Saturday, December 12, 2009

Cukai dan Subsidi

PETRONAS PROFIT FALLS- Business Times

PETROLIAM Nasional Bhd, Malaysia’s state oil company, said first-half profit dropped 48 per cent because the global economic slowdown sapped energy demand and reduced fuel prices.

MALAYSIA MAY END SUGAR SUBSIDY- Straits Times

KUALA LUMPUR - MALAYSIA may scrap a costly sugar subsidy in a move to save at least RM720 million (S$298 million) annually.

GOVT TO INTRODUCE NEW FUEL SUBSIDY SCHEME- The Star

KUALA LUMPUR: The Government is looking to introduce a new petrol subsidy system using the MyKad that would shave RM2bil off its annual fuel subsidy bill.

GST WILL BE IMPLEMENTED BY 2011- NST

KAJANG: The government plans to impose a goods and services tax (GST) of four per cent, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah said yesterday. The government expects an additional RM1 billion in annual revenue.

*

Cukai- walau apa pun namanya bukanlah satu perkara yang digemari oleh rakyat. Cukai adalah sumber pendapatan bagi sesebuah negara. Dari cukailah, modal dikumpul untuk menggerakkan agenda ekonomi. Namun yang kaya atau yang miskin tetap menganggap cukai adalah satu bentuk bebanan. Setiap tahun ada sahaja yang cuba membayar cukai kurang dengan liciknya meng'claim' itu ini. Tidak kurang juga yang diburu kerana tak bayar cukai langsung. Biasalah- siapa yang suka membayar cukai. Malah Cristiano Ronaldo pergi ke Real Madrid pun sebab cukai pendapatan di England terlalu tinggi.

Subsidi adalah benda yang paling digemari di dunia selepas bola sepak. Ia ibarat 'sacred cow'. Siapa yang berani sentuh (baca: hapus) memang dijamin kalah pilihan raya.

Subsidi pada asasnya adalah satu bentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat. Subsidi boleh dianggap sebagai campur tangan kerajaan ke dalam sistem pasaran bebas dalam menentukan harga sesuatu barangan. Seliberal mana pun ekonomi sesebuah negara itu- subsidi tetap akan diberi. Malah di Amerika pun subsidi diberikan kepada golongan petani.

Cukai dan subsidi. Analoginya macam good cop dan bad cop. Keduanya menjalankan tugas yang sama iaitu antaranya menjaga nasib rakyat. (giler klise ayat). Cukai memastikan ada dana/modal berterusan untuk meneruskan kelangsungan segala kemudahan seperti hospital dan sekolah. Subsidi pula memastikan kos pengeluaran dikurangkan supaya dapat meminimumkan harga barangan. (Ini pemahaman mudah bagi seorang pelajar architecture. Kalau nak pergi teknikal boleh tanya economist la ye)

*
Ia adalah open secret bahawa Petronas menyumbang lebih 40% daripada pendapatan negara. Jadi apabila kita dikejutkan dengan berita keuntungan Petronas jatuh mendadak, kita wajib berasa risau kerana ia bermakna pendapatan negara berkurang.

Sebenarnya ini adalah kesan akibat terlalu bergantung kepada Petronas. Ini menjelaskan mengapa kerajaan perlu untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Langkah memperkenalkan GST (Good Services Tax) adalah satu cara yang mungkin boleh dipertimbangkan. Sememangnya ia langkah yang tidak popular, tetapi ada cara lain untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara?

Lagipun bukankah GST bermakna- beli banyak bayar banyak? Ini cara yang kena dengan budaya konsumerisme.

*
Peruntukan untuk subsidi di Malaysia sangatlah tinggi. Bukan sahaja ada subsidi bahan api, tetapi ada juga subsidi gula, beras, gas, baja dan sebagainya. Subsidi tidak perlu dihapuskan tetapi perlu distrukturkan. Bila kita kata pengstrukturan- ia bermaksud kita beri kepada yang layak sahaja. Dan kadarnya berbeza mengikut tangga pendapatan. Dengan cara ini rakyat kelas bawahan akan terima lebih daripada kelas atasan. Bukankah ini langkah populis yang bijak? Popular di mata rakyat dan bijak kerana dapat mengurangkan perbelanjaan.

Langkah menghapuskan subsidi gula adalah mengarut. Lagi mengarut bila alasan untuk memastikan amalan hidup yang sihat digunakan.

Setakat yang saya tahu tidak ada negara yang memperkenalkan sistem subsidi petrol yang berpilih. Semuanya guna pakai sistem pukul rata atau sama kadar. Mungkin jika kerajaan Malaysia berjaya- barulah wajib untuk kita berasa bangga dengan menjadi 'pertama di dunia'.

11 comments:

Redz da Tsar said...

aku sokong... Haha... Terbaik...

