tetapi kita perlu berfikir secara realistik. Dunia tanpa ahli poltik adalah mustahil. Kita mungkin boleh mengharamkan pilihanraya atau parti-parti politik. Tetapi politik bukan berkisar mengenai pilihanraya dan parti politik. Politik ialah kehidupan. Politik ialah perebutan kuasa. Politik ialah bagaimana kita hidup di dalam masyarakat. Kita ke sekolah- itu politik. Kita ke tempat kerja- itu politik. Dan kita di rumah- itu politik. Sebenarnya kita semua adalah ahli politik.

Masih nak hapuskan?

Kalau atas alasan korup ahli politik perlu diharamkan, nampaknya kita bukan sahaja perlu mengharamkan ahli politik. Kita perlu hapuskan juga arkitek, jurutera, doktor, polis, tentera, bomba, cikgu dan...ustaz. Kerana golongan ini pun ada korupnya.

Kepada mereka yang berpendapat begini, dunia bukan lebih baik tanpa ahli politik tetapi dunia akan lebih baik tanpa manusia...atau mungkin lebih teruk?


29 comments:

lafemmerouse said...

You dengan mindset parliamentarian you tu memang macam tu.sebab textbook cakap kalau ada ahli politik,mesti kena ada pilihanraya,baru boleh demokrasi,mesti ada parliament.

eh,come on la,you kat sekolah dulu pun elect ketua kelas,takde pun dia dapat speciality gila-gila.tugas you,co-operate and co-ordinate the people.

ada you jadi ketua kelas you dapat basikal hasil duit kelas,you dapat makan kat kantin free sebab you ketua kelas?

come on la,buanglah textbook mindset you tu.

idealism?everything start with idea la.20 years back kalau you nak cakap pasal realiti,ronald reagan takkan keluarkan internet untuk dunia,dia simpan je sebab realitynya people time tu tak tau apa itu internet.sampai bila nak fikir "reality check".reality check is,people can live without politicians but no policeman,fireman,teachers etc.

kalau takde cikgu siapa nak ajar anak murid?

you ni tak pernah hidup berkomuniti ek?urban kiddo ek?

come on la,kalau you tak tau apa nak tulis,then jangan tulis.please la,you punya definition about politik teramatlah longgar.

relationship between you and your family are also politic,tapi we all tak kata pun family should be banned.yang kena ban adalah sistem PARTISAN!basmi ahli "politik" bukan politik.ahli "politik" yang u maksudkan ni macam anwar or najib or mahathir.this is what we call it "bourgeoisie"!

ban bourgeoisie,bukan ban politics!

i tau la you masuk debat diraja tapi tak perlu act macam you dah baca semua buku.please la.

you nak tau kenapa manusia korup?greed.greed come from people looking for profits.profits to rules number one for capitalism.

people first,people first and people first.you tolonglah tulis ikut definisi yang betul.antara politik dengan "politicians a.k.a. bourgeoisie" ni pun you tak tau,nak cerita masuk debat diraja.

you belum masuk toastmaster forum lagi la,okay?

Anonymous said...

artikel ko ni baru betul...hahaha....sesiapa yang nak hapuskan ahli politik mempunyai bacaan politik yang salah

cencaluk

Mohamad Hafizudin said...

politik a.k.a siyasah a.k.a mengatur urusan manusia...
Kalau takde politik,nak jadi monyet dan beruk dalam hutan le kite ni..huhu

Basuh Baju said...

lafemmerouse: kalau ban anwar, najib dan mahathir- akan muncul anwar, najib dan mahathir yg lain pula..cuma dlm bentuk, keadaan, perastuan, parti yg berbeza

kerjaya politician should not be banned. yg perlu dibuang ialah org2 politikus yg teruk macam anwar, khir toyo, rais yatim, khairy, etc.

samalah macam polis, bomba, kakitanagn kerajaan yg korup.

buang org di dalamnya bukan haramkan kerjaya tu.

even Muhammad SAW is a politician. so what? apa yg salahnya being a politician?

you nak ban partisan pun akan wujud organisasi jugak. and organisasi tu ada nama- and apa beza dgn parti? just teknikal kan?



btw, apa kaitan dgn textbook, debat diraja dan toasmaster dlm hal ni?

bila i claimed baca semua buku? give me the fact please..I challenge u.

cakap berapi kat email minta maaf pasal personal insult tp tak walk the talk. come on la.

biar para pembaca judge sendiri. tq

IZZUDDIN said...

