Kebebasan bersuara adalah hak bagi setiap insan. Banyak atau sedikit- itu persoalan kedua. Tetapi yang membuatkan saya berasa menyampah ialah mereka yang menjadikan kebebasan bersuara sebagai kebebasan untuk mengutuk.
Saya akui perasaan suka untuk mengutuk datang daripada kemarahan. Kita akan kutuk orang yang kita marah. Ini sikap manusia.
Tetapi kita perlu faham tentang satu perkara- mengutuk sahaja tidak akan mengubah apa-apa. Kita boleh kutuk, kutuk dan terus mengutuk. Orang pun akan bertepuk tangan dan memuji kutukan kita. Biasalah, mengutuk adalah perkara paling mudah dilakukan. Malah disukai oleh orang di sekeliling.
Namun mengutuk sahaja tidak cukup. Kita perlukan langkah penyelesaian. Kita perlukan buah fikiran. Kita perlukan idea. Kita perlu bergerak melangkaui tembok kutuk-mengutuk.
Kita boleh menyenaraikan 22 'kesalahan' dalam 22 tahun. Tetapi apa pula sumbangan kita sepanjang 22 tahun? Kita bengang apabila politikus mengamalkan budaya politik kutuk-mengutuk. Tetapi bila kita sendiri yang mengutuk- kita kata itu 'the highest form of patriotisme'. Adakah ini double standard? Atau hipokrasi?
Kita kata perbezaan pendapat adalah budaya yang sihat. Namun bila ada di kalangan kita yang tidak sependapat, kita beri gelaran 'bonehead clawn, dibrainwash dan diconvert'. Kita bersungguh-sungguh nak perjuangkan 1 bangsa manusia bersatu, namun bila kita sendiri yang menyerang satu sama lain, penyatuan 1 bangsa manusia apa ini?
Kita marah kepada borjuis yang sombong, bongkak- yang tidak mendengar cakap orang dan menerima kritikan. Tetapi bila kita dikritik, kita akan 'roger angkatan tentera' untuk membelasah suara pengkritik kita. Jadi apa bezanya borjuis dan kita?
Kita bising menuntut masyarakat lebih demokratik. Kita mahukan suara semua rakyat didengari. Tetapi kita terlupa untuk 'bersetuju untuk tidak bersetuju'. Kita anggap kita sahaja yang betul tanpa memikirkan sebentar pendapat orang lain. Adakah ini demokratik yang kita laungkan? Atau sebenarnya autokrasi yang diubah nama?
Kita mahukan anak-anak muda bangkit bersuara. Kita perjuangkan suara anak muda. Tetapi apabila anak muda memilih untuk tidak sependapat dengan kita, kita panggil mereka dengan perkataan bonsai. Kita perlekehkan mereka dengan umur 19 tahun dan 'tidak ada duit'. Di mana pendirian kita terhadap 'menghormati suara anak muda' yang selalu dilaungkan? Adakah suara anak muda hanya menjadi 'suara' bila sependapat dengan kita? Atau sebenarnya anak-anak muda tidak boleh berbeza pendapat?
Tulisan yang hebat bukan sekadar mengutuk dan mengkritik. Tulisan yang hebat ialah tulisan yang mampu menyumbang kepada penyelesaian bukannya menjadi sebahagian daripada masalah. Kalau dengan hanya mengutuk dalam tulisan barulah dikatakan cool- ini sebenarnya tulisan yang populis kerana menulis apa yang orang hendak baca. Bukannya apa yang orang perlu baca. Siapa sebenarnya yang menulis untuk popular di sini?
Adakah dengan mengkritik dan mengutuk kerajaan barulah dikatakan tidak bacul atau diupah oleh Pemuda UMNO? Kalau begini pemahamannya bermakna semua penulis ialah bacul. Kerana tidak bacul kepada sesuatu adalah bacul kepada sesuatu yang lain.
Tidak salah untuk kita mengkritik. Kritikan juga dapat menyedarkan kita. Tetapi yang menjadi masalah bila kita mengkritik hanya untuk mengkritik. Malah lebih teruk, kita menolak kebenaran hanya kerana kita mahu mengkritik. Yang sepatutnya kita buat ialah menyokong mana yang benar dan menolak mana yang salah. Kita boleh menjadi pengkritik dan kita boleh jadi penyokong.