Cukai paling best naik ialah cukai rokok dan arak... mahal la macam mana pon, tetap ade beli...

hans said...

betul2
kerajaan terlalu bergantung pada petronas
cukai arak dan rokok memang patut dinaikkan cuma masalahnya bilangan perokok dan peminum arak sangat ramai
jadi bila pilihanraya mungkin akan menjadi satu igaun ngeri pada kerajaan jika mereka terlampau menaikkan cukai
pasal subsidi gula, banyak kesan dia tetapi rasa2 tak salah pun jika dinaikkan sebab kalau kita lihat yang untung sebenarnya pekedai - pekedai tu sendiri.

joegrimjow said...

buat cukai rokok 200%

IZZUDDIN said...

Bila cukai rokok dan arak semakin naik, objektifnya bukan lagi untuk mendidik perokok, tapi objektifnya adalah keuntungan.

Anonymous said...

baik kenakan cukai pada aktivit pelacuran jika keuntungan adalah segalanya..haha

Xpuasati said...

balik2 tuju pada perokok.. gua setuju dengan pendapat izzudin.. diaorg hanya main wayang, mengwar-war kan kata nak mendidik rakyat, padahal keuntungan semata-mata. sebenarnya perbuatan paling mujarab nak halang rakyat dari merokok adalah mengharamkannye terus termaktub seperti memiliki ganja, dadah dan heroin. baru berkesan. Naikan harga rokok lagi membebankan rakyat. Perokok juga adalah rakyat dan manusia biasa. (gua pun merokok jugak)

Riise said...

kesian, dah makin sikit duit nak bagi kerabat-kerabat mereka. macam-macam alasan bodoh diberi untuk kutip duit rakyat. berbillion 'bazir' setiap tahun, mana pergi?

cukai rokok dan arak memang bukan tujuan nak berhentikan perokok/peminum. itu memang ketara, cuma mahu mendapat untung dari ketagihan mereka. aku bukan perokok.

apakata kenakan cukai pada rakyat yang melancong/bercuti ke luar negara. sekurang-kurangnya mereka ni sudah pasti berlambak duit dan jumlah mereka ni telah bertambah.

dan aku panas dengan orang kaya yang bising bila kena bayar cukai. tak cukup lagi ke duit?!

Baju Kotor said...

Basuh Baju- seorang yang jujur dalam menyuarakan pemikiran. Percaya kepada konsep 'Dilarang Melarang'. Sedang bereksperimentasi dalam mengahwinkan naratif humor dalam tulisan politik dan kehidupan. Seorang yang N.G.I- Non Governmental Individual.

Lawak apa lagi kau bagi hari ni? Cristiano Ronaldo nak blah Real Madrid sebab tu boyhood club dia la, kau ni buta ke apa? Orang masih lagi main kat EPL.

Bercerita pasal cukai, baguslah naik cukai. Yang tak bagus adalah golongan anak mak datin yang spoil brat macam kau. Yang bagus bila orang-orang miskin dapat perkhidmatan yang lebih baik.

Bad cop and good cop, apa yang bodoh kau merepek ni? Cukai adalah perkara yang buruk kepada businessman, tapi bagus kepada rakyat. Cukai adalah perkara yang buruk kepada korporat, tapi bagus kepada rakyat.

Sebab tu Ronald Reagan cuba nak hapuskan cukai. Sebab tu George HW Bush selalu kata "read my lips, no more taxes" sebab dia nak kayakan kroni-kroni dia. Yang miskin dapat sampah sarap lah.

Kau ni memang "tragic comedy" rakyat Malaysialah.

Anonymous said...

Sebelum fikir nak kurangkan subsidi,nape tak dikurangkan kerja2 bodoh yg memang merugikan mcm beli kapal selam,F1,projek2 buat rekod terpanjang,terbesar,etc..?

semuanya rakyat yg kena tanggung..bila takde duit,subsidi potong lah,harga naiklah..tapi rakyat mintak ke projek F1,kapal selam sume tu?

Anonymous said...

naik,,naik...men wayang cina tuo chu...hahaha..
naik cukai makne harge naik..
alasan slalu mengecewakan...
spy prokok berhenti membeli..
konon igauan adlah utk membelai keuntungaan...
y betol nyer kite y merokok...
isap jer kretek haram sudey murah...
xpon "roll your own" brape banyak boleh kasi balut sendri...
nie isap rokok nk style rokok mahal...
bek isap ko nek kt kedai mamak style...

Anonymous said...

aku rasa better haramkan rokok trs dari bumi m'sia ni..benda tu haram pada org islam,tp stil lg dok hisap.. bersepah2 org dok isap padahal kt tmpt public lak tu..len lak dgn arak.sume tau benda tu haram tp nk buat kena cover2,kena gi clubbing bkn kt tepi jalan..so,bile rokok dah pupus,kenakan cukai yg sepatutnye atas rokok tu ke atas arak lak..huhu..baru r apek ah sooo sume kena menabung utk minum todi..sbb harga dah mahal..yezaaa.lantak lu org r nk beli..at least bile rokok dah dikategorikan sebagai dadah durjana,aku rasa one day m'sia pny orang mesti terbaekkkkk sbb rokok celaka tu dah takde..