Bagi aku susah untuk banned parti politik. Bila hapuskan parti polittik, akan wujudlah organisasi-organisasi berkumpulan yang lain.

Sebab apa wujudnya parti politik dan kumpulan-kumpulan berkepentingan? Sebab hari makin hari, manusia semakin ramai. Apabila manusia semakin ramai atas muka bumi, maka kepentingan dan kehendak akan berbeza-beza.

Untuk mencapai kehendak yang diingini, kadangkala manusia tidak mampu untuk bertindak sendirian, jadi mereka akan mula bersatu dan menubuhkan pelbagai persatuan agar suara mereka dapat didengari. Hal ini termasuklah parti politik.

Aku setuju dengan BB. Kehidupan kita sebenarnya politik. Kita semuanya ahli politik. Nak beli susu kat kedai pun sebenarny adalah politik.

Orang yang tak suka dengan politik sebenarnya mereka tidak tahu lagi apa itu politik. Mereka sebenarnya embenci ahli politik dan parti politik.

IZZUDDIN said...

Mohamad Hafizudin: Haha...binatang dihutan pun ada politik dia sendiri. Semalam aku ada tengok nasional geographic tentang cara Chimpanzee menjaga dan mengekalkan kawasan mereka daripada dicerobohi oleh baboon. Bagi aku, itu adalahpolitik juga. "Politik Chimpanzee"

Tapi, bagi aku politik binatang dihutan ni lebih anarki lah..

Anonymous said...

Basuh Baju, betul ke Nabi Muhammad politician? Kalau ikut pengertian asal dan sebenar politik, mungkin ya. Kalau ikut pengertian politik yang difahami masakini, saya fikir kurang tepat.

Politik pada asalnya bertitik tolak pada diplomasi, sensitiviti, kemahiran berfikir dan sebagainya. Dan seorang politician ialah seorang yang mempunyai kemahiran tersebut. Tapi masakini seorang ahli politik ialah seorang yang pandai putar belit. Diplomasi dan kemahiran berfikir mungkin ada tapi sensitivitinya buatan (artificial); sensitif dan mengambil berat bila ada kepentingan. Bukan amalkan politik, tapi main politik. Dari sudut ini, saya tak fikir Nabi Muhammad seorang politician. Pemimpin dan/atau pentadbir mungkin lebih tepat.

-Naj

Anonymous said...

Saya agak lebih bersetuju dengan pengertian lafemmerouse (berkenaan pengertian politik yang longgar di sini) walaupun saya mungkin kurang bersetuju dengan cara penyampaiannya. Sememangnya kita ada polisi dan tatacara dalam kehidupan, tapi untuk diri kita dipengertikan (defined) sebagai ahli politik adalah kurang tepat untuk pengertian masakini, lebih-lebih lagi pengertian politik bagi Bahasa Melayu. Ahli politik masakini ialah orang-orang yang ingin dilihat sebagai betul dan lantas dilantik untuk membentuk polisi (the first estate of administration).

Seorang yang sentiasa berjaya mendapat pekerjaan yang baik mungkin boleh dikatakan seorang yang mampu memasarkan dirinya sebagai produk yang baik (marketing oneself), tapi orang yang sama takkan boleh dibandingkan secara adil dengan seorang peniaga yang berjaya.

Saya bukan tidak bersetuju sepenuhnya dengan kamu, tapi saya fikir hujah kamu berkenaan 'semua orang ahli politik' adalah longgar.

Ya, setuju untuk basmi korupsi.

-Naj

fatah85 said...

tempah meja bulat. jangan gaduh gaduh. debat panjang panjang. kita semua jaguh.

kita orang muda, otak buka buka, celik celik mata, tengok tengok dunia.

lafemmerouse, cuba la elok elok sikit bagi pendapat tu. kalau baca sekali lalu komen kau, memang macam nak gaduh. dua kali lalu pun, macam nak gaduh. be cool. chill.

orang bijak bijak, ada ilmu ilmu, kena la profesional.

