Thursday, December 10, 2009

Demokrasi


Demokrasi membawa banyak makna kepada setiap insan.

Ada yang berpendapat demokrasi ialah apabila kita bebas memilih untuk berbuat apa sahaja.

Namun ada pula yang berpendapat demokrasi bukanlah kebebasan yang mutlak.

Ada juga yang berpandangan demokrasi ialah alat kaum pemodal dalam meneruskan agenda kapitalisnya.

Tidak kurang yang menganggap demokrasi dan kapitalis ialah elemen yang saling melengkapi.

Tun Mahathir kata demokrasi ialah alat yang digunakan oleh kuasa besar dunia untuk menjajah ekonomi negara-negara lain.

Anwar Ibrahim pulak kata demokrasi ialah penting demi toleransi antara agama dan khususnya agama Islam.

Masing-masing ada pendapat tersendiri.

Apa pula makna demokrasi bagi anda?

15 comments:

Anonymous said...

Dari rakyat untuk rakyat kononnya...tp sehingga kini aku x nampak pn bnda tu berlaku...especially kat M'sia..
Kuasa di tgn rakyat berlaku 5 tahun skali je...yakni mase nak pg ngundi

Mohamad Hafizudin said...

ade org cakap,demokrasi ni pemecah belah umat..btol ke? eg:palestin-FATAH+HAMAS m'sia:PAS+UMNO....

dan nape british sggup beri kte merdeka..tp dgn syarat,terima/laksanakan demokrasi..pelik kan?

joegrimjow said...

xmo komen

Duniaku said...

Hidup lagikah Demokrasi ni???
Kalau Mahathir kata macam tu dan Anwar kata macam ni...
aku kata;(dlm situasi hari ini)
demokrasi ini untuk dapat Kuasa dan Boleh buat Duit...rakyat? belakang kira...halalkan apa cara pun asal kuasa dan duit itu kekal..

M.M. said...

demokrasi = hak majoriti

kadang-kadang majoriti sekadar bermaksud semua orang-orang tolol berada di pihak yang sama :)

Johan 230184 said...

Jika demokrasi dan kapitalis saling melengkapi macam ko cakap,nape ada orang miskin,tertindas,etc?..

bila segelintir priviledged monorities rule over a huge majority rakyat marhein,demokrasi ke tu??

bila a self-conscious majority dalam menegakkan interest of the majoriti terbesar,itu baru demokrasi..

Xpuasati said...

bagi gua pulak.. demokrasi ni boleh jugak diterjemahkan sebagai democrazy. nak2 mcm negara kita ni.. lu rasa wujud ke demokrasi kat malaysia ni.. democrazy ada la..

Anonymous said...

Kalau yang benar itu ada kebijaksanaan dan mahu ambil tindakan, demokrasi itu baik. Dalam dunia yang penuh orang-orang jahat yang licik dan orang-orang baik yang tak buat apa-apa, demokrasi akan menguntungkan sesetengah pihak sahaja (bukan pihak yang baik).

Kesedaran (conscience), kebijaksanaan (wisdom-dalam dunia sekarang terutamanya kebijaksanaan berhujah dan mematahkan hujah) dan tindakan (action). Kalau hujah, hujah, hujah, debat, debat, debat lepas tu undi tanpa tindakan, baik tak payah. Macam tu demokrasi hanya manifestasi mentaliti kawanan (herd mentality).

-Naj

nami o fish said...

demokrasi dalam bahasa greek bermaksud kuasa rakyat.

sekarang ni bukan demokrasi tapi demokasi.

ape itu demokasi?

demo kasi,baru demo ada kuasa.

nak mengkasi kena jadi borjois.nak jadi borjois kena peras keringat orang.

kang kalau masuk elemen marxism kang dituduh menyebar fahaman pulak,so aku stop sampai sini.

nami o fish said...

lagi satu,mahathir kata demokrasi tu alat Barat nak menguasai negara dunia ketiga sebab dia tu kuku besi,dia tu autokratik.jadi nak cover die cakap la macam tu.

woit,mahathir kalau dah doktor,x faham istilah politik,jangan la jadi politician.

itu imperialisme,bukan demokrasi.demokrasi bersifat universal - bukan ada kat barat jer.

demokrasi bukan ala barat atau timur.there's no such thing la.demokrasi ni common sense,semua orang mahu demokrasi.

anwar ibrahim pulak ape merapu toleransi antara agama?beb,agama tu soal kepercayaan.ada yang nak percaya banyak tuhan,ada nak percaya satu tuhan,ada yang nak takde tuhan,sukati orang la nak percaya.apa kait mengait dengan demokrasi?

ni orang yang embeddedkan demokrasi dengan kuasa la ni.adeh..

IZZUDDIN said...

Aku tak faham dengan demokrasi acuan sendiri yang dikemukakan di negara ni.

Apa yang aku tahu, telah wujud satu guide untuk meng"claim"kan sesebuah negara itu adalah demokrasi ataupun tidak.

Seperti Robert Dahl, beliau telah memperkenalkan beberapa institusi politik yang mana ia perlu wujud dalam sesebuah negara yang mengaku demokrasi. Contohnya, kebebasan maklumat alternatif, free and fair election, kebebasan bersuara, berhimpun dll.

Bagi Dahl, kalau tak ada 7 institusi yang telah dia nyatakan tu, bermakna negara itu belum demokrasi.

Sh. Nursyahidah said...

mengikut apa yg sy baca,demokrasi ada dua jenis.full democracy & limited democracy.

demokrasi = kebebasan, kan?

jd kenapa ada limited lagi?

Pancasara said...

Democracy, as freedom of speech, cannot be given a free roam, it'll bring disaster.

Because for all the good intentions brought forward by democracy, there tend to be people who'll sacrifice all the good works that have been achieved for the sake of democracy.

They put democracy at the highest order,although democracy was invented to bring the good by majority rule.

So maybe full or absolute democracy is not a good option. We needed limited or guided democracy...as is practiced in Malaysia.

Oh Me said...

Demokrasi bermaksud Demo Bakar Kerusi....seperti yang terjadi pada malam final Piala Malaysia hari itu...

muhammad rahimi bin hasan said...

demokrasi ialah sesuatu yang dianggap puncak kemurnian hidup. menyebabkan banyak pihak mahu jadi juara atas dakwaan mereka lah yang lebih demokratis.

maka, mereka lah yang menjamin kemurnian untuk seluruh nya.

di malaysia, demokrasi ialah proses pemangkahan kertas undi.

paling tidak pun diguna kan sebagai alasan untuk berdemonstrasi.

bagi aku, demokrasi sahaja yang berjaya meracun orang agar ia diterima sebagai utopia. tidak bagi sosialisme apatah lagi komunisme sebagai puncak kepada nya (utopia)