Kita boleh berbeza pendapat. Kita boleh memilih apa yang kita hendak percaya. Dan kita boleh perjuangkannya. Ini sebenarnya demokrasi. Namun untuk memastikan demokrasi ini benar-benar demokratik, apa yang perlu kita lakukan ialah - bersetuju untuk tidak bersetuju. Ini sebenarnya yang gagal untuk kita praktikkan.
Selagi mana kita gagal untuk bersetuju untuk tidak bersetuju- jangan mimpilah nak kebebasan bersuara. Kalau tidak, yang dapat hanyalah kebebasan untuk mengutuk.
*
Saya akui bulan ini saya jarang mengupdate blog. Namun ini bukanlah perkara yang penting. Sejak kebelakangan ini saya dapati begitu banyak komen-komen yang menyerang peribadi. daripada orang yang sama. Lebih teruk, ada yang menghantar sms 'memprovoke'. Nampaknya mereka ini orang-orang yang saya kenal (mungkin juga orang yang sama?).
Saya berasa kesal terhadap perlakuan mereka yang tidak menghormati perbezaan pendapat. Nasihat saya mudah sahaja. Blog ni macam makanan. Agak-agak tidak sedap, janganlah makan. Kalau rasa tak boleh terima, janganlah baca. Ini penyelesaian yang mudah tanpa perlu nak demand saya delete blog ini. Lagipun daripada sakit hati dan terus bergaduh, lebih baik diam dan jangan kacau blog orang.
Terima kasih juga kepada email-email sokongan yang dihantar. Beginilah indahnya blog- kita bukan setakat menjadi penulis dan pembaca, tetapi turut menjadi rakan. (tak kisahlah rakan sekejap pun)
Terima Kasih.

38 comments:
saya amat terharu dan memohon maaf setulus ikhlasnya atas penggunaan perkataan yang memgguris perasaan adik radzi melalui penulisan sebelum ini...
saya memohon agar adik terus berkarya dan jangan dilit belog ini...
that's why radzi, with a feeling of shame and regret I say Malaysians can't have freedom of speech, just yet. To have freedom of speech would entails that one respects that right when it is practised. You won't feel like burning a building when that right is practised.
kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak di msia. aduh
serang peribadi? macam shabery chik la pulak, kehkehkeh!
tapi 100% la gua sokong lu dengan entry lu brader.
urmmm...
btowl pe yg awk ckp 2..
sy sokong:)
ko pasti ke kutukan takkan mengubah ape2??..
apepun selamat menyambut maulud nabi Isa n selamat tahun baru!..selamat merayakan kehidupan!
setuju. kenapa org tak leh terima pandangan yg berbeza dgn apa yg mereka fikirkan? aku xpaham. terima je lah kan? bkn susah pon.. bknya boleh mati pon kalaw kita tak sama pandangan.. aduh..
ya, kita rakan, blog adalah padang utk berfikir, seperti buku, bkn setakat membaca tapi interprate maklumat. terima kasih.
pernah ke ko bersetuju/menyuarakan perkara baik yang dilakukan oleh pakatan rakyat ?
pernah ke ko melakukan kritikan membina terhadap rosmah yang berlagak seperti queen of malaysia?
aku rasa kutukan yang maha hebat terhadap che det, najib dan yang berkaitan dengannya dapat mendidik masyarakat supaya menentang penyelewengan/salahguna kuasa dan sebagainya...dan akhir kepada itu, barulah mereka ini bekerja bersungguh sungguh untuk rakyat seperti slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan(walaupun aku rasa mereka ini masih tak ikhlas dan cuba menipu rakyat dan melanggar undang2 federalisme)
pernahkah ko melakukan kritikan membina terhadap tindakan mahathir, najib dan paklah yang melanggar prinsip federalisme?
ataupun ko ni cuma nak mengampu aje dengan impian diberi peluang dimasa hadapan ? cth terhebat rockybru, kan dah dapat hasilnya?
jibam
p/s : jangan mengata dulang paku serpih
kau ni merajuk ke BB... takkan kena usik sikit dah terasa hati. kenapa kau rasa orang kutuk kau r?
bukan ke kau yang cabar orang untuk jawab soklan kau, so bila orang dah bebel panjang lebar, kau jawab la pulak dengan hujah2 bernas kau... kalau kau takde idea kau guna la pengalaman kau masa kt debat diraja tuh, atau masa kau berpimpin tangan dengan 'warisan yang masih hidup' tu..
apa kata kau pulak berhujah tentang 22 kebaikan selama 22 tahun...aku nak tgk jugak sejauh mana kematangan kepala hotak kau tuh....