BB punya hasil tulis yang perlu difikir, bukan perlu ditindas semberono.

Kau (lafemmerouse) punya komen pun perlu difikir juga, bukan perlu disulam emosi.

Kita (aku kau mereka semua) punya idea idea perlu direncana juga, bukan perlu di sepah sepah kan.

IZZUDDIN said...

Untuk mengklasifikasikan seseorang itu adalah ahli politik ataupun tidak, tengoklah kepada konsep ideal siapakah ahli politik sebenar.

Bagi saya, tidak seharusnya kita katakan bahawa ahli politik itu hanya wakil rakyat atau menteri sahaja.

Rakyat biasa juga terlibat dalam politik. Kita adalah manusia politik.

Unknown said...

salam...setiap manusia akan usaha dengan sungguh terhadap apa yang diyakininya.......kita sebagai orang islam...kene yakin bahawa ,kita akan mendapat kejayaan apabila kita mentaati perintah Allah dengan cara yang dilaksanakan oleh baginda saw....

balqissy said...

hurm~ politics. mcm pelik utk dihapuskan. sounds impossible sebab byk benda di-politikkan without our concerned.

for me, politicians yang perlu diperbetulkan. master something dulu, baru leh jadi menteri. such as:
menteri belia & sukan = sains sukan
menteri kesihatan = medic
menteri kerja raya = arkitek/ town planner
etc.

IZZUDDIN said...

Betul..sebelum seseorang tu jadi menteri, sepatutnya dia perlu mempunyai kemahiran ataupun pengetahuan dulu dalam portfolio masing2. Macam balqissy cakap..

Tapi, segala dalam sesebuah jabatan, kuasa tertinggi untuk membuat keputusan adalah dibuat oleh menteri walaupun tak ada pengetahuan.

Basuh Baju said...

Naj: sejujurnya aku suka membaca komen seperti anda yang bersetuju utk tidak bersetuju.

ya- Nabi Muhammad boleh jadi politician or boleh jadi tidak.

bergantung pada definisi.

memang definisi politikus di posting ini longgar. tapi at least tak contradict bila berhujah.

let say kalau saya ckp politikus ialah mereka yg menjadi wakil rakyat- saya akan dikata minda textbook dan hanya faham ttg parlimen dan pilihanraya sahaja.

tp jika saya buka skop politikus lebih luas- diorang akan kata saya punya pemahaman longgar.

damned if you do, damned if you don't.

apapun, dalam posting ini yang ingin disampaikan bukanlah Nabi Muhammad SAW itu politician atau tidak..

Redz da Tsar said...

Artikel BB biasenye mengajak kita berdebat secara ilmiah, dan bukan secara serangan melulu... Artikel BB bukannya menyerang politik, tetapi cuma mahu membuat polemik agar pembaca mendapat idea untuk membincangkan masalah yang diutarakan... kepada lafemmerouse, kaau nak beri pendapat, sila jangan serang macam nie... nampak macam tak beradab... Hehe..> relax...

tentang politik, politik tidak boleh dimansuhkan... Cuma minda politicians sahaja perlu diubah.. Bagaimana nak ubah, ini agak payah... Jika kita memansuhkan politik (dalam pentadbiran), kita nak guna apa untuk memerintah? Politik iu sendiri didefinisi sebagai 'hubungan; atau pelajaran atau aktiviti; atau pendapat tentang pentadbiran'... Apa-apa pun, politik itu sendiri merujuk kepada pentadbiran... Jika tiada politik, maka tiada pentdbiran... Sednagkan dktator pun politik... Menghapuskan pilihan raya akan membuang politik kotor dalam pemilihan, tetapi akan menghidupkan politik kotor dalam pentadbiran, tiada 'check n balance' etc...

Antara ciri ahli politik yang perlu diubah ialah 'pantang ditegur' atau 'pantang erbeza pendapat'... Apabila erbeza pendapat, mestilah duduk semeja, dan berbincang.. Bila ditegur, lihat apa yang ditegur, dan ubah jika perlu... Jika teguran setakat 'habuk' takde berisi, payah jugak nak bertindak.... uMungkin lafemmerouse ini ahli politik jugak kot, itulah sebab dia 'cakap ikut emosi' dan main tabur takde bukti... Hehe

Cob Nobbler said...

haha..
bagi aku senang je la.

dunia ni terlalu luas nkoram nak discover,berjumpa dengan pelbagai jenis orang dalam dunia ni.

masing2 ada cara memasing.ada yang makan ikan salmon ada yang makan ikan bilis.tapi di sini kita mencari satu jawapan yang sama-sama kita soal.