kau rasa susah ke nak jawab hujah tu? kau dah bukak gelanggang untuk cabar orang, takkan kau senyap macam tu je...tiba2 keluar entry merajuk pulak.....
kalau kau rasa kau nak terus berbeza pendapat dengan budak2 roger tu, kau kena kukuhkan point kau, sampai orang dah tak boleh nak berhujah lagi dengan kau....
atau pun satu lagi cadangan, kau pergi tanya brader blogger yang non-partisan tuh... sebab mamat tuh kt holywood pun popular gak, jadi hero tinju...(batu warna biru ke hape ntah nama die).. lupa plak aku....
lagi satu yang kau kena kutuk ngn kena maki tu pun atas sbab point kau jugak, bukan sebab personal kau atau sebab rambut kau yang mcm kanopi tuh(ini statement kau jugak kan dalam mukabuku)...
so tak payah la nak berkecil hati a.k.a merajuk2 nih..... kau jawab dulu hujah 22 kesalahan tu kalau kau rasa kau punya pendapat dan idea lebih bernas dari usia....
im back!!!cak!!!cak-cak!! cakciborrr!
adik ni ati tisu la..lembut dan rapuh..mudah tersendu bila di sentuh..
maafkan la abang ye..abang tau adik berhati pink kadangkala..sesuai dengan penampilan adik yang pink dan kachak itu..
dalam hati ada taman..dalam taman ada kembang..btol kan?dah la..uuu~..jgnla mrajuk2 lagi...
pergilah ke seri kembangan..pasti berseri dan berkembang setaman!
p/s: semalam dah macam pandikar,cabar abang utk eksplen hujah...skang ni majuk lak..xkan kne cuit sket deah tersentuh & tersendu?ok la..abang janji xkn roger2 kakak ez..abg nami ke..ang bangunberdiri ke..abang johan ke...dan yg lain2 tu..i promise u tau~
:)..just keep on writing BB.
eh,jgn delete
tulis jer la
suka baca penulisan anda
Pedulikan Asparados tu BB, yang penting lu hensem.
Wa suka baca tulisan lu yg dulu. Dulu lu ada buat lawak2 sikit. Pasal pakai kot tengah ari , pasal Putrajaya yang senyap sunyi dan kosong tade awek.
yang tu lu tulis baik sebab lu pun budak Architecture kan?
Politik ni mmg berbelit2 BB dan bila bercakap pasal politik the most hatred komen biasanya akan menang...while yg optimist ni selalu akan dianggap mengampu dan sebagainya.
So pedulikan komen2 dari anon yang entah dari mana, kerana mereka itu semuanya takde telur Hahah...
YNWA!!
Dah le Nami buat post emo, ko pun nak emo gak ke BB ?
Biase la tu kan...skali-skala emo miahaha. Dah berape lama ko tulis blog ni ? Baru kena skit takkan dah emo bro.
Kalo ko ckp bersetuju utk tidak bersetuju, bagaimana pula Dilarang Melarang ? Dah lupe ek brader ?
Our current corrupted goverment won't even listen to their own rakyat ? By cakap baik², u think they will listen to you ? hahaha...
Btw, asal skrg ni ko dah lama x post pasal kebodohan mainstream media (Utusan & the geng) ?
Napoleon Bonaparte used to say that "The people to fear are not those who disagree with you, but those who disagree with you and are too cowardly to let you know"
< goLLum >
Basuh Baju,
A gentleman is man who can disagree without being disagreeable.
baca buku PERGOLAKAN PEMIKIRAN ISLAM, tulisan AHMAD WAHIB. ada bercerita tentang apa itu kebebasan bersuara. dan aku tak rasa post BB kali ni satu post merajuk. Dan kepada siapa2 yg punya identiti tapi tiada hyperlink, ini terang2 tunjuk kamu takut untuk berhadapan.
Kutukan bukanlah kebebasan bersuara.
hahaha..semakin seronok membaca blog ini. semakin hangat. baru lah nampak pembaca berbahas dgn penuis. haha.. sy tumpang baca je ek..
hahaha..semakin seronok membaca blog ini. semakin hangat. baru lah nampak pembaca berbahas dgn penuis. haha.. sy tumpang baca je ek..
tidak pernah bersetuju untuk tidak bersetuju...kerana tak tahu hala tuju atau kita yang tak pernah punya tujuan...
kritik tanpa pendapat umpama basuh baju dengan tidak bersabun
kritik dengan satu pendapat umpama basuh baju dengan clorox bersih tapi rapuh.....
"satu pendapat"....untuk satu pihak
jgn la emosi kawan, entry kamu bagus tapi kamu dan mereka juga serupa bila bersetuju dan tidak bersetuju....harus kamu baca semula semua entry kamu.
sekadar satu teguran bukan hinaan dalam dunia inilah kenyataan....
okay no harm just forget about rubbish that I wrote above
asparados: aku tak perlu nak jawab 22- so called tuduhan kau tu sebabnya aku tak nak blog ni jadi blog defend Mahathir. After all, he doesnt need that.
lagipun kau bukannya berminat ttg kebenaran. sebaliknya kau dah memang ukir kat hati kau untuk benci Mahathir, so kalau aku cakap macam mana pun, kau tetap tak akan berubah kebencian kau tu. Malah kalau betul kau benar2 nak cari jawapan, kau boleh je baca tulisan RPK, Mahaguru dan jebat must die yang dah jawab pun semua isu2 kau tu.
(22 point tu pun bukannya idea asal kau. sekdar cut n paste daripada tulisan P Gunasegaran dalam The Edge tahun 2006.)
Ini komen daripada email yang aku dapat khas untuk kau:
"Asparados, if he is truly a civil servant, has lost any moral legitimacy to criticise the corrupt government of Malaysia, because he is also part of it! Kalau hebat sgt, pi la kerja sektor swasta, apsal hadap sgt kerja dgn gomen? Dunia Allah maha luas, rezeki ada di mana2. Senang makan gaji buta, atau senang akses peluang nak korup, I guess?
Bukan kelas Mahathir la nak melayan cheap shots drp budak2 mentah mcm Asparados yg rezeki di meja makan dan rumah tempat berteduh semuanya disubsidi oleh kerajaan 'korup' yg dibencinya tu."
Jibam: oh rupanya, kau nak aku tulis pasal kebaikan Pakatan ke.
Tapi, kalau aku tulis- aku akan dituduh balaci Angkatan Pemuda PKR pulak.
Tak gitu?
lu punya perangai sebijik macam mahakutty
orang persoalkan penyelewengan yang dilakukan olehnya...dia balas balik dengan cakap penggantinya lebih banyak seleweng lagi...(ni perumpamaan la kalau lu tak paham)
gila orang yang ada pemikiran macam ni
sukatilu lah labu
asal lu bahagia sudah la
jibam
jibam: okey, bagi aku bahagia. gi main jauh2. terima kasih.
Ni ape kes sabit gua emo ni?adeh..
Hahaha..ape2 je la lu nak tulis.Bagi gua la,kebenaran tu lu yang pegang.Tapi jangan swing kebenaran tu kerana sesuatu yang lu nak dapatkan.
Masing-masing ada kebenaran yang mereka pegang.Orang2 tolol yang marah Isham sebab dia cakap 25 Disember tu Maulud Nabi Isa tu tak faham kebenaran yang bagi Isham pegang.Masing-masing ada pendirian sendiri.
Tapi satu je yang gua agak kesalkan,kalau lu menulis tu,dulu lu hentam kerajaan takde maaf punya,tapi sekarang Awang Selamat pun lu tak pernah kutuk.
Setakat kutuk-kutuk yang nko dapat,aku rasa aku pernah rasa - sebab orang tak dapat faham kebenaran yang aku pegang.Sebab kebenaran setiap orang berbeza antara satu lain.
Cuma jangan nko mengolah persetujuan,jangan nko mengolah kebenaran sudah.Kebenaran tu nko sendiri yang pegang.
Bukan kelas Mahathir la nak melayan cheap shots drp budak2 mentah mcm Asparados yg rezeki di meja makan dan rumah tempat berteduh semuanya disubsidi oleh kerajaan 'korup' yg dibencinya tu."
disubsidi kerajaan??dari mana kerajaan dpt duit?
aku tak faham lgsung kenapa ko nk emo sebab org hentam ko..umur ko bape ni nak merajuk mcm budak kecik?atau ni jugak taktik mengalih pndangan n buat org simpati?
and memang nmpak obvious cara ko menulis dah lain..dlm dunia siber ni,tak guna nk bikin spin,nak alih2 pndangan..semua taktik2 tu da tak leh pakai..kalau tak percaya tanya lah kawan ko Rocky Bru..ape jd da dengan blog dia..dulu direspect gila babi,sekarang sama tahap mcm utusan..