Ruang dan masa - satu aspek yang selalu nkoram lupa.Ruang lafemmerouse di mana,ruang BB dimana,ruang semua orang di mana.Mungkin ruang lafemmerouse dengan negara yang culturenya cabar mencabar adalah satu budaya.Mungkin ruang orang lain pula - budi bahasa budaya kita.

Aku - nah.Bourgeois sucks.takkan berganjak satu inci pun statement aku tentang perkara tu.aku dari dulu detest politicians,although aku suka subjek politic untuk didiscuss.

sebab bagi aku la - politicians bukan pekerjaan macam bomba,polis atau tentera seperti BB cakap.Kita semua adalah politicians - dengan karektor yang tersendiri.Masing-masing membawa fikrah yang tersendiri.

Tapi apa yang dimaksudkan BB dan lafemmerouse adalah borjois - kaum di atas.menteri,ADUN,Ahli Parlimen,ahli korporat dan sebagainya - aku takkan berganjak dari pendirian aku satu inci pun - yang mereka ni patut takde.Sebabnya - politicians ini adalah kita semua - kitalah yang patut mengawal politik tersebut - bukan anwar,najib atau ibrahim ali.

Ni pendapat aku la.Aku bukan ahli debat diraja mahupun ahli Toastmaster.Tapi aku juga ada fikrah aku sendiri.

Sekian.

Cob Nobbler said...

Ralat:

aku dari dulu detest politicians

aku dari dulu detest "politicians".

ada meaning yang lain.sekian,tq.

anchelotti said...

tentang politik, politik tidak boleh dimansuhkan... Cuma minda politicians sahaja perlu diubah.. Bagaimana nak ubah, ini agak payah... Jika kita memansuhkan politik (dalam pentadbiran), kita nak guna apa untuk memerintah? Politik iu sendiri didefinisi sebagai 'hubungan; atau pelajaran atau aktiviti; atau pendapat tentang pentadbiran'...

woi red de tzar..alex ferguson tu pun diktator jugak,apa kau nak cerita.

Johan said...

Basuh baju & lafemmerouse - chill lah,guys..don't have to take it personally..

BB-memang apa saja yg melibatkan interaksi manusia adalah politik..tiada orang yang cakap nak hapuskan politik atau ahli politik..

macam yg ko ckp,buang Mahathir,Anwar,Najib,Hadi Awang,et al,akan tetap muncul malaon2 bourgeoisie yg lain..betul..

tapi yang patut difikirkan dan dipersoalkan nape kita terus menerima bahawa kuasa harus ada pada bourgeoisie?

Johan said...

p.s BB,apa yg salah dengan berfikiran idealis?..tanpa berfikiran idealistic,manusia takkan berkembang..idealism=power of youth..tanpa idealisme,fikrah kita dituakan dan tak mampu bergerak ke depan..

mamai said...

hapuskan ahli politik yang korup itu sepatutnya masih boleh berlaku dan tidak mustahil

nak hapuskan politik memang tidak boleh dan tidak akan berlaku hatta dalam dunia binatang sekali pun.

politic is averywhare.........selagi kita hidup dalam masyarakat.

kecuali kita seekor tarzan di hutan yang tidak berteman chetah

gman said...

ala come on la...sometime people said things they don't mean.

ban politics, it's just an expression...

mcm, "oh how i wish people x create internet so i can study", but using your kind of logical thinking...it can't never be done!


p/s no offense but i really don't like debaters(this is strictly not an insult, i just generally dislike them)

p/p/s like you work though.

Anonymous said...

idealisme takde hal. tp idealisme kena jgk seiring dgn realiti.

kalau idealisme nak kahwin dgn Angelina Jolie tp muka tak macam brad pitt xguna gak kn?

Cob Nobbler said...

kalau muka tak macam Brad Pitt masih lagi boleh kawin dengan Angelina Jolie.Kenalah cari jalan lain selain memodalkan muka - pakai duit ke,akal fikiran ke,auta ke,ape ke.