Malah lebih teruk, kita menolak kebenaran hanya kerana kita mahu mengkritik.
kebenaran apa yg ko cite??..
kalau ko tak percaya ramai org dah menyampah n hentam blog ko,silalah usha2 kat facebook n forum2 kat net ni..bukan setakat gua,aspa,nami,ez yg dah menyampah..ramai lagi,sama ada yg serang sbg tanpa nama atau silent readers ko..tak payah lah tuduh2 "org2 yang sama"..kalau nk tahu sama ada org2 yg sama atau tak,gi trace lah ip address pengkomen ko..
salam basuh baju.
lama tak dgr citer.
wassup2.
aku dah tukar blog. dulu lompatkataklompat. ignat tak??
p/s : sbb itu Islam suruh ambik wudhuk bila marah. dan Islam melarang dalam sesebuah organisasi ada 2 pepimpinan atau 2 gerakan. kalau ada, hendaklah dibunuh. dibunuh dlm konteks ni, bukan kasi mati. tetapi pilih mana yang bagus.
feh .
Camni la Basuh Baju,
kalau nak cakap "blog-haters" kat blog aku,aku rasa lagi ramai kot dari nko.gua dapat serangan aritu lagi bertubi-tubi.
Gua tau sape yang comment gua,gua check IP address masing-masing,lagipun gua boleh tau kat mana mamat-mamat tu online,lokasi masa dan macam-macam lagi.cuma gua rasa la prinsip Dilarang Melarang tu gua junjung - dorang nak maki,nak kutuk lantaklah - kecuali comment yang racist gua terpaksa delete.
Camni la - accept the fact orang tak suka.Aku boleh je accept.Apa aku boleh buat ialah teruskan je menulis.Tapi tak payah la nak kecoh cakap orang yang sama la,apa la - tak baik menuduh ke ape.
Dengan fikiran terbuka nko terima je kritikan.
Pasal Aspa,dia tau apa yang dia cakap.gua back-up dia sebab dia tau bau busuk yang ada di office kerajaan.Kalau aku yang pernah praktikal kat office kerajaan 3 bulan aku tau la busuk dia tang mana,si Aspa jangan cakap la.Sebab tu persepsi nko terhadap kerajaan dengan orang yang pernah ada dalam office kerajaan,kena ambik pusing gak.
Kalau keburukan depan mata,takkan nko nak cakap baik pulak.Masa aku praktikal kat Negeri Sembilan gua tengok macam mana pegawai bos aku nak membodek Rais Yatim.Tiap-tiap minggu ada aktiviti kat Jelebu.Aku tau la,aku sendiri saksi kat situ.Konon hari bersama rakyat tapi hari mencekau duit rakyat.
Kami mengkritik ada sebab.Jangan surukkan benda yang kitorang dah nampak.Tu je la.
teruskan membasuh.
hermmm teruskan memblog aku akan tetap singgah...
22 point tu pun bukannya idea asal kau. sekdar cut n paste daripada tulisan P Gunasegaran dalam The Edge tahun 2006... ur true boy!
tapi 22 point tu timbul daripada staf MOF sendiri...ko tau x yg P guna segaran tu sape dgn staf2 JPM putrajaya?
see...lu mmg dh jadi mat eee~suka menyamar jadi melayu...btol x?
i work with government to make my current government a better one!!!
kerajaan pemerintah memang bertanggungjawab utk sediakan ape yg patut aku dpt sebagai penjawat awam...itu hak aku!
bukan umno yg bagi aku makan...
kerajaan pemerintah dan parti politaik bukan satu entiti yg sama!bodoh punye student UIA!!!
blaja kasi habis dulu ye....jgn jadi mangkok!
Aspa: bagus. Ini pun yang aku nak dengar kau cakap- kerajaan dan parti politik adalah entiti yang berasingan.
Itulah yang aku cuba sampaikan. Menyokong usaha kerajaan (GTP) tidak bermakna sokong UMNO.
sokong apa yang idris jala buat, tidak bermakna mengundi UMNO.
terima kasih
ps: emo nampak abang. apa ni, dengan adik pun nak marah2 ke?
i work with government to make my current government a better one!!!
aspa: ape yang dah kau sumbangkan untuk membuatkan kerajaan sekarang adalah kerajaan yang lebih baik sepanjang bertahun2 kau kerja kat government? sumbangan dari segi apa tu? adakah rakyat nampak segala sumbangan kau? atau paling cikai pun, adakah org disekeliling kau nampak sumbangan kau tu?
tanya diri sendiri dulu
semua org ada pendapat dia sendiri. takyah la marah2, emo2 kalau org tu tak sependapat dengan kau. nampak sangat tak matangnye..
-silent reader
sabar semua. tenang2. bicara ilmu tak perlu emosi. ;)
di sini tiada yang bodoh tiada yg pandai. ingat tu kawan kawan.
simply put, do not just read and pull the trigger and jump the gun.
most people are like that, belum apa2, taktau betul ke tak, terus judge,terus criticise, without even thinking for a second, hey, betul ke ape aku baca ni? ke am i succumbing to other people's manipulation, either MSM gov, or MSM oppo. dua dua Mainstream. dua-dua nak shape opinions and to gain supporters.
you cannot afford semua orang to follow what you said or what you think. then, semua orang akan jadi robot.
so biarlah BB dengan pendapatnya dan orang lain dengan pendapat masing2.altho when reality strikes, people tend to favour those in the same thoughts with themselves, thats what makes MT is a big hit, he wrote things that people want to hear. same as hollywood, people would say, ala last2 hero menang, heck if hero kalah mau terbakar panggungwayang.
mengutuk mmg tak menyelesaikan apa2, tetapi, orang yang berjiwa besar yang terima kritikan tu akan berubah. dan bukannya react towards the critics, tapi interact. kalau react, tengok la mcm ZI , kutuk orang boleh, kena kutuk, kata diattack oleh penulis upahan UMNO picisan la whatev la.
if you have the balls to attack, you must also have the balls to defend yourself and anticipate the backlash, tak usah la running back to your mama, or cry foul.
imho, people can have different views tapi biarlah rasional, bukan emosional. those who succumbs to anger are the weakest of all.
so,if the gomen sucks?what the hell are you guys sitting there doing nothing but raging on a piece of keyboard? and pasal queen of msia thing, its kinda kelakar for this type of rants, its always the peribadi yang kena attack, why not cakap, hey the special school thing we should do this and that, not hey rambut kau mcm sarang tebuan and bla bla bla.
keep on writing BB. to the other readers, kita sama2 ada akal, kita pakai la, kita bukannya parrot, dok ikot cakap org tak pikir.
nobody is above anyone, and no opinions supercedes another, but only proper judgment that put the ranks. ;)
"bukan umno yg bagi aku makan...
kerajaan pemerintah dan parti politaik bukan satu entiti yg sama!bodoh punye student UIA!!!
blaja kasi habis dulu ye....jgn jadi mangkok!"
Kasar kan statement ni? orang yg konon bersungguh-sungguh nak lawan dengan korupsi takkan cakap macam ni....
"i work with government to make my current government a better one!!!"
Hahaha elaun banyak ke bang?claim pun dengar cerita masyuk.
Salam. Lama x jenguk, rupanya panas dalam ni hehehe... Sabarlah BB, aku pun sama mcm kau, berblog untuk mencari kawan, bukan nak cari lawan. Bagi aku, berbeza pendapat adalah perkara biasa,kerana manusia mmg berbeza otaknya. Even dalam Islam pun ulamak2 berbeza pendapat. Cuma yg perlu kita faham, apa displin2 yg perlu diikuti dalam berbeza pendapat? Bagi aku mudah saja:
1) Bila berbeza pendapat, berikan hujah masing2 secara ILMIAH. Dan adab berhujah adalah secara baik, bukan caci mencaci, jatuh menjatuh.
2) Siapa yg lemah hujahnya/buktinya, perlulah mengakui yg pendapatnya lemah atau mungkin salah. Jadi jgn terus nak menegakkan benang yg basah, apatah lagi mencaci2 sambil melarikan diri dari topik sebenar perbahasan. Paling teruk lagi kalau berdendam. Dan yg menang pula jgn terus nak memaksa org ikut pendapat kita. Belum tentu kita menang sebab kita betul, mgkin lawan kita tak pandai berhujah. Apa2 pun slow n steady.
3) Kalau ditakdirkan kedua2 pihak masing2 mmg mempunyai hujah yg kukuh, maka apa boleh buat, masing2 hormatilah pendapat lawan masing2. Ada masa, ada hujah baru, lain kali berbahas lagi. Tak perlu bermusuh2. Tak perlu pulau memulau.
p/s: Aku tak menyebelahi sapa pun. Aku cuma nak cari kedamaian. Peace.
Post a Comment