Itulah idea beb.Idea datang bila ada masalah - macam tu jugak dengan keadaan sekarang.Keadaan ekoposial kita sekarang ada masalah.

Dan ada manusia-manusia yang memberi idea untuk menjadikan realiti lebih baik.

Ruang dan masa - konsep yang selalu korang abaikan bila bercakap tentang idea dan reality.

Ruang yang sempit tak semestinya selamanya sempit.

syahid said...

politik wujud dari zaman dinasour lagi..
it's naturally came..
tapi skrg politik jadi profesyen jadi ambition
keputusan nak makan apa dinner ni pun dikira berpolitik gak..
keputusan yang dibuat berdasarkan kemampuan mental dan fizikal..

Oh Me said...

:) good idea

Ez Puella Sapiens said...

Let blog-readers judge me?Haha!

An Irish proverb, "amhain Dia litriu breith me",or "only God can judge me",suits enough to me.

I don't give a damn about people judgment,after all,it's their right to think about me,and does you.

Apa salahnya jadi politicians,and using Muhammad the Holiest Prophet as example?Prophet Muhammad be a politician(because he manage the state,teocraticly) but HE ALSO WORKING AS A SHEPPARD.

And how politicians(or should I say,bourgeoisie) nowadays to understand ordinary people like you and me if THEY DON'T WORK BUT RECEIVING PREVILLAGES?

You challenge me about my statement "textbook mindset"?OK..let me show you,tapi lepas ni you jangan jadi emotional,okay?

Tetapi kita perlu berfikir secara realistik. Dunia tanpa ahli poltik adalah mustahil. Kita mungkin boleh mengharamkan pilihanraya atau parti-parti politik. Tetapi politik bukan berkisar mengenai pilihanraya dan parti politik. Politik ialah kehidupan. Politik ialah perebutan kuasa. Politik ialah bagaimana kita hidup di dalam masyarakat.

Politic is not just power struggle,politic is relationship between human beings.

Now,when I say "politicians",I mean "bourgeoisie".Now you jump into conclusion by saying "when I want to ban all politicians,it's includes ordinary people like you and me".

Because in textbook,they're telling us that "politicians is the people in a parliament/senate etc."

You can include yourself or me as a politicians,and so does all people in this world as politicians(because Homo Sapiens are political species),but the diff between politicians that I meant,and politicians that you meant,are different.

I was saying "abolish bourgeoisie",you were saying "abolish politics".

Because in your textbook,"bourgeoisie means politicians".

Ez Puella Sapiens said...

And please,no hard feelings.I tak rasa I insult personal you(such as muka you hodoh macam kambing or what),I cuma criticizes the way para peserta debat either in schools or university up to pertandingan debat diraja pun,semua sama je.

Let me ask you two questions:What do you think about bourgeoisie like Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang,Najib,Dollah "Tido" Badawi and Mahathir?Do they care ordinary people like us?

Well,if you can put a diff the word "politicians" like ordinary people like us,and "politicians" of bourgeoisie like them,then I can recognize you're not referring the textbook.

OK?This is not a challenge(by the way I know ATEMM or A typical egoistic Malay Man will always want to win over their sexual counterpart),just want you to think,can you put any diff on that.

The rest is up to all of you to think,not just become the cheerleaders repeating and "hurrah" the words without even digesting the information inside brain and think,what the heck I'm saying right here.

Cheers.

joegrimjow said...

ahaa
menarik

1st, kena bgtau, apa tu politik, definisi btol betol. baru nanti takde orang salah anggap cam lafemmerouse n yg lain2. sebab sekarng ni

politik=politik malaysia

no no

politik tu satu cara untuk men'damai'kan manusia. yess, sebab itu nabi kita pun amalkan politik

politik is not about profit (skrg ni mmg org amek benda tu), but about life (agreed wit u)

cume

klu isu camni, sebab tu kena ada pendefinisian mantap. erk, u tau la kan sebab masuk debat. dengan definisi kumpulan tu akan kalah. ye tak? even isi berapi

remember

politic is part of our life
not life is part of politic

jadi

jgn bergantung sngat pada politik, bnyak lagi yang boleh dibuat untuk satukan